KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 16, 2009

Pemimpin BN dan Akta Zalim ISA: Berlagak seperti 'Tuhan', boleh buat apa saja! - Latheefa Koya


Temubual INTAN ABDULLAH bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Latheefa Koya yang juga merupakan salah seorang peguam yang sering mengendalikan kes-kes membabitkan tahanan ISA dan hak asasi manusia.

ISA akan dikaji semula oleh kerajaan. Itu janji Najib Tun Razak. Apa sikap saudara?

LATHEEFA KOYA: Tiada erti kata kajian semula atau penggubalan akta tersebut melainkan hanya pemansuhan. Walau apapun yang dikatakan oleh pihak kerajaan, kami tetap dengan usaha memansuhkan ISA.

Kenapa Saudara enggan meyakini janji kerajaan ini?

Ini kerana mereka tiada hasrat untuk membuang akta tersebut. Dan selagi ianya masih wujud, bermakna mereka masih membenarkan tahanan tanpa bicara ini diteruskan. Ia bukan perkara baru apabila mereka menyatakan mereka mahu menggubal akta tersebut. Ianya 'nothing' kerana tidak ada sesuatu pun yang boleh menyelamatkan keadaan ini melainkan ianya dimansuhkan.

Adakah terdapat sebarang contoh bahawa akta seumpama itu boleh dimansuhkan?

Ya! Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama kini dalam proses untuk menutup Kem Guantanamao Bay yang menahan ramai tahanan yang didakwa terlibat dengan keganasan di beberapa negara Arab. Kenapa kalau Obama boleh tutup, kita tidak boleh tutup Kem Tahanan Kamunting dan mansuhkan ISA?

Jadi, pada pandangan Saudara, apakah langkah awal yang boleh diambil kerajaan untuk mengubah keadaan ini?

Para tahanan ini berhadapan dengan pertuduhan yang tidak jelas. Oleh yang demikian, kerajaan boleh memulakan langkah untuk memansuhkan ISA ini dengan membicarakan para tahanan di mahkamah bagi memberikan keadilan kepada mereka. Malangnya saya tidak nampak kerajaan kita ada 'political will' sepertimana yang dilakukan Obama.

Tetapi bukankah kerajaan telah mengumumkan pembebasan 13 orang tahanan pada hari perlantikan Perdana Menteri yang baru?

Saya tidak menganggap bahawa pembebasan tersebut sebagai tindakan yang benar-benar serius pihak kerajaan kerana kenapa hanya 13 orang sahaja? Ianya pula dibuat sewaktu tempoh kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Ianya adalah satu bentuk 'election ploy' yang bertujuan untuk mendapatkan reaksi positif daripada rakyat. Kerajaan sebenarnya mahu berlagak bahawa mereka ini Tuhan. Mereka ada kuasa, jadi mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka.
Ianya jelas menunjukkan bahawa mereka menyalahgunakan kuasa yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya lalu. Sebab itu saya katakan tadi bahawa kerajaan sememangnya tidak serius dan tidak pernah serius dalam membicarakan tentang ISA, apatah lagi untuk memansuhkannya.

Tiada ulasan: