KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 09, 2009

Bukit Gantang bukti rakyat mahu kepimpinan 'good governance' yang telus, demokrasi dan tidak rasuah



JELAS kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah 'referendum' rakyat menolak kepimpinan Najib Tun Razak sebaliknya mereka mahu kepimpinan 'good governance', lapor Salmiyah Harun.

Situasi ini yang bermula dengan siri pilihan raya kecil sebaik sahaja selepas tsunami politik 2008, bermula dengan Permatang Pauh, Kuala Terengannu dan terkini di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa ketika dihubungi, kemenangan Pakatan Rakyat itu memberi tamparan kepada BN bahawa rakyat sudah bosan dan menolak sama sekali budaya politik Umno.

Keputusan itu katanya, memberi gambaran jelas rakyat mahukan satu politik baru yang telus dan demokrasi selain mempunyai kepimpinan bersih daripada rasuah serta 'good governance'.

"Dengan kemenangan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau ini, jelas membuktikan penolakan rakyat berlaku dengan ketara," katanya.

Dalam tempoh berkempen berbagai-bagai rasuah yang ditaburkan oleh kerajaan melalui beberapa kementerian, bagaimanapun kata beliau pengundi sudah bijak menilai sehinggakan mereka tidak mudah termakan dengan projek-projek yang ditawarkan.

"Termasuklah dengan kehadiran Tun Mahathir di Bukit Gantang pun tidak memberi sebarang bentuk bahawa pengundi akan mengubah haluan mereka kepada BN," katanya.

Dalam pada itu beberapa projek dan janji-janji manis kerajaan BN kepada pengundi-pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau ditabur ketika waktu berkempen.

Antaranya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed telah mengeluarkan Lesen Sampan Kelas A kepada kira-kira 400 nelayan kecil di Bukit Gantang, supaya mereka dapat beroperasi secara sah.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan membina sebuah gelanggang futsal yang dilengkapi dengan lampu limpah bernilai RM150,000 untuk kemudahan golongan belia menjalankan aktiviti sukan dan ekonomi di Bukit Selambau di sini.

"Gelanggang futsal itu juga bukan sahaja dapat mencungkil bakat golongan belia dalam bidang sukan, malah menggalakkan mereka mempelajari kaedah pengurusan dan menjadi usahawan," kata Ismail Sabri.

Dan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Muhyiddin Yassin menyerahkan cek RM1 juta kepada Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Min Simpang, Ong Beng Joo semasa perjumpaan dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru.

Tiada ulasan: