KOMENTAR ini adalah tulisan ABDUL RAHMAN HASHIM, Exco Umno Bahagian Setiawangsa yang mengupas beberapa isu yang dilagangkan di Bukit Gantang untuk tatapan pengunjung blog ini (BAHAGIAN AKHIR):
SELAIN daripada isu Raja yang digendangkan, Umno/BN juga terlalu ghairah dengan isu tanah kononnya semasa Nizar menjadi Menteri Besar Perak beliau telah menganugerahkan tanah kepada komuniti Cina di Perak.
Isu yang dibiolakan ini sebenarnya telah menguntungkan Nizar, kerana pengundi Cina yang menjadi penentu di Bukit Gantang agak tersinggung dengan paluan gendang ini dan mereka menaganggap memang betullah Umno yang tebal sentimen perkaumannya seolah-olah masyarakat Cina di negara ini tidak layak diberikan sebidang tanah untuk mereka usahakan penanaman sayur. Komuniti Cina di Perak angkat topi kepada Nizar kerana Nizar dilihat pemimpin yang tidak menganak tirikan mereka yang telah menjadi sebahagian daripada warga negara.
Umno hendaklah mengubah hala tuju perjuangannya, supaya tidak dilihat anti kepada bangsa yang bukan Melayu di negara ini. Mereka tahu bahawa pemimpin Umno gemar meniupkan semangat ketuanan Melayu apabila di pentas sendiri, dan memperdayakan Cina & India apabila berada di platfom BN dengan slogan perpaduan. Masihkah kita ingat betapa Sdra Ahmad Ismail, seorang Ketua Umno Baagian di Pulau Pinang telah dikambing hitamkan (digantung keahliannya) kerana beliau dikatakan telah mengungkit hak bangsa asing di negara ini sehingga menyinggung masyarakat Cina.
Umno terpaksa mengikut kehendak pemimpin komponennya supaya segera bertindak kepada pemimpin Umno Bahagian ini demi hendak menjaga hati. Inilah risiiko yang terpaksa dibayar oleh Umno akibat terlalu gemar dengan sentimen perkauman yang didendangkan. Najib harus segera mencipta satu formula "SATU MALAYSIA" mengikut acuan rakyat yang berbilang bangsa di negara ini.
"Satu Malaysia" ialah negara yang yang dapat disatukan, diseragamkan dan diintegrasikan. 'Satu Malaysia' yang diimpikan bukanlah masyarakatnya yang masih tegar dengan sifat perkaumannya, sehingga sukar untuk disatukan akibat gejolak ketuanan bangsa masing-masing. Masyarakat Cina bimbang dengan api perkauman yang membara yang terdapat di dalam Umno. Mereka juga ragu dengan MCA kerana parti yang berasaskan kaum Cina ini dikatakan sudah kehilangan taringnya. Begitu jugalah dengan MIC yang terpaksa tunduk dengan desakan Hindraf kerana parti India ini dikatakan sudah tidak relevan lagi untuk perjuangan komuniti India.
Sampai bilakah perjuangan berasaskan kaum ini harus ditebalkan sehingga terjalin suatu bentuk perjuangan yang baru iaitu "SATU MALAYSIA" yang sedang digagaskan oleh Perdana Menteri yang baru ini.
PKR sebagai sebuah parti berbilang kaum di negara ini telah muncul sebagai satu ancaman kepada Umno yang masih mengharapkan simpati keMelayuannya sahaja. Sementara PAS pula merupakan komponen terkuat Pakatan Rakyat yang berlandaskan kepada perjuangan Islam begitu kuat wownya sehingga mendorong lebih ramai cendikiawan Melayu menyertai parti itu yang juga disokong kuat oleh golongan muda hari ini.
Parti DAP yang dulunya dilihat terlalu chauvinistik dengan keCinaannya, kini telah berjaya dilembutkan oleh Anwar Ibrahim sehingga mereka telah bersekongkol untuk memenangi hati rakyat semua bangsa di negara ini, juga telah menganggap Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang berjaya menyatu padukan semua kepentingan bangsa di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan