KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 09, 2009

Pakatan Rakyat masih diangkat sebagai pengganti BN dengan mata 4-1


Umno akan kata PAS peralat kanak-kanak, tapi semuanya sudah berubah. Biarkan Umno terus menuduh asalkan perjuangan Pakatan Rakyat mantap...

Nak ke mana lari tu?

KETUA Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menganggap keputusan pilihan raya kecil sebenarnya adalah 4-0. Dikira bermula dari pilihan raya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. lapor Nyza Ayob.

Keputusan ini juga menunjukkan referendum rakyat menolak kepimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak serta BN keseluruhannya.

"Mereka harus menerima kekalahan ini secara terbuka kerana rakyat sudah tidak dapat menerima tindakan BN yang tidak demokratik. Jelas apa yang berlaku di Perak merupakan tindakan tidak demokratik BN. Begitu juga dengan situasi di Kedah, berlakunya cubaan membeli, menculik serta mengugut Adun di Kedah daripada Pakatan Rakyat.

"Jadi kemenangan ini menunjukkan rakyat menolak perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral tersebut. Jadi, mereka harus mengakui, jelas rakyat tidak merestui mereka walaupun mereka telah 'memohon restu rakyat' sebagaimana tertera di kain rentang dan sepanduk BN. Dan ini jelas rakyat merestui Pakatan Rakyat," tegasnya sewaktu dihubungi sebaik sahaja usai pengumuman kemenangan Dato' Seri Nizar sebagai Ahli Parlimen Bukti Gantang.

Sehubungan itu Mahfuz mendesak agar BN menghentikan segala provokasi untuk merampas kuasa tanpa mendapat restu rakyat. Katanya, pembentukan kerajaan mesti mendapat restu rakyat melalui proses pilihan raya.

"Kemenangan ini juga menunjukkan rakyat mahu Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan supaya sebarang pembentukan kerajaan mesti mendapat restu rakyat," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan, sungguhpun BN menggunakan media untuk menyampaikan propaganda kepada rakyat, namun rakyat tetap menolak pendekatan BN yang bercanggah dengan kemahuan politik yang ada pada rakyat.

"Apabila Dato' Seri Najib menyatakan media perlu pemberitaan bertaraf dunia, ia jelas menunjukkan pemberitaan di Malaysia tidak bertaraf dunia dan hanya layak digelar 'bertaraf kampung'," ujarnya sinis.

Tiada ulasan: