KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, April 08, 2009

Kempen BN "Mohon Restu Rakyat" berjaya digodam kempen PAS "Kekal Kemenangan Rakyat" di Bukit Gantang!






SEKALIPUN BN telah mengundurkan Abdullah Ahmad Badawi dari menguasai serambi kuasa di Putrajaya, namun pertabalan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru dilihat tidak menjanjikan kemanisan buat Umno dan komponen yang semakin ditolak rakyat itu.

Tema kempen BN di Bukit Gantang "Mohon Restu Rakyat" terbukti tidak dilunaskan oleh rakyat Bukit Gantang sendiri sebaliknya mereka masih mahukan Pakatan Rakyat terus menguasai bukit itu, yakni menepati tema PAS dalam kempen di sana "Kekal Kemenangan Rakyat".

Bukan sahaja SB terkejut malah para pemimpin Umno yang baru dan lama tidak boleh menerima dan mengakui hakikat mereka kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Kedah. Ini realiti yang sukar diterima oleh mereka setakat ini setelah berhempas-pulas berkempen dan menabur "rasuah politik" kepada para pengundi.

Apa yang jelas, kempen BN "Mohon Restu Rakyat" ditolak oleh rakyat sendiri. Ini bermakna rakyat tidak merestui kompen BN itu dan melihat komponen yang ditunjangi Umno itu sebagai berlakon untuk menang dan berkuasa di negara ini.

Jika benar BN mahu "Mohon Restu Rakyat" yang telah menolak mereka pada pilihan raya umum lalu, hingga tumbangnya kerajaan angkuh BN di Perak beralih kepada Pakatan Rakyat, kerajaan "haram" pimpinan Dr Zamry Abdul Kader patut membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya kecil peringkat negeri untuk mendapatkan semula apa yang dikatakan "Mohon Restu Rakyat" itu.

"Mohon Restu Rakyat" bukan hanya di Bukit Gantang tetapi rakyat Perak mahu Zamry dan BN akur dengan kehendak rakyat agar Dun dibubarkan bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan manakah yang mereka inginkan berkuasa di Perak.

Itulah referendum pengundi Bukit Gantang pada pilihan raya kecil ini, semalam yang patut difahami dan ditekuni oleh pemimpin BN seperti najib Tun Razak, Zahid Hamidi, Muhyiddin Yassain dan Zamry Abdul kader. Rakyat sebenarnya tidak meretui BN merampas kuasa di Perak, menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Tiada ulasan: