KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 13, 2008

Shafie Apdal GELABAH Serangan SMS Gugat BN

By MUZDALIFAH MUSTAPHA

ORANG ramai terutama rakyat Sabah dinasihati jangan mudah mempercayai dakwaandakwaan mengenai politik yang disampaikan dalam apa-apa bentuk termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Shafie Apdal berkata, masalah percaya-mempercayai sering berlaku di kalangan masyarakat sekarang terutama bersangkut paut dengan khidmat SMS.

Beliau yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata, jangan percaya sangat apa yang orang perkatakan melalui SMS kerana ia tidak semestinya benar.

"Tetapi kita tetap mengambil perhatian kerana kita di Sabah dan Sarawak sentiasa melihat dari segi keseimbangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Istana Budaya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menerima khabar angin melalui SMS kononnya 16 wakil rakyat dari Umno Sabah akan melompat parti pada Rabu ini.

Shafie berkata, pihaknya tidak menolak wujudnya suara tidak puas hati di kalangan masyarakat Sabah terhadap kemudahan prasarana yang masih tidak mencukupi.

Bagaimanapun, ujar beliau, ia telah dibincangkan dengan pucuk pimpinan mengenai perkara tersebut dan pada masa ini kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang berusaha untuk menanganinya.

"Apa yang penting, kita memang memerlukan reaksi daripada kalangan rakyat supaya dapat memberikan yang terbaik untuk mereka.

"Oleh itu, kini di Sabah terdapat beberapa perubahan pembangunan dan kemudahan lain yang telah diperbaharui," katanya. - Utusan Online

Tiada ulasan: