KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 16, 2009

Lagu "Mentari Di Ufuk Timur" dari Amy Seacrh buat Tok Guru Nik Aziz






MURSYIDUL AM, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan kerana begitu terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama bintang lagenda rock, Amy Search, lapor Salmah Mat Husin.

Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya bila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam, menyentuh perasaannya.

"Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi 'ikon' baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan tersebut. Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah, apapun boleh berlaku," ujar Menteri Besar kelantan itu.

Tok Guru meluahkan isihati itu ketika berucap pada majlis yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V itu. Beliau turut menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia itu iaitu 'Tiada Lagi', 'Mentari Di Ufuk Timur' (yang ditujukan khas buat Tuan Guru) dan 'Isabella'.

Keadaan cuaca yang tidak begitu panas memberi peluang peminat Amy Search untuk mengikuti persembahannya dengan penuh ceria. Memandangkan majlis berkenaan diadakan pada siang hari, peminat Amy dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas lagi.

Sempena program yang bertemakan 'Jom Sertai PAS' itu juga, vokalis kumpulan rock, Arrow Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membuat kejutan apabila secara sah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Tok Guru di atas pentas sebelum majlis berakhir.

Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato’ Ahmad Yaacob, anggota Exco Kerajaan Kelantan, Haji Abdul Fatah Mahmood, Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa pimpinan peringkat parti.

Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan, terkenal dengan jolokkan "Raja Syahdu" adalah antara 50 anak muda yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julung kali diadakan di peringkat negeri itu.

Bagaimanapun, Amy yang turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tok Guru yang menjadi 'idolanya', belum berbuat demikian. Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

"Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian," ujarnya.

Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Tok Guru yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur. Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

"Pada 19 April nanti Tok Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain," ujarnya lagi. - Foto Reza Taha

Tiada ulasan: