KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Julai 09, 2012

Lebuhraya Rakyat RM1.8 bilion di Taman Melewar cetus simpati sedu sedan hadirin


Usaha gigih Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu membina Lebuhraya Rakyat menyentak Seniman Paksi untuk bersama-sama membantu mencari dana bagi menjayakan lebuh raya tersebut. Tersentuh dengan satu projek besar yang belum pernah berlaku dalam sejarah, Seniman Paksi bersama PAS Kawasan Batu menganjurkan Rapat Perdana Semarak Seni, Lebuhraya Rakyat dengan penampilan artis Hairie Othman (Leftenan Adnan); Aishah Ariffin dan Leman Raja Lawak.

Presiden Paksi, Dinsman atau nama sebenar Samsudin Othman menegaskan, Paksi menyokong penuh langkah Tuan Guru mahu membina lebuh raya rakyat dengan kos pembinaan berjumlah RM1.8 bilion.
"Suatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah sebuah negeri miskin tetapi pemimpinnya bangkit untuk membina lebuh raya rakyat," katanya ketika berucap di dewan Dato' Fadzil Noor, Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar, 6 Julai lalu. Beliau berjanji akan meneruskan kutipan dana melalui rapat perdana yang akan diadakan di masjid Batu Permatang, Pauh, Pulau Pinang.

Pidato utama malam itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said. Sementara itu Salleh Bakar dan Pyan Habib mendeklamasikan sajak dan Ishak Surin menyampaikan ucapan aluan.

Acara kemuncak Mohamad Sabu memecahkan tabung dari PAS Kawasan Batu serta menerima tabung buluh daripada seorang ahli PAS. Kutipan derma kilat pada malam itu berjumlah RM15,680 dengan sebentuk cincin dan seutas rantai emas. Yang DiPertua PAS Batu, Ishak Surin menyerahkan replika cek hasil kutipan kilat jariah malam itu kepada Dato' Husam Musa.

Lebih menarik penglibatan artis Hairie, Leman Raja Lawak serta ahli Jawatankuasa Seniman Paksi mengutip derma yang selalu dilakukan oleh Unit Amal. Lebih 5,000 hadir menyaksikan majlis penuh ceria ini dan mendengar penjelasan dato' Husam berkenaan Lebuhraya Rakyat tersebut.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kasihan.. orang kelantan bakal ditipu lagi