KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 09, 2009

Campur tangan Tun Mahathir dalam perlantikan Mukhriz dan penyingkiran Khairy?



PERLANTIKAN Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Tun Mahathir oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dipercayai desakan dari bekas Perdana Menteri yang paling gembira kini, Tun Mahathir Mohamad.

Demikian ditegaskan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Ishak Surin sambil menyakini penyingkiran Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dari "Pasukan Baru" Najib yang diumumkan petang tadi ada kaitan dengan nasihat Tun Mahathir.

Katanya, kegembiraan Mahathir begitu ketara apabila terus mengumumkan penyertaannya semula ke dalam Umno sebaik Najib dilantik menjadi Perdana Menteri ke-6. Beliau menyerahkan borang penyertaan Umno bersama isterinya kepada Najib beberapa hari lepas.

Ishak hairan, jika tiada campur tangan Tun Mahathir bagaimana Khairy sebagai Ketua Pergerakan Pemuda di ketepikan sedangkan Mukhriz pencabar Khairy sebelum ini pada pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno hujung Mac lalu, diangkat menganggotai kabinet.

"Inilah yang dimahukan Tun Mahathir agar Najib jadi PM. Dulupun dia yang beriya-iya mahukan Najib jadi TPM walaupun Pak Lah ketika itu berkeras inginkan Muhyiddin Yassin.

"Sebabnya, Mahathir ada agenda untuk meninggalkan legasi kepada satu-satu anaknya yang terlibat dengan politik Umno iaitu Mukhriz," tegas beliau lagi.

Kalau bukan arahan Mahathir secara langsungpun, tegas Ishak, Najib boleh menterjemahkan rasa "terhutang budinya" terhadap "penderhaka Raja" itu dengan menaikkan Mukhriz dalam persada politik tanahair melalui perlantikan sebagai timbalan menteri.

Bagaimana pun, beliau bimbang jika Najib mengambil Tun Mahathir sebagai penasihat kerajaan atau dirinya selepas ini, negara akan tergadai dalam kemelut dan krisis politik yang lebih besar.

1 ulasan:

Rantong berkata...

Salam ziarah.

Pengambilan Baru Peserta Program Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net™ "Click Here"