PILIHAN RAYA Kecil Dun Penanti akan menjadi satu lagi referendum rakyat kepada Barisan Nasional (BN) selepas kegagalan mereka menakluk kedua-dua kerusi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada pilihan raya kecil baru-baru ini. Ikuti pendapat spontan Timbalan Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya KeADILan Dun Penanti, Fuziah Salleh.
Boleh ulas mengenai kenyataan Dato' Seri Najib Tun Razak yang masih belum memberi jawapan yang pasti penyertaan BN pada Pilihan Raya Kecil Dun Penanti. Apakah faktor yang menyebabkan beliau enggan meletakkan calon di sana?
FAUZIAH SALLEH: Apabila satu-satu parti politik membuat keputusan begitu, ia sudah tentu memikirkan risikonya. Yang pertama, ia akan 'demoralize' partinya sendiri kerana seolah-olah BN memberikan kemenangan percuma kepada parti lain tanpa sebarang tentangan.
Ini bermakna mereka telah mengalah untuk membuat keputusan begitu dengan mengetahui risiko yang akan diterima. BN sudah tentu telah membuat kira-kira dan pada andaian saya, Najib tahu pada pilihan raya kecil sebelum ini, BN lah yang paling banyak menghabiskan duit.
Dan sekarang ini, duit negara pun telah banyak sangat digunakan oleh BN untuk perkara-perkara yang tidak patut. Contohnya bon yang bernilai RM6 juta iaitu hutang pilihan raya umum pada tahun 2004 yang masih belum dibayar lagi sehingga menyebabkan mereka disaman.
BN sertai pilihan raya terpaksa berhutang?
Ya! Hutang yang dulu pun masih belum langsai, tetapi setiap kali pilihan raya mereka terus berhutang lagi. Kemudian BN tahu bahawa mereka akan mengalami kekalahan. Ini menyebabkan mereka enggan untuk menambahkan lagi hutang mereka.
Jika kalah lagi, ia akan menjatuhkan imej Najib sebagai Perdana Menteri yang baru dilantik kerana perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang baru pun orang tidak rasa 'excited' menyambutnya.
Sebelum ini, semasa pilihan raya di Permatang Pauh, Najib kata itu kubu kuat mereka. Selepas itu Kuala Terengganu dia kata tidak mengapa! Kemudian dia tengok di Bukit Gantang dan Bukit Selambau selepas perlantikan jadi PM, dia alami kekalahan, dia tidak terkata. Ini membuktikan bahawa rakyat tidak gembira dengan Najib.
Adakah mesej ini menyebabkan Najib enggan letak calon di Penanti?
Saya rasa beliau telah mendapat maklumat yang jelas menyatakan bahawa BN akan kalah di Penanti. BN akan kehilangan wang maka mereka terpaksa membuat keputusan itu atas dasar ia merupakan keputusan yang terbaik walaupun 'demoralize' parti mereka sendiri.
Gerakan mencadangkan sebaiknya BN meletakkan calon bebas menggantikan BN bagi menghadapi KeADILan dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya Penanti. Apa pandangan Saudara?
Saya rasa perkara itu tidak mustahil sebab itu merupakan cara BN untuk tidak memberikan kemenangan percuma kepada Pakatan Rakyat. Pada masa yang sama untuk menjaga air muka BN. Dan yang kedua, 'this is to kill two birds' iaitu mereka menjimatkan wang, menjaga air muka sendiri selain mencipta pelbagai alasan yang mereka sensasikan di media arus perdana milik mereka.
Dengan cara meletakkan calon bebas, BN akan memastikan Pakatan Rakyat tidak menang percuma. BN akan pastikan ia tidak habiskan duit. Ia pastikan juga jaga air muka Najib. Itu merupakan alasan yang paling sesuai digunakan oleh BN.
Jika kita lihat pada pilihan raya kecil kali ini, apakah kemungkinan trend yang berlaku di Bukit Gantang, Bukit Selambau, Kuala Terengganu dan Permatang Pauh akan berulang di Penanti?
Kita lihat trend yang paling 'clear' ialah sokongan yang meningkat kepada Pakatan Rakyat terutamanya di kalangan orang bukan Melayu. Di kalangan orang Melayu, sokongan mereka adalah berterusan dan kekal. Tetapi kita kena ingat bahawa Penanti ini adalah kubu kuat bagi Permatang Pauh dan pengaruh Anwar Ibrahim itu diterima semua di sana.
Jadi, terdapat banyak faktor dalam hal ini. Bukan sekadar trend tetapi faktor Permatang Pauh dan Pulau Pinang itu sendiri tetapi kita kena berhati-hati kerana trend pengundi itu bergantung kepada banyak perkara.
Pertama, siapa kerajaan negeri? Sama ada dengan mereka mengundi seorang calon itu akan membawa keuntungan kepada mereka (rakyat) di negeri tersebut atau tidak. Ini kerana rakyat sudah bijak.
Dalam Dun Penanti, sangat jelas ia merupakan satu peluang kepada rakyat kerana calon itu nanti ialah calon Timbalan Ketua Menteri untuk Pulau Pinang. Kalau calon itu nanti menang, orang Penanti jugak yang akan untung. Jadi faktor itu yang cukup besar dan dominan, selain daripada trend pengundian yang tadi.
Kita juga dimaklumkan terdapat syor untuk mengkaji semula undang-undang pilihan raya kecil berhubung kekosongan yang disengajakan. Sebelum ini ada satu cadangan BN agar digubal undang-undang menghalang lompat parti; setelah merasa tergugat dengan desas-desus kononnya ramai ahli-ahli parlimen BN yang ingin menyeberang ke Pakatan Rakyat. Apa pandangan Saudara mengenai peranan SPR sekarang ini?
Sepatutnya keputusan untuk mengadakan pilihan raya itu bukanlah hak SPR. Tanggungjawab SPR adalah mengendalikan pilihan raya. Jadi, dalam mana-mana demokrasi wakil rakyat itu berhak untuk membuat keputusan sama ada dia hendak teruskan atau tidak. Kalau kita kata dia kekal sebagai wakil rakyat tetapi dia sudah tidak larat. Maka dia kena berhenti.
Tetapi siapa yang harus menentukannya? Akhirnya, yang akan menjalankan khidmat adalah individu tersebut dan parti. Jadi, kita mesti membenarkan proses demokrasi itu diteruskan.
Ramai yang tertanya-tanya apakah motif sebenar KeADILan mengosongkan kerusi Dun Penanti?
Tiada motif yang tersembunyi kerana Adunnya, Mohamad Fairus Kamaruddin sendiri dengan rela hati mengosongkan kerusi Dun Penanti kerana dia sedar sekiranya beliau tidak berbuat demikian dan mengosongkan kerusi exco maka untuk melantik Timbalan Ketua Menteri yang baru itu, kita ada 'limited choice'. Sedangkan semasa kita pilih beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri dahulu pun, adalah kerana dia 0yang terbaik pada masa itu.
Sekarang, 'it is not fair to leave the balance'. Dia telah membuat keputusan tersebut untuk memberi peluang kepada parti memilih satu lagi calon yang dirasakan terbaik untuk mengisi jawatan TKM. Itulah sebab kenapa dia melepaskan juga kerusi Dun.
Adakah ini bermaksud Mohamad Fairus ada masalah peribadi?
Kenapa dia letak jawatan TKM kerana dia tidak mahu 'drag the party's name' sementara penyiasatan sedang dibuat. Samalah juga dengan kes Elizabeth Wong di Dun Bukit Lanjan. Dia menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.
Kita telah setkan sekarang apa jua keputusan wakil rakyat kita. Macam Arumugam di Dun Bukit Selambau, dia 'under pressure' dan dia tidak mampu mengendalikannya. Jadi, dia membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Sama juga dengan Fairus, dia tidak dapat menghadapi 'pressure'.
Tetapi Elizabeth pun tertekan dan 'offered' untuk meletakkan jawatan. Itu kesanggupan dia. Kita tidak boleh memaksa beliau kerana itu tidak adil baginya.
Anda tahu bagaimana kita diletakkan di bawah teropong dan mereka berusaha untuk mencari kelemahan kita walaupun sedikit. Bagaimana anda dihina, dicaci dan sebagainya. Menggunakan media untuk menghukum kita sebelum hukuman dijatuhkan.
Dalam keadaan Fairus yang isterinya cukup bulan hendak bersalin, mungkin dia tidak boleh menghadapi tekanan itu. Itu adalah angkara BN yang meletakkan dan menekan kita begitu.
Kerana tekanan BN ini maka Fairus letak jawatan?
Kita hormati keputusan Fairus untuk tidak 'drag the party' dengan meletakkan jawatan sebagai TKM tetapi apabila ia kosong, dia sedar bahawa tidak 'fair' kepada parti untuk mengambil keputusan menukar orang lain 'based on' apa jua alasan yang kita ada. Ini kerana Fairus adalah yang terbaik ketika itu.
Jadi, kami terpaksa mencari calon terbaik untuk itu. berdasarkan hal itu, beliau membuat keputusan untuk memberikan laluan kepada the most senior, walaupun mungkin kalah dalam pilihan raya yang lepas.
Berdasarkan kepada situasi semasa, walaupun Najib Tun Razak baru sahaja dilantik sebagai PM, tetapi beliau ada rekod yang buruk. Pada masa yang sama, kita lihat beliau seolah-olah cemas dan takut bila berdepan dengan Pakatan Rakyat. Mengapa keadaan ini berlaku?
Sebenarnya Najib takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Ini kerana kalau kita tengok apabila Najib bercakap tentang 'One Malaysia', 'put the people first', 'performance', tetapi ada dia bercakap tentang bersih, menghapuskan korupsi, tidak ada bukan?
Ini kerana dia tidak boleh bercakap tentang hal itu. Najib tiada integriti untuk bercakap tentang perkara itu. Dan dia tahu bahawa KeADILan ini unik, mampu menterjemahkan seluruh 'One Malaysia' yang dia perkatakan itu dalam KeADILan itu sendiri.
Ini kerana dalam parti KeADILan, ia berbilang kaum dan bangsa. Ia telah mewakili apa yang hendak dibawa oleh Najib. Mungkin dia melihat KeADILan sebagai musuh kepada BN kerana mampu menjatuhkan BN-Umno. Itulah sebabnya kenapa Najib takut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan