KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mei 23, 2008

Tiada PILIHAN RAYA TERGEMPAR, Elak PR Bentuk Kerajaan Persekutuan Yang BARU!

Benarkah Pakatan Rakyat akan bentuk kerajaan baru peringkat Persekutuan September ini? Atau sekadar gimik...

By G. MANIMARAN

SELEPAS 24 jam negara dikejutkan dengan 'bom politik' Tun Dr. Mahathir Mohamad, persoalan mengenai punca dan sebab yang membawa kepada tindakan keras lagi muktamad bekas Perdana Menteri itu masih belum jelas.

Meskipun Dr. Mahathir sudah menjelaskan dengan panjang lebar sebab berhubung pendiriannya termasuk menerusi blognya, tetapi ia masih kurang meyakinkan ramai.

Di sebalik persoalan-persoalan itu, termasuk sama ada siapa lagi yang akan membarisi keputusan Dr. Mahathir juga masih belum jelas. Setakat tengah hari tadi, empat orang sudah jelas dengan pendirian mereka.

Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, bekas Setiausaha Agung Ummo, Tan Sri Sanusi Junid dan pemimpin veteran dari Kedah, Tan Sri Khalid Abdullah.

Kemungkinan beberapa pemimpin Umno yang tidak sebaris dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah pasti akan berbuat demikian. - mSTAR Online


Baca selanjutnya KLIK DISINI

Tiada ulasan: