KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 23, 2009

PRK Dun Penanti: Sikap SPR tidak profesional dan tidak bebas lagi - Dato' Seri Abdul Hadi

PRESIDEN PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini sudah tidak bebas lagi hinggakan pemimpin utamanya terpaksa mengeluarkan kenyataan yang berat sebelah dan masih terkial-kial untuk menetapkan sebarang tarikh pilihan raya untuk Dun Penanti, lapor Intan Abdullah.

"Hakikatnya SPR tidak bebas sepenuhnya dalam membuat keputusan kerana masih ada orang-orang tertentu di belakang yang menentukan halatuju mereka," tegasnya ketika ditemui selepas melancarkan gerai Nufair Street Sdn. Bhd. di PWTC bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 baru-baru ini.

Pada majlis yang sama beliau turut merasmikan laman web e-bisness Nufair Street di alamat http://www.nufairshop.com.

katanya lagi, sikap Umno-BN yang mahu menarik diri dari bertanding pada pilihan raya kecil Dun Penanti menyerlahkan betapa rendahnya moral mereka dalam menghayati semangat demokrasi berparlimen di negara ini.

Beliau menyifatkan kenyataan yang dibuat Dato' Seri Najib Tun Razak yang enggan meletakkan calon Bn di Penanti, membenarkan lagi kenyataan sebelum ini, parti itu kini berada dalam keadaan yang rendah moral.

"Saya menganggap BN yang tidak mahu bertanding sebagai melambangkan betapa rendahnya moral mereka selepas kalah di semua pilihan raya kecil sejak tahun lalu kecuali di Sarawak," ujarnya.

Sebaliknya tegas Ustaz Hadi, PAS akan tetap bertanding pada mana-mana pilihan raya kecil walaupun berhadapan dengan pelbagai risiko. Tetapi sebagai sebuah parti yang bermoral, PAS tetap akan bertanding sekalipun hilang wang pertaruhan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyerahkan hal tersebut atas pilihan Umno-BN untuk membuat keputusan mereka di Dun Penanti.

"Terpulang kepada mereka kerana ianya adalah merupakan hak masing-masing dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi sama ada hendak bertanding atau tidak," ujarnya.

Tiada ulasan: