PAS Bukit Bintang mengejut banyak pihak apabila mencalonkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Presiden parti itu menjelang pemilihan Jun ini. Ini sekaligus telah menimbulkan persepsi kononnya PAS Wilayah menolak kepimpinan Dato' Seri Abdul Hadi Awang, hingga mencetuskan kontroversi dan perbahasan banyak di dada media baru internet.
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang yang baru, ketika dihubungi sebentar tadi, Sdra. Radhi Hashim, mengesahkan PAS Kawasan telah mengadakan Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Kawasan kali pertama sehari selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan itu pada 19 April lalu.
Pada mesyuarat itu, Tok Guru Nik Abdul Aziz dicalonkan untuk kerusi Presiden sementara Mohamad Sabu dicalonkan sebagai Timbalan Presiden menentang Nasaruddin Mat Isa. Sementara tiga calon Naib Presiden yang dinamakan ialah Dato' Husam Musa, Dato' Nik Amar Nik Abdullah dan Hanipa Maiden.
Radhi dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Bukit Bintang yang baru setelah Yang Dipertua asal, Haji Azman Johari dicalon dan menang sebagai Pengerusi Tetap. Ekoran itu, beliau terpilih sebagai Yang Dipertua. Sebelum ini, Radhi adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang.
Ibn Taimiyyah menegaskan: "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman; semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." - (As-Siasah As-Syariah: 172-175)
Selasa, April 21, 2009
PAS Bukit Bintang kejutkan dunia, calonkan Tok Guru Nik Aziz rebut kerusi Prresiden PAS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan