KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 20, 2012

Baiah Calon PAS: Dr Hassan Ali patut kosongkan kerusi Dun Gombak Setia

BERITA TERKINI


PAS Kawasan Batu menyifatkan pemecatan PAS Pusat terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr Hassan Ali tepat dan wajar, ekoran tindak-tanduknya yang sarat dengan kontroversi sejak Pakatan Rakyat menang 2008 yang lalu.

Yang DiPertuanya, Ishak Surin berharap, pemecatan beliau akan memberi iktibar kepada mana-mana pemimpin dan ahli PAS semua peringkat, agar berwaspada dalam mengeluarkan kenyataan dan sentiasa mendahulukan jamaah daripada sebarang kepentingan diri sendiri atau puak.

Katanya, teguran Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali bahawa tindak-tanduk Hassan merugikan PAS akhirnya diperakui dengan tindakan pecat, walaupun sebelum itu ada pihak dalaman parti yang berbelah bahagi untuk mengkelaskan tindakan Hassan itu sebagai "merugikan parti".

PAS Batu katanya, mahu Hassan menterjemahkan kandungan "Baiah Calon PAS" sewaktu dilafazkan menjadi calon Dun Gombak Setia secara praktikal bagi menyelamatkan maruahnya. Jika perlu, Hassan mesti meletakkan jawatan sebagai Adun Gombak Setia, kerana kedudukannya sebagai Adun adalah atas tiket PAS  maka setelah beliau dipecat, jawatan itu mesti dikosongkan.

Ishak menegaskan, banyak pihak dalam PAS "terlupa" dengan kandungan "Baiah Calon PAS" yang dilafazkan setiap calon Parlimen dan Dun, apabila berdepan dengan kes seperti pemecatan Hassan Ali, kerana beliau berpendapat dan yakin, kerusi Dun mesti dikosongkan apabila beliau dipecat.

"Terpulanglah kepada PAS Pusat atau Majlis Syura PAS untuk mentafsir bait-bait tertentu 'Baiah Calon PAS' tersebut berkenaan kedudukan Hassan Ali selepas dipecat," tegasnya kepada Sanggahtoksago.Com tengah malam tadi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amazing issues here. I am very satisfied to peer your article.
Thank you so much and I'm taking a look ahead to contact you. Will you kindly drop me a e-mail?

Feel free to surf to my page; terryapodaca.com

Tanpa Nama berkata...

Very good site you have here but I was curious if you knew of any forums that cover the same topics discussed here?
I'd really like to be a part of online community where I can get opinions from other knowledgeable individuals that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Kudos!

Here is my site cheap car insurance quotes