KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 23, 2009

PAS akan ditolak rakyat jika pemimpinnya miliki gaya hidup elit - Salahuddin


SALAHUDDIN AYUB mahu pemimpin PAS di semua peringkat menolak gaya hidup elit yang boleh menghakis sokongan rakyat. Ini dilihat sebagai suatu peringatan agar parti tidak terjerumus kepada persepsi dan ditelan oleh rakyat yang tidak berkenan dengan budaya tersebut.

Dalam satu kenyataan kepada Harakah, calon Naib Presiden PAS itu menegaskan antara sebab PAS mendapat sokongan rakyat kerana pemimpinnya mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati rakyat.

"PAS jangan sombong, jangan bongkak, jangan lupa diri. Atas sokongan yang kita terima ini sebenarnya adalah mandat daripada rakyat untuk tunaikan tanggungjawab mewakili mereka.

"Golongan muda juga memberikan sokongan kepada PAS, gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati yang selama ini menjadi antara tonggak kekuatan PAS" katanya.

Salahuddin percaya golongan muda menolak Umno kerana mereka muak dengan gaya hidup elit pemimpin parti itu dan sukar didekati. Jika pemimpin PAS mengamalkan gaya hidup elit tegas beliau tidak mustahil golongan muda akan menolak parti itu.

Beliau juga menegaskan, PAS juga akan jatuh jika tidak mengekalkan identiti yang lebih "merakyat" dan cara hidup sederhana.

Tiada ulasan: