Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Nizar Jamaluddin diistihar menang di kerusi Bukit Gantang setelah menewaskan calon jentera kerajaan, Ismail Safian
Menteri Besar Kedah, Azizan Razak dan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mengangkat tangan S Manikumar sebaik diumumkan menang di Dun Bukit Selambau
KEMENANGAN calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau merupakan referendum rakyat terhadap Perdana Menteri yang baru dilantik dan mereka masih belum memaafkan BN walaupun Umno telah bertukar pemimpin, lapor Irwan Muhamad Zain.
Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan kemenangan Pakatan Rakyat di kedua-kedua tempat itu merupakan mesej penting rakyat kepada Perdana Menteri yang baru dan juga mantan Perdana Menteri yang kembali menyertai Umno.
"Keputusan ini membuktikan warga Bukit Gantang yang mewakili rakyat Perak tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu. Keputusan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau juga membuktikan penolakan berterusan rakyat terhadap BN walaupun pilihan raya umum sudah setahun berlalu," tegas beliau.
Selain itu Kamaruddin menegaskan kemenangan di Bukit Gantang membuktikan strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohd Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi.
Kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah kembali ke pangkuan Umno tegas Kamaruddin tidak membantu BN malah dipercayai kalangan penyokong Umno akan menyalahkan kehadiran bekas Presiden Umno itu sebagai punca kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihan raya kecil tersebut.
Kemenangan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau juga tegas beliau membuktikan rakyat menolak politik lama yang masih menjadi anutan Umno-BN.
Dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang, Mohd Nizar memperolehi 21,860 undi manakala calon BN Ismail Safian mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.
Pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau pula menyaksikan calon KeADILan, S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Dato' S Ganesan dengan 10,229 undi. Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan