KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 06, 2008

Terima 1,178 Emel: Sanggahtoksago.Com Kembali Dengan Kritikan Lebih Tajam

Agenda perjuangan masih diteruskan... ketika bersama Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Noor Mohd dan AJK PAS Pusat, Dr. Lo Lo Ghazali menghantar memorandum kepada RTM sewaktu kempen PRU 12 lalu

Blog Sanggahtoksago.Com antara nama blog yang menghiasi Rancangan BLOG terbitan RTM TV1 setiap Ahad jam 9.00 malam

By TARMIZI MOHD JAM

HAMPIR 1,178 emel yang saya terima sepanjang 21 hari saya berehat. Tidak langsung saya melayari blog saya dan lain-lain blog dalam tempoh tersebut.

Antara emel itu, banyak juga yang bertanya khabar mengapa saya tidak kemaskini Sanggahtoksago.Com.

Sukar untuk saya memberi jawapan tepat kepada penghantar emel dan penghulur sms. Mengapa dan kenapa saya tidak mengemaskini blog saya, Sanggahtoksago.Com itu? Begitu juga kepada rakan-rakan yang tidak putus-putus call saya.

"You patut teruskan perjuangan. Update blog bagi lebih efisyen. Saya peminat blog you! Jangan cepat melatah dan jemu," ujar seorang pemanggil yang memberi nama sebagai Shariman dari Taman Tun Dr. Ismail.

Ali Maidin dari Jalan Pahang Barat juga gusar, saya sudah lama tidak update blog. SMSnya menjalar begini "U sudah mogok ka? - ali maidin".

Dr. Mohd Hasyim dari Blog Ibnu Hasyim juga simpati dengan nasib blogger seperti saya, yang dianggapnya "bodoh" kerana menjadi lilin membakar diri. Saya tahu, dalam maksudnya itu...

Terima kasih juga kepada Sdra. Alhussyen dari Blog Alhussyen yang dikendalikannya di Ipoh, Perak kerana sudi bertanya khabar, serta rakan-rakan dari Blog Tintarona, Detik Daily, Sheikh Teluk Intan Dan Laptopnya dan lain-lain.

Dalam tempoh itu, saya mengikuti rancangan pengubatan sakit Umno yang kian nazak, BLOG namanya. Inisiatif Menteri Penerangannya yang baru, Datuk Shabery Chik yang dipancar melalui RTM TV1 jam 9.00 malam, setiap malam Isnin. Baru tiga terbitan!

Terbitan pertama menampilkan blogger Datuk A. Kadir Jasin yang saya kira sudah "dimakan" oleh pengendali rancangan itu, Hasyim Hanafiah awal-awal lagi.

Amat menjemukan dan sakit hati apabila Hasyim asyik memotong dan memintas bualbicara Kadir. Salah Kadir juga. Terlalu lembut dan santun.

Lagi sakit, apabila Kadir bersahaja dan tidak menguatkan diri dengan hujah dan gaya intonasi membenamkan "keceluparan" Hasyim. Ringkasnya, Kadir tidak bertindak sebagai "hero" dalam rancangan itu.

Hati saya terubat juga. Apabila rakan blogger kedua, pada minggu berikutnya mampu menguasai Hasyim dan keseluruhan rancangan itu. Raja Petra dari Blog Malaysia Today muncul dengan idea dan nada terus terang sama seperti dia menulis dan bercakap di luar rancangan tersebut.

Hasyim makin jelas terperangkap dengan soalannya sendiri, terjerat dengan hujah balas Raja Petra dan kali ini beliau gagal memotong dan memintas bualbicara Petra, yang kelihatan bertenaga dengan hujah yang kuat dan mantap.

Ketika blogger Sang Kelembai atau Zaharin Yassin dari Blog Sang Kelembai diundang mengisi rancangan tersebut minggu lalu, saya tidak berkesempatan menontonnya.

Sang Kelembai kini sudah menyokong anak Badawi semula. Dia antara yang lantang mengkritik PM dari Kepala Batas itu dan menyifatkan pemerintahannya sebagai "kerajaan tiga beranak".

Tidak sempat saya menontonnya. Nak tahu juga sikapnya setelah berjaya mencium tangan anak Badawi itu di Sabah, sebulan yang lalu.

Hanya Lutfi Othman yang bercerita sedikit mengenai Zaharin, sewaktu saya diundang menghadairi Konvensyen Media Harakah di Vistan Hotel, Isnin, semalam.

Beberapa rakan memberitahu saya, pada badrop skrin tv yang melatari sebelah belakang ahli panel (blogger) terpapar dengan jelas nama blog saya Sanggahtoksago.Com. Nama itu antara beberapa nama blog lain yang dipaparkan sebagai hiasan rancangan itu.

Anak-anak saya, Muhd Naim (10 tahun) dan Muhd Fadhlol Hadi (8 tahun) adalah orang-orang pertama memberitahu saya kewujudan nama blog Sanggahtoksago.Com pada badrop yang membelakangi blogger. Anak-anak saya tonton kerana minat dengan perkataan "BLOG" itu.

Mereka menyedarinya ketika rancangan BLOG mengundang Raja Petra, dua minggu lalu. Sayapun tidak perasan sangat.

Namun, ia masih belum cukup kuat untuk saya update blog ini sehinggalah pagi ini, terlintas untuk saya membuat sesuatu bagi mengembalikan semula keceriaaan Sangahtoksago.Com, yang telah saya "tinggalkan" sejak 21 yang lalu.

Saya mohon jutaan maaf kepada anda semua, yang mengunjung blog ini dengan rasa hampa dan kecewa kerana ia tidak diupdate!

Atas rasa tanggungjawab kepada ummah, barangkali dengan promosi percuma RTM pada badrop Rancangan BLOG itu, dipercayai lebih ramai yang cuba mendekati dan layari Sanggahtoksago.Com ini.

Insya-Allah, malam ini saya akan teruskan perjuangan bersama Sanggahtoksago.Com dengan paparan-paparan lebih berani, kritikan lebih tajam dan singgollan dua makna.

Tahniah kepada semua pengunjung yang komited, dan kini Sanggahtopksago.Com sudah mencatatkan angka ke 200,000 pengunjung sejak ianya diterbitkan pada 18 Ogos 2007 yang lalu.

5 ulasan:

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah berkata...

Selamat kembali. Saya dah hampir-hampir putus asa menjengok blog Saudara.

Pastikan lebih menyengat.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah,enta dah kembali menulis semula.Teruskan !

Tanpa Nama berkata...

Baru ceria rasanya buka blog dan layari internet. Saya suka catatan TMJ. Ada kritis, ada sinis. Paling gemar saya membaca apa yang tersirat dalam tulisan TMJ kerana beliau seorang yang kritis dalam PAS. Itu yang saya tahu!

AIDC berkata...

apa kata bakal PM Malaysia...

Video 1

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Wow, thіs аrtіcle iѕ gоoԁ,
mу yοungеr siѕter is analyzing ѕuch
things, ѕo I am going to let κnow her.

Havе a looκ at my ωeb blog payday loans