KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, April 15, 2008

BLOGGERS Hentam Rapat Ali Rustam Dalam BLOGNYA!

Oleh WEB MASTER (klpost.com)

BERIKUT adalah posting yang dibuat oleh Mohd Ali Rustam yang bertajuk "Ladang ternakan babi hadiah pilihanraya".

TAHNIAH kepada kerajaan Selangor kerana meluluskan cadangan untuk membina ladang ternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.

Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh kerajaan baru gabungan PKR, DAP dan Pas ini adalah sebagai hadiah kepada para pengundi yang menyokong parti mereka, termasuk para pengundi beragama Islam pada pilihan raya umum lalu.

Isu babi telah lama menjadi masalah di negeri Melaka dan kerajaan negeri sentiasa bersikap bahawa ternakan babi hanyalah untuk keperluan dalam negeri dan bukannya untuk tujuan eksport.

Oleh sebab itu, kerajaan Melaka sentiasa memastikan jumlah ternakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan iaitu antara 45,000 hingga 60,000 ekor sahaja. Manakala kawasan ternakan yang dibenarkan hanyalah di kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang bersikap degil dan terus menternak babi di luar kawasan Paya Mengkuang manakala jumlahnya sehingga mencapai ratusan ribu ekor yang menyebabkan berlakunya pencemaran air dan udara di kawasan berkenaan.

Hal ini sudah pasti tidak disenangi oleh kaum Melayu yang tinggal di kawasan tersebut sejak sekian lama. Oleh sebab itu, pada tahun lalu kerajaan negeri telah mengadakan usaha untuk mengurangkan kandang babi yang tidak memenuhi syarat.

Walaupun pada awalnya ia mendapat bantahan di kalangan pengusaha, namun hasil pemuafakatan yang tebal dan sebati dalam kerajaan BN, maka ia berjaya diselesaikan menjelang pilihan raya umum lalu.

Usaha kerajaan Selangor membina ladang ternakan babi di Sepang itu boleh dianggap sebagai satu lagi projek mega di negeri itu setanding dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Litar F1 kedua-duanya juga di Sepang.

Kedua-dua projek mega tersebut berjaya memberikan keuntungan berjuta-juta ringgit kepada kerajaan Selangor sebelum ini, maka selepas ini keuntungan juga boleh diraih melalui hasil ternakan babi.

Biar apa sekalipun, babi adalah binatang yang dikategorikan sebagai najis berat (mughallazah) kepada orang Islam dan ia haram bagi orang Islam untuk menyentuh apalagi untuk memakannya.

Oleh sebab itu, langkah untuk membina ladang babi itu perlu dilihat dari aspek kesannya kepada umat Islam yang tinggal di kawasan berkenaan.

Keadaan ini juga dirasai oleh penduduk-penduduk di Kuala Sungai Baru di Melaka. Oleh seba itu, kerajaan Melaka telah berusaha untuk mengurangkan jumlahnya bagi mengatasi masalah itu.

Saya cukup kecewa dengan sikap para pemimpin Pas yang menganggotai mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor yang turut bersetuju dan merelakan pembinaan ladang ternakan babi terbesar itu di negeri mereka, padahal mereka sebelum ini begitu lantang mengkritik saya berhubung isu babi di Melaka, walaupun kerajaan negeri sudah pun berusaha untuk mengurangkannya.

Harus diingat bahawa sejak saya memimpin negeri ini, kita telah berjaya menutuo dua ladang ternakan babi iaitu di Jasin dan Melaka Tengah.

Tetapi apabila cadangan untuk membina ladang ternakan babi terbesar di negeri mereka, Pas tanpa segan silu turut menyokong cadangan tersebut.

Tindakan para pemimpin Pas di dalam kerajaan Selangor juga telah "menghalalkan" perkara yang haram malah tanpa merasa bimbang akan pencemaran dan jangkitan penyakit yang boleh dibawa oleh babi kepada manusia, khususnya di kawasan terbabit.

Ingatlah bahawa ladang yang akan dibangunkan itu adalah di kawasan majoriti didiami orang Melayu dan jika mereka benar-benar mahu membina ladang ternakan babi, buatlah di kawasan majoriti penduduknya terdiri dari kaum Cina.

Rakyat Selangor kini bergembira kerana bakal menerima hadiah pilihan raya yang begitu tinggi nilainya hasil sokongan mereka kepada parti mereka pada pilihan raya.

13 ulasan:

Redhuan D. Oon berkata...

Lebih baik saya tidak mengulas atau menjadi kritik bangku yang reactionary. Baik berikan penyelesaian seperti http://padi-malaysia.blogspot.com/2008/04/kandang-babi-ke-sumatera.html

roslisalem berkata...

memang dulu kini dan selamanya tak boleh percaya pada org umno ni..

Adalah lebih baik kalau pendokong PAS sendiri cari idea/ jalan penyelesaian terbaik mengenai hal ternakan natang tu. PAS kena ingat isu ini bukan sahaja berkaitan kerajaan negeri Selangor, tapi kepentingan jangka panjang semua rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, mungkin 4 Negeri Pakatan Rakyat di pantai barat ni perlu rancang satukan tempat ternakan ini.. semua penternak diberi syer untuk terlibat..tapi dikhaskan di satu tempat sahaja..

Tutup semua ladang dan pusat sembelihan yang lain.. biar besar mana dan berapa banyak kos terlibat,atau teknologi apa sekalipun, yang penting tak timbul lagi isu ini pada masa akan datang..

Kalau nak buat kajian sekalipun, jangan ambik masa terlalu lama.. Buktikan isu ini boleh diselesaikan dengan cepat, profesional dan berkesan..

Tanpa Nama berkata...

Saya memang tak senang dengan sikap PAS yang mengiyakan sahaja keputusan yang dibuat oleh kengkawan DAP dan PKR nya.

Memanglah kaum bukan Islam mempunyai hak-hak dalam sebuah negara yang demokrasi namun pemilihan lokasi yang sesuai untuk BABI-BABI tu semua pun kenalah ambil kira juga. Buatlah kat kawasan cina, tak adalah huru-hara jadinya dan PAS pun janganlah nak sokong membuta tuli kat DAP dan PKR tu.

So fikir-fikirkan lah bagi orang -orang PAS semua yer..!

Muda berkata...

Kenapa Ali Rustam menjadi lebih islamik bila membicarakan berkaitan isu ternakan Babi di Selangor sekarang ? Mengapa tidak dulu semasa Selangor dibawah UMNO , anak Pak Rustam tidak bersuara ? Sejak bila pulak KM Melaka yang memang benci dan fobia kepada PAS dan warna hijau menunjukkan perihatinnya kepada PAS pada masa kini ?

Elok lah Pak Ali ni tumpukan perhatiannya kepada masalah Babi di negeri Hang Tuah tu ! Nanti kalau terlepas ke highway Air Keroh kan susah !

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Nmpaknya perkataan BABI semakin popular di dalam kebanyakan laman sesawang politik. Ternyata fenomena babi bukan sahaja di alam nyata, juga menyerang di alam siber! Mujur jga hukumnya tak bersentuhan dengan babi di alam siber ini.

Semoga BABI tidak resah dengan kemelut org politik. Supaya mereka tidak naik minyak. Nnti susah satu negara.

pasbangi3 berkata...

udah seminggu tak update yob.. sibok benor ke mike ?

Redhuan D. Oon berkata...

Hmm tak habis lagi ke Tarmizi memboikot blog kerana isu babi?

Tak kan lah blog sendiri jadi mangsa. Pergilah boikot makanan ke lagi faedah dapat pahala puasa :)

Hehe.. saje... cuma nak bagi tahu yang isu terbaru ialah di sini -
BBC Hardtalk lwn Mahathir

Tanpa Nama berkata...

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9284

abe MIE 'TERJAH' berkata...

Oleh: ABE G.MIE (penulis bebas)

POLITIK GAY atau POLITIK BABI?

Ada orang kat luar UMNO dok gila kuasa…..Mengamuk sakan…maklumlah partinya barusaja menang parlimen… mantan TPM tapi nak jadi PM….kira naik pangkat dari Penolong Pengurus kepada PEngurus Besar.

Apa…dia ingat Malaysia ni 'ladang ternakan' nenek moyang dia...nak buat apa boleh.. kata orang kronis dan nepotisme tapi bini anak dan kawan-kawan dilantik jadi YB pulak...bukannya apa. Ini menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Pak Lah baru saja letak KJ jadi pembantu, macam2 orang kutuk. nie anak bini kira ok pulak. Politik Gay katakan.

Ceramah sana-sini….jadi nak senang kerja…tuduh orang rasuah..tapi diri sendiri baharu sahaja lepas dari mahkamah sabitan rasuah.... busuk membusukkan seperti kata shahnon ahmad.. orang tua kata- kuman dilaut nampak, gajah depan mata tak nampak…

Kecoh ladang babi….saya tak kisah dan ramai orang tak kisah sebab ladang babi bukan bina depan rumah kita…. Tapi kenapa tak bina kat Pulau Pinang atau Kepong …sampai sekarang tak jawab…

kat Kelantan banyak tanah kosong…Tok Guru boleh approved (lulus)... Kelantan hebat sebab no3 penternakan babi di Malaysia…(tak mahu jadi no1 ke)…dan kecoh tak ada hal sebab tok guru yang approved...
alasannya...kita jamin orang Islam tak makan babi...sebab kita Islam makan KFC (KFChicken) bukannya KFB (KFBabi) tapi ter-bau najisnya ada lah... terpijak tahik mungkin tak sebab ladang babi bersih...apapun, tak payah lah sokong sangat babi…

pasal air percuma..sekarang belum kasi lagi kat selangor..kesian orang selangor..tapi babi boleh guna air banyak...alasannya- untuk bersihkan diri… siapa nak kondeng (sekat)?...

orang kata orang Kelantan hebat dan hero... pasal politik... betul..tapi realitinya Orang Kelantan seperti saya dan kebanyakan dah jadi macam orang Indo, Nepal dan Myanmar (tak suka kerja di negeri sendiri)…tak suka dok negeri sendiri…berhijrah…beli rumah negeri orang…. Tinggal anak bini atau mak bapa kat kg sudah tua kerana nak cari makan…
di Kelantan pekerjanya perlukan gaji dan pendapatan minimum..setakat RM15 sehari bolehlah..
oooiii harga barang dah naik..gaji rendah....saya baru balik dari Kelantan…makanan kat Kota Bharu lebih mahal dari restoran di Selangor…pasal gaji bangla, myanmar, nepal datang kerja kat Selangor lebih tinggi gaji dari orang Melayu Kelantan tapi makanan kenapa boleh mahal...salahkan Barang Naik (BN) lagi ke….
pelaburan tak ada... 18 tahun lebih dok main lagu bangau oh bangau lagi..doa tetap doa…tubik (keluar-tamat) belajar kat Universiti kerja tak ada..kalau buat lading babi kat Kelantan boleh menyediakan peluang pekerjaan…bertambah lagi undi kepada PAS…insyaallah..
masalahnya, hari-hari dok maki orang, ceramah situ sini, ..bukannya pikir nak bagi rakyat kerja atau pendapatan...sedarlah ...kita dok ceramah ramai2 bagi pelabur takut adalah... isi masa dengan benda lain tak ada ke?

kini pelaburan berpindah ke Negara lain seperti Vietnam dan China...saya megah dengan orang Melayu menang politik---sebab pembangkang jadi kerajaan...orang Cina boleh kerja di Vietnam dan negara China kerana penguasaan bahasa mereka hampir sama...
yang parah Cina kuasai politik...dan dah terbukti...melayu jadi tukang juara Dikir Barat dan Wayang Kulit aje... percaya tak yang orang cina bertaraf SPM setaraf orang Melayu bertaraf ijazah dalam pembayaran gaji? Itu tak apa… takutnya orang Melayu taraf ijazah jadi cleaner (tukang cuci) aje…
bangsa Melayu =bang Indo….minta pakatan rakyat jawab... dan kalau boleh bawa masalah ini kepada PM dan menteri sumber manusia…
lapan tahun saya keluar university… saya berada di bahagian pengurusan swasta asing….saya lihat bangsa Melayu jadi ayam-itik mencari kerja…kat orang India dah lama kena dibuli…. Kasian…yang ada ijazah merempat...salah kan BN tak bagi kerja sedangkan Pakatan Rakyat tak ada minat nak menarik pelaburan ke negeri pemerintahan...kemudian betulkan mentality pelabur tentang bangsa Melayu…
Kalau orang Melayu maju, islampun maju…ada lagi perompak… bolehlah kita buat hukum hudud… buat hudud tapi kerja tak ada…jadi perompak,,,, hukum aje tahu…
Saya nak ulang 1000 kali -negara kita sudah menjadi Pakistan, Nepal, Bangladesh dan Myanmar...horeee dan tahniah..dok bergolak... dulu bilang Indonesia beginie, nampaknya tempias kat kita pula….lepas nie kita jadi seperti filipina...jom kita hijrah ke Singapura dan Arab Saudi nak cari rezeki...

fikirlah...

Tanpa Nama berkata...

Apa yg ingin diperjuangkan DSAI adalah kabur. dimana akauntabiliti DSAI dalam menyatupadukan org Melayu dan memperkasakan Islam. agenda politik DSAI jelas mempunyai kepentingan individu yg kuat!
Selama ini mainan politik tidak menjadikan rakyat keseluruhannya alpa dgn wayang DSAI. Apa pun kemelut kesatuan melayu perlu dititik beratkan. PR bukan platform yg sesuai utk itu! PAS pula wajar menilai ketepatan perjuangan yg nyata sama sekali berbeza dr DAP dan PKR.

Tanpa Nama berkata...

salam , sibuk sangat sampai tak sempat nak menulis sebaris dua ke?

AIDC berkata...

apa kata bakal PM Malaysia...

Video 1

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

hello therе and thank you fοr yоur information – I've definitely picked up something new from right here. I did however expertise several technical points using this website, as I experienced to reload the web site lots of times previous to I could get it to load properly. I had been wondering if your web hosting is OK? Not that I am complaining, but sluggish loading instances times will often affect your placement in google and can damage your quality score if ads and marketing with Adwords. Anyway I'm adding this RSS to mу е-mail and could looκ out for
much more of your resρective exciting сontent.
Make sure you update thiѕ аgain soon.
Also visit my blog post ... armaua.com