KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 19, 2011

Taib Mahmud cemas dengan kekuatan pembangkang hadapi PRU Sarawak



Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak pernah pandang rendah kemampuan parti-parti pembangkang di negeri ini untuk menang pada setiap kali pilihan raya diadakan, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau berkata, malah BN negeri sentiasa membuat persiapan rapi untuk menghadapi pembangkang dalam pilihan raya.

"Ia adalah strategi biasa BN. Kita tidak pernah pandang rendah mereka (parti-parti pembangkang),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara peletakan batu asas projek Kompleks Islam Sarawak bernilai RM46.6 juta di Jalan Awang Ramli Amit di sini hari ini. Kos projek itu dibiayai oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Taib yang juga pengerusi BN negeri berkata demikian ketika diminta mengulas ingatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam supaya BN Sarawak tidak memandang remeh kemampuan pihak pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang. Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak akan tamat pada 24 Julai ini.