KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 30, 2009

Pemuda PAS mahu kepimpinan ulama yang memimpin bukan kepimpinan yang dipimpin!

PEMUDA PAS Pusat berharap kepimpinan ulama masa depan yang diperlukan terdiri dari mereka yang mampu dan berani berijtihad, tangkas menangani isu, cepat bertindak dan menjadi kepimpinan yang memimpin bukan kepimpinan yang dipimpin.

Ketika menegaskan perkara ini, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan mengharapkan ulama yang diberi ruang menyertai hiraki parti walau di mana posisi mereka, benar–benar dapat berperanan bagi membukti kemampuan sebenar ulama dalam memimpin.

"Saya cukup tidak sedap hati kalau orang kata ulama lembab, tidak agresif, tidak peka, tidak pandai berorganisasi dan mengurus.

"Apatah lagi, kalau apa yang disebutkan itu ada benarnya, maka para ulama mestilah memastikan mereka benar–benar mampu memikul amanah yang diberi. 'Title' sahaja tidak cukup dalam kita memimpin. Ulama mesti bekerja keras untuk memimpin dan mendokong cita–cita perjuangan agar ulama tidak menjadi bahan sendaan apalagi diperlekehkan," tegas beliau dalam satu wawancara bersama Harakah.

Katanya, setelah 25 tahun kepimpinan ulama bertapak, PAS telah berjaya keluar dari lingkaran imej 'parti pak lebai' dan 'parti kampungan' yang kononnya tidak mampu menyaingi tuntutan dan memenuhi keperluan zaman.

Kini, ujarnya, PAS telah bersedia dengan segala upaya dan kemahiran yang dimiliki untuk diberi kepercayaan atau mandat oleh rakyat bagi memerintah dan mentadbir negara ini sebagai kerajaan alternatif.

"Berjuang dalam suasana menang dan senang sangat jauh beza dan cabarannya berbanding sewaktu kalah dan susah. Kita perlukan latihan praktikal ini untuk melahirkan kepimpinan yang bertaqwa dan berilmu, sederhana, amanah dan bijak memimpin serta benar–benar berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab pemerintahan," katanya ketika ditanya tentang kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri.

Menyentuh tentang minat luar biasa bukan Islam terhadap PAS, Nasruddin menyifatkan, jika dulu sering didendangkan pemimpin Umno dengan dakwaan 'politik suku agama suku', kini tiada siapa lagi berani berkata demikian kecuali mereka yang benar–benar jahil dan kufur.

Ini tegasnya, adalah episod kejayaan yang ditempa oleh kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS selama ini.

"Orang PAS sering bercakap tentang PAS kepada orang PAS dalam markaz PAS, akhirnya risalah perjuangan ini tidak lepas–lepas! Perkembangan ini membawa PAS menemui semua orang terutamanya 'non muslim' untuk mengenali hati budi dan aqal budaya mereka," tegasnya lagi.

Kini dakwanya, PAS berupaya memimpin bukan sahaja di kalangan orang PAS tetapi juga rakyat pelbagai lapisan latar belakang agama, bahasa dan bangsa disamping mengembangkan pengaruh parti mellaui maklumat yang disebar secara gigih tanpa jemu melalui penulisan, kuliah, khutbah, ceramah, berhujah di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan kini melalui blog, laman web atau Facebook.

2 ulasan:

TBO berkata...

salam

aje beno tu ostad Tim Ketua Pemuda PAS sbb tu keme nak nukor TimBalan Presiden PAS yor Ulama yg wibawa dan berkarisma yg dapat membantu TGHH.

Abu Razeen 2 berkata...

"Katanya, setelah 25 tahun kepimpinan ulama bertapak, PAS telah berjaya keluar dari lingkaran imej 'parti pak lebai' dan 'parti kampungan' yang kononnya tidak mampu menyaingi tuntutan dan memenuhi keperluan zaman."

Klu dah iktiraf kepimpinan Pas tlh berjaya dlm hal di atas kepimpinan pemuda patut lebih tawadhu' dlm buat statement keatas kepimpinan ulama. Bukan bernada "mahu".....itu ongputih kata bernada "demanding".