Galakan Ir. Nizar Jamaluddin benar-benar meyakinkan untuk para bloggers yang berselimut dengan pelbagai faham politik, fikrah dan banyak juga pandangan-pandangan kedua yang menyimpang arus mainstream; untuk mara menulis, mengkritik, menyaran dan menegur pada sesawang blog ini.
By TARMIZI MOHD JAM
KEBERANIAN MB Perak, Ir. Nizar Jamaluddin menyuntik motivasi agar para bloggers di negara ini terus memainkan peranannya sebagai pengkritik, tidak dihentikan kepada kerajaan Pakatan Rakyat, patut dipuji.
Saya ucapkan tahniah atas sikap telus dan berterus-terangnya. Sekalipun, Presiden PAS, TG Abdul Hadi Awang ketika menggulung jawapan untuk beberapa soalan para bloggers meminta agar mereka (bloggers) tidak terus mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat jika kritikan itu boleh membawa rebah.
Agak sukar untuk menilai "membawa rebah" jika persepsi asas di ketepikan. Andainya, memang wajar dikritik untuk kepentingan umum sekalipun rebah, itulah natijah yang patut dibayar jika amanah dipersenda.
Apapun yang nak diperkatakan kepada bloggers, realitinya mereka tidak bersekongkol dengan kebatilan. Apa yang dihadapkan kepada BN, maka itulah juga yang disajikan kepada Pakatan Rakyat.
Saya antara bloggers yang diundang pada malam itu meraikan Program Rakan Media PAS anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, melihat dan membaca perwatakan kedua pemimpin PAS tersebut.
Gaya Ir. Nizar agak baru untuk PAS sekalipun dilihat dalam banyak perkara terlalu berhati-hati. Seorang rakan bloggers bertanya saya, apa sebenar sikap MB Perak itu dengan Karpal Singh dan isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak yang dipertahan Sultan?
Saya sendiri gagal untuk mengintai sikap PAS dalam perkara ini, sekalipun secara tersiratnya faham mengapa PAS bersikap demikian. Tetapi, tanpa kenyataan bertulis yang terang dan bersuluh dalam isu ini, umum melihat PAS sebenarnya tersepit.
Sikap berhati-hati ini ada pada Ir. Nizar. Dia melihat kenyataan Karpal itu hanya sekadar hak peribadi tokoh DAP tersebut. Sama seperti komennya terhadap tindakan Tun Mahathir keluar Umno. Itu haknya!
Tetapi, dalam saranannya agar bloggers meneruskan kerja-kerja mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat, kelihatan Ir. Nizar berdiri sendiri sambil mempamerkan sikap telusnya.
Saya sendiri kurang bersetuju jika bloggers terpaksa mengurangkan sengatnya kepada Pakatan Rakyat semata-mata kerana Pakatan Rakyat yang dianggap proksi bloggers sudah membina kerajaan sendiri.
Dunia bloggers rasanya tidak begitu. Ia memburu keadilan dan ketelusan tanpa mengira "siapa kamu". BN dipukul dan dipalu kerana ia menjalankan amanah rakyat dan memegang serambi kuasa.
Malah usaha PAS untuk menyelaras atau lebih tepat lagi untuk "menguasai" para bloggers agar menjadi rangkaian mata rantai kepada Pakatan Rakyat atau PAS sendiri, rasanya (pada pendapat saya) sukar diaplikasikan.
Itulah yang diwar-warkan oleh Ketua Penerangannya, Mahfuz Omar ketika menjawab wakil TVPAS.Com yang mahu agar semua bahan berita dan video yang bertaburan, bercambah di Youtube diselaraskan oleh PAS untuk kepentingan bersama.
Realitinya, tiada bloggers yang bersedia untuk diawasi melalui penyelarasan atau pemantauan atau penguasaan dalam apa jua bentukpun. Dunia mereka berbeza dengan media mainstream lain.
Saranan Ir. Nizar jauh lebih tepat dari untuk "mengongkong" dengan berasa bersalah para bloggers dengan pihak yang "menyelaras" seperti cadangan Lajnah Penerangan PAS Pusat itu.
Sudah tentulah, mengizinkan bloggers melakukan "check and balance" terhadap kerajaan Pakatan Rakyat lebih serasi dengan jiwa dan keadilan sejagat.
MB Perak itu melihat dan cukup nampak, ramai bloggers yang menunjuk arah dan membantu kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu sehingga beroleh kemenangan besar yang luar biasa.
Dari sinilah Ir. Nizar merasakan bloggers patut meneruskan tugas menegur kesilapan bagi mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa telus dalam mentadbir.
"Saya minta teruskan peranan sebagai pengkritik jika melihat ada yang tidak betul dalam pentadbiran kami," ujar Ir. Nizar ketika memberikan respon kepada beberapa soalan dan pandangan para bloggers dalam program itu.
Antara tetamu selain TG Abdul Hadi dan Ir. Nizar, Ronnie Liu wakil MB Selangor dan Dr. Ismail Salleh wakil MB Kedah turut menyertai bual bicara tersebut.
Ramai juga rakan-rakan bloggers yang hadir dan sempat saya temui. Kepada Raja Petra Kamaruddin, sempat saya hulurkan salam tahniah dan berbual dari hal isu dalam penjara.
Begitu juga Sang Kelembai, yang memulakan pertanyaan pada sesi bual bicara. SMS Sdra kepada saya agar menghubungi Sdra. belum saya ambil tindakan lagi. Insya-Allah saya akan call Sdra. dalam masa terdekat.
Apapun, galakan MB Perak itu benar-benar meyakinkan untuk kami para bloggers yang berselimut dengan pelbagai faham politik, fikrah dan banyak juga pandangan-pandangan kedua yang menyimpang arus mainstream; untuk mara menulis, mengkritik, menyaran dan menegur pada sesawang blog ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan