KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 06, 2008

PAS Akan TONGKAK Angkasapuri, Tuntut SPECIAL CHANNEL Sidang Parlimen

Minggu depan kami akan ke Angkasapuri untuk menyerahkan memorandum tersebut dan mengadakan pertemuan ringkas dengan sahabat lama, Shabery Chik

By TARMIZI MOHD JAM


LANGKAH Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Chik meneruskan siaran langsung Sidang Dewan Rakyat selama 30 minit patut dipuji. Berani dan pintar, sekalipun anak Badawi sudah memberi signal untuk membunuh siaran langsung ini.

Shabery yang dulunya berjiwa pembangkang, yang sering menjerit-jerit meminta "ketelusan" dalam media sudah menunaikan janjinya, walaupun baru permulaan yang kecil.

Saya bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Wilayah Persekutuan, Cikgu Ishak Surin bercadang untuk menghantar satu memorandum menuntut agar siaran langsung dengan masa yang lebih panjang diberi oleh RTM kepada Sidang Dewan Rakyat pasca PRU Ke 12 ini.

Bukan itu sahaja, kami turut mendesak agar RTM menyediakan satu saluran baru khusus untuk menyiarkan siaran langsung Sidang Dewan Rakyat, menyiarkan liputan dan segmen khas yang berkaitan; disediakan oleh kerajaan untuk kepentingan mendidik dan membedah minda rakyat.

Pihak kerajaan harus membukti bahawa siaran langsung ini memang untuk kepentingan rakyat dan tiada alasan "kos yang tinggi" atau "parlimen sarkas" semata-mata untuk mengekang siaran langsung ini dari terus dipancarkan kepada rakyat di seluruh negara.

Bagi saya, biarlah rakyat yang menghakimi wakil-wakil rakyat yang efisyen dan yang mengantuk. Dengan cara ini, mereka akan bertambah aktif dan turut serta dalam perbincangan dan saranan pada dewan yang mulia itu.

Barangkali, minggu depan kami akan ke Angkasapuri untuk menyerahkan memorandum tersebut dan mengadakan pertemuan ringkas dengan sahabat lama, Shabery Chik (sewaktu beliau aktif menulis untuk Harakah) dan cergas dalam Semnagat 46 dulu.

Cadangan untuk menongkak Angkasapuri sudah lama dibincangkan. Sejak Shabery meuar-uarkan siaran langsung 30 minit itu.

Kami nak bantah 30 minit itu tapi panjangkan lagi sehingga berupaya menyediakan satu saluran khas sidang Dewan Rakyat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya rasa elok tuntut supaya keseluruhan sidang parlimen itu disiarkan secara langsung...

jangan hanya 30 minit ataupun keseluruhan sesi soal jawab sahaja...

biarlah kalau orang yang tengok menilai sendiri... zoo ke, sarkas ke, beruk ke... rakyat yang akan tentukan...