DEWAN Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan terbubar dengan sendirinya jika ia tidak bersidang dalam masa enam bulan, demikian dijelaskan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Beliau diminta mengulas mengenai tindakan terburu-buru setengah pihak untuk mengadakan sidang DUN Perak.
Katanya, peruntukan yang berkenaan ialah 36 Perlembagaan Negeri Perak. Peruntukan yang sama ada di dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan. Aziz berkata peruntukan yang sama juga ada di semua negeri yang lain.
"Apa yang penting di bawah peruntukan ini ialah bahawa menjadi tanggung jawab Agong atau Sultan atau Yang diPertua Negeri untuk memanggil sidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan," jelasnya. Peruntukan ini tidak menyatakan dewan terbubar jika ia tidak bersidang langsung selama enam bulan.
Aziz berpendapat dengan adanya peruntukan itu kerajaan yang memerintah tidak boleh lari atau mengelak dari ditanya mengenai dasar-dasar dan tindakannya oleh ahli-ahli dewan.
"Ia berkait rapat dengan kerajaan yang bertanggung jawab kepada dewan yang menjadi asas kepada undi tidak percaya itu," tambahnya.
Pakar perlembagaan itu berkata Dewan Negeri dan Dewan Rakyat hanya bubar secara automatik lima tahun selepas ia bersidang buat kali pertama selepas pilihan raya umum.
"Ini disebut oleh Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 36(3) Perlembagaan Negeri Perak,' jelas beliau.
Apa yang menarik ialah ada di kalangan peguam sendiri yang menganggap dewan terbubar secara automatik jika tidak bersidang langsung dalam tempoh enam bulan. Aziz berkata pandangan itu mungkin menjadi sebab mengapa kebelakangan ini timbul banyak keputusan yang ganjil dan tidak selaras dengan perlembagaan.
"Semacam ada usaha halus untuk mengelakkan berlakunya pilihan raya. Ini tidak logik dan tidak masuk akal kerana macam-macam boleh berlaku. Siapa yang boleh menyekat kematian atau orang disabitkan di mahkamah?" ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak 17 April lalu, menyatakan bahawa pilihan raya kecil Dun Penanti ekoran perletakan jawatan bekas Timbalan Menteri Pulau Pinang tidak perlu kerana ia membuang masa dan wang negara.
Sebelum itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pada mulanya begitu laju menyiasat dan dikatakan akan mendakwa bekas timbalan itu tiba-tiba mengambil sikap melambat-lambatkan keputusan siasatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan