SUASANA di Dewan Majlis Perbandaran Taiping begitu meriah dengan penyokong Pakatan Rakyat yang membanjiri perkarangan pusat penjumlahan undi bagi pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang, tulis Intan Abdullah yang sudah berkampung lebih dua minggu di Bukit Gantang.
Di luar dewan, para petugas keselamatan termasuk polis dan FRU sibuk mengawal situasi yang semakin meriah sambil menantikan keputusan rasmi diumumkan oleh pihak SUruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pihak wartawan dan petugas media tempatan dan luar negeri sibuk mendapatkan maklumat terkini pengiraan undi yang sedang dijalankan.
Di dalam dewan pula, pemimpin PAS, Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang, Setiausaha Agong, Dato' Kamarudin Jaafar, Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali, Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya Bukit Gantang, Asmuni Awi, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefli Ahmad dan AJK PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat, sudah bersedia untuk melihat sendiri pengistiharan Nizar sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Manakala, pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang turut hadir termasuklah Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub, Speaker Dun, V.Sivakumar, Exco Dun Perak, Dato' Ngeh Koo Ham, Nga Kor Meng dan Adun Teja, Chang Lih Kang.
Bagi pihak BN pula, kelihatan hanya Presiden PPP, Dato' Kayveas sahaja yang hadir bagi mendengar keputusan pilihan raya tersebut.
Pada jam 9.30 malam, Pegawai Pengurus Pilihan raya Bukit Gantang, Dato' Mahmud Morsidi mengumumkan keputusan sebaik sahaja calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin tiba kerana calon BN tidak muncul-muncul.
PAS yang mewakili Pakatan Rakyat menang dengan 21,860 undi mengatasi calon BN, Ismail Saffian yang memperolehi 19,071 undi. Manakala Calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.
Suasana di luar begitu riuh dengan laungan takbir dan sorakan kegembiraan kemenangan para penyokong selain bunga api mewarnai dada langit di perkarangan dewan tersebut.
Sebaik diumumkan menang, Nizar diberi peluang untuk menyampaikan ucapan kepada para penyokong yang hadir. Sambil menyifatkan kemenangan ini sebagai cukup bermakna kepada Pakatan Rakyat, beliau menegaskan bahawa ia begitu bererti bagi negeri Perak dan Malaysia amnya.
"Terima kasih kepada semua pihak, saya juga memohon maaf atas apa jua yang berlaku sepanjang kempen pilihan raya dijalankan. Terima kasih juga kepada calon BN dan calon bebas yang sama-sama menunjukkan semangat setiakawan dalam pilihan raya ini," ujarnya.
Nizar mengakhiri ucapannya dengan melaungkan 'Hidup rakyat' dan mengingatkan rakyat agar bersurai dengan aman dan tertib.
Beliau kemudiannya mengadakan sidang media di luar dewan tersebut. Setelah berakhir sidang media, beliau meluangkan masa bersama warga media yang ingin merakamkan gambar kenangan bersama Ahli Parlimen baru Bukit Gantang itu.
Nizar terus diarak keluar dewan bagi menemui penyokongnya yang menanti dengan penuh sabar dalam keadaan hujan yang turun renyai-renyai. Beliau dikalungkan dengan bunga serta dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda sambil berdiri melambai-lambaikan tangannya kepada penyokong Pakatan Rakyat.
Sebaik tiba di Markaz PAS Air Kuning, beliau meluangkan masa memberikan ucapan kepada petugas dan penyokong Pakatan Rakyat sebelum bertolak pulang ke rumahnya di Ipoh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan