KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, April 11, 2009

Ahli Parlimen Bukit Gantang kini idola anak muda, idola orang-orang tua, Nizar jentolak yang kuat




KEMENANGAN calon PAS di Bukit Gantang memang ditunggu-tunggu. Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, adalah ikon baru bagi anak muda, ikon baru untuk orang tua dan ikon baru bagi peminat politik tanah air yang muncul mengejut sejak tragedi hitam "rampasan kuasa" didalangi Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, PM baru ke-6.

Nizar menang selesa. Tetapi bukan kepalang untuk menentang jentera kerajaan yang menjadi perkakas BN sepanjang kempen. PAS tidak menentang Umno di sebalik tirai BN. Tetapi, PAS menentang jentera kerajaan yang mengasak dan menabur janji.

Namun, Nizar agresif berdepan dengan semua itu. Apa yang tidak dituduh kepadanya. Isu "Nizar calon DAP" diputar semahunya hingga ke pelusuk kampung. Jual tanah kepada Cina, dihambur ligat. Demi raih undi dan kuasa, Nizar ditohmah "derhaka" dengan Tuanku Sultan Perak kerana gara-gara enggan letak jawatan Menteri Besar.

Krisis Perlembagaan yang membadai Perak sebenarnya bersifat federal dan ia amat memerlukan individu yang wibawa bagi mengangkat masalah tersebut ke peringkat pusat untuk dilangsaikan. Nizar terbabit dengan kes ini secara langsung.

Nizar diumpamakan seperti jentolak yang kuat, yang dapat menongkah kemelut di Perak, begitulah tafsiran Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah di Bualbicara Astro Awani.

PAS berdepan dengan pelbagai fitnah sepanjang kempen pilihan raya kecil ini. Nizar terpaksa menggayutkan seribu harapan agar simbahan fitnah itu tidak mengenainya. Namun, dengan memperalatkan media kerajaan dan swasta, tanpa segan-silu BN menabur fitnah itu secara halus dan sofistikated.

Sokongan padu kaum Cina khususnya di Kuala Sepetang, petanda baik untuk PAS. Hampir 85 peratus undi dikaut, sesuatu yang tidak pernah dikecapi oleh DAP mahupun BN sebelum ini.

Tohmahan BN kononnya Nizar beri tanah kepada kaum Cina, rupa-rupanya menyenakkan hati mereka. Tersentuh dan marah. Itulah sebabnya, undi Cina meningkat.

Sama seperti marahnya orang Melayu apabila Tun Mahathir Mohamad diperturunkan ke Bukit Gantang. Mahathir cuba menghuraikan Nizar sebagai penderhaka. Tetapi pengundi melihat beliaulah "penderhaka" maha utama terhadap Raja Melayu. Mahathir lupa tentang apa yang diperlakukannya pada 1983 dan 1993.

Nasib Nizar bertambah baik apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kes beliau mencabar kesahihan perlantikan Dr Zamri Abdul Kadir sebagai MB Perak boleh didengari. Sekaligus keputusan itu menolak tuduhan "derhaka" terhadap dirinya.

Populariti Nizar sangat menerujakan. Golongan muda memberi sokongan padu kepada beliau kerana menganggap Nizar mempertahankan hak mereka di Perak.

"Saya melihat begitu jelas golongan muda yang tidak mempunyai literasi politik yang tinggi akhirnya menolak keseluruhan idea yang dibawa BN sehingga oposisi mempunyai pertahanan yang sangat ajaib. Akhirnya keputusan pilihan raya ini memberi pengajaran kepada institusi politik," kata Dr Abu Hassan.

Menjelang 2012, golongan muda ini akan menolak seratus peratus politik klasik sebaliknya mahukan politik yang budiman yang mempunyai intelektualisma yang tinggi dan bukan lagi bersandarkan retorik.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benar..
ini kerana org muda radikal, berfikiran out of box, perlukan penjelasan yg konkrit dlm apa jua perkara..tidak menerima sesuatu perkara mentah2 tanpa diselidiki dahulu..
itulah generasi baru malaysia..
justeru, pemimpin2 haruslah menggunakan pendekatan berbeza untuk mendekati generasi ini..
formula lama dah tak boleh pakai..
dan ingat bahawa generasi baru ini sudah bijak menilai..
kecuali yg berkepentingan..
dan ingat bahawa generasi2 baru ini lah juga akan menjadi pelapis bg pemimpin2 yg berada diatas sekarang ini..
cuma mereka perlu dibentuk mengikut acuan yg sedia ada..

-generasi baru malaysia-

nizamtoha berkata...

zaman gula-gula sudah tamat wahai UMNO...

Klu kamu poyo..takut berhujah..Parti kamu akan sekadar tertulis di buku sejarah tahun 2020 nanti..

Aktivis Reformasi PAS berkata...

PAS bukan sahaja perlu perakui kepentingan anak muda dalam memberikan sokongan kepada parti itu tetapi mesti mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan undi pengundi Melayu dari golongan berusia (orang tua).

Jika tidak PAS akan hanyut ditelah oleh BN di kawasan pengundi Melayu dan kawasan pengundi bukan melayu akan jadi milik DAP dan PKR.

Sudah tiba masanya, pemimpin PAS tidak melihat semuanya dengan mudah, ringkas dan remeh. Pemimpin juga harus berfikiran di luar kotak dan tidak prajudis dengan apa jua faktor dan kekuatan.