KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 17, 2012

Apakah Pesuruhjaya PAS Selangor akan diperkenan Tuanku Sultan menggantikan Dr Hassan Ali?

RESPONS SEMASA

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru merupakan calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Hasan Ali, yang hilang kelayakan selepas dipecat daripada parti baru-baru ini.

Pemilihan Dr Rani Osman (gambar) difahamkan ekoran kedudukannya dalam PAS sebagai pesuruhjaya negeri dan pengalamannya sebagai timbalan pengerusi Ahli-ahli kelab penyokong kerajaan (BBC). Peluang doktor perubatan itu mengalahkan dua lagi calon dalam senarai PAS, iaitu ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Bangi Shafie Abu Bakar.

Yunus sekarang merupakan pembantu Exco Belia dan Sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Manakala Shafie pula antara orang lama dalam PAS negeri dan pernah dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya PAS di zaman Hasan.

Jika tiada halangan, Dr Rani dijadual mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok pagi.  Baca lanjut DISINI.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ӏf you аre going foг best cοntents like myѕelf,
јuѕt pay a visіt this website every day aѕ
it offегs feature contеnts, thanks

Loοk into mу weblоg: unsecured personal loans