KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 16, 2009

Krisis Umno di Perlis, Selangor & Terengganu: Ibarat 'bom jangka' yang akan letupkan Umno


PERSENGKETAAN Umno di Perlis dan Terengganu hari ini disifatkan sebagai satu bom yang menunggu masa untuk meletup dan sekaligus menghancurkan Umno dan BN, lapor Roy Rasul.

Dakwa Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Najib dipercayai menjadi pelengkap kepada keruntuhan dan kehancuran Umno tidak lama lagi, kerana hujahnya cukup berasas apabila Najib dilihat sebagai Perdana Menteri boneka yang dikawal oleh Tun Mahathir Mohamad.

Salahuddin tidak menolak kemungkinan operasi pembersihan terhadap orang-orang Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang dijalankan oleh pihak tertentu hingga mencetuskan beberapa isu dalaman seperti yang melanda Umno Perlis dan Terengganu.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mendakwa seolah-olah terdapat satu perancangan untuk menjatuh pemimpin-pemimpin yang dikatakan pro bekas Perdana Menteri ke-5 itu.

Katanya, pemimpin tertentu Umno itu menggunakan pendekatan yang sama bagaimana mereka menjatuhkan Kerajaan Perak melalui rampasan kuasa, tiga bulan lalu. Kaedah ini akan digunakan terhadap sesama mereka dalam BN, dakwanya lagi.

Sementara itu, krisis dalaman Umno di kedua-dua negeri tersebut dipercayai wujud kerana rasa tidak puas hati terhadap kedua-dua Menteri Besar di negeri berkenaan.

Di Kuala Terengganu, 14 April lalu, seramai 10 Adun BN negeri Terengganu hadir dalam satu sidang media di sebuah hotel di Kuala Terengganu, berkenaan tercetusnya ‘ugutan bunuh’ yang diterima melalui sisitem pesanan ringkas (SMS) oleh tiga ADUN, Badul Halim Jusoh (Permaisuri), Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah (Paka) dan Dato’ Rosol Wahid (Ajil).

Sidang Dun yang berlangsung, kelihatan lenggang apabila 10 Adun yang tidak berpuashati dengan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said tidak masuk dewan.

Krisis tersebut bermula pada 11 April lalu apabila Ahmad Said menegaskan Adun BN yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya, boleh dipecat.

Di Perlis pula, Ketua Penerangan Umno negeri, Dato' Hashim Suboh berkata, bekas Menteri Besarnya Dato'Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi Menteri Besar kerana beliau dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis.

Malah Hashim menyifatkan Menteri Besar sekarang, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram".

Dalam kedua-dua isu tersebut tegas Salahuddin, tidak mungkin Najib dapat menyelesaikan isu itu kerana perbalahan dalam pemilihan Umno baru-baru ini pun gagal ditangani.

"Mana mungkin dia mempunyai wibawa dan integriti untuk selesaikan isu di Terengganu dan Perlis," dakwanya.

Tiada ulasan: