KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, April 11, 2009

Najib tampilkan "Kabinet Ikan Busuk" yang bakal susuhkan rakyat!



BARISAN "Kabinet Rakyat" yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bukan sahaja tidak memberi manafaat kepada rakyat malah ia tidak ubah seperti "Kabinet Ikan Busuk", lapor Irwan Muhamad Zain.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan seekor ikan jika kepalanya sudah busuk, keseluruhan badannya juga akan membusuk, begituilah respons beliau terhadap pembentukan kabinet baru kerajaan Barisan Nasional (BN).

Najib, tegas beliau tidak layak menamakan kabinet tersebut sebagai "Kabinet Rakyat" kerana sehingga kini masih dipersoalkan perihal moral dan integritinya.

"Sehingga hari ini Najib masih belum dibersihkan oleh mana-mana Mahkamah atas segala tuduhan yang dikaitkan dengan beliau. Oleh sebab itu dari segi moral dan integriti beliau dipersoalkan macam mana kabinet tersebut dinamakan "Kabinet Rakyat"?" soal Mahfuz.

Menguatkan hujahnya, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan Tun Mahathir sendiri dalam blognya selepas Pilihanraya Umum ke 12 pernah mengatakan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana pengecut.

Mahathir ketika itu menamakan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai individu yang layak untuk mengetuai kerajaan memandangkan keberanian dan kelantangan beliau mengkritik Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mengulas mengenai perlantikan Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Baharom sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, beliau menyifatkan perlantikan tersebut merupakan usaha Najib untuk membersihkan imej yang masih diragui rakyat.

Mahfuz menegaskan perlantikan individu yang mempunyai latarbelakang agama sebagai menteri merupakan kesinambungan apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir ketika membentuk kabinet sebaik saja dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Zaman Tun dahulu beliau lantik Anwar Ibrahim yang mempunyai latar belakang agama dan juga Hamid Othman untuk menampakkan beliau seorang bersih dan mengambil berat soal Islam.

"Zaman Abdullah pula beliau menggunakan ketokohan datuknya seorang ulama untuk dilihat mempunyai ciri-ciri Islam. Perlantikan individu yang mempunyai latar belakang agama ini merupakan usaha untuk berselindung di sebalik imej orang lain," tegas Mahfuz.

Justeru itu Mahfuz mengesa rakyat Malaysia khususnya orang Melayu agar tidak mudah terpedaya dengan barisan kabinet baru yang dibentuk oleh Najib.

Tiada ulasan: