KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 09, 2009

Rakyat sudah muak, muntah-muntah dengan politik lama yang sarat dengan ugutan, rasuah, fitnah dan adu-domba




KEMENANGAN bergaya calon PAS, Dato' seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin mengalahkan calon BN, Ismail Saffian dan calon bebas dengan majoriti 2,789 memperlihatkan rakyat di negeri ini amnya sudah bosan dan meluat dengan Umnno/BN, lantas mereka menterjemahkannya dalam bentuk undi pada 7 April lalu.

Pilihan raya kecil Bukit Gantang ini benar-benar menjadi referendum rakyat kepada Umno/BN dan Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa rakyaT umumnya sudah bosan dengan Umno/BN.

Mereka mahukan politik baru negara Malaysia yang menolak rasuah, ketidakadilan dan perkauman yang sempit, lantas itu rakyat lebih selesa di bawah Pakatan Rakyat yang lebih dipercayai dari BN.

Nizar dalam sidang medianya memberitahu kemenangannya pada pilihan raya kecil Bukit Gantang menunjukkan rakyat menolak taktik kotor BN yang merampas kuasa ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.

"Rakyat sudah bosan dan jemu dengan politik lama Umno/BN yang mengamalkan ketidakadilan, menyerang peribadi calon lawan dan merasuah pengundi, kerana itu mereka mahu BN dihukum dan ditumbangkan."

Nizar turut mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan anggota keselamatan yang telah menjalankan tugas dengan baik.

Tiada ulasan: