KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, April 27, 2009

Tulang Besi bidas Nik Abduh tak faham penerangan ayahandanya Tok Guru Nik Aziz dalam isu "Unity Government!"



SAYA membaca artikel Ustaz Nik Abduh yang terbaru bertajuk ”Kerja-kerja bodoh dalam PAS”. Saya merasa terpanggil untuk menjawab beberapa hujjah yang dilayangkan oleh beliau semoga semua pembaca mendapat penilaian yang seimbang dalam isu ini. Dan semoga kita dapat menilai isu ini dengan akal yang rational.

Saya bersyukur kerana Mursyidul Am PAS adalah Tok Guru Nik Aziz dan bukannya Ustaz Nik Abduh. Ini kerana melihat cara pemikiran beliau berpotensi untuk menghancurkan PAS seluruhnya.

Nik Abduh (NA) berkata: ”Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Apa yang Nik Abduh tak faham dari jawapan ayahandanya adalah jangan haraplah UMNO akan ”bermain bersih” walaupun Kerajaan Nasional(Perpaduan) berjaya ditubuhkan.

Apa yang UMNO akan buat ialah mereka akan mengekalkan kekuasaan mereka ke atas Kementrian2 yang strategik dan penting di masa yang sama parti2 lain akan memegang portfolio yang kurang strategik. Kalau tidak mereka tidak akan bersetuju untuk menubuhkan kerajaan ini.

Bila masa yang sesuai, UMNO akan menggunakan kekuasan fizikal mereka untuk menghancurkan kita. Itu pasti dan itulah hujjah utama di belakang jawapan Ayahanda kamu seperti diatas yang kamu tidak mampu memahami lagi.

Mampukah Nik Abduh Memberi Jaminan?

Apakah beliau lupa ayahandanya ada semasa UMNO menikam PAS dari belakang. Ayahanda beliau lebih kenal UMNO ini berbanding dengan beliau. Bak kata orang terkilas ikan di air, tau jantan betinanya. Begitulah dalam pengetahuan berkenaan UMNO yang terkandung dalam minda Tok Guru Nik Aziz. Pendek kata, segala ”trick” UMNO itu ada dalam poket Tok Guru Nik Aziz.

Yang lagi baik, bolehkah Nik Abduh memberi jaminan bahawa di dalam Kerajaan Nasional (Perpaduan) ini, UMNO tidak akan menipu? Kerana dahulu semasa PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional PAS telah ditipu hidup2 walaupun sebelum itu UMNO telah menjanjikan berbagai-bagai perkara.

Apa makenisme yang boleh menghalang PAS dari ditipu dalam kerajaan perpaduan tersebut? Mahkamah? Polis? Tentera? SPRM? Bomoh? Tidak ada.. kerana UMNO akan memastikan semua alat kekuasaan kekal di dalam tangan mereka walaupun sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan.

Dalam kes Perak kita lihat bagaimana Istana, Mahkamah, SPR, Polis, Tentera dan PEKIDA digunakan dengan jayanya untuk mengkhianati PAS. Ertinya, tiada yang haram bagi UMNO. Segalanya halal dan mereka tidak ada belas ehsan didalam menghancurkan musuh mereka.

Jangan merendah-rendahkan taraf pemikiran Tok Guru Nik Aziz!

Nik Abduh menulis: ”Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH. Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!”

TGNA mempunyai sifat kepimpinan dan kepintaran di dalam politik yang amat tinggi. Dan penasihat-penasihat TGNA tidak akan mampu untuk menipu TGNA dengan memberikan nasihat-nasihat yang bertaraf rendah. Mustahil Tok Guru Nik Aziz menyalah-fahami konsep sebenar Kerajan Perpaduan ini kerana ayahanda kamu ini seorang yang teliti dan mampu membuat penilaian yang baik.

Dengan membuat kenyataan di atas, Nik Abduh seperti berkata bapanya seorang dunggu yang tidak mampu berfikir sendiri. Mudah menerima cakap penasihat-penasihat beliau tanpa usul periksa. Apa Nik Abduh ni hebat sangat ke sampai lupa bahawa TGNA telah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 4 penggal berturut2. Tiga Presiden UMNO telah berlalu namun TGNA masih kekal sebagai MB Kelantan.

Juga, TGNA adalah tokoh nasional yang paling popular sekarang ini melebihi Dr.Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi ataupun Najib Tun Razak? Adakah tokoh seperti ini boleh dikatakan dunggu sehingga tidak mampu membezakan antara nasihat yang baik dengan nasihat yang tidak baik?

Berhentilah menyalahkan penasihat-penasihat Tok Guru. Kalau hujjah kamu kuat dan padat nescaya ayahanda kamu akan mendengar nasihat kamu.

Nik Abduh Nak Suruh Kerjasama Dengan Kerajaan Zalim?

Nik Abduh menulis lagi: ”Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata. Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.”

Di sini saya berani kata Nik Abduh ni ”naive”. Kenapa saya kata begini? Walaupun kedua-dua kerajaan ini dipandang bukan kerajaan Islam, tapi satu kerajaan ni zalim dan satu tidak.

Bukti kezaliman BN ini terlalu banyak. Suka saya ambil contoh satu sahaja yang melibatkan abang saudara, Nik Adli. Kerajaan Malaysia telah menahan beliau dibawah ISA atas arahan Amerika dengan alasan untuk menentang keganasan. Padahal, dosa Nik Adli hanyalah kerana beliau pernah berjihad di Afghanistan sewaktu CIA menyokong serta membekal senjata kepada Mujahiddin Afghanistan.

Pada waktu yang sama, Najib Tun Razak telah pergi ke Amerika dan berucap di Heritage Foundation di mana beliau dengan bangga menyenaraikan kesemua bantuan dan kerjasama kerajaan Malaysia dengan Amerika.

Antara ucapan beliau adalah: "Some 62 terrorists and militias with global and regional links have been arrested under our Internal Security Act, and more are currently being hunted down."

Beliau begitu berbangga dengan penangkapan tersebut. Dah lah tangkap tu sendiri zalim, boleh berbangga dan menunjuk kepada Amerika pula tu.

Beliau dilaporkan sehingga berkata: ” The United States has excellent access to Malaysian intelligence.” (Amerika mempunyai capaian yang amat baik kepada maklumat perisikan Malaysia).

Begitu komitednya Malaysia kepada Peperangan Terhadap Keganasan anjuran Amerika dan Bush. Menahan orang yang tidak berdosa seperti Nik Adli adalah terlalu kecil berbanding dengan senarai kerjasama yang diberikan oleh UMNO/BN kepada Amerika. Bacalah ucapan Najib Tun Razak itu di sini dan buat penilaian sendiri.

Dengan kata lain, walaupun kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN tidak ”islamik” tetapi sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat tidak zalim, tidak pernah mengkhianati PAS hatta DAP dan tidak korup. Ertinya, Islam lebih terjaga dan terpelihara di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Begitu dangkal sekalikah tahap penilaian Ustaz Nik Abduh dalam perkara ini?

Siapa Sebenarnya Yang Bodoh?

Saudara/ri pembaca buatlah penilaian sendiri. Cumanya saya nak dedahkan bahawa Ustaz Nik Abduh adalah antara yang terlibat dalam perjumpaan yang saya laporkan tempohari dalam artikel saya bertajuk "Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini!!!!

Nasihat saya, siapa yang teringin nak masuk UMNO, silalah masuk UMNO. Jangan bawa PAS bersama.

Oleh Tulang Besi

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kadang kala kita perlu faham maksud sebenar kata ayah kpd anaknya yg baru jatuh dari pokok : " panjatlah lagi pokok tuh!" Maka anak yg kurang cerdik akan memanjatnya ...

Tanpa Nama berkata...

Mudah je penyelesaian masalah ni. Husam mesti meletakkan semua jawatan di dalam parti dan kerajaan Kelantan.

Selepas itu Nik Abduh tidak akan sakit hati lagi dan akan diam. Sahabat Nik Abduh, Abe Jak pun akan diam.

tamban tegeliat berkata...

saya rasa nasihat yg last sekali tu, saudara tulang besi lebih sesuai tujukan pd dirinya sendiri...jgn bawa org lain.
Pendokong Pas tak sepatutnya melayan artikel sebegini

RAJAWALI berkata...

Sabda RASULULLAH S.A.W :

IMAN SESEORANG HAMBA ALLAH TIDAK AKAN LURUS SEBELUM HATINYA LURUS DAN HATINYA TIDAK AKAN LURUS SEBELUM LIDAHNYA LURUS.

Hadis Riwayat AHMAD.

Sekarang ni kita boleh lihat siapa yang sebenarnya berjuang kerana AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Dari hadis diatas marilah kita renungkan sedalam dalamnya adakah pihak pembankang terutama PAS yang kononnya memperjuangkan agama yang LURUS, adakah Nik Aziz (MURSYIDUL AM PAS) mempunyai IMAN YANG LURUS sehingga LAYAK DIGELARKAN ULAMAK?????… NIZAR Suruhan DAP dan ANU-WAR ALJUBURI serta beberapa Para Pemimpin PAS yang mengunakan AGAMA untuk mendapat kuasa, pangkat dan kekayaan sehingga sanggup menghina sesama Islam mempunyai IMAN YANG LURUS…

Marilah kita sama-sama renungkan….

Tanpa Nama berkata...

Kepimpinan Ulama.....???
Saya nak bercerita sikit pasal kepimpinan ulama....(apa yang saya fahami)

Maklumlah sejak akhir2 nie, ...bila timbul Hj Mohamad Sabu telah sebulat hati hanya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sahaja...tiada lain jawatan....

Itupun setelah confirm mendapat lebih dari 10 pencalunan kawasan yang telah bermesyuarat agung baru2 nie.....

Terbaru, Perhubungan Negeri Johor telah meminta semua kawasan di Johor untuk mencalonkan Hj Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden

Jadi beliau menawarkan diri untuk bertanding....berjaya atau tidak bukan soalnya, terpulang kepada semua perwakilan nanti. Jadi dalam PAS kita juga harus berfikiran terbuka...kalau nak undi terpulang, kalau tak mahu pun terpulang.

Yang penting mesej dari Hj Mohamad Sabu ialah untuk membantu kerja2 dan tugas2 Presiden yang masih tak selesai dan perlu dibantu, antaranya ialah menghampiri rakyat khususnya "golongan marhaen", pemuda2, masyarakat Cina dan India serta lainya.

Beliau memang telah dan sedang berkorban demi PAS, beliau telah diuji dengan berbagai2 rintangan, namun kesungguhannya bersama PAS memang tetap tegar.

Beliau lah juga antara orang yang mengasaskan apa yang di panggil "kepimpinan ulama" suatu masa dahulu di zaman pemudanya....(harap tuan2 kaji sejarah PAS)

Jadi yang menjadi kecoh sekarang , bila beliau ingin bertanding jawatan Timbalan Presiden habis orang berkata , bahawa beliau bukan ulama....apa maksudnya?

Bila ada orang nak mencadangkan TG Nik Aziz menjadi Presiden ....orang marah kerana katanya tak faham? katanya adakah TG Nik Aziz nak turun jawatan kerana Mursyidul Am lebih tinggi dari Presiden.....

Tapi , bila ada orang pula mencadangkan Dr Haron Din kepada jawatan Timbalan Presiden tak ada pula orang nak komen.....bukankah jawatan Timbalan Mursyidul Am juga lebih tinggi dari Timbalan Presiden?

Jadi , sebenarnya dalam PAS ni yang paling tinggi adalah Majlis Syura Ulama.....bukanlah Presiden atau Timbalan Presiden yang paling tinggi.....sepatutnya kita tak perlu risau Presiden atau Timbalan Presiden .....sapa pun boleh kalau semua perwakilan telah memilihnya, yang penting dia memang layak dan berkelayakan serta mempunyai keikhlasan perjuangan dan membela parti PAS demi ISLAM yang kita perjuangkan.

Kalau Presiden atau Timbalan Prsiden yang kita lantik tak buat kerja, buat tak betul atau tak "perform" , Majlis Syura Ulama boleh panggil, beri tunjuk sebab, atau pun Majlis Syura Ulama boleh minta dia letak jawatan atau pecat dia (kerana ia lebih tinggi) ....bukan seperti Umno mana ada semua nie....? Jangan kita tiru cara Umno pula.....

Ini baru betul.....Majlis Syura Ulama itu tinggi dan kepimpinan ulama yang di maksudkan baru kena tempatnya....

Sekarang nie saya tengok Majlis Syura Ulama masih belum tinggi kedudukannya....macam lesu dan tak bermaya, ahli2 PAS tak kata apa pun? sepatutnya isu.........
1.perjumpaan muqabalah dan unity government?
2.orang bukan Islam boleh masuk PAS atau tidak?
3.sekarang ni pula isu baru ialah anak orang yang baru memeluk Islam , kerajaan benarkan hanya selepas umur 18 tahun untuk dia memilih agamanya.....

Sepatutnya semua ini diputus segera dan Majlis Syura Ulama (kerana ia lebih tinggi) mengarahkan Presiden, Timbalan Presiden , Naib Presiden dan AJK2 PAS yang lain turun membawa mesej parti....menerangkan kepada semua ahli dan rakyat, kerana itulah yang diputuskan oleh parti setelah Majlis Syura Ulama membincangkannya dan memutuskannya.

Jadi, pada saya tak salah Hj Mohamad Sabu menawarkan diri untuk Timbalan Presiden demi membantu tugas Presiden.

Ahli2 PAS kena bersikap adil dan berfikiran terbuka......

Tanpa Nama berkata...

salam..

maaf awak yg sebenar tak faham "Unity Government!"...ni bukan kerajaan campuran...ni kerajaan perpaduan...

kerajaan perpaduan,tiada pembakang dalam kerajaan.. pas,pkr,dap dan bn bergabung...

bukan pas gabung dengan umno sahaja..ok..

sila baca blog Prsden PAS...

Tok Guru NIk Abdul Aziz Benar, tok Guru Haji Hadi Benar, ust nik Abduh benar...

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

Assalamualaikum,
Saya rasa sebenarnya Tulang Besi tu yang tidak faham apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Betullah kata Tuan Guru Abdul Hadi sebahagian ahli PAS tidak faham apa itu Kerajaan Perpaduan. Janganlah Tulang besi rasa dia hebat dan saya rasa dialah salah seorang yang nak hancurkan PAS. "Unity Government!"...ni bukan kerajaan campuran...ni kerajaan perpaduan...
kerajaan perpaduan,tiada pembakang dalam kerajaan.. PAS,PKR,DAP dan BN bergabung. Kenapa tidak reti-reti lagi. Apa punya bahalul orang yang sentiasa nak menentang Presiden parti. Bagi penerangan pun tapi hati masih buta. Ingatkan orang BN jer yang buta hati, tapi ada orang yang dalam PAS pun buta hati sampai nak lawan Presiden. Cadangan Presiden mesti kita faham dulu baru kita ulas. Jangan kita bangkang apa yang kita tidak tahu. Nik Abduh tu dah tinggal dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dari kecil, dan dididik oleh ayahandanya. Adakah anak sebegitu tidak faham apa yang ayahandanya maksudkan. Orang yang bukan rapat dengan Tuan Guru Nik Aziz pulak lagi tahu menafsirkan apa yang Tuan Guru Nik Aziz kata. Nik Abduh pulak dikatanya salah tafsir. Nik Abduh ni bukanlah orang bahalul, Janganlah kita lupa bahawa kita bergabung dengan pakatan rakyat pun bukan atas dasar mereka terima Islam.
Kita bekerjasama hanya atas dasar keadilan. Adakah PKR terima Islam sebagaimana PAS terima ISLAM. Jawapannya tidak. Kalau mereka terima Islam tentu kedai yang menjual arak di Selangor dihadkan sebagaimana di sarankan oleh Pemuda PAS Selangor. Arak sepatutnya dijual ditempat yang tertentu dan bukan ditempat yang terbuka seperti di 7 Eleven yang mana pekerjanya adalah remaja Melayu Islam. Merekalah yang menguruskan kedai serbanika ini. APA TINDAKAN KAMU SEMUA? KENAPA KAMU TIDAK BANTAH? APA YANG KAMU BUAT? Sedarlah, setiap cadangan dari Tuan Guru Presiden sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu bukan ditenteng membabi buta.

Tulang Besi berkata...

Pak Mohd Shafri,

Saya minta jangan lah pandang rendah terhadap saya begitu sekali.

Sila baca artikel saya ini dan lepas tu nilai samada saya faham atau tidak konsep negara perpaduan ini

http://www.malaysiawaves.com/2009/04/apa-perlunya-kerajaan-perpaduan-di.html

wan_jtk berkata...

Tulang besi tu skeptikelnya dah jelas, tergolong dalam mereka yang selama ni mendakwa TGNA bersama mereka.

Bila anak TGNA dah jelek dengan kotak-katik ahli Pas tahap perasan macam Tulang Besi, Nik Abduh ni keluarlah artikel sebab nak pecah tembelang puak perasan ni.

Puak perasan macam Tulang Besi ni mestilah akan back smash kat Nik Abduh, kalau TGNA akuipun apa yang Nik Abduh tu kata.... Mestilah tulang besi lagi merapu mengatakan itu dan ini.

Sebgaimana kata Nik Abduh:
"Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!"

Mujahid Oslo berkata...

Salam semua,

Kepada perwakilan PAS yang budiman, sila debat atau bahas, bangkitkan isu Unity Government pada muktamar Jun ini.

Ini kerana penjelasan Tok Guru Haji Hadi pada interbiu Harakahpun tak jelas apa itu Unity Government. Dia hanya jelaskan yang orang Umno takut, orang PAS tak faham.

Isunya, tiada penjelasan apa itu Unity Government? Ada orang kata contoh negara yang ditonjolkan spt Indon dan Palestin atau Isreal itu di luar konteks?

Kemudian apa kepentingannya untuk Unity Government? Dulu difahamkan untuk berdepan konflik ekonomi yang meleset jadi perlu bergabung tapi kini bila Najib ambilk alih, ia ditangguh pula atau tarik balik (tak tau mana yang betul).

Tapi isunya, ekonomi masih meleset. Ada keperluan. Mengapa Najib jadi alasan?

Sebab itu, muktamar kali ini, Presiden WAJIB jelaskan apakah yang dikatakan Unity Government itu? Macam muktamar tahun lepas, terpaksa menjawab isu muzakaran dan muqabalah.

Bukan masalah ahli, bukan karenah ahli tapi ini karenah pimpinan tertinggi. Kalau buat secara syura atau diputuskan bersama dalam AJK PAS Pusat, isu berbangkit tidak timbul.

Ir Izkram Salleh berkata...

Sdra Shafry,

Pandangan anda tidak tepat. Tolong jelaskan kepada kami pengunjung blog ini, apa yang dimaksudkan dengan Unity Government yang tuan presiden anta perjuangkan itu?

Mana negara contoh yang mengamalkan Unity Goverment? Apa asas untuk membentuk kerajaan ini? Tanpa pembangkang macam mana?

Apakah presiden tahu Indonesia itu amalkan sistem demokrasi macam mana? Adakah sama seperti di Malaysia yang perlu menang parlimen dan Dun?

Sdra Shafery jelaskan sikit macam akhbar tuan bernama SIASAH itu perjuangkan? Apa yang SIASAH telah jelaskan tentang Unity Government itu?

Kami tunggu... nak tahu dan nak baca!

Pemikir Kritis berkata...

www.siswaperak.com

we kob berkata...

kepada Ir Izkram salleh..

kepada tulang besi.

kepada sesiapa yg belum faham lagi:

sila baca blog psdn dan harakah.

Tuan Guru Nik Aziz Benar, Tuan Guru Hj Hadi Benar, Ust Nik Abduh Benar..

..........

Written by Khairul Azlam
Thursday, 23 April 2009

PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti.

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Umno takut untuk teruskan?
Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri.

Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang?

Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham.

sumber blog Prsdn PAS..

Tok Mat berkata...

Oii We Kob,

Hang memang betoi tak reti basa. Interbiu tu semua orang baca kat Harakah. Tapi, tak dijelaskan apa yang dikatakan Unity Government?

We Kob yang budiman kena jelaskan apa itu Unity Government?

Seorang lagi tu, Shafery (entah-entah We Kob ni Shafery)... jelaskan apa yang kamu faham tentang Unity Government?

10 X baca interbiu Presiden PAS itu, orang cerdikpun tak faham. Entah lah... di mana silapnya?

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

Salam
Kepada saudara yang menentang Kerajaan Perpaduan. Penjelasan sepatutnya bukan disini tetapi patut diadakan satu forum penjelasan apa itu Unity Government. Di sini saya pelik kepada yang menentang... kata tidak faham tetapi menentang. Minta penjelasan pulak lagi... Sepatutnya ir Ikram salleh (kemungkinan orang harakah) sepatutnya tahu. Kalaulah ramai yang masih tidak faham memang patut pun Tuan Guru Abdul Hadi tangguh cadangan ini. Bukan tarik balik seperti dalam laporan harakah. Tuan Guru terpaksa membuat kenyataan dalam malaysiakini untuk membetulkan laporan harakah. Tak malu ker warga harakah? Laporan yang diberi pun salah. Adakan perancangan 16 September lebih baik dari Unity Government pada pandangan anda semua. Apa jadi Pada 16 sept? Adakah kalau berjaya Kerajaan Pakatan Rakyat akan menjadi satu kerajaan yang stabil? Adakah moral di kalangan yang melompat parti akan dipandang tinggi. Apa jadi di Perak? Siapa yang ajar cara lompat parti ini? Apa kesudahannya? Sepatutnya jadi pengajaran ini bukan cara kita untuk memerintah. Harakah lah yang menjadi juara dalam hal ini. Dalam Harakah pun ada tangan ghaib. Kita sepatutnya ada cara lain yang lebih baik. Akhirnya ramai yang jadi Mat Jenin. Ingat nak kuasai Malaysia tetapi cara yang sama kita pula yang hilang Perak. Tuan Guru Haji Hadi dan Nik Abduh bukan semudah itu untuk mereka bertukar parti (masuk Umno). Mereka saya percaya mempunyai iman yang kental. Sekali lagi saya katakan UNITY GOVERMENT BUKAN PAS MASUK UMNO. Tetapi kerajaan yang ditadbir secara bersama dan ini sebenarnya akan mengurangkan lagi kuasa BN dalam pemerintahan. Bukan seperti sekarang BN memerintah secara mutlak sedangkan mereka sebenarnya mendapat sedikit sahaja kelebihan mandat daripada Pakatan Rakyat. Ibarat Kek yang terpaksa dibahagi-bahagikan kepada PAS, Umno, DAP dan lain lain parti. seperti sekarang sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat hampir 50 peratus tetapi hanya ada 82 kerusi Parlimen sahaja. Sepatutnya jika dikira mandat dari rakyat kita dapat lebih. Perkara ini pernah dibincangakan dimasa almarhum Ust Fadhiljadi presiden, tetapi ditutup sekarang. Kenapa? Inilah antara sistem yang ada dalam Unity Goverment. Ideologi parti tetap tidak berubah. Kita sepatutnya memberi wala' kepada Presiden parti dalam hal ini. Kalau saya nak sentuh tentu banyak perkara akan terungkit dan akan menimbulkan lagi salah faham dan banyak perkara sensetif. Tetapi ini ker yang presiden parti Islam dapat. CEMUHAN... DIPERLEKEHKAN... Orang tertentu yang mempunyai agenda tertentu ini terpaksa berlindung dengan Mursyidul Am. Dilagakan sesama tuan guru itu. Mereka ini sebenarnya pengecut kerana terpaksa bergayut dengan orang lain untuk meneruskan misi politik kamu yang salah itu. Kalau kamu benar jangan lah babitkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Itupun kalau mereka yang ada agenda dalam parti ini berani dan saya percaya MEREKA INI TIDAK BERANI...

Tulang Besi berkata...

Kepada Wan Shafri,

Saya minta bacalah artikel saya tu. Memang interview Tuan Guru tu langsung tidak menjelaskan maksud Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Nasional ini biasanya ditubuhkan dalam keadaan sesebuah negara menghadapi darurat atau gawat yang dahsyat.

Dalam kes menghadapi kemelesatan ekonomi dunia, takda satu negara dalam dunia yang hendak menubuhkan kerajaan perpaduan.

Ertinya, ianya adalah idea yang tidak berkait dengan membetulkan ekonomi negara (kerajaan nasional).

Untuk menghadapi masalah ekonomi, haruslah diambil kaedah lain.

shuhaimi btr berkata...

nampaknya safry penyokong tegar yang buta tuli. diapun tak faham. macam mana dia nak bagi faham kepada kita tentang unty government itu.

baik tulang besi publishkan artikel berkaitan itu diruangan komen ini supaya semua orang boleh baca.

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

Nash Ar-Rawy berkata...
Blog

April 23
Unity Government ( Kerajaan Perpaduan/Rakyat )
Unity Government ( Kerajaan Perpaduan / Rakyat )

01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam
State Assembly" ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliament ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.
02 'Unity Governmen t" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun mereka
dibayar oleh kerajaan ( Rakyat ) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sediaada. Tiada sebarang perubahan dari segi
konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" ( Kerajaan Campuran ) maupun 'National Front"
BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan samasekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT
03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind -set " parliamentarians kena berubah kerna
tatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan
Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja ; yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI
Justeru kerna, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan
( Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.
04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia( WANG RAKYAT ) . Justeru itu, di dalam parliament; tiada parti pemerintah
dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang
ikatan dan kongkongan parti( parti hanya digunapakat sewaktu pilihanraya sahaja ). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia;
automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parliament justeru kerna semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka , satu negara , satu warga.
Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parliament bukan
lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasn parti masing-masing. Tenyata di dalam Parliament; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah anggota kerajaan Perpaduan ( Rakyat ) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.
05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajar
sokong pembangkang ( Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang ) Kesuma
akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parliament
pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku
wakil rakyat.
06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT )
THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA
07 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dlm berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya
tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.
08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element
kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA;
Nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur( " Negara yang makmur , aman damai dan mendapat
kerehaan Allah Hu Ta'ala.
09. PSRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua
Tulus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada 'Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus
dibawah kuasa Parliament ( DYMM Agong ) Justuru , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam 'Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala,
dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan ' Bias" dan berkepentingan Kroni bisa
bertapak kerna PM ,Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan ( Mahkamah ) jika berlaku korupsi, salah
guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik . Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yag dipaksakan utk
menyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma.
Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannay di cekup bawah
ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.
10. 'Unity Government" juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman( Judisciary ), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif
( Speaker ). tetapi berlakumnya ' Separation of Powers " secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu : i] Judiciary (badan Kehakiman )
ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.
THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parliamen membolehkan AKta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksa kerana ' la ikro hafideen "
(Tidak ada paksaan dalam agama /" There's No Compulsion In Religion) Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be a abide to the present
civil Law.
Nash Ar-Rawy / 23.04.05
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

SEMANGAT ' UNITY GOVERNMENT '

01 Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut ) ... Al Qur'an
ii) Amal ma'ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan ... sumber Al Qur'an
iii) Tegakkan agama ( Ad-deen ) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah
02 Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu )
sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai
03 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan
dasar,agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada
kerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua
parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.
04 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasar
kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi.
05 Siaran langsung keseluruhan sidang Parliamen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang'censorship'
supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur , siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.
06 Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CHAP JARI ( DAKWAT ) digunapakai,
semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara " ON-LINE'
07 Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesyenal,
dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak
sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parliamen( DYMM AGONG ) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas
perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan
nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASAS
FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE.

Nash Ar-Rawy/23.04.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
Email ID/ YM Chat : nasharrawy.nasser@yahoo.com
KALAU MASIH TIDAK FAHAM LAGI MEMANG SAH BUTA HATI. INILAH ANTARA KONSEPNYA

Tulang Besi berkata...

Apa Perlunya Kerajaan Perpaduan di Malaysia?Banyak yang diperkatakan berkenaan isu ini oleh ramai orang. Saya nak ambil dari perspektif berbeza sedikit, yakni, samada Kerajaan Perpaduan (National Government) ini diperlukan atau tidak dalam konteks Malaysia sekarang ini.

Alasan yang diberikan untuk sebuah kerajaan Perpaduan adalah supaya Malaysia dapat menghadapi kemelesetan ekonomi yang bakal dihadapi oleh Malaysia. Diharapkan dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan ini dapat memastikan MAlaysia dapat menghadapi masaalah ini.

Dari sudut praktikal, izinkan saya menaqal dari artikel Khalid Samad:

"Untuk cadangan ini berjaya, semua pihak yang terlibat mesti sanggup mementingkan negara lebih dari kepentingan parti atau diri sendiri. Secara umumnya ia satu cadangan yang baik, sekiranya syarat-syarat ini dapat dipenuhi. Malangnya BN masih lagi istiqamah dengan budaya politik pengautan kekayaannya dan adalah amat sukar untuk saya membayangkan BN akan bersetuju."

Dan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang dilaporkan oleh Ustaz Nik Abduh dalam artikelnya "kerja kerja bodoh dalam PAS":

"”Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”"

Secara mudahnya, UMNO tidak boleh dipercayai. Mereka boleh memfitnah bekas timbalan Presiden mereka sendiri semata-mata untuk membolehkan Daim Zainuddin mengadakan "bail-out" untuk menyelematkan bisness beliau dengan duit rakyat.

Adakah parti ini kita hendak mempercayai? Mustahil UMNO akan memberi kita kuasa ke atas kementrian yang strategik dan kritikal, mustahil UMNO akan memastikan ketelusan 100% di dalam pentadbiran kelak, mustahil UMNO akan bersikap adil dan saksama di dalam kerajaan itu nanti.

Benar kenyataan Tok Guru Nik Aziz. Tidak mungkin UMNO akan bersikap mulia sebegitu

Mana Ada Negara Dalam Dunia Menubuhkan Kerajaan Perpaduan Dalam Menghadapi Kemelut Ekonomi

Pertama sekali, Bank Negara dan Kerajaan Malaysia kerap kali menyatakan bahawa MAlaysia tidak terkesan dari krisis "sub prime mortgage" yang telah menghancurkan sektor kewangan Amerika.

Keduanya, mana ada negara dalam dunia ni yang menubuhkan kerajaan nasional untuk menghadapi kemelesetan ekonomi ini?.

Kita tak dengar kerajaan Labour di United Kingdom menubuhkan kerajaan nasional dengan Conservative dan Liberal Democrats. Kita tidak dengar Kerajaan Conservatif Paul Martin di Canada menubuhkan kerajaan nasional dengan party Liberal Demokrat di Canada. Kita tidak dengar party Demokrat dan Republican di USA menubuhkan kerajaan nasional. Malahan sewaktu Perang Dunia Kedua pun Amerika tidak menubuhkan kerajaan Nasional.

Kerajaan Nasional atau Perpaduan adalah kerajaan yang ditubuhkan atas dasar menghadapi darurat serta gawat yang dahsyat dalam sesuatu negara. Apabila berlaku darurat maka semua institusi kerajaan digantung. Maka, yang akan berfungsi hanyalah kerajaan, dan untuk mengelakkan kerajaan itu dikawal oleh satu parti sahaja, maka kerajaan nasional ditubuhkan.

Apa Kaitan Kerajaan Nasional dan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi?

Saya tahu, penasihat-penasihat di sekeliling Presiden tidak mempunyaipengetahuan yang mendalam berkenaan dengan ekonomi ataupun sains politik. Mereka cuma mahu membawa Presiden ke arah mem bawa PAS kepada BN.

Pada hakikatnya, sesiapa pun tahu yang Kerajaan Nasional tidak menjamin Malaysia mampu menghadapi masaalah ekonomi yang kian mendatang.

Tetapi Penasihat-Penasihat Presiden PAS adalah penokong Fraksi UMNO yang terkenal seperti Roslan SMS. Mereka mahu PAS menyertai UMNO di dalam apa-apa bentuk koalisi ataupun kerjasama formal.

Maka idea songsang kerajaan perpaduan ini pun dilayangkan. Ianya adalah satu bentuk "smokescreen"(skrin asap) bagi menyorok tujuan utama mereka, bekerjasama dengan UMNO.

Tetapi oleh kerana Penasihat-Penasihat Presiden PAS ini rendah pengetahuan mereka berkaitan dengan ekonomi atau sains politik, maka cadangan mereka ini ternampak keboborakannya.

Maklumlah, bangkai gajahmana boleh tutup dgn daun nyiru.

Tugas Terbaik Pakatan Rakyat dan PAS Dalam Menghadapi Kemelut Ekonomi Yang Mendatang

Sebagai parti yang masih pembangkang di Pusat, dan memerintah beberapa negeri, PR dan PAS dapat memainkan beberapa peranan yang lebih bermakna:

a. Menukar kerajaan dengan menghidupkan kembali projek Sept 16

b. Menjadi pembangkang yang efektif terutamanya di dalam memerangi korupsi. Ini kerana masaalah utama ekonomi negara sekarang ini adalah korupsi dan bukannya pemperlahanan ekonomi dunia.

c. Menjalankan stimulus-stimulus ekonomi yang tersendiri di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Tetapi hendaklah dipastikan stimulus tersebut berjalan dengan baik dan teratur.

d. Mengurangkan kehimpitan kehidupan yang dihadapi oleh rakyat di negeri2 pemerintahan Pakatan Rakyat dengan program-program kebajikan tersendiri.

dan banyak lagi.

Penasihat-penasihat Presiden PAS tidak tahu pasal ekonomi dan politik. Mereka tidak tahu pun bagaimana hendak membaca Belanjawan Negara ataupun Negeri. Untuk menulis Belanjawan pula jauh sekalilah.

Yang mereka tahu adalah membawa teori-teori yang tidak praktikal dan membawa kesan negatif kepada parti seperti teori kerajaan perpaduan ini.

Mereka sepatutnya dibuang kerja dan Presiden harus mengambil penasihat-penasihat baru.

Tulang Besi

Tulang Besi berkata...

Mohd Shari Shamsuddin,

Penerangan teori teknikal berkenaan KErajaan Perpaduan awak tu saya puji lah.

Tapi sikit pun awak tak terang apa tujuan Kerajaan Nasional ini?

dan awak tak bahas dari segi PRAKTIKALITI dalam konteks Malaysia.

Itu tak masuk lagi perangai UMNO yang suka menipu.

Jadi, Tok Guru Nik Aziz lagi pandai dari pemegang2 PHd di sekeliling Presiden PAS

Tanpa Nama berkata...

I don't even understand how I stopped up right here, but I believed this publish was great. I don't гесοgnisе
who you might be however ԁefinitelу you аre
going to a famouѕ blοgger in the еvеnt
yοu aгe nοt already. Cheегѕ!


mу hоmepаgе: short term loans

Tanpa Nama berkata...

Good day! This is kind of off topic but I need some help from an established blog.
Is it tough to set up your own blog? I'm not very techincal but I can figure things out pretty quick. I'm thinking about making my
own but I'm not sure where to begin. Do you have any points or suggestions? Many thanks

Feel free to visit my web page ... http://www.inesblog.com

Tanpa Nama berkata...

Hi, I read your blog daily. Your writing style
is awesome, keep doing what you're doing!

Look at my blog post ... xtreme garcinia cambogia australia