KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mei 31, 2008

Cikgu Bard Juga TAK IKUT Ezam Masuk Umno

By CIKGU BARD

SAYA Badrul Hisham Bin Shaharin, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat dengan ini menafikan mempunyai hasrat memasuki Umno dan menolak dikaitkan dengan kemasukan Saudara Mohamad Ezam Mohd Nor ke dalam Umno.

Saya juga menafikan bahawa Ezam ada memujuk saya memasuki Umno dan jauh lagi menawarkan habuan untuk saya memasuki Umno atau keluar keADILan. Saya kurang pasti niat mengenai laporan perbagai media yang melaporkan ada pertemuan sulit saya dan Ezam.

Memang diakui saya ada bertemu beliau dan kerap berhubung dengan beliau mutaakhir ini, sebagai seorang teman. Tiada pertemuan sulit.

Kami membincangkan secara serius mengenai masa depan GERAK sebuah gerakan muda yang memfokuskan usaha pembenterasan rasuah dan pemerkasaan demokrasi yang saya terlibat membantu Ezam menubuhkanya.
Bacaan penuh layari blog chegubard

Nora NAFI MASUK Umno Bersama EZAM

By NORAZIMAH MOHD NOR

INI kenyataan Nora. Untuk makluman semua, Nora tidak menyertai UMNO. Nora masih berdiri sebagai seorang pejuang yang mahu memastikan nasib rakyat marhaen terbela dan tidak di tindas oleh mana-mana kerajaan memerintah.

Sungguh pun banyak spekulasi tentang Nora menyertai Ezam untuk pergi kepada UMNO, itu sama sekali tidak benar. Sungguh pun begitu Nora hormat keputusan Ezam untuk menyertai UMNO.

Itu hak beliau. Ezam pasti mempunyai alasan sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat.

Dalam isu ini Nora agak kesal dengan kritikan-kritikan yang tidak beretika,melampau,sumpah seranah termasuk maki hamun yang di lemparkan terhadap beliau.

Ingat! sewaktu Anwar terpenjara Ezam lah yang turut bersama pejuang-pejuang reformasi untuk berkorban demi keadilan dan menentang kezaliman rejim Mahathir.

Komentar penuh layari blog nora.com

Mahathir Di Hotel Cyristal Crown, PJ Pagi Ini

By TARMIZI MOHD JAM

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan "mendedahkan" secara terbuka akan kepincangan Umno demi menyelamatkan orang Melayu dan negara.

Sesi dialog dengan para penyokong dan orang ramai juga turut diadakan pada program ini yang akan diadakan di Hotel Cyristal Crown, Petaling Jaya, jam 9.o0 pagi ini.

Mahathir dijangka akan mengulas panjang berkenaan tindakannya keluar Umno minggu lalu sebagai usaha mantan PM selama 22 tahun itu mendesak dan mengasak Perdana Menteri, Abdullah Badawi meletakkan jawatan.

Orang ramai dipelawa hadir untuk mengikuti ucapan beliau yang dijangka panas dan pedih bagi yang menyanjung tinggi dan bekerja bersama-sama Pak Lah hari ini.

Jumaat, Mei 30, 2008

BLOGDAILY.COM Imarahkan INFORMASI Perubahan Sejagat

Oleh TARMIZI MOHD JAM

SATU lagi kerja amal. Menyusahkan minda dan fizikal. Memerah keringat, merompak masa yang kian terbatas, menginfaqkan idea untuk kepentingan bersama.

Saya cuba mengetengahkan idea untuk mengutip segala berita dan analisa pelbagai isu semasa dalam blog dan website untuk kepentingan Ummah dalam mendidik pengunjung internet agar sentiasa peka dan menghormati informasi.

Dengan kemunculan Blogdaily.Com ini, diharapkan mampu membantu rakyat yang inginkan perubahan melakukan perubahan (makhal sakhti) dengan penuh pengetahuan terkini dan bukan sekadar menjadi "pak turut" seperti lembu dicucuk hidungnya.

Blogdaily.Com sangat-sangat mengalu-ngalukan limpahan artikel, komentar, pojok, berita, program dan aktiviti serta pelbagai gambar menarik diemelkan terus kepada blogdaily69@gmail.com atau editorxkutif@yahoo.com.my

Insya-Allah, Blogdaily.Com tidak akan menghampakan anda semua. Sokong serta dokongilah blog kerdil ini demi perubahan total serambi kuasa yang kini dimonopoli Barisan Nasional.

Saya akan aktifkan blog ini pada 1 Jun 2008, namun telah diusik sedikit paparan percubaan untuk para pengunjung budiman dan beriman. Layarilah seperti alamat di atas.

Kepada semua pemilik blog dan website, anda digalakkan untuk menyelitkan paparan alamat blog ini pada sesawang anda bagi tujuan yang satu, mengimarahkan informasi semasa kepada pengunjung.

Cikgu Bard Dan Nora TIDAK IKUT Ezam?

Ezam Mohd Nor yang terkenal menentang Dr Mahathir kini mempunyai misi yang agak besar – menjadi senjata untuk menghalang Anwar Ibrahim dari terus meniti takhta populariti dan di samping menjadi suara tegas untuk membelasah Dr Mahathir

By UMNO-REFORM

SPEKULASI Ezam menyeberang masuk ke UMNO kini sudah terjawab. Laman www.arahkita.blogspot dalam isu tahun 2006 lagi sudah membuat antisipasi bahawa Ezam Mohd Nor akan menyeberang masuk ke UMNO.

Hari ini setelah 2 tahun maka telah menjadi satu hakikat Ezam Mohd Nor kembali ke UMNO.

Sebelum ini dalam memberi sedikit komen mengenai spekulasi Ezam Mohd Nor menyertai UMNO, www.umno-reform.com mengatakan bahawa kemasukan Ezam adalah sebagai senjata untuk menentang kebangkitan Anwar Ibrahim.

Inilah tujuan Ezam dibawa masuk oleh Pak Lah. Ezam Mohd Nor yang terkenal menentang Dr Mahathir kini mempunyai misi yang agak besar – menjadi senjata untuk menghalang Anwar Ibrahim dari terus meniti takhta populariti dan di samping menjadi suara tegas untuk membelasah Dr Mahathir. Ini mungkin misi Ezam Mohd Nor.

Badrul Hisham Shaharin tidak menyertai Ezam Mohd Nor untuk memasuki UMNO. Blog Badrul Hisham Shahrin.

Namun dalam menyerahkan dokumen kemasukan semula ke UMNO – Badrul Hisham Shaharin yang dikatakan musuh ketat Khairy Jamaluddin tidak kelihatan menyertai rombongan Ezam Mohd Nor bertemu Pak Lah.

Badrul Hisham, Ahli Kepimpinan Tertinggi Keadilan tetap menyatakan sokongan beliau kepada Parti Keadilan rakyat dan telah membuat kenyataan terbuka beliau menjawab desas-desus bahawa beliau akan bersama-sama Ezam Mohd Nor menyertai UMNO.

Ini mungkin menjadi kelegaan Parti Keadilan Rakyat kerana Badrul dilihat sebagai kepimpinan akar umbi dan antara penggerak reformasi.

Nora antara reformis yang telah ditangkap sebanyak 11 kali masih belum memberi kenyataan mengenai spekulasi akan menyertai Ezam Mohd Nor Blog Norazimah Mohd Nor

Sungguhpun begitu, satu lagi tokoh reformasi Norazimah Mohd Nor yang dikatakan turut akan menyertai Ezam Mohd Nor gagal kelihatan untuk bersama-sama Ezam dalam bertemu dan menyerahkan borang UMNO.

Sungguhpun begitu tidak ada kenyataan dari aktivis reformasi yang telah di tangkap sebanyak 11 kali sepanjang perjuangan reformasi.

Namun persoalan utama ialah – kenapa Ezam menyertai UMNO. Adakah beliau mempercayai langkah-langkah reformasi yang sedang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional atau sebagai satu wadah untuk memulakan serangan terhadap Anwar Ibrahim yang dikatakan membelakangi perjuangan Melayu

LAYAKKAH Hisyamuddin PERSOAL Keikhlasan Ezam Masuk Umno?

By SANG KELEMBAI

SEKARANG keadaan UMNO dalam kecemasan dan hampir lemas, jika ada sehelai daun pun tempat bergayut, UMNO perlu menggunakan daun itu, tetapi itu tidak kepada Hishamuddin Hussein.

Bagaimana dia boleh menyoal sama ada mana manfaat atau tidak Ezam Mohd Nor masuk UMNO, adakah dia sendiri selaku Ketua Pemuda UMNO sudah memberi manfaat kepada UMNO? Kalau ditanya jawapannya tidak.

Sepatut Hishamuddin Hussein yang perlu keluar UMNO kerana dia sudah tidak ada manfaat lagi dengan UMNO.

Begitu juga, apa haknya untuk dia bertanya dengan setiap orang yang hendak masuk UMNO dalam soal ikhlas berjuang atau tidak.

Adakah ikhlas Hishammudin Hussein berjuang UMNO kalau tidak diberi jawatan Menteri? Bagaimanakah ukuran ikhlas, adalah dengan mengamalkan rasuah itu pertanda Ikhlas?

Bukan soal ikhlas soal pahala, segala bergantung kepada Allah yang satu. Manusia tidak berhak untuk bertanya keikhlasan seseorang.

Dan antara yang punya rekod penagih arak sama ada tegar atau tidak ialah Hishammudin Hussein, di mana gambar-gambar terdapat dalam Internet memperlihatkan dia sedang bersuka ria dengan tin-tin arak yang tidak pernah dinafikannya.

Baca Komentar [Selanjutnya]

Membaca Di Sebalik TAHNIAH Bush Kepada Anak Badawi?

Dan, adakah perutusan itu sebagai tanda terima kasih AS kepada Abdullah yang memilih pendekatan lembut dalam soal-soal anti-zionis?

By DATUK RUHANIE AHMAD

BAGAIMANAPUN, saya sifatkan perutusan itu sebagai mengandungi “udang di sebalik batu.” Perutusan itu juga mengundang pertanyaan, mengapakah ianya dikirimkan sehari sesudah Abdullah membuat kenyataan untuk tidak mengambil pendekatan berkonfrontasi dalam menangani isu anti-yahudi?

Dan, adakah perutusan itu sebagai tanda terima kasih AS kepada Abdullah yang memilih pendekatan lembut dalam soal-soal anti-zionis? Mungkinkah begitu hakikatnya?

Reaksi Syed Hamid mungkin remeh untuk dikupas. Tetapi, adakah perlu perutusan tahniah Bush kepada Abdullah diberikan ulasan oleh Syed Hamid?

Adakah kenyataan balas Syed Hamid cuba menggambarkan bahawa Malaysia di era Mahathir mempunyai hubungan bilateral dengan AS yang kurang erat?

Adakah kenyataan Syed Hamid itu dikeluarkan kerana Abdullah berbangga menerima perutusan tahniah daripada Bush?

Atau, adakah Syed Hamid diarah atau dipaksa oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeluarkan kenyataan itu bagi mengelakkan AS daripada melaksanakan apa yang dilaporkan sebagai “mahu menghentikan bantuan ketenteraan kepada Malaysia”?

Baca Komenter [Selanjutnya]

YB Pasir Salak Minta Anak Badawi NYAHKAN Zaid Ibrahim?

By DATUK A KADIR JASIN

PADA mulanya saya terfikir untuk menggunakan ungkapan “bertemu buku dengan ruas” bagi melabelkan serangan Ahli Parlimen Barisan Nasional Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Zaid Ibrahim.

Berucap di Parlimen pada 27 Mei, Tajudin meminta Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, menimbang semula pelantikan Zaid sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tajuddin menegaskan, tindakan Zaid yang menyerang secara terbuka di luar Dewan Rakyat terhadap ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya menentang kerajaan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

Baca komentar [Selanjutnya]

Khamis, Mei 29, 2008

Hisyamuddin Rais Kata Ezam BUKAN PENGKHIANAT!

By HISYAMUDDIN RAIS

SAYA cukup hairan dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara.

Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total terperanjat gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa yang hairan atau terperanjat mereka adalah ahli-ahli politik poyo. Ngok tak tahu membaca politik macam le chef de fou Zainuddin Maidin.

Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo.

Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun tidak akan mengkhianati garis perjuangan yang menjadi akidah hidupnya.

Cuba ingat betul-betul dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata - dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas.

Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata – contre l’ oppresion de l’homme par l’homme.

Baca komentar tegarnya [Selanjutnya]

Songsang: Apakah MAKSUD Tersirat PAS Ajak BN Sertai Pakatan Rakyat?

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penyertaan para pemimpin Umno ini penting bagi memastikan tertegaknya kerajaan baru yang berasaskan kepimpinan Melayu Islam serta perpaduan dan keadilan untuk semua kaum di negara ini. Untuk melaksanakan hasrat itu, katanya, beliau sentiasa terbuka untuk menemui mana-mana pihak bagi menyatakan hasrat PAS itu.

By SIASAH ONLINE

KUALA LUMPUR, 26 Mei: PAS mengajak para pemimpin Umno supaya membuat perubahan dengan cara baru iaitu menyertai usaha pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penyertaan para pemimpin Umno ini penting bagi memastikan tertegaknya kerajaan baru yang berasaskan kepimpinan Melayu Islam serta perpaduan dan keadilan untuk semua kaum di negara ini.

Untuk melaksanakan hasrat itu, katanya, beliau sentiasa terbuka untuk menemui mana-mana pihak bagi menyatakan hasrat PAS itu.

Abdul Hadi berkata demikian dalam kemelut peralihan kuasa yang sedang melanda negara ini sekarang ekoran pengisytiharan keluarnya bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir dari parti itu.

Bagi Abdul Hadi, parti Umno sudah sampai umur bersara dan para pemimpinnya perlu mencari pendekatan dan platfom baru.

Platform baru ini, kata beliau, akan memastikan tidak ada diskriminasi untuk negeri-negeri di pantai timur (Kelantan dan Terengganu) atau negeri-negeri di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.

"Kalau selama ini Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sentiasa ketinggalan di bawah kerajaan lama dan berada dalam kategori negeri-negeri miskin, walaupun mempunyai sumber yang kaya, melalui pakatan baru ini kita berharap akan dapat memperbetulkan keadaan ini," kata beliau dalam pertemuan khas dengan Siasah.

Berhubung dengan keluarnya bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir dari parti itu, Abdul Hadi berkata, tindakan itu membayangkan kerajaan BN pimpinan Umno sememangnya sangat lemah sekarang.

"Kita bersedia untuk memberikan pentas PAS kepada Tun Dr Mahathir jika beliau mahu dan sedia juga mempertimbangkan jika beliau memohon untuk menyertai PAS," kata beliau mengulas tawaran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Mahathir menyertai PAS.

Menurutnya, PAS sekarang sedang menangani perkembangan baru yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dan berusaha untuk meneguhkan lagi pakatan ini.

"Kita selalu bertemu dengan pimpinan lain dalam Pakatan. Yang terbaru kita bertemu dengan Datuk Seri Anwar dan berbincang cara-cara untuk mencapai hasrat bagi membentuk kerajaan baru di peringkat Pusat.

"Nampaknya beliau sangat yakin untuk membentuk kerajaan baru, tinggal lagi kita sedang mengkaji kesan-kesannya atas dasar dan perjuagan PAS," kata beliau.

Untuk itu, kata beliau, para pemimpin Umno perlu juga menyertai pakatan ini kerana kerajaan yang Umno bina itu sudah sampai masa untuk bersara.

Benarkah SOKSIK PAS Nak Sertai BN?

By PENARIK BECA

SEORANG sahabat yang saya hormati dari Kelantan tiba-tiba menelefon saya. Dia bertanya lebih kurang begini - Katakan ada tiga pilihan:

Pertama, tenggelam dan timbul bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua, menongkah arus dalam satu rakit dengan Umno.

Ketiga, memperkuatkan PAS termasuk membuka keahlian PAS kepada bukan Islam. Bukan setakat kelab penyokong atau ahli bersekutu. Tetapi memang menjadi ahli PAS yang layak menghadiri mesyuarat atau muktamar, bersuara, memilih dan dipilih.

Tak payah nak fikir lagi dah. Sambil saya tak lupa bahawa saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS, saya pilih yang ketiga.

Kalau nak membantu memelihara dan mempertahankan Islam, pilihan ketiga adalah yang terbaik. Malah, satu-satunya pilihan!

Itu tidak bermakna saya menolak pakatan yang longgar dengan pihak lain. Tetapi, PAS mesti bergerak dengan agendanya sendiri. Bukan agenda orang lain.

Kita selalu dengar dan baca kata-kata bahawa Umno kadang-kadang lebih Islam dari Islam kerana hendak menyaingi PAS. Kita juga selalu mendengar dan membaca cerita-cerita bahawa para pemimpin Umno berkata, "kena buat ni. Kalau tidak, PAS kacau. Susah kita".

Itu tidaklah bermakna Umno buat itu dan ini kerana PAS semata-mata. Takkan tak ada di antara mereka yang nawaitunya qurbatan ilaLlah atau hendak mendekatkan diri kepada Allah.

Tetapi cerita-cerita sedemikian selalu kita dengar dan kata-kata sedemikian selalu kita dengar dan baca.

Saya tak lupa kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak penggabungan Umno dan PAS ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

"Siapa nak jadi pembangkang?" tanya beliau kepada para tukang-tukang julangnya ketika itu yang menyambut beliau pulang dari luar negara.

Masa LEMAH Pertahan Prinsip, Bila KUAT JUAL Prinsip?

50 tahun kita pertahan prinsip. La ni kita bukan langgar prinsip tapi mau jual prinsip. Masa kita lemah, kita jaga prinsip. Bila kita kuat, kita jual prinsip lak. Kita tak sanggup jadi Abu Dzar!!!!!!!

By PENARIK BECA

SEORANG kawan menghantar tulisan di bawah kepada saya. Sebab saya rasa dia tahu apa yang dia tulis dan dia tidak merapu, saya siarkan tanpa edit:

Puluhan tahun Pas dilanyak oleh Umno. Bukan sahaja Pas difitnah, tetapi petugas dan penyokongnya dibuang kerja, dipindah ke ulu benua, tak naik pangkat, didera, ditangkap, ditembak dan DIBUNUH.

Top-top apabila Umno nak runtuh, dan seteru barunya, Anwar Ibrahim nak memerintah Malaysia, Pas hendak berkawan dan memerintah bersama dengan Umno pulak demi ketuanan dan kepentingan Melayu.dan Islam (betul ke tu).

Wau, memang ulamak Pas (kalau ulama Umno dipanggil ular dalam semak) pandai berhujjah dengan nas quran dan hadis.

Paling kurang pun ada usul fiqhnya untuk bersekongkol dengan Umno semula. Kalau dengan DAP ada hujjahnya, inikan pula dengan Umno yang sebangsa dan seagama.

Takkanlah pemimpin Pas begitu naïf dan tidak menjangka yang Pas akan meruntuhkan Umno bila bersama BA atau kini PR. Kawannya ialah DAP yang anti Islam dan mendokong Malaysian Malaysia.

Takkan tiba-tiba kesian kat UMNO dan tak percaya dengan DAP dan tak percaya Anwar yang kita tau dia lebih libral dengan Islam dan Melayunya.

Sebenarnya apa wahai pemimpin Pas oi. Engkau hendak jaga matlamat perjuangan Pas ke. Atau engkau dah takut bersekongkol dengan DAP ke.

Atau engkau tak percaya dengan Anwar yang kau bela kes liwatnya bagai nak rak ke. Atau engakau hendak jadi menteri ke. Atau engkau pun dah nyanyuk, maklom le usia pun semacam Umno juga.

Nak ke syurga ke nak ke Putrajaya. Hanya satu jalan ke syurga. Tetapi ada dua jalan ke Putrajaya. Tetapi kedua-dua jalan ke Putrajaya, Pas hanya sebagai penumpang sahaja.

50 tahun kita pertahan prinsip. La ni kita bukan langgar prinsip tapi mau jual prinsip. Masa kita lemah, kita jaga prinsip. Bila kita kuat, kita jual prinsip lak. Kita tak sanggup jadi Abu Dzar!!!!!!!

SPR Sudah BERSIAP SEDIA Adakan PILIHAN RAYA TERGEMPAR?

Dr. Chandra Muzaffar, pemerhati politik tanah air dan hubungan antarabangsa berkata, kemungkinan untuk diadakan pilihan raya tergempar dalam waktu terdekat memang ada.

By G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

LEBIH 140,000 pekerja yang secara langsung terlibat dalam pilihan raya umum ke-12 telah dinasihatkan agar bersedia untuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan kemungkinan pilihan raya umum tergempar.

Sambil menegaskan tidak mahu membuat spekulasi mengenainya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, beliau telah meminta mereka supaya bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan.

Beberapa pemerhati politik, dengan mengambil kira senario politik semasa, tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan.

"Saya tidak mahu membuat spekulasi, kami tidak boleh membuat spekulasi.

"Bagaimanapun kami bersedia untuk apa jua kemungkinan. SPR berupaya untuk menguruskan pilihan raya (tergempar jika diadakan) kerana kami mempunyai segara infrastruktur (untuk mengadakan pilihan raya)," kata Abdul Rashid.

Pilihan raya tergempar merujuk kepada pilihan raya yang diadakan secara tiba-tiba tanpa sebarang penunjuk awal.

Abdul Rashid menyatakan demikian dalam temu bual khas dengan mStar Online di pejabatnya di sini.

Malah, Abdul Rashid menjelaskan, ketika mesyuarat postmortem pilihan raya umum ke-12 sejak dua bulan yang lalu, beliau telah menyeru agar membuat persedian yang sepatutnya.

"Saya telah memaklumkan mereka dalam pertemuan sepanjang dua bulan yang lalu, sila membuat persediaan kerana pilihan raya (tergempar) boleh diadakan bila-bila masa jua. Ini nasihat yang saya berikan kepada mereka," katanya.

Katanya, beliau memberikan nasihat sedemikian kerana ia merupakan sebahagian daripada fungsi dan peranan suruhanjaya berkenaan.

"Saya tidak membuat spekulasi apa-apa, ia tidak baik untuk membuat spekulasi kerana ia hanya politik sahaja," katanya.

"Sebagai badan fungsian, kita perlu membuat persediaan. Ia merupakan tugas kami, tugas anggota panel Suruhanjaya untuk memberikan nasihat (agar bersedia)," katanya.

Pertengahan bulan ini, Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu, pilihan raya umum yang baru boleh diadakan pada bila-bila masa meskipun tempoh mandat kerajaan yang memerintah kurang daripada dua bulan.

Undang-undang tidak menghalang daripada membubarkan Parlimen dan Dewan Perundangan Negeri.

Malah pada minggu lalu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya tergempar ekoran tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti.

Sementara itu, Dr. Chandra Muzaffar, pemerhati politik tanah air dan hubungan antarabangsa berkata, kemungkinan untuk diadakan pilihan raya tergempar dalam waktu terdekat memang ada.

"Ia adalah satu kemungkinan kerana ada laporan yang mengatakan terdapat ahli-ahli Parlimen yang akan masuk parti lain (Pakatan Rakyat). Jika ini berlaku, kemungkinan Pak Lah (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), dari segi lunas perundangan boleh menghadap Yang di-Pertuan," katanya.

Jika ramai wakil rakyat yang melompat parti, Yang di-Pertuan Agong boleh mengundang parti yang ada majoriti di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru ataupun memberi perkenan bagi membubarkan Parlimen.

"Bagaimanapun saya tidak menganggap ia sebagai satu kemungkinan serius. Tetapi dalam politik kemungkinan-kemungkinan seumpama itu tidak boleh ditolak begitu sahaja," kata beliau yang juga Presiden Pergerakan Just.

Jika keadaan itu berlaku, jelas beliau, ia boleh menjadi detik bersejarah kerana tidak pernah berlaku di negara ini.

Prof. Madya Dr. Abdul Muati @ Zamri Ahmad, pensyarah komunikasi politik dari Universiti Putra Malaysia memberitahu, tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya tergempar.

Bagaimanapun, jelas beliau, peluang untuk diadakan pilihan raya tergempar memang ada jika ada ahli Parlimen yang melompat parti.

Malah, keputusan mengadakan pilihan raya tergempar juga bergantung sama ada parti pemerintah boleh memperoleh lebih banyak kerusi daripada sekarang.

"Berdasarkan sentimen semasa, Umno dan BN kemungkinan tidak akan memperoleh lebih daripada kerusi semasa.

"Sentimen sokongan kepada Pakatan Rakyat masih kukuh. Jadi, jika BN berpendapat bahawa ia boleh mendapatkan lebih banyak kerusi, maka pilihan raya tergempar mungkin diadakan," katanya lagi.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN memperoleh 140 kerusi di Dewan Rakyat dan pembangkang pula 82.

Katanya, langkah mengadakan pilihan raya tergempar juga tidak begitu baik kepada ekonomi kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat.

"Ini kerana ia akan menggambarkan suasana negatif di kalangan pelabur. Oleh itu, jika benar-benar BN merasakan boleh menang banyak kerusi, ia akan mengadakan pilihan raya tergempar," katanya.

Bagaimanapun, Profesor Datuk Dr. Syed Arabi Idid yang berada di luar negara berkata, setakat ini tiada kemungkinan pilihan raya tergempar akan diadakan.

"Tiada nampak apa-apa sebab pilihan raya tergempar akan diadakan," kata beliau.

Tekaan: EZAM Untuk Isi Kerusi KETUA PEMUDA Umno Makin Sah!

By BERITA HARIAN ONLINE

BEKAS Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau bersedia bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno jika kedudukannya sebagai Ketua Pemuda mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.

Bagaimanapun, katanya kedudukannya yang masih terlalu baru di dalam Umno tidak membenarkan beliau untuk membuat keputusan yang besar itu.

Namun, Mohamad Ezam berkata beliau akan membincangkan soal itu dengan pemimpin Umno yang lain terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

"Saya kena bincang dulu dengan pimpinan, kena bincang dengan kawan-kawan dan kalau jawatan itu untuk kepentingan negara, ia boleh membantu kepentingan negara, kepentingan parti, membina dan mengangkat martabat Melayu menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati oleh bangsa-bangsa lain, saya akan pertimbangkan secara serius,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kemungkinan kemasukan beliau ke dalam Umno ialah untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda yang akan dikosongkan penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - Bernama

Penyertaan Ezam Dan Anuar BUKAN DIRANCANG Sesiapapun - Najib

Benarkah tidak siapa merancang penyertaan Ezam, Anuar dan lain-lain mantan pemimpin PKR itu ke dalam Umno?

By AGENDADAILY

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, orang ramai boleh membuat penilaian sendiri perkembangan beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai semula UMNO.

“Orang ramai boleh buat tafsiran masing-masing… kesimpulan masing-masing,” katanya ringkas ketika ditanya perkembangan dua hari berturut-turut bekas orang kuat PKR menyertai semula UMNO selepas menerima borang permohonan menjadi ahli UMNO dari bekas Ketua PKR Permatang Pauh, Anuar Shaari di bangunan Parlimen hari Khamis.

Hari Rabu, bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor menyerahkan borang untuk menyertai semula UMNO kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ditanya, adakah perkembangan yang berlaku itu dirancang, Najib menjelaskan, apa yang berlaku secara kebetulan kerana Anuar telah menemuinya setahun yang lalu bagi menyatakan hasratnya menyertai UMNO dan kebetulan ia berlaku selepas Ezam juga memohon untuk menyertai semula parti itu.

Najib turut menjelaskan, permohonan Anuar akan dibawa kepada Majlis Tertinggi terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan disebabkan beliau pernah menjadi ahli UMNO.

Manakala seorang lagi yang turut menyerahkan borangnya iaitu bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Khairul Anuar Ramli tidak perlu di bawa kepada Majlis Tertinggi kerana beliau tidak pernah menjadi ahli parti itu sebelum ini.

Pada majlis itu yang turut dihadiri oleh Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) Datuk S. Nalakaruppan, Najib turut ditanya mengenai permohonan MIUP untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Menurut Najib, beliau masih belum pasti mengenai perkara berkenaan tetapi permohonan tersebut akan diproses mengikut prosedur.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini MIUP akan bekerjasama rapat dengan BN.

Kini Mantan SU Sulit Anwar Sertai Umno Selepas Ezam

Ditanya sebab Anuar Shaari meninggalkan PKR dan Anwar Ibrahim, beliau berkata, beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Anwar!

By AGENDADAILY

DALAM keriuhan akan berlakunya ‘pesta’ lompat parti kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang, suasana tersebut nampaknya terbalik apabila langkah permulaan yang dilakukan oleh Ezam Mohd Nor kembali semula menyertai UMNO disusuli dengan seorang lagi orang kuat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon untuk sertai semula UMNO.

Anuar Shaari, bekas Ketua PKR Bahagian Permatang Pauh yang juga bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjawat Timbalan Perdana Menteri hari Khamis menyerahkan borang permohonan untuk menyertai UMNO kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Selain Anuar, beberapa bekas pimpinan khususnya dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut mengumumkan keputusan mereka untuk memohon menyertai UMNO. Mereka ialah bekas Ketua Angkatan Muda Pemuda PKR Selangor SD Johari Md Yassin.

Bekas Ketua AMK Kedah, Khairul Anuar Ramli, bekas Ketua AMK Perlis, Daud Che Ghani dan bekas Setiausaha PKR Selangor, Nazmi Rosli. Selain itu turut sama mengumumkan permohonan menyertai UMNO ialah bekas Exco AMK Pusat, Azwan Din dan Abdul Ghani Harun.

Ezam yang mengadakan sidang media khasnya pagi Khamis menjelaskan, penyertaannya semula ke dalam UMNO kerana beliau tidak dapat menerima mainan politik asal berkuasa yang diamalkan oleh pemimpin PKR.

Selain itu, beliau turut menjelaskan, penyertaanya ke dalam UMNO kerana yakin dengan usaha terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengembalikan integriti badan kehakiman negara dan memerangi gejala rasuah.

"Saya masuk politik berasaskan kepada cita-cita (membuat) perubahan... dan saya yakin lebih banyak perubahan akan dibuat (oleh Perdana Menteri) pada masa akan datang," katanya.

Menjawab soalan sama ada beliau boleh memainkan peranan aktif di dalam UMNO tanpa sebarang jawatan, Ezam berkata, sejarah membuktikan ramai yang memulakan perjuangan mereka tanpa sebarang jawatan dan beliau menyertai UMNO bukan kerana ingin merebut sebarang jawatan.

Sebaliknya kata beliau, matlamat perjuangannya mengatasi kepentingan politik.

Ditanya adakah beliau sedia jika ada pencalonan untuk beliau bertanding sebarang jawatan dalam UMNO, Ezam berkata, jika pencalonan itu untuk kepentingan Melayu dan negara, beliau sedia mempertimbangkannya.

Ezam turut menjelaskan kepada satu soalan, formula kerjasama Barisan Nasional (BN) adalah yang terbaik buat negara pada masa ini.

Kepada satu soalan, beliau berkata, beliau meninggalkan PKR kerana Anwar telah merubah asas penubuhan parti Keadilan iaitu parti pelbagai kaum yang berteraskan Melayu.

Sementara itu Anuar Shaari pula dalam sidang medianya berkata, beliau membuat keputusan menyertai semula UMNO kerana ingin kembali kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Ditanya sebab beliau meninggalkan PKR dan Anwar Ibrahim, beliau berkata, beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Anwar.

Ezam TERJUN Umno Telah DIJANGKA!

By ANWAR IBRAHIM

SEBELUM ini banyak tekaan mengenai kemungkinan Sdr Ezam menyertai Umno. Dan ada kalangan pengunjung yang memohon reaksi saya.

Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan - sebelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu.

Justeru itu keputusan tersebut adalah hasrat peribadi beliau.

Bebaskah Kita Daripada 'Gempa Bumi' Politik?

Apakah "gempa bumi" politik yang menaji Pak Lah pada PRU 12 lalu makin parah dengan "gegaran" Mahathir keluar Umno?

By MOHD. ARIF ATAN

SAYU di hati apabila mendengarkan 'jeritan' siren dan hon berkumandang melangit sehingga ke Tembok Besar China (Chang Cheng) pada 19 Mei lalu.

Penulis turut berkongsi kesedihan dengan seluruh 1.3 bilion warga Republik Rakyat China yang bertafakur selama tiga minit bermula jam 2.28 petang hari yang sama sebagai tanda berkabung atas bencana gempa bumi yang melanda wilayah Sichuan.

Serentak dengan itu, bendera merah China yang tertera sebutir bintang besar berserta empat bintang kecil berwarna kuning dikibarkan separuh tiang dengan acara rasmi yang penuh patriotik berpusat di Dataran Tian Men, Beijing.

Dalam masa yang sama, aktiviti bercorak hiburan juga dihentikan selama tiga hari.

Akhbar rasmi berbahasa Inggeris tempatan China Daily keluaran 25 Mei lalu melaporkan sejumlah 55,740 telah terkorban manakala 292,481 orang lagi cedera dan 24,960 masih belum ditemui.

Mungkin ratusan ribu nyawa lagi dipercayai menjadi korban di sebalik runtuhan sekian banyak bangunan yang menyembah bumi. Paling menyedihkan apabila kebanyakan murid sekolah tempatan turut terkorban di sebalik ranapnya bangunan sekolah mereka.

Dicatatkan juga kira-kira lima juta mangsa terselamat yang hilang tempat tinggal memerlukan bantuan khemah sementara serta bekalan makanan.

BekalanTinjauan penulis di pejabat pos (China Post) sekitar Beijing pula mendapati usaha giat menyiapkan bekalan bantuan kemanusiaan seperti pakaian terpakai untuk dihantar kepada mangsa terselamat.

Siaran televisyen tempatan turut melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan memberikan liputan meluas dan berkempen memohon sumbangan dan bantuan.

Gegaran dalam skala kecil berulang-kali kerap berlaku walhal masih ramai yang masih terasa gegaran berukuran 7.8 skala Richter pada 12 Mei lalu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Hanya ketabahan dan sikap tidak berputus asa rakyat China dari pelbagai pihak membuatkan mereka saling membantu meringankan beban mangsa.

Kesediaan menghulurkan bantuan termasuk di kalangan komuniti sebangsa di seberang laut seperti dari Washington adalah pancaran daripada rasa perikemanusiaan dan semangat membantu sesama bangsa yang tinggi.

Apa pun, nilai patriotisme begitu terserlah di sebalik peristiwa malang '512' itu. Segenap lapisan rakyat China yang mendiami negara seluas 9.65 juta kilometer persegi itu membantu mana yang termampu.

Malah, rasa perikemanusiaan juga melangkaui sempadan geo-politik apabila masyarakat antarabangsa juga menghulurkan bantuan.

Semoga penghuni di wilayah Sichuan dapat segera bangkit daripada kesedihan. Bagi rakyat Malaysia pula ada baiknya dalam kita membantu meringankan beban mangsa, apa yang tersirat di sebalik bencana ini turut dijadikan iktibar.

Betapa bertuahnya kita menjadi warga di tanah air Malaysia yang dijauhkan Tuhan daripada bencana alam besar seperti gempa bumi di China mahupun ribut taufan di Myanmar.

Sedangkan gegaran kecil di sebahagian kawasan Lembah Klang dan Tawau pun kita begitu khuatir apatah lagi gegaran besar yang boleh meragut nyawa dan memusnahkan harta benda.

Namun, mengikuti perkembangan sosio-politik mutakhir timbul suatu persoalan: Mengapa kita yang hidup di tanah tumpah darah negara yang kecil ini begitu cenderung mewujudkan situasi seperti 'gempa politik' yang tiada kesudahannya?

Siapa yang akan berterusan menjadi 'mangsa' daripada siri-siri gempa politik yang berlaku ini jika bukan kira-kira 27 juta rakyatnya?

Sampai bila kita begitu gemar berselisih faham hanya atas rasa cauvinisme atau perbezaan pendirian politik sehingga kemakmuran dan keamanan yang ada tidak dimanfaatkan untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu-padu dan maju berasaskan acuan kita sendiri?

Kita mungkin boleh menarik nafas lega lantaran terhindar daripada bencana alam seperti gempa bumi.

Namun, 'gegaran' daripada gempa politik yang begitu kerap adalah jauh lebih berbahaya untuk jangka panjang ke atas kestabilan negara bangsa Malaysia. - Utusan Online

Ahad, Mei 25, 2008

Pengganti TG NIK AZIZ Dan Isu BETULKAN Bacaan AL-FATEHAH


By PENARIK BECA
http://penarikbeca.blogspot.com/

SEBELUM Tok Guru Mursyidul Am berlepas ke Makkah al-Mukarramh mengerjakan umrah, mendekatkan dirinya dengan kekasihnya Yang Maha Suci (qurbatan ilaLlah), dianjurkanlah solat hajat agar Tok Guru yang dikasihi selamat pergi dan kembali ke tanah air.

Khabar dari Kelantan mendakwa, tujuan penganjurnya mengadakan majlis solat hajat itu adalah agar Tok Guru mengisytiharkan nama pemangku Menteri Besar dalam majlis tersebut.

Jika benar dakwaan itu, malang bagi penganjurnya (Datuk Takiyuddin Hassan didakwa menjadi penganjurnya) kerana Tok Guru tidak membuat apa-apa pengumuman.

Solat hajat politik akhirnya dijadikan solat hajat qurbatan ilaLlah oleh Tok Guru - semoga limpahan keampunan dan kasih sayang Allah s.w.t. sentiasa bersama-samanya.

Di majlis solat hajat itu, solat Mahgrib diimamkan oleh Adun Tendong, Dr Muhamad Md Daud, solat hajat diimamkan oleh Tok Guru sendiri manakala solat Isya diimamkan oleh seorang pemimpin kanan PAS yang juga seorang Ahli Parlimen.

Didakwa oleh dua sumber itu (mula-mula seorang beritahu dan kemudiannya seorang lagi sumber dihubungi untuk compare notes - takut tersilap fakta), ramailah Tok-Tok Guru yang menghadiri majlis tersebut merungut selepas itu kerana mereka tak puas hati dengan bacaan pemimpin kanan PAS itu. Mereka juga merungut kerana solatnya "tak dok toma'ninah".

"Rasa-rasanya ramai yang mufaraqah," kata salah satu sumber berkenaan.

Khabarnya, Tok Guru Haji Hussain Lubok Tapah bersedia menerima kedatangan pemimpin kanan PAS itu untuk mengajar dan membetulkan bacaan al-Fatehahnya.

Termenung saya. Bagaimana agaknya kalau Tok Guru Haji Hussain suruh saya membaca Fatehah di hadapannya. Aduhai aku, betulkan al-Fatehahmu!

BETULKAH PAS & Umno Jadikan ISLAM Bahan KOMODITI?


By PENARIK BECA

Update 23/5/08 7.19 malam: Abu Hanaan menghantar komen seperti berikut: "Kalau nak runding bawak 2 mamat yang kena tembak peluru hidup sekali. Yang tak kena tembak peluru hidup senang cakap la..."

Update 23/5/08, 12.32 tengah hari: "Kesilapan besar. Sebenarnya yang mencadangkan pakatan bentuk baru dengan Umno itu bukannya Tok Guru Mursyidul Am, tetapi Tok Guru Presiden. Syaratnya, Islam mesti diletakkan di hadapan. Saya yakin Umno tidak ada masalah. Apa yang tak kena dan tak eloknya pakatan yang meletakkan Islam di hadapan atau berpandukan Islam."

Di atas segala kesilapan, saya merayu kemaafan Tok Guru Mursyidul Am dan semua yang terlibat.

Update 23/5/08, 8.58 pagi: Di ruangan komen, Shazlan menjelaskan seperti berikut: "Saya rasa, Tok Guru ada kata mcm tuh tp dia kata dgn bersyaratkan yg PAS jd parti tunjang... yg lead the coalition. Last time, UMNO lead and hence, PAS diperkotak-katikkan. So, saya rasa ada bezanya..."

Posting asal: "Terkejut saya membaca berita Datin Seri Wan Azizah Ismail terkejut. Terkejut mendengar berita Ezam Mohd Noor nak masuk Umno (Lihat Utusan Malaysia 22/5/08 "Wan Azizah terkejut Ezam masuk Umno" manakala Malaysiakini pula melaporkan dengan garapan bertajuk "Wan Azizah finds Ezam's decision 'strange'")."

Sehari dua sebelum Lokman Noor Adam nak mengisytiharkan dirinya menyertai Umno kerana sakit hati sangat dengan Ezam, saya mengikut seorang pemimpin PAS berjumpa dengan Lokman. Macam-macamlah dia cerita tentang Ezam.

Pokoknya, banyak sungguh ceritanya. (Untuk mengetahui sebahagiannya, sila lihat di sini). Lantaklah Ezam. Kalau dia nak masuk Parti Likud pun, suka hati dialah. Tak jadi kudis kepada pembangkang.

Itulah lebih kurang jawapan saya melalui SMS kepada seorang kawan. Saya seterusnya memberitahu beliau, masalah besar kita ialah berita yang dijangka akan disiarkan oleh akhbar Siasah esok.

Saya mendapat tahu akan disiarkan berita Tok Guru Mursyidul Am menawarkan pakatan dalam bentuk baru kepada Umno. Bagai biasa, kononnya untuk kepentingan Islam.

Saya tak tahu sama ada cerita yang sampai kepada saya itu benar atau tidak. Jika benar, Tok Guru yang telah terjatuh ke dalam lubang puaka ketika PAS menyertai Barisan Nasional dahulu, (PAS dihalau seperti anjing kurap dari Barisan Nasional) nampaknya bagai hendak terjun lagi ke dalam lubang yang sama.

Jika benar khabar yang sampai kepada saya itu, apa yang lebih menyedihkan, Islam nampaknya dijadikan komoditi politik untuk mewajarkan kerjasama bentuk baru itu.

Di dalam Pakatan Rakyat, PAS bagaikan Parti Progresif Rakyat (PPP). Bagai melukut di tepi gantang. Jika benar khabar yang sampai kepada saya itu, apa jaminan PAS tidak akan dipertidakkan seperti PPP dalam pakatan bentuk baru dengan Umno itu?

Sampai bila PAS meletakkan dirinya bagai PPP?

TG Nik Aziz Dan Lim Guan Eng Patut DITELADANI Kesederhanaan MEREKA Oleh Sesiapa Sahaja!

Walaupun sudah bergelar VVIP dan menerajui Kelantan hampir 18 tahun, TG Nik Aziz masih seperti rakyat biasa dan tidak bermegah dengan status dan kedudukan hingga menyebabkan beliau sukar ditumpaskan oleh BN

Gambar yang dirakamkan oleh Ning Baizura dalam pesawat kelas ekonomi MAS seperti yang diceritakannya pada Blog mrmanager.blogspot.com, yang mengharukan beliau apabila melihat seorang VVIP seperti Lim Guan Eng tidak memisahkan status dengan rakyat

Di rumah inilah, rumah kayu tradisional kebanyakan rakyat Kelantan, menjadi kediaman rasmi TG Nik Aziz sejak mentadbir negeri itu pada 1990 hingga kini tanpa diperbesarkan atau dilengkapi polios keselamatan

By Hj MOHAMAD SABU
Naib Presiden PAS

GABUNGAN kekuatan Tengku Razaleigh Hamzah yang menerajui Semangat 46 dengan kekuatan keperibadian Tok Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, Mursyidul Am PAS menyebabkan BN Kelantan mendapat "kosong kerusi" di peringkat Dun dan Parlimen dalam pilihan raya 1990.

Tok Guru Nik Aziz, watak dan kekuatannya terserlah setelah memerintah. Semasa beliau menjadi anggota pembangkang, watak dan pengaruhnya tidaklah seberapa.

Kuasa yang dikejar oleh ahli-ahli politik selalunya disalahgunakan semasa menikmati kuasa yang dimandatkan oleh rakyat.

Sebaliknya Tok Guru mempamerkan kesederhanaan.

Beliau tidak tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan, tidak mengambil elaun keraian semasa Aidilfitri dan Aidiladha. Tok Guru juga memotong gaji bulanannya dan dimasukkan kembali ke dalam tabung kebajikan. Itu hanya beberapa pembaharuan yang dibuatnya.

Kekuatan dan persembahan baru Menteri Besar Kelantan menyebabkan PAS dan rakan-rakannya dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan seterusnya Barisan Alternatif dapat bertahan memerintah selama lima penggal.

Percubaan BN untuk menggugat pemerintahan Angkatan dan BA gagal, di antaranya berpunca atas kesederhanaan perwatakan Menteri Besar Kelantan itu.

Menurut kajian selidik beberapa badan NGO terhadap sokongan kepada PAS dan BA, 7 peratus datang dari keperibadian Tok Guru Nik Aziz.

Kini selepas pilihan raya 2008, muncul seorang anak muda yang semasa mudanya menghadapi pelbagai tekanan dan ujian sebagai pembangkang kepada BN.

Lim Guan Eng pernah ditahan ISA di bawah Operasi Lalang 1987, kemudiannya dipenjarakan di bawah kesalahan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Beliau hilang segala keistimewaan sebagai ahli Parlimen sama ada dalam bentuk gratuiti, pencen dan tidak boleh bertanding dan memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pertubuhan dalam tempoh yang agak lama.

Setelah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau mengumumkan beberapa langkah untuk membersihkan pentadbirannya dari sebarang unsur rasuah dan nepotisme.

Saya lebih tertarik untuk memaparkan amalan beliau secara peribadi untuk menjadi pemimpin melalui teladan.

Penyanyi Ning Baizura dan pengurusnya telah terserempak dengan Ketua Menteri Pulau Pinang ini yang menaiki kelas ekonomi pesawat MAS, sedangkan beliau selayaknya berada dalam kelas bisnes.

Laman blog Ning Baizura telah memapar dan menceritakan hal Lim Guan Eng itu.

Pertemuan saya dengan Ketua Pulau Pinang bersama isterinya, Betty Chew di Lapangan Terbang Subang secara kebetulan telah menjelaskan lagi keazaman beliau untuk menjaga harta rakyat.

Beliau menyatakan akan hanya menaiki pesawat kelas bisnes apabila kehabisan kelas ekonomi.

Semasa menginap di hotel, beliau akan menginap di standard room, sedangkan beliau layak berada di bilik 'suite' seperti dinikmati oleh menteri mesar dan ketua menteri yang lain.

Jawapan yang diberikan oleh beliau adalah sama saja, beliau ingin menjadi contoh terutama kepada pegawai-pegawai kerajaan bahawa menjadi ketua menteri bukan untuk mendapat keistimewaan dan berbelanja dengan mewah, walaupun ia merupakan hak yang diluluskan kepadanya.

Sebenarnya rakyat amat suka apabila mereka mendapat pemimpin politik seperti Tok Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng yang tidak pernah terfikir untuk memperkayakan peribadi, apatah lagi untuk melakukan rasuah atau salah guna kuasa, yang amat dibenci oleh rakyat.

Rakyat tidak mahu pemimpin hanya lantang suara semasa menjadi pembangkang, dan menegur segala bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh musuh, tetapi apabila mendapat kuasa, mereka hanya mengulang apa yang dilakukan oleh pemerintah sebelumnya.

Contoh dan amalan sederhana yang dijelmakan oleh Tok Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng, insya-Allah akan menjadi budaya baru dalam kepimpinan politik dan masyarakat pada masa akan datang.

Lim Guan Eng yang pernah makan malam bersama saya di warung-warung dengan kenderaan peribadi begitu menarik perhatian rakyat Pulau Pinang terhadap perwatakannya yang sederhana itu.

Sudah tentu harapan rakyat agar ia tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam, sebaliknya budaya baru pemimpin Malaysia dapat dijelmakan pada masa akan datang.

Sesungguhnya amalan rasuah, nepotisme, pembaziran akan lebih dibenci orang awam pada masa akan datang.

Apabila Selangor Sendiri RAGUI KEBERSIHAN Pimpinan Pakatan Rakyat!

Tetapi kalau sekadar cabut dan tampal atau cabut dan buang sebagaimana amalan MB yang lalu (yang kebetulan seorang doktor gigi) saya bimbang ianya akan mengundang lebih banyak masalah terhadap kerajaan baru ini.

By ROSLAN SMS
Setiausaha Akhbar Kepada Presiden PAS

Pegawai kerajaan warisan BN lebih dipercayai berbanding Adun, Exco KeADILan, PAS dan DAP? Pengumuman Ronie Liu dipersoal!

DALAM satu majlis yang dihadiri MB Perak baru-baru ini, Datuk Seri Ir Nizar telah menyarankan kepada para juru blog (bloggers) agar terus mengkritik termasuklah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang baru dengan harapan kepentingan, nasib dan kebajikan rakyat dan negeri akan terus dibela.

Atas dasar ini saya menyahut cabaran beliau dan merasakan terpanggil untuk mengkritik apa yang saya baca dalam Metro (sisipan akhbar The Star) hari ini (18 Mei 2008).

Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor dan tiga negeri lain selama 2 bulan. Dan kita faham banyak perubahan yang mahu diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan dan kepincangan BN selama berpulu-puluh tahun lalu.

Di Selangor umpamanya kelihatan kerajaan baru sungguh berhati-hati dalam memastikan yang segala amalan buruk dan tidak bermoral kerajaan yang lalu tidak diteruskan, semestinya ini sesuatu yang baik dan perlu dipuji.

Cumanya janganlah kerana niat yang baik ia menjadi terlalu “overzealous”, keterlaluan sehingga nanti membawa kesan yang buruk pula ke atas kita.

Diperingkat PBT, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah pun memperkenalkan pembaharuan, mahu memasukkan sejumlah wakil dari badan professional dan wakil-wakil NGO untuk duduk sebagai ahli-ahli majlis mewakili profesion dan kepentingan NGO masing-masing.

Bermakna ahli-ahli majlis PBT nanti bukan hanya terdiri dari wakil parti-parti politik tetapi juga yang bukan politik.

Juga diumumkan baru-baru ini ADUN Selangor tidak akan duduk sebagai ahli majlis.

Dan hari ini EXCO berkenaan, Sdr Ronnie Liu mengumumkan suatu lagi pembaharuan.

Kata beliau ADUN dan ahli-ahli majlis yang terdiri dari wakil-wakil politik tidak akan dibenarkan duduk dalam “tender board” atau lembaga tender PBT.

Kononnya usaha ini bagi memastikan tiada lagi unsur rasuah berlaku dalam lembaga tender. Sebaliknya lembaga tender nanti akan diwakili oleh ahli-ahli majlis bukan politik dengan Datuk Bandar atau Yang Dipertua Majlis mempengerusikannya.

Beginikah cara penyelesaian yang terbaik?

Apakah Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis serta ahli-ahli majlis yang bukan politik itu nanti dapat dipastikan kebersihannya?

Apakah kerajaan negeri menganggap wakil-wakil politik Pakatan Rakyat dari PKR, DAP dan PAS sama nilai moralnya dengan wakil-wakil BN?

Kalau rasuah menjadi kebimbangan kerajaan negeri, EXCO berkenaan sepatutnya menyemak semula amalan atau prosedur lembaga tender yang lepas dan memperkenalkan satu “Standard Operating Porcedure” baru yang telus, tuntas serta meyakinkan.

Bukannya menghalang orang-orang politik dari terlibat dalam lembaga tender sebegini. Bagi saya ini suatu keputusan yang sangat lemah kerana menyamakan ahli-ahli politik PR dengan BN.

EXCO berkenaan perlu ingat Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis yang dikekalkan itu telah lama berkhidmat di bawah BN (saya yakin kasih sayang mereka kepada pimpinan BN masih kekal bertapak sehingga kini lantaran kemesaraan itu), mereka itu yang patut lebih diragui dan dipantau bukannya ahli-ahli politik PR yang masing-masing bersemangat mahu bersama memperjuangkan kerajaan yang bersih dan adil.

Kalau beginilah sikap kerajaan negeri, mungkin selepas ini semua tender dan kontrak kerajaan negeri jangan juga libatkan EXCO dan MB. Biar sahaja pegawai-pegawai kanan kerajaan yang duduk membuat keputusan, begitukah yang kita mahu?

Memang “prevention is better than cure” tetapi bagi saya keputusan ini seolah mencampakkan jaringan syak wasangka dan keraguan keterlaluan terhadap orang-orang kita sendiri.

Berilah peluang kepada pimpinan parti diperingkat kerajaan tempatan untuk menunjukkan kemampuan dan iltizam mereka untuk turut menyumbang ke arah cita-cita murni kerajaan yang baru ini.

BN memang telah gagal lantaran amalan-amalan buruk pimpinan mereka dari peringkat tertinggi sehinggalah yang di akar umbi, tetapi itu BN, bukan kita.

Jika garispanduan yang baik dan berkesan diperkenalkan sehingga menutup segala lubang dan ruang untuk rasuah dalam lembaga tender, letaklah siapa pun saya tidak nampak yang gejala ini akan merebak.

Tetapi kalau sekadar cabut dan tampal atau cabut dan buang sebagaimana amalan MB yang lalu (yang kebetulan seorang doktor gigi) saya bimbang ianya akan mengundang lebih banyak masalah terhadap kerajaan baru ini.

Diharapkan MB Selangor akan mengakaji dan menyemak semula keputsan ini agar nampak lebih kemas dan praktikal.

AMAT MALANG! Jika Pengundi Pakatan Rakyat JAUHKAN DIRI Nanti...

Peluang untuk menegur pemimpin perlu digunakan sebaik mungkin untuk mengingatkan mereka akan prinsip perjuangan. Setiap kesalahan perlu ditegur walaupun siapa jua pelakunya.

By DR. ROSLI ALLANI
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

KEKUATAN ekonomi sesebuah parti politik merupakan satu aset penting dalam meneruskan agenda perjuangan mereka.

Sebelum ini, dalam suasana kekangan politik dan ekonomi yang diamalkan oleh Kerajaan Pusat dari Barisan Nasional, sudah pasti kekuatan ekonomi parti pembangkang tidak akan dibiarkan berkembang. Segala tekanan diberikan kepada mereka.

Kelewatan geran perkapita, keistimewaan yang dinikmati oleh wakil wakil rakyat Barisan Nasional tidak lebih hanyalah untuk menyakitkan hati wakil wakil rakyat yang lain termasuklah pihak kerajaan yang telah mendapat mandat rakyat.

Ini berlaku kepada Kelantan untuk berbelas tahun sepanjang pemerintahan mereka. Tidak pelik sekiranya YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan baru baru ini menuntut Kerajaan Pusat membayar pampasan kepada Kelantan.

Namun dengan adanya lima negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dengan negeri Selangor mendahului dari segi kemajuan dan kekayaan berbanding dengan negeri negeri lain, parti komponen perlulah memikirkan langkah langkah terbaik untuk memperkuatkan ekonomi negeri negeri yang ditadbir.

Parti parti yang mendokongi perjuangan yang telah disatukan di bawah payung Pakatan Rakyat tentunya cuba mendekatkan segala jurang yang ada.

Usaha ke arah itu seharusnya dibuat sedapat mungkin demi mengekalkan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat.

Walau apa pun yang diperkatakan, Makkal Sakti telah memilih calon selain Barisan Nasional di banyak tempat tanpa mengambilkira individu yang bertanding. Atas alasan apa sekalipun hakikat itu harus diterima.

Maka memperkuatkan imej parti dan pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat amatlah penting.

Antaranya memastikan segala janji janji dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin.

Rakyat ingin melihat pemimpin yang menjadikan kuasa pentadbiran sebagai alat untuk memberi kemajuan dan kesenangan kepada mereka, bukan kesenangan kepada pemimpin sahaja.

Pemimpin mempunyai banyak privilege dan kelebihan yang sudah tentunya memudahkan mereka melaksanakan tugas. Namun ianya bukan sesuatu yang harus dibanggakan.

Tanpa rakyat yang mengangkat mereka, tiadalah hebatnya seorang pemimpin itu. Pemimpin disanjung atas komitmen dan perjuangan mereka, bukan sekadar penonjolan fizikal yang segak dan kemas.

Dasar setiap parti merupakan satu rujukan yang cukup baik untuk memperbetulkan kepimpinan yang tersilap langkah. Pemimpin juga adalah manusia.

Peluang untuk menegur pemimpin perlu digunakan sebaik mungkin untuk mengingatkan mereka akan prinsip perjuangan. Setiap kesalahan perlu ditegur walaupun siapa jua pelakunya.

Manusia itu bersifat pelupa dan mudah dilalaikan dengan urusan yang pelbagai.

Di atas imej yang baik juga Makkal Sakti menaikkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Pak Lah pada PRU 11, 2004.

Rakyat telah memberi beliau peluang dan empat tahun yang dilaburkan oleh Pak Lah untuk membalas kepercayaan rakyat itu tidak meninggalkan bekas yang baik untuk mengekalkan harapan dan kepercayaan yang diberi.

Di atas kesedaran ini, pemimpin tertinggi parti parti Pakatan Rakyat perlu menampilkan imej terbaik sesuai dengan semua latar belakang dan pengharapan rakyat demi meneruskan kesinambungan perjuangan yang tentunya diberi sepenuh perhatian oleh mereka.

Mereka juga perlu membersihkan imej parti dari kekotoran dan keburukan yang diakibatkan oleh beberapa individu yang hilang prinsip perjuangan.

Janganlah sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Kebenaran yang dicari sudah semestinya menuntut komitmen walaupun hasil itu belum tentu dapat kita lihat.

Namun membiarkan penyakit membarah di dalam jasad merupakan satu tindakan kurang bijak yang akhirnya bakal dizahirkan jua dengan kelesuan dan tanda tanda fizikal yang cukup untuk menjauhkan orang sekeliling kita.

Amatlah malang sekiranya yang menjauhkan diri itu adalah pengundi yang pernah memberi kepercayaan kepada kita!

JANGAN TENGOK Saja, Lim Guan Eng DAHULUI PAS!

Nasihat Aris Awang: Jangan biarkan Lim Guan Eng, memintas kita untuk mengikut pemerintahan Umar Abd Aziz.

By ARIS AWANG
Mantan Setiausaha & mantan Ketua Pemuda PAS Kedah

WAHAI pemuda dan pemudi ku, inilah sebab mengapa kita menyertai dan terus berada di dalam PAS. Nah! sekarang PAS sudah berkuasa walaupun menang hanya16 kerusi di Kedah.

Gunakanlah kesempatan ini untuk meneruskan tujuan PAS ditubuhkan dan lakukan semaksima mungkin usaha-usaha seperti di atas.

Janganlah kamu terkedu atau masih terpingga-pinga dengan kemenangan separa anugerah Allah ini, dan adalah lebih malang lagi jika ketika diberi kuasa ini kamu mempunyai berbagai dalih untuk tidak melaksanakan Tujuan dan Usaha yang ditegaskan dalam perlembangaan kita.

FASAL 5. Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hokum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan sesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara.

FASAL 6. Usaha-usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah Rasulnya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan.

Apakah kamu akan berpatah balik kebelakang hanya semata sayang dengan kemenangan separa ini akan hilang dari genggamanmu?

Ingatlah Tuhan yang memegang hati manusia bukan kita pemuda dan pemudiku.

Gunakan kebijaksanaan kamu sebagai pemuda dan pemudi Parti Islam SeMalaysia disetiap DUN yang kita menangi untuk menzahirkan keindahan Islam melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat.

Teruskan jihad kamu, teruskan pengorbanan kamu, curahkan keringat dan tenaga kamu demi kemenangan Islam yang total dari kemenangan Islam separa ini.

Kuat keimanan mu sehingga menjadi seorang mukmin dan mukminah yang sejati yang mencintai Allah dan rasulnya, percaya kepada hari kiamat, balasan diakhirat, mencintai kebaikan dan jijik kepada noda dan dosa.

Perkenalkanlah kebaikkan sistem pemerintahan Islam, cari galilah kisah pemerintahan dan kehidupan Rasul Junjungan Muhammad saw, para sahabatnya dan yang terdekat Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat sebagai suri teladan.

Jangan biarkan Lim Guan Eng, memintas kita untuk mengikut pemerintahan Umar Abd Aziz.

Jika ini berlaku kita semua akan malu kepada seluruh makhluk yang ada diatas muka bumi Allah ini, lebih-lebih lagi kita akan teramat malu kepada Allah swt yang telah memberikan kalimah suciNya terpahat dalam dada kita.

Gagahkanlah dirimu untuk berlatih sedikit tawadhuk dan sedikit zuhud dengan wang rakyat dan kuasa, walaupun keinginanmu membara mengecapi keselesaan, kemegahan dan keprotokalan yang sedia terhidang.

Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami untuk terus diberi petunjuk dan menjaga keserakahan nafsu kami tergoda dengan wang rakyat yang telah ada dalam genggaman kami.

Ya Allah berikan kekuatan kepada kami mengenali, menangkis cubaan dan godaan rasuah dengan bermacam-macam taktik dan teknik.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus istiqamah tidak mengejar pangkat dan kedudukan, semata-mata untuk merasa megah dan bangga diri.

Ya Allah jauhkanlah kami dari dikelilingi penyokong dan pembantu yang membawa rebah, sehingga akhirnya tidak mampu melaksana ketaqwaan kepada Mu dan kebaktian kepada sesama manusia.

Ya Allah berikan kami keutuhan ikatan ukhwah yang sejati dikalangan kepimpinan dan ahli dengan penuh rasa kasih sayang penuh mahabbah.

Wahai pemuda pemudiku bangunlah di hujung malam solatlah dan doalah di dalam sujudmu semoga dapat meneruskan perjuangan melaksanakan Fasal 5 dan 6 Perlembagaan PAS.

Seterusnya disiang hari zahirkan perjuanganmu untuk Islam dan dengan Islam dimana sahaja kamu berada dan bekerja dimuka bumi Allah ini dalam bentuk lisan, tulisan dan amalan.

PRU13: Tidak Mustahil Selangor DIRAMPAS Kembali BN Jika...

YB Iskandar Abdul Samad (t-shirt berbelang) ketika menyertai Demontrasi 100,000 Bersih di Kuala Lumpur hujung tahun lalu antara pemimpin PAS yang berani menulis dan mengkritik terhadap parti secara berhemah!

By ISKANDAR ABDUL SAMAD
Adun Pandan / Exco Kerajaan Negeri Selangor / YDP PAS Kawasan Pandan

IJTIMA' PAS Selangor ke 18, 19 Mei lepas, merupakan ijtimak yang paling terbuka.

Buat pertama kali, para perwakilan telah berucap tanpa berselindung atau berlapik. Menyatakan pendapat atau mengkritik sesiapa sahaja.

Malah Dato’ Husam Musa yang telah menyampaikan satu kertas kerja, turut menjadi mangsa.

Pada saya keterbukaan dan keberanian ini amat penting bagi PAS Selangor yang sedang memerintah bersama PKR dan DAP. Ia adalah peluang untuk mengukuhkan Parti.

Peluang bagi pimpinan dan ahli-ahli mengukur sejauh mana keikhlasan dan kemampuan masing-masing. Satu proses kematangan yang amat penting.

Pada saya inilah ijtimak yang paling tidak dapat dilupakan walaupun saya telah hadir ijtimak pertama PAS Selangor dalam tahun 1992 di Sijangkang, Kuala Langat. Ketika itu, saya adalah seorang Setiausaha PAS Cawangan.

Ataupun ijtimak kedua (1993) yang diadakan di Surau Al-Huda, Taman Maju Jaya Fasa 3, Ampang Jaya ketika saya pertama kali menjadi Setiausaha PAS Kawasan.

Tetapi kali ini, ijtimak kita begitu unik. Kita amat terbuka. Kita bukan seperti UMNO yang mengongkong ahli-ahlinya. Para perwakilan menyatakan apa yang mereka mahu. Apa yang mereka suka. Dan apa yang mereka tidak suka.

Wakil Serdang mempertikaikan kenapa ADUN mereka (Dr. Shafie Abu Bakar) yang berkelayakan dan berpengalaman tidak dilantik sebagai EXCO. Katanya beliau patut diarak ke SUK Shah Alam.

Kenyataan itu membuat saya dan kita di Pandan merasa bersalah. Walaupun Pandan mempunyai ramai professional namun kami tidak pernah merasakan kami sebuah kawasan yang hebat.

Mungkin kalau kami tahu jawatan EXCO itu dikejar orang, sudah tentu PAS Kawasan tidak akan merestukan saya menerima jawatan itu.

Itu sebabnya kita perlu keterbukaan. Menyatakan apa hasrat kita.

Wakil Serdang itu juga mahu PAS Selangor mengkaji rahsia kejayaan Bangi yang boleh mendapat majoriti lebih 6000 undi.

Ismath Habib yang mewakili Kelang berpendapat tidak salah ahli-ahli mahukan habuan-habuan selepas kemenangan.

Katanya di zaman Rasulullah SAW, tentera Islam turut mengambil "ghanimah". Tambahnya, "ghanimah" itu bukan najis.

Beliau juga berharap agar pimpinan sekarang tidak akan menafikan usaha-usaha “orang-orang lama” yang telah merintis jalan sehingga Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan hari ini.

Ismath, orang kuat KoHilal sebelum empayarnya tumbang, berkata beliau pernah bertanding di dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang kita menang (Dr. Mariah Mahmud) dan kawasan DUN Selat Kelang (Dr. Halimah Ali Abdullah) yang juga kita menang.

Menurut beliau, beliau telah membuka jalan kepada kemenangan hari ini.

Sebagai “orang lama”, saya boleh bersetuju dengan pandangan tersebut. Semasa ijtimak tempoh hari saya duduk hampir dengan YB Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya).

Mungkin hanya kami berdua sahaja di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor kali ini yang pernah tersentuh dengan kehebatan Tuan Guru Haji Ismail Hashim, Pesuruhjaya PAS Selangor yang telah meninggalkan kita dalam tahun 1993.

Selain dari itu terdapat perwakilan yang menegur Dato’ Husam Musa dan Dr. Mujahid Yusuf Rawa kerana berkata kemenangan Pakatan Rakyat adalah akibat dari ayunan undi pengundi bukan Islam kepada pembangkang.

Perwakilan itu mahu kepimpinan ulamak dan kekuatan dalam PAS juga diberi kredit.

Yang paling teruk dihentam hari itu adalah para ADUN terutamanya EXCO-EXCO (termasuk diri saya) yang dikatakan merasakan diri mereka lebih besar dari Parti dan membelakangkan Parti di dalam membuat keputusan dan melakukan perlantikan politik.

Tuduhan-tuduhan itu boleh dijawab kerana kita tidak sampai 100 hari memerintah dan tidak banyak perlantikan politik yang telah dilakukan tetapi yang paling penting ahli-ahli diberi peluang untuk bersuara tanpa merasa takut. Itulah kelebihan PAS.

Sama ada tuduhan itu betul atau tidak, itu adalah cerita lain. Yang penting ahli-ahli diberikan ruang seluas-luasnya. Mungkin di atas dasar itu hanya Dato’ PJ sahaja yang memberi penjelasan.

EXCO-EXCO lain dan ADUN-ADUN tidak tampil untuk bercakap walaupun berkali-kali diminta oleh “moderator”.

Jika tuduhan-tuduhan itu dijawab maka ianya akan membunuh semangat ahli-ahli. Maka eloklah ia dibiarkan berlalu dan ahli-ahli pulang dengan rasa puas kerana telah menyuarakan pendapat mereka.

Kadang kala kita perlu meraikan akar umbi kita walaupun apa yang disuarakan itu tidak tepat.

Walau bagaimanapun mesej yang paling penting ijtimak itu adalah salah satu resolusi yang menggesa Kerajaan Negeri Selangor mengotakan janji-janji di dalam manifesto pilihanraya.

Ianya mungkin menelan belanja beratus-ratus juta tetapi jika ia tidak laksanakan maka tidak mustahil seluruh Negeri Selangor akan jatuh ke tangan BN.

Lebih baik hilang duit dari hilang negeri. Kita tidak ada pilihan lain.



Sabtu, Mei 24, 2008

Berputih Mata: Singapura Boleh DISERAH Inikan Pulau RUMAH API?

By PASJOHORBHARU

DEBARAN sudah berakhir dan kini sahlah Pulau Batu Puteh menjadi milik kedaulatan kerajaan dan rakyat Singapura. Satu keputusan yang diminta oleh pemimpin Umno supaya tidak dipertikaikan.

Sebagai rakyat negeri Johor kita pastinya kecewa, sedih dan bengang dengan sikap pemimpin-pemimpin terdahulu dan sekarang ini yang masih lagi tidak sedar dengan kesilapan lampau.

Bicaralah apa sahaja, apapun rakyat tentunya sedih dan kecewa kerana walau apa jua asas undang-undang antarabangsa yang digunakan oleh ICJ, dari segi nilai sejarah, kedaulatan dan moralnya kita sudah kehilangan sebahagian daripada wilayah kedaulatan negeri Johor dan negara Malaysia.

ICJ yang bersidang di The Hague, Belanda melalui pengundian 12-4 yang berpihak kepada Singapura menetapkan bahawa negara jiran itu mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, manakala Malaysia pula melalui pengundian 15-1 diberikan hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim berkata, tuntutan terhadap pulau itu yang memakan masa yang lama kini sudah dianggap selesai dan kini kedua-dua negara perlu berbincang kaedah untuk membangunkan kawasan tersebut.

Persoalannya sekarang inikah sikap kita yang matang dalam mengurus negeri dan negara, kita bukannya hendak membangkitkan apa-apa jua sentimen yang menghasut tetapi cukuplah kita mengerti dan belajar dari kesilapan lantaran rakyat yang masih lagi percaya dengan kurafat hanya Umno sahaja yang mampu memerintah dan mentadbir.

Ironinya, keputusan ICJ itu sudahpun menggambarkan negara kita sangat mudah diperdayakan oleh pemimpin yang beretorik betul dalam semua hal walhal mereka semua memakai topeng badut kononnya menghiburkan rakyat yang rupanya membodohkan rakyat dengan mimik palsu pelakon upahan.

Sebagai rakyat Malaysia kita cuba diajar untuk menghormati apapun keputusan mahkamah sedangkan pemimpin cuba mengajar rakyat hidup dalam kepalsuan lakonan si tukang karut.

Dalam penghakiman kes tuntutan ini yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Middle Rocks dimiliki oleh Malaysia.

Pulau Batu Puteh, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.

Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).

Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Puteh bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.

Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Middle Rocks dan South Ledge, yang terletak berhampiran pulau itu.

Kes tersebut berlarutan hampir 28 tahun, sehinggakan rakyat Johor sendiri semacam dipaksa untuk mengadakan solat hajat untuk memohon kemenangan kes tuntutan Pulau Batu Puteh.

Rakyat yang sudah lama diajar oleh pemimpin Umno untuk memisahkan agama dengan politik mendapat reaksi dan respon yang hambar dari rakyat lantaran tidak faham agama dan siasah.

Jadinya tidaklah pelik solat hajat yang diadakan setiap kali selepas Solat Jumaat di masjid-masjid seluruh Johor semacam diboikot oleh rakyat.

Kini perhatian kita beralih pula kepada projek mega Pak Lah yang dinamakan 'Iskandar Malaysia' yang dicurigai bakal dileburkan juga kepada negara jiran Singapura yang sekarang ini sangat terdesak untuk melebarkan pulau Singapura yang semakin padat dengan rakyat dan pembangunan.

Pastinya Singapura tidak akan melepaskan peluang selaku opurtunis dengan pemimpin Umno sendiri lebih mementingkan diri sendiri untuk mengaut kekayaan negara kerana apa yang mereka fikirkan bukannya rakyat tetapi mereka lebih mementingkan tembolok mereka dan anak cucu cicit mereka....

Selamatkan Johor dan Malaysia...

Membaca RENCANA Mahathir Mahu TALQINKAN Anak Badawi SEGERA?

Benarkah Mahathir ada beberapa strategi lagi untuk menggulingkan Pak Lah dalam tempoh terdekat bersama anaknya Mukhriz yang degil dan keras kepala sepertinya itu.

By TARMIZI MOHD JAM

ADAT katanya, Tun Mahathir adalah manusia paling lengkap di negara ini sekalipun telah meninggalkan kerusi Perdana Menteri yang panas.

Sewaktu pemerintahannya selama 22 tahun di serambi kuasa, beliau memiliki serba-serbi, dan sarat dengan asam garam dan pahit getir kehidupan.

Ketika kuasa dalam genggamannya dulu, Mahathir menguasai bukan sahaja cabang eksekutif, malah kehakiman dan legislatif. Bahkan, melalui pindaan Perlembagaan, Raja-raja juga dijadikan terpaksa tunduk kepada nasihat PM dan Menteri-menteri Besar.

Famili Mahathir amat beruntung. Anak-anaknya menjadi figur tersohor macam Marina yang jaga AIDS, Mirzan dengan industri perkapalannya, Mokhzani pernah jaga duit Pergerakan Pemuda Umno dan kini keluar dari parti itu bersama ayahnya, dan Mukhriz kini ahli Parlimen Jerlun yang lantang mengecam Pak Lah.

Ipar duai Mahathir juga tidak kurang hebatnya. Mari kita toleh semula siapa mereka. Tan Sri Ahmad Razali pernah jadi MB Selangor dan akhirnya jaga Tabung Haji, Tan Sri Hasyim pernah jadi boss SUKOM, Tan Sri Ismail pernah jaga Bank Negara.

Dalam Umno dulupun, Mahathir telah melakar sejarah sebagai Presiden paling lama dan paling banyak melakukan rombakan. Empat orang pernah jadi Timbalan Presiden dalam pelbagai warna, Musa, Ghafar, Anwar dan Pak Lah.

Setiausaha Agung juga silih bertukar antaranya Sanusi, Tok Mat, Sabaruddin, Khalil. Banyak juga Naib Presidennya yang rebah.

Tindakan keluar Umno oleh Mahathir dua tiga hari lalu antara rekod baru yang diciptanya. Dulupun sudah banyak rekod dibina tersendiri. PM paling lama. PM paling ramai TPM. PM paling besar jumlah pemimpin yang silih berganti menganggotai kabinetnya.

Di zamannya, ramai pembesar negara yang terpecat dan dipecat. Siapa lagi kalau bukan Musa Hitam, Ghafar Baba, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara, Mufti Selangor dan Anwar Ibrahim.

Sepanjang kuasa digenggam erat, negera terus dilanda krisis; Krisis Perlembagaan (1983-84), krisis politik Sabah (1985-86), krisis kepimpinan Umno (1987-88), krisis kehakiman (1988), krisis Raja-Raja (1992-93), krisis Umno II (1993), krisis Sabah II (1994), krisis alam sekitar (1995-96), dan krisis ekonomi, sosial dan politik (1997-terseret hingga kini).

Agenda ekonomi Mahathir juga nampak mantap. Beliau telah berjaya membawa Malaysia ke forum utama dunia. Sekejap ada Dasar Pandang Ke Timur, kemudian hubungan dagang dengan negara-negara dunia melalui Forum Selatan-Selatan, EAEC, G-15, D-8 dan Apec.

Paling teruk, Mahathir berani melanyak taboo umat Islam dengan mengadakan hubungan dagang dengan negara haram Israel.

Lantangnya Mahathir diperingkat antarabangsa turut mengeruhkan hubungan Malaysia dengan Singapura, Australia, Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia dan IMF.

Pada era Mahathir jugalah munculnya projek mega seperti KLIA, Jambatan Pulau Pinang, Menara Kembar Petronas, Menara KL, Litar Lumba F-1 Sepang dan Putrajaya.

Melalui semangat "Malaysia Boleh" yang dilagangkan Mahathir, hampir tiada ceruk lagi di dunia ini yang tidak dijelajah (jajah) oleh anak Malaysia. Di Puncak Everest, Kutub Utara, Padang Pasir Sahara, bahkan tujuh benua dan tujuh lautan.

Dalam penulisan popular, Mahathir telah dijadikan ikon kritikan para penulis. Puluhan buku politik disasarkan kepada beliau.

Senarai penulis politik yang kontra dengan Mahathir juga agak panjang. Mereka Subky Latif, SH Alattas, Lutfi Othman, Daud Ibrahim, Kamal Amir, Zaharin Yassin, Raja Petra, Yahya Ismail, Koya Kutty, Shukor Harun, MG Pillai, Abu Bakar Rashid, Ann Wan Seng, Rustam A Sani, Ibnu Muslim, Sabri Zain, Fathi Aris dan ramai lagi termasuk saya.

Karyawan tersohor juga turut menolak Mahathir. Beliau dijadikan subjek karya yang kreatif. Toleh kembali hasil karya Disman, SN Shahnon Ahmad, Zunar, Rossem, Azizi Abdullah, Razali Endun dan lain-lain.

Aliran ulama turut mempopularkan Mahathir sebagai pemimpin yang lantang mengkritik Islam sekalipun berusaha menyembunyikan diri di sebalik Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam.

Mahathir ada sejarah hitam tersendiri dengan Ustaz Ahmad Awang, Dato' Ismail Kamus, Dato' Ishak Baharum, Dato' Dr. Harun Din, malah dengan Syeikhul Arqam, Ashaari Muhamad.

Ahli akademi dan profesional juga jadi "gurausenda" Mahathir sepanjang berada di serambi kuasa. Beliau acapkali bercanggah idea dengan Prof. Dr. Jomo, Dr. Hassan Ali, Dr. Barjoyai, Prof. Hamdan, Dr. Chandra dan Dr. Sidiq Fadhil.

Ringkasnya, Mahathir sudah berjaya mengadakan segala-gala yang dikehendakinya; kejayaan dan kegawatan, kawan dan lawan, puji dan puja, caci dan cerca, selesa dan krisis, bahagia dan derita.

Tapi nampaknya si fulan bernama Tun Mahathir Mohamad ini masih belum puas! Sedangkan, rakyat sudah tidak tertanggung melalui segala kepincangan pemerintahan beliau 22 tahun.

Apa lagi, agaknya yang Mahathir mahu dengan tindakan keluar Umno itu? Jika Pak Lah undur dari kerusi panas PM, apa pula yang Mahathir perolehi?

Tentu sekali ada yang dicita oleh mantan PM ini sehingga sanggup menongkah arus perdana dan menujah parti sendiri. Sikap beliau yang amat cinta kepada "kelainan" terus membara sekalipun sudah tidak berkuasa.

Keberaniannya juga keluar Umno menjadi satu lagi bukti beliau tidak gentar dengan pelbagai dakwaan, tindakan mahkamah atau report polis. Mahathir merasakan dia tidak bersalah. Dia cukup yakin!

Bagi saya, jika keyakinan itu tiada, sudah tentu hilang sengat negarawan itu, tiada lagi kecaman, dan bukan sahaja tidak keluar malah untuk berniat keluar dari Umnopun, rasanya tiada terlintas dikotak fikirnya.

Mahathir bersedia menghadapi segala kemungkinan ketika beliau menjadi timun dan pisau dipegang oleh musuh nombor satunya, Pak Lah.

Pak Lah boleh saja menyeretnya ke mahkamah dan memenjarakannya, jika ada kes yang boleh dirobek kembali.

Pendek kata, Pak Lah boleh berbuat apa saja termasuk mengulangi "konspirasi berprofil tinggi" seperti yang dialami Anwar dulu.

Apakah akhiran episod ini? Benarkah Mahathir ada beberapa strategi lagi untuk menggulingkan Pak Lah dalam tempoh terdekat bersama anaknya Mukhriz yang degil dan keras kepala sepertinya itu.

Tunggu... Berikan sedikit masa untuk Mahathir, Siti Hasmah, Mokhzani dan Mukhriz menyediakan plan bertindak pintarnya untuk mentalqinkan Pak Lah!!