KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mei 24, 2008

DUA WATAK Berbeza Antara SI KAFIR Lim Guan Eng dan SI JAWI

JAWI patut lebih prihatin dalam mendidik anak bangsa. Fikirkan apa jua langkah untuk memperkasakan tarbiyyah anak-anak. Jika guru-guru diabaikan semata-mata dengan pelbagai alasan, JAWI patut dipersoal?

By ABU ASHRAF AL BANDARI

LIM Guan Eng apabila menaiki takhta Ketua Menteri Pulau Pinang, pelbagai insentif yang diberikan kepada rakyat Pulau Pinang.

Bahkan beliau menegaskan untuk melaksanakan pemerintahan seadil Umar Abdul Aziz. Beliau juga amat prihatin dengan pembangunan modal insan lantas mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA kepada RM 600.00.

Guru-guru KAFA tersenyum dan bersemangat di atas penghargaan dari seorang KAFIR tetapi berimankan Umar Abdul Aziz di hatinya.

Namun si JAWI ni (RUMI jer lah) d itengah semua orang nak muhasabah dan memperbaiki semula keadaan negara ini kepada yang lebih adil, mesra rakyat dan pelbagai aktiviti membangunkan modal insan, si JAWI ni pulak buat hal, angin tak ader apa tak ader...

Si JAWI ni memotong elaun 59 orang guru KAFA selamanya, dengan alasan 59 orang guru-guru ni dah tua.

Dah lebih 61 tahun… mereka yang dah tua ni ditamatkan pemberian.

Si JAWI bukan tak tahu yang semua guru-guru ni kena buat medical check up setiap tahun, kalau memang dah tak layak sebab uzur okeylah.

Tapi kalau dah periksa dan disahkan masih boleh berkhidmat apasal lak Si JAWI ni nak buang dia orang.

Inilah balasan kepada Guru-guru KAFA yang dhaif ni. Bulan ni orang sambut hari guru, maka disanjungilah mereka yang berjasa ini, terutamanya mereka ni lah yang mengenalkan huruf alif, ba, ta pada bebudak di flat-flat yang terdedah kepada pelbagai gejala social.

Berapa ramai yang akan terabai? Katakan sorang guru ada 50 murid…?

Memang mereka dibenarkan terus mengajar dengan melakukan kutipan bulanan kepada ibubapa.

Tetapi nak bagi tau kat si JAWI ni tak semua mak bapak yang bayar walaupun RM 10 sebulan. Ini realiti yang dihadapi guru-guru tersebut.

Apalah yang Si JAWI ni berkira sangat dengan RM 500 sebulan nak bagi pada guru-guru ni yang dah sudi mengajar anak bangsa tanpa mengenal penat lelah dengan bayaran adusss… RM 500 jer elaun sebulan.

Berkira sangat kau yer JAWI…

Nak bagitau sikit kat kau ni JAWI. Mai dekat-dekat sikit. Guru-guru ni bukannya duduk rumah bulan-bulan duit masuk macam bantuan yang dibagi Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tapi guru-guru ni, mereka curahkan 4 jam sehari dengan pelbagai laporan yang perlu dibuat dan seminar yang korang paksa rela guru-guru ni pergi. Barulah dapat RM 500.

Bila buat program hadhari, tak der siapa nak datang, maka guru-guru ni jugalah yang kena memenuhkan kerusi, korang pun tulis laporan seminar yang ada Had-hari tu berjaya.

Dah kau gunakan guru-guru ni sepuasnya. Bila agak tak perlu, kau kata mereka dah tua tak perlu mengajar lagi dan tamatkan elaun.

Tergamak Si JAWI ni , saat si KAFIR Lim Guan Eng menaikkan elaun guru KAFA, saat orang menyambut hari guru, si JAWI ni taruk taik pada periuk nasi guru-guru yang mulia ni.

Kalu nak ikut mereka ni lah yang paling banyak pahalanya sebab mengajar ilmu basic pada budak-budak dan bebudak ni akan amal sampai mati.

Persatuan guru-guru ni dah hantar memorandum pada Pak Menteri Zahid Hamidi, namun zaman had-hari nak tumbang ni pak menteri pun taring dah tercabut.

Zahid keluarkan arahan boleh dilanjutkan perkhidmatan guru-guru ni sehingga umur 70 tahun. Semua guru-guru ni lega... Tapi lega tak lama...

Memang Si JAWI ni bukan takat samseng kat guru-guru KAFA ni jer, tapi masa majlis meraikan penamatan guru-guru ni disebuah hotel pada 20hb Mei, Si JAWI ni bagitau yang arahan pak menteri bagi memang senang, tetapi mereka hanya akan mampu melaksanakannya dalam tempoh setahun...

Punya lambat dan lembab macam siput BABI... bodoh tahap cipan yang diberi ialah: nak kena mesyuarat pelbagai dan macam-macam perkara nak buat balik semula.

Tak yah sebutlah, memang dah ada pihak yang dibayar gaji buat keje tu... buat jer lah arahan menteri tu.

Si JAWI ni kalau nak settle masalah kecik macam ni pun ambik setahun…patutlah Belakang Mati / lorong Haji Taib tu dari aku kecik sampai sekarang tak selesai... masalah pondan, zina dll. Memang lembab macam siput BABI betul...

Sedarlah sikit si JAWI oii! Amanah yang kau pegang tu banyak… Bila ada orang nak tolong jangan tamatkan elaun mereka.

Kalau tak malu kat Si KAPIR Lim Guan Eng tu pun. MAlulah sikit kat Allah. Dah lah banyak benda amanah memajukan Islam ni engkau tak mampu nak selesaikan kat KL ni.

Ya Allah… Ya Fattah… Bukakanlah mata hati Si JAWI ni.

# Kepada Pegawai-pegawai JAWI yang ada perasaan kasih sayang pada agama Islam tolonglah perbetulkan kawan-kawan yang RUMI tu. Amanah anda besar.

Tiada ulasan: