KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 22, 2008

Negara HURU-HARA, Makan UBI KAYU... Jika Pembangkang MENANG!

By TARMIZI MOHD JAM

MACAM filem TV pulak. Hantar surat ugut bunuh bersama peluru. Semata-mata mahu mempamerkan semangat patriotik, menongkat istana dan nak membenamkan Karpal Singh.

Apakah isu sebenarnya? Isu konkritnya apa?

Media perdana tidak berteriak betul. Mereka telah menggugah fikiran rakyat dan menghukum Karpal dalam mahkamah pena ciptaan mereka. Minda rakyat sudah luka berdarah...

Dari sudut undang-undang, Karpal menyatakan yang hak. Dari persepsi dan tanggapan pemimpin Umno yang berdiri atas kaki Melayu (kononnya) menyalahkan pemimpin DAP itu kerana "melanyak" institusi Kesultanan Melayu.

Tidak perlu digariskasarkan, siapakah dan parti manakah yang telah "menganyang" istana suatu ketika dulu.

Ketika isu perlantikan MB Perlis dan Terengganu, tiada Karpal atau DAP yang "menidakkan" kehendak istana di sana.

Dan tiada Karpal yang cuba menabalkan Sultan lain di Kelantan setelah Sultan Kelantan sebenar amat murka dengan parti yang kononnya memperjuangkan Melayu itu.

Ugutan bunuh dan peluru sangat serius. Boleh dilihat sebagai percubaan berani oleh individu yang jelas penakut, tidak bertangungjawab dan angkuh dalam memperjuangkan Ketuanan Melayu kononnya.

Saya mengecam keras tindakan jahat itu yang mencerminkan masih ada manusia yang tergila-gila dengan peraturan rimba ala gengter, hingga sanggup mengetepikan semangat kemanusiaan dan patriotisme tulen pada alaf baru ini.

Memang patut, semua orang mengutuk tindakan ugut bunuh bersama peluru itu, sekalipun Karpal jasad yang berjiwa DAP dan tiada kaitan dengan parti-parti lain termasuk komponen BN.

Apapun niat dan strategi orang yang mengungut bunuh bersama peluru itu, secara umumnya, lampu suluh kini memfokuskan kepada Umno sebagai parti yang berpotensi besar untuk melakukan adegan itu.

Banyak kepentingannya. Kuat nafsu serakahnya untuk menebus maruah dan merampas kembali negeri yang kian tegar melimpahkan nikmatnya kepada pemimpin mereka selama ini.

Dengan tercetusnya rasa takut, bimbang, khuatir dan tidak selamat, sudah tentu parti yang mengutip untungnya ialah Umno, sekalipun Umno menafikan ia terlibat. Tiada bukti!

Adakah taktik Mageran kini bergentayangan dalam kotak minda MKT parti yang sudah ditinggalkan oleh Tun Mahathir dua hari lepas? Iya, untuk menyekat pembentukan kerajaan dalam penantian?

Kita mesti ingat, ada dua isu penting jika pembangkang menang yang disebarkan pemimpin BN setiap kali pilihan raya berlangsung untuk mencetuskan rasa takut di kalangan pengundi.

Satu, akan tercetus huru-hara. Negara tak selamat. Bisnes mencemaskan. Dan keduanya, nanti makan ubi kayu. Makan ubi kayu sudah mula dilagangkan sejak kegawatan isu ketiadaan beras.

Betul atau tidak, beras tiada dalam stok penimbal, rakyat memang tidak tahu. Isunya beras tiada dan makanan ganti sebagai alternatigf ialah ubi kayu dan kentang.

Apakah ini ada kaitan dengan ugutan bunuh dan peluru yang diterima oleh Karpal, sukar untuk diiyakan.

Mungkin, bodohlah pulak saya, jika menyifatkan isu keselamatan dan keselesaan (beras) tiada kekuatan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat...

Tiada ulasan: