KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 09, 2009

Seret Mahathir berkempen beri impak buruk kepada Najib apatah lagi peralatkan RTM


PRESIDEN Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dan BN melakukan kesilapan besar apabila membawa kembali Tun Mahathir di Bukit Gantang dan disiarkan secara langsung di media yang jelas ditolak pengundi yang melihat penyalahgunaan jentera kerajaan untuk kepentingan politik BN, lapor Anis Nazri.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan menyifatkan penolakan pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau terhadap politik lama yang jadi amalan BN termasuk menyeret Mahathir berkempen telah memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, rakyat sudah muak dengan politik lama seperti penggunaan media, projek 'mee segera', selain RTM yang dijadikan jentera penerangan BN secara tidak terkawal dan melampau.

"Tun Mahathir adalah 'liability' kepada Umno, di mana apabila Umno menggunakan beliau di Bukit Gantang, ia satu perkara yang akan menikam Umno sendiri dengan segala jenayah, penyelewengan beliau ketika memimpin, yang masih berbekas di hati rakyat," tegas beliau ketika dihubungi Harakah.

Mengulas kemenangan Pakatan Rakyat di Dun Bukit Selambau, Ustaz Nasruddin berkata senario itu mempamerkan arus yang senada dengan pengundi Bukit Gantang dengan pengundi muda yang tidak boleh dimanipulasikan oleh permainan media perdana yang keterlaluan.

Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, Nizar mencapai kemenangan dengan memperolehi 21 860 undi , manakala calon BN, Ismail Saffian (19 071) dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idrid (62).

Tiada ulasan: