KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 13, 2008

Ke Mana Reezal GPMS Waktu Umno DERHAKA Agong dan Sultan Terengganu?

Macam tiga beradik?

By AMIN ISKANDAR @ BLACK

INI seorang lagi penipu... Seperti biasa, selepas hilang majoriti dua pertiga di parlimen, pelbagai helah cuba dilakukan oleh Umno dan BN. Isu perkauman adalah salah satu aset terbaik yang selama ini telah memanfaatkan BN.

Oleh kerana Karpal Singh bukan Melayu dan beliau bercakap tentang Raja Melayu, maka beliau diserang dengan hebat dari pelbagai penjuru. Laporan-laporan polis dibuat terhadap Karpal dan polis telahpun mengambil keterangan daripada Karpal.

Selepas Reezal Mamak dan GPMS cuba menjuarai isu ini, kini muncul pula “Hisham Keris”.

Hisham Keris berikrar Pemuda BN akan taat setia kepada Raja-raja Melayu.

Kita jangan terpengaruh, Pemuda Umno dan Pemuda BN tidak pernah mempedulikan Raja-raja Melayu. Mereka hanya mahu memperalatkan isu untuk membangkitkan sentimen perkauman.

Tak percaya?

Dimana Hisham Keris, Pemuda Umno dan Pemuda BN ketika Yang Dipertuan Agong dan Sultan Terengganu dihina dan diaibkan oleh Abdullah Badawi dan Umno oleh kerana tidak mahu melantik Idris Jusoh sebagai MB Terengganu?

Jelas, mereka (Hisham Keris, Pemuda Umno dan Pemuda BN) ini semuanya penipu, pembohong dan kaki kelentong! - Blog aminiskandar@black.com

Tiada ulasan: