KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 09, 2009

"Kembalikan semula kuasa rakyat di Perak, itulah signal dari Bukit Gantang" - Ahmad Awang



KEMENANGAN calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Bukit Gantang membuktikan rakyat mahukan perubahan kepada kepimpinan negara kerana mereka sudah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada BN untuk mentadbir negara ini, lapor Johari Jaafar dari Bukit Gantang.

Rakyat mahu Pakatan Rakyat menggantikan BN yang ternyata sudah tidak sesuai lagi mentadbir negara kerana BN terbukti banyak melakukan ketidakadilan, menzalimi rakyat dan tidak prihatin masalah mereka.

Demikian ditegaskan Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, yang ditemui selepas pengumuman kemenangan bergaya Mohamad Nizar menewaskan calon BN dan calon bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, 7 April lalu.

"Terbukti rakyat menolak kerajaan haram BN yang telah merampas kuasa rakyat di negeri ini. Mesej inilah yang hendak pengundi pengundi Bukit Gantang sampaikan kepada Perdana Menteri yang baru, Datuk seri Najib Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.

"Selama ini pemimpin-pemimpin Umno/BN mengakui kebenaran dan kesahihan kerajaan BN yang baru merampas kuasa dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak, tetapi rakyat sebenarnya tidak setuju dengan cara dan cara yang tidak bertamadun pemimpin pemimpin BN merampas kuasa rakyat negeri ini," katanya.

Menurutnya dalam kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang, seluruh jentera kerajaan digunakan termasuk membawa Tun Mahathir berkempen bagi memastikan calon BN menang, tetapi ternyata cara itu tidak berjaya.

Beliau percaya sekiranya hari pembuangan undi diadakan pada hari cuti hujung minggu, lebih ramai warga Bukit Gantang yang bekerja di luar datang mengundi, sekaligus majoriti yang dimenangi oleh calon PAS bertambah banyak.

"Ini juga menunjukkan mesej rakyat cukup jelas, kembalikan kuasa rakyat di negeri ini, bubarkan dewan Undangan Negeri Perak, biar rakyat menentukan kerajaan yang mana yang akan menerintah negeri ini," katanya.

Tiada ulasan: