PAS mahu ISA dilenyapkan dari muka bumi Malaysia ini. Akta jahat dan gila ini hanya masih digunakan pakai di Singapura dan Israel selain Malaysia.
Tahanan ISA adalah tahanan politik dan mereka akan dibebaskan bila-bila masa untuk kepentingan politik pemerintah. Benarkah sangkaan ini? Bagaimanapun, apa yang berlaku setiap Perdana Menteri dilantik, pada masa itu jugalah ada tahanan ISA dibebaskan. Untuk mengetahui sejauh mana benarnya dakwaan itu, ikuti bual bicara ringkas SALMIYAH HARUN bersama Naib Presiden PAS Mohammad Sabu.
Setiap kali ada perlantikan Perdana Menteri yang baru mesti akan ada tahanan ISA dibebaskan. Tidak kira zaman Mahathir, Abdullah Badawi dan terkini Najib Tun Razak. Apa motif sebenarnya?
MOHAMAD SABU: Ya... ini sudah menjadi trend mereka yang dilantik menjadi Perdana Menteri membebaskan tahanan ISA. Kita sedia maklum bahawa tahanan ISA sudah semestinya tahanan politik dan ia boleh dibebaskan pada bila-bila masa untuk kepentingan politik pemerintah.
Lagipun, bagi saya tindakan ini hanya untuk mendapatkan 'political mileage' terutama ketika menghadapi pilihan raya kecil yang sedang berlaku ketika itu iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Tanahan ISA hanya dibebaskan semata-mata untuk kepentingan Perdana Menteri dan ini menunjukkan tanahan mereka sebenarnya tidak berasas melainkan kerana mereka mengancam politik pemerintah.
Dalam konteks merebut 'political mileage' pembebasan tahanan ISA lebih banyak pada era Mahathir, 21 orang berbanding Najib hanya 13 orang. Mengapa Najib tidak bebaskan semuanya?
Mahathir bebas lagi banyak tahanan seramai 21 orang. Lepas itu beliau tangkap semula dalam Operasi Lalang seramai 127. Lepas itu diikuti penangkapan dalam kes Memali juga dikenakan Akta ISA. Menangkap seseorang menggunakan Akta ISA lebih kerap selepas membebaskan tahanan ISA.
Najib setakat ini saya tidak dapat lihat sejauh mana gerak geri beliau sebab beliau baru menerajui negara. Saya juga tidak boleh
menganggap apakah Najib sama sebagai mentornya Mahathir untuk membuat penangkapan sebagai mana Mahathir dalam kes Memali dan Operasi Lalang.
Saya harap Najib tidak mengikut acuan mentornya dengan melancar pula pelbagai operasi menangkap musuh politiknya di bawah Akta ISA ini, sepanjang jadi Perdana Menteri.
Selepas mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri, Najib berjanji akan mengkaji semula Akta ISA. Apakah muslihat sebalik janji manis ini?
Tidak... yang paling utama kita mahu Najib berjanji bukan mengkaji ISA sebaliknya menghapuskan terus akta drakonian ini. Kini ada tiga buah negara yang melaksanakan akta zalim ini termasuklah Singapura dan Israel. Kaji tak kaji... kita tuntut akta ini dihapuskan terus. Tutup Kem Tahanan Kemunting di Perak.
Akta ini tidak ada dalam peta dunia. Hatta Amerika sebuah negara yang maju pun telah menutup Kem Guantanamo Bay yang mendapat kecaman dari seluruh dunia. Amerika boleh dengar cakap dunia.
Sepatutnya kita mengikuti jejak Amerika. Bagaimanapun kita masih lagi menggunakan akta ini walaupun rakyat menentangnya. Amerika menggunakan tahanan tanpa bicara kita tentang sebab ia sama dengan Malaysia tetapi apabila Amerika menutup Guantanamo Bay, patut kita puji Amerika. Kena ikut la contoh Amerika tu.
Menyingkap pengalaman Saudara sewaktu dikurung ISA. Apa zalimnya ISA itu, sedangkan ada sesetengah pihak mengatakan ISA ini perlu dan wajar dikekalkan...
Satu sahaja kezaliman ISA ini penahanan tanpa bicara. Kalau ada kesalahan, gunalah undang-undang yang ada bukannya terus tahan begitu sahaja. Ataupun perlu pinda undang-undang tapi tahan tanpa bicara memang tidak boleh.
Sewaktu membebaskan tahanan ISA, Najib dilihat memilih siapa yang hendak dibebaskan? Benarkah dakwaan ini?
Ya... memang memilih. Mereka yang sudah lama ditahan hampir lapan tahun tidak dibebaskan. Sepatutnya mereka inilah yang dibebaskan sebab sudah lama dalam tahanan. Bahkan membebaskan tahanan ISA itu sengaja dilakukan demi menjaga kepentingan sesetengah pihak terutama ketika menjelang pilihan raya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.
Mereka yang dilepaskan itu kebanyakkan kita tidak kenal misalnya kumpulan Darul Islah, mereka dari luar negara, malangnya hanya dua orang sahaja mereka yang dibebaskan di kalangan Hindraf.
Himpunan ISA akan diadakan Julai nanti, apa peranan Saudara dalam himpunan itu nanti?
Saya hanya membantu Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Saya bukan bos, kita hanya membantu sahaja. Kita dalam proses mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama GMI demi menjayakan himpunan tersebut. Bagaimanapun kami sentiasa bersetuju dengan GMI dalam apa jua keputusan. Sebagaimana dalam Himpunan 100,000 PPSMI yang mana kita turun membantu Gerakan Mansuh PPSMI.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan