By SONGKOK PUTIH
SAYA membaca satu petikan dalam satu laman blogspot, yang pasti penulisnya adalah dikategorikan sebagai blogger. Antara lain dia menyembut “... telah lama dihantar di TranungKite baru sekarang dikeluarkan...”
Kenyataan ini menjurus kepada artikel yang dihantar ke laman TKO dan apa yang saya faham seolah-olah artikel ini tidak diberi layanan yang sepenuhnya. Lulus terbitpun beberapa hari selepas dihantar.
Saya berniat untuk mengulas perkara ini tetapi seperti mana yang diketahui masa saya cukup terbatas, apatah lagi untuk menulis. Saya mencari petikan itu semula untuk penulisan ini.
Rasanya penulis atau blogger tersebut telah memadamnya setelah beliau sendiri memahami keadaan kami dan merasa sendiri bahawa tidak wujud sebarang diskrimasi pada penerbitan kami, alhamdulillah.
Ini boleh dibaca pada petikan dilaman tersebut yang tidak menyangka bahawa kami akan memberikan links kepada laman beliau yang masih baru.
Ini adalah satu daripada banyak contoh-contoh salah faham tentang kami. Kami memahami dan tidak mengambil kisah, penulisan penjelasan ini sekadar satu penjelasan sahaja untuk mendapat maklumbalas daripada pengunjung laman ini.
Kami pernah mendelete hampir berbelas-belas artikel daripada saudara Tarmizi Mohd Jam kerana artikel tersebut tidak sempat dikemaskini dan melebihi masa.
Saya minta maaf kepada beliau. Oleh kerana terlalu banyak artikel pada masa tersebut, kami hanya meluluskan artikel beliau berkaitan isu yang tidak diulas oleh penulis lain. Sdr Tarmizi seorang penulis yang memahami...
Saya mengenali beliau, saya pernah minum sekali dengan beliau zaman-zaman lampau. Masa beliau menulis buku dengan petikan-petikan daripada Harakah dan nasib beliau cukup baik... bolehlah beli Saga. Ooii beliau tak kenal saya. Biasalah kita kenal Pak Lah, Pak Lah tak kenal langsung kita!
Satu artikel beliau (Tarmizi) yang sama isu, dan telah diulas oleh penulis lain, saya ketepikan posting beliau ini sebelah sisi laman. Petang itu saya terkejut, bila mendapati artikel tersebut dibaca oleh 6000 lebih pembaca. Artikel isu semasa pada muka hadapan telah pun dibaca oleh lebih 9000 orang pembaca.
Hasil daripada maklumat ini saya mendapat perkembangan baru telah berlaku di laman TKO. Rupa pengunjung telah membaca semua sisi laman.
Ehh sebelum ini, satu artikel yang mengkritik Ustaz Azhar Idrus saya ketepikan di sisi kanan laman (Saya siar juga.. polisi terbuka).
Penghantar artikel tak puas hati, dia posting semula artikel berkenaan di forum laman ini. Kenapa? Kerana pada sisi memang kurang orang membaca.
Hakikat ini sama juga berlaku pada laman Harakahdaily, mana-mana atikel yang disiarkan di sisi laman berkenaan pada sebelum pilihan raya biasanya sukar untuk melepasi 1000 pembaca berbanding boleh mencapai sampai 15-20 ribu pada muka hadapan. Perbezaan ini cukup ketara.
Berbeza dengan Saudara Ibrahim Baba, beliau orang lama, beliau cool dan menghantar e-mel bertanya “...mungkin saudara sibuk, saya ada menulis beberapa artikel di laman saya, yang tak tersiar lagi di laman TKO...” Bahasa cukup lembut, bahasa orang tua yang berpengalaman... Kalau terbaca, terus nak kemaskini artikel beliau... Tahniah!!
Saudara Tun Telenai, artikel beliau terlalu panjang, ilmiah dengan font yang dibold dan di’merah’kan. Sesetengan pengukuhan maklumat dilinks. Saya cukup pening untuk mengemaskini kerana tak nak larikan citarasa beliau.
Problemnya script yang diposting mengganggu script pada TinyMCE laman kami. Ooii saya boleh tukarkan kepada HTML dan memudahkan, tetapi ini akan menghilangkan bold, red italic. Saya kena buat semuanya semula... ahh ini yang sakitnya. Kena baca dan bold dan italickannya...
Gambar yang dihantar pula melalui e-mel kena download dan masukkan ke laman TKO. Semuanya menyukarkan proses kemas kini... kadang kala saya terpaksa lihat di laman beliau kalau dah ada gambar, ok... ambil URLnya.
Kalau masa terhad, saya tawakuf artikel beliau, kadang kala akibat tawakuf akhirnya tertinggal. Semasa ditempat kerja masa untuk kemaskini agak suntuk, mana-mana yang mudah didahulukan. Pasal tu arikel beliau lambat dikemaskini berbanding atikel penulis lain. Maaflah...
Bercakap soal gambar ada di kalangan kita tak faham masuk download dan upload semula. Gambar yang dilantar melalui e-mel akan di muat turun ke dalam komputer. Gambar dalam komputer ini akan “muat naik” (tergelak aku) ke dalam server kami. Ini di kira banyak kerja.
Kami banyak menerima gambar-gambar aktiviti daripada Pemuda PAS Pusat. Seperti yang disebut tadi, aktiviti ini tidak dapat disiarkan jika kesuntukkan masa.
Saya juga merasa hairan kenapa aktiviti ini tidak dikemaskini di laman Pemuda PAS sendiri? Satu teguran peribadi saya, sepatutnya aktiviti ini dikemaskini di laman Pemuda PAS Pusat, kita hanya copy sahaja daripada lamannya.
Takkan kita nak siarkan sedangkan laman Pemuda PAS sendiri tak menyiarkannya. Lajnah IT Pemuda PAS Pusat sepatutnya menangani isu ini.
Mengenai script, kami juga menghadapi masalah dengan artikel daripada Saudara CucuMat Kilau, sehingga kami ditegur berkaitan dengan artikel yang tiada perenggan. Al Hamdulillah kami dah atasi masalah ini.
Kami sebenar berusaha untuk memastikan setiap artikel dihantar dilaman ini akan disiarkan, walaupun kadang kala artikel yang dihantar sekadar komen sahaja.
Tiada diskriminasi, tiada keutamaan kepada mana-mana penulis melainkan keutamaan diberikan kepada Isu dan kesesuaian masa.
Rata-rata dikalangan penulis memahami perkara ini, walaupun ada yang berasa tak senang kerana artikel beliau tidak ditempatkan di muka hadapan. Seperti yang disebut sebelum ini hanya 10 sahaja yang boleh berada di hadapan!! Sepuluh adalah satu angka yang kecil...
Hari ini hari Ahad, biasanya tak ramai orang melawat TKO berbanding hari-hari lain. Semasa saya menulis artikel ini ada 24 submissions (ialah 24 artikel yang menunggu untuk dilulus terbit) dan pada e-mel tranung2006@yahoo.com ada 18 artikel yang perlu diterbitkan. Ini setelah kami melulus terbit 21 artikel sebelah pagi dan petang tadi.
Bayangkan lebih kurang 63 artikel yang kami kena baca, edit, setting, download semuanya melibatkan masa. Kadang kala tak sempat nak baca betul-betul. Apatah lagi nak tapis apa yang tersirat dan tersurat. Dua orang SP dan GB tak akan mampu melainkan kita buat mana yang terdaya.
Akibatnya, Berita TKO kurang menyengat, pencairan maklumat kerana banyak artikel yang berulang dan isu yang sama. Artikel-artikel bernas kadang kala tak sempat lama di paparan hadapan dan banyak lagi boleh berlaku.
Satu perkara yang boleh terjadi, si A mendaftar menjadi ahli TKO. Oleh kerana dia tidak amanah dalam penyebaran maklumat (mungkin juga tidak memahami sistem) dia posting artikel daripada laman orang lain misalnya si B (ciplak... atau mungkin dia berniat baik nak sebarkan isu yang baik) dia posting artikel tersebut.
Kami baca dan melihat ada maklumat baik, eeeii kami tak sempat nak semak ini artikel daripada mana? Dia cilok ke? Rompak ke ‘perkosa’ penulisan orang ke? Kami lulus terbit.
Sistem PHPnuke akan memaparkan si A sebagai pengirim atau penulis. Oleh kerana TKO adalah Ummp sikit, laman-laman blogger lihat artikel ini bagus dia copy dan siar.
Oleh kerana blogger ini persendirian dia yang membuatnya sendiri dan biasanya dia orang ini amanah. Dia akan tulis sipenulis artikel ialah si A. Hilanglah nama si B penulis asal artikel tersebut. Ini boleh berlaku dan memang telahpun berlaku.
Apa perlu dibuat? Maklumkan kepada saya atau GB bahawa artikel itu adalah anda punya. Kita boleh nasihatkan si A jika dia tidak berniat berbuat demikian, jika berniat rompak boleh singkirkan dia daripada ahli TKO.
Tapi kalau anda hantar e-mel kepada semua orang ceritakan bahawa laman TKO ini laman ciplak, tak buat kerja ambil artikel orang dan macam-macam lagi, itu bukan kaedah Islam...
Kita kena faham tentang hadis pertama kitab Riadhus Solehin, tentang niat. Kita juga faham tentang hadis tanaman yang dicuri orang atau dimakan binatang. Artikel kita adalah tanaman kita.. yang paling utama tanaman kita untuk saham akhirat...
Ada penulis buku, ini pun saya pernah minum bersama beliau, beliau pernah ambil alamat saya, katanya nak hantar buku baru kepada saya, tapi tak hantarpun... ini cerita lamalah..
Sama juga saya kenal dia, dia tak ingat dah saya. Setahu dan seingat saya dia tak pernah menghantar artikel kepada laman TKO, saya pun rasa pelik.
Masa dulu Laman TranungKite, Minda Rakyat dan RPN (m@rhean sekarang) macam satu rangkaian persahabatan, dia ini hantar artikel kepada laman Minda Rakyat tetapi tak hantar kepada TKO dan TKO tak pernah siarkan artikel beliau.
Zaman-zaman kemudian ini adalah artikel beliau disiarkan dilaman TKO oleh pembantu TKO, GB dan AlGhaib. Beliau menghantar e-mel mempersoalkan saya tidak elok seolah-olah beliau menghantar artikel kepada TKO sedangkan beliau tak berbuat demikian.
Nak siarpun boleh tetapi bagilah kredit. Itu adalah kesilapan dan banyak perkara yang pengunjung perlu tahu yang kami hadapi.
Satu penulis UMNO, saya mempercayai bahawa beliau adalah pengerak laman Blog Tun Mahathir, pernahkan marah apabila artikel beliau diciplak oleh Sdr Cucu MatKilau.
Bukan sahaja marah, dia minta saya buangkan artikel tersebut yang juga disiarkan di Malaysia Today. Malaysia Today?? Kami tak ada hubungan langsung dengan Malaysia Today... links kita pun tak ada di sana!!!
Penulis TokMatKilau ciplak artikel Sdr CucuMat Kilau. CucuMat Kilau ada hantar e-mel. TokMatKilau pun ada hantar e-mel minta maaf. Semuanya saya tak balas, saya buat diam aje... tutup kes!!
Kalau diceritakan di sini, sampai pagi esok pun tak habis. Semuanya adalah kerenah yang perlu ditangani dengan hati yang terbuka untuk kebaikan bersama.
Anggapan apa yang berlaku itu adalah asam garam kepada kita semua. Bersabar semoga Allah bersama dengan Anda!!
Atas prinsip kesedaran inilah TKO dibina, kita lahir pada zaman Mahazalim dan Mahafiraun sebagai satu laman kerdil yang tidak dipandangpun oleh pelayar internet, yang bertatih mencari pautan untuk meneruskan perjalanan, kita tidak pernah mendapat sokongan moral, hanya bisikan-bisikan sinis yang menusuk telinga dengan kata-kata “tak payah buatlah laman... dah ada Mahazalim”.
Laman yang kerdil ini mencari ruang dan peluang untuk berjalan seiring dengan mereka yang telah lama.
Kami mengumpul artikel-artikel penulis di FGR menjadikan koleksi, menghubungi penulis berkenaan dan memaklumkan bahawa artikel-artikel posting beliau telah diarkibkan.
Zaman tersebut tidak ada blog, penulis siber menulis dan mereka kadang kala tak ingat atau tak ambil kisah posting-posting beliau diforum. Ini cara kami mengumpul mereka, menyatu dan membina kekuatan..
Disinilah lahirnya perkataan “BERITA TERKINI PELBAGAI SUMBER”. Sekarang penulis dah ada blog masing, strategi sama kita kumpul blog mereka, satu mereka, rangkaikan mereka dalam satu ikatan penulis walaupun kita mungkin berbeza pandangan dan aliran tetapi kita adalah sama...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan