DATUK Ibrahim Ali yang diketahui umum sangat komited dengan soal Ketuanan Melayu meminta wakil rakyat Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat supaya menyatakan pendirian mereka mengenai isu Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Istana.
Ahli Parlimen Bebas kawasan Pasir Mas,Kelantan itu menegaskan mereka tidak boleh bersikap membisu kerana rakkyat nak tahu pendirian mereka.
Katanya sekalipun mereka mungkin takut untuk sentuh isu itu kerana sudah berpakat Pakatan Rakyat tetapi dalam hal ini mereka perlu pertahankan Istana jika tidak mahu orang Melayu, berpecah belah.
Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mempersoalkan sikap membisu sesetengah wakli rakyat Melayu dalam Parti Keadilan Rayat berhubung isu ketuanan Melayu dan mengenai tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak.
"Apapun, mereka perlu juga beritahu apa pendirian mereka dalam soal ini kerana rakyat nak tahu. Kalau tak jawab nanti rakyat buat macam-macam tafsiran," katanya pada sidang akhbar di Pasir Mas Sabtu.
Ibrahim, seorang anggota Bebas, mengingatkan wakil rakyat pembangkang yang cenderung menyentuh isu ketuanan Melayu dan mempertikaikan institusi beraja agar tidak keterlaluan dan melampaui batas.
"Saya lihat sekarang ini ramai yang sudah melampau dalam menyentuh ketuanan Melayu, sentuh kuasa raja-raja," katanya.
Mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ibrahim yang pernah dua kali ditahan mengikut undang-undang itu, berkata ia tidak wajar dimansuh sebaliknya perlu ditambah baik.
Katanya akta itu perlu diteruskan kerana ia boleh mencegah keadaan gawat daripada berlaku. "ISA digubal oleh Dewan Rakyat bagi tujuan menyekat mana-mana individu yang ada niat untuk huru-harakan negara.
Kita nak cegah huru-hara daripada berlaku, akta itu perlu ada tetapi ia perlu diubahsuai mengikut perkembangan semasa," katanya. Ibrahim berkata pembangkang tidak sepatutnya terlalu 'besar kepala' dan menganggap kemenangan besar pada pilihan raya umum 8 Mac lepas adalah kerana rakyat mahukan dan akan menyokong setiap apa yang dilakukan mereka.
"Kemenangan yang rakyat beri baru ini bukan kerana rakyat mahukan pembangkang. Pembangkang banyak menang kerana Barisan Nasional banyak sangat isu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan