KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 30, 2009

Jangan beri peluang musuh pecah-belahkan PAS menjelang muktamar Jun ini! - Pak Shukor Harun


MENJELANG Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Shah Alam awal Jun ini saya sudah terdengar dan terbaca tulisan dan kenyataan di pelbagai media dan blog dari sesetengah pihak yang sama sekali tidak membantu memperkukuuh PAS mendepani politik baru Malaysia, tulis Shukor Haron atau Pak Shukor pada akhbar Harakah.

Tulisan dan ulasan itu, antara lain, memberi gambaran seolah-olah di dalam PAS ini ada beberapa kelompok dan golongan - Erdogan dan Ulama, Pro Praksi Umno dan sebaliknya. Ada pula tulisan dan blog memperbodoh dan memperlekeh golongan yang lain, mencetuskan prejudis yang sama sekali tidak perlu.

Ada pula yang mati-matian hendak mempertahankan golongannya, tidak kira golongannya itu berdiri di pihak yang benar atau sebaliknya, tidak kurang menyindir dan merendah-rendahkan sesetengah pemimpin yang ‘tidak sehaluan dengan’nya.

Entah dari mana datangnya elemen yang mencetuskan sikap buruk ini, namun yang pasti semua sikap buruk ini sewajarnya di’bersihkan’ supaya tidak menjadi virus yang merosakkan parti yang sedang berkembang, terbuka, dihormati oleh kawan dan lawan, berwibawa dan bersih.

Selama ini saya sangat keberatan untuk menyentuh isu ini dalam tulisan saya atas sebab, antara lain, untuk tidak ikut serta dalam perdebatan yang buruk ini, juga untuk tidak mencederakan jamaah kerana ia bertentangan dengan akhlak Islam.

Namun tulisan dan kenyataan yang bertaburan di dalam pelbagai media dan blog sejak-sejak akhir-akhir ini muncul seperti tidak terkawal lagi, lebih-lebih lagi menjelang Muktamar awal Jun ini maka saya terpaksa menyentuh isu ini dalam tulisan kali ini dengan harapan masing-masing menginsafi diri.

Saya tidak tahu di mana telah dihumbankan akhlak Islam dan akhlak berjamaah yang ditekankan di dalam tarbiyah selama ini. Kalau mereka yang terlibat ini mahu mengekalkan akhlak Islam dan akhlak berjamaah, kenyataan dan tulisan liar seperti ini tidak akan berlaku.

Sebagai pendukung jamaah, kita mengasihi dan mendukung fikrah semua pemimpin - sama ada di kalangan Tuan Guru, ustaz, mahupun golongan profesional dan veteran. Tidak ada pilih memilih dalam meletakkan sokongan dan kepatuhan kepada mereka, justru kerana semuanya telah memberikan sumbangan yang demikian besar kepada perjuangan PAS selama ini.

Ini hasil tarbiyah berterusan yang diterima oleh orang seperti saya dan kawan-kawan sejak suku abad lalu, iaitu sejak PAS di bawah kepimpinan ulama. Sebab itu di zaman PAS susah dan miskin dulu amalan dan nilai ini begitu kukuh.

Ini bukan bermakna PAS di zaman kini, yang telah mencapai kemenangan demi kemenangan, maka kepatuhan dan kasih sayang ahli PAS kepada pemimpin berkurangan. Saya percaya pendukung PAS hingga kini, tetap mematuhi dan memberikan kasih sayang kepada semua pemimpin tanpa pilih memilih.

Itu sebabnya saya amat sedih dan kesal, entah mengapa dengan tiba-tiba, muncul elemen yang tidak sihat, yang cuba memecah belahkan pimpinan dan jamaah, merenggangkan hubungan sesama pemimpin. Apakah sebenarnya agenda mereka? Mahu melihatkan perpecahan di dalam PAS. Kalau ini niat mereka, saya yakin tidak akan berjaya. Walau apapun hendak dikatakan, Allah .w.t. memelihara PAS sebagai sebuah jamaah Islam.

Saya pasti hubungan antara sesama pemimpin dengan pemimpin yang lain tetap erat dan mesra. Dan elemen tidak sihat seperti yang saya sebutkan tadi tidak akan dapat mempengaruhi para pemimpin kita. Mereka tetap bekerja sebagai satu pasukan kerana semuanya berada di dalam orbit Ialam.

Adapun pemilihan pucuk pimpinan di dalam Muktamar akan datang ini adalah proses biasa, menyempurnakan amalan demokrasi dalam PAS. Kalah dan menang adalah perkara biasa. Semua pendukung masih boleh memberikan khidmat di dalam pelbagai sudut di dalam jamaah.

Kiranya ada individu ulama yang tidak dipilih oleh perwakilan, tidak bermakna perwakilan menentang entiti atau kepimpinan ulama. Keunggulan kepimpinan ulama sama sekali tidak tercabar bila-bila pun.

Demikian juga jika ada individu profesional atau veteran yang tidak terpilih, bukan bermakna perwakilan menentang golongan profesional dan melupakan jasa para veteran. Sama sekali tidak, justru kerana ada cir-ciri, kretaria, persepsi dan imej yang menjadi perhitungan perwakilan.

Saya percaya tidak berlaku kempen pengaruh mempengaruhi di dalam proses pemilihan, bagaimanapun ‘gamat’nya pemilihan PAS itu, seperti yang digambarkan oleh pihak media tertentu. Jauh sekali apa yang dipanggil ‘sogokan’. PAS bukan sebuah parti sekular yang tidak ada rasa tanggungjawab agama, dosa dan pahala. Setiap perjuangan PAS bermatlamatkan untuk mencapai keredaan Allah s.w.t. Itu klaimiknya.

Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam ini berlansung di tengah-tengah kemenangan demi kemenangan, pujian demi pujian, pengakuan demi pengakuan dari semua pihak – Islam dan bukan Islam - bahawa PAS berwibawa, padu dan kuat, cemerlang dan bersinar, boleh dipercayai, terbuka untuk semua, adil, saksama dan berimej kontemporeri. Peluang seperti ini tidak semua masa kita perolehi.

Oleh itu, sewajarnyalah Muktamar ini menghantar isyarat jelas dan betul kepada seluruh rakyat bahawa ia serius mendepani daimensi politik baru Malaysia yang berasaskan keadilan, demokrasi, ketelusan dan kasih sayang kepada semua rakyat.

Ini pemikiran besar yang sewajarnya mendominasi perbincangan di Muktamar tersebut, bukan hal-hal yang remeh temeh, sekitar isu yang boleh diselesaikan menerusi perundingan di pelbagai peringkat parti dan sahabat kita di dalam Pakatan Rakyat.

Tidak syak lagi, pemikiran dan idea besar sangat perlu dicetuskan di dalam Muktamar ini menerusi perbahasan Ucapan Dasar para perwakilan dan perbahasan Usul serta ucapan penggulungan sudah tentu diikuti oleh banyak pihak – di dalam dan luar negara. Ini peluang yang sangat besar dan bermakna, yang sewajarnya direbut, iaitu dengan Muktamar ini meyerlahkan imej, persepsi dan watak PAS yang sedang muncul di pintu gerbang politik baru Malaysia.

Itulah sebabnya saya katakan di awal tulsian ini bahawa pemikiran buruk yang nilainya hanya seperti sampah sarap di tepi jalan, sewajarnya di’bersihkan’ supaya tidak menjadi virus yang merosakkan parti yang sedang berkembang dan dihormati oleh kawan dan lawan.

Mari kita bermuktamar dengan jiwa bersih, berlapang dada, terbuka, mematuhi akhlak Islam dalam semua keadaan. Sesungguhnya masyarakat sedang menyaksi dan mentafsirkan semua apa yang kita fikir dan lakukan.

Kerjasama Umno-PAS: Antara polemik dan kesungguhan - Dato A Kadir Jasin


SEANDAINYA Pas dan Barisan Nasional benar-benar serius menubuhkan Kerajaan Perpaduan (Unity Government) mereka tidak harus berpolemik atau membenarkan polemik menjadi penghalang, tulis Dato' A Kadir Jasin pada blognya.

Kalau sekadar berpolemik dan melepas batuk di tangga ia tidak akan sampai ke mana-mana. Kali terakhir Pas dan BN bergabung dalam “kerajaan perpaduan” adalah selepas peristiwa 13 Mei, 1969. Pas menjadi anggota BN apabila Parti Perikatan diperbesarkan dan ditukar menjadi Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Waktu itu rakyat jelata dan kepemimpinan politik negara dalam kejutan dan demokrasi digantung berikutan peristiwa pertumpahan darah kaum di Kuala Lumpur selepas pilihan raya umum 10 Mei, 1969.

Ketika itu Pas memenangi Kelantan dan Terengganu dan hampir-hampir mengalahkan Perikatan di Kedah. Turut sama menyertai BN adalah Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang berjaya menakluki Pulau Pinang.

Tetapi pada tahun 1977 Pas dipecat daripada BN oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn. Salah satu sebabnya adalah kebimbangan Umno terhadap perkembangan pesat Pas, khanya di Rancangan Tanah Felda.

Pendapat umum pada waktu itu ialah Pas, melalui Menteri Tanah dan Galian dan Tugas-tugas Khas, Allahyarham Mohamed Asri Muda, telah mengambil kesempatan daripada kedudukannya untuk membuka ranting-ranting Pas di projek-projek penempatan Felda.

Tetapi ada juga pendapat mengatakan Hussein, sebagai pemimpin dari Johor, tidak mempunyai pandangan serupa dengan birasnya Abdul Razak mengenai perpaduan Melayu dan kerjasama dengan Pas.

Sejak itu, cakap-cakap mengenai kerjasama Umno-Pas menjadi isu bermusim. Setiap Perdana Menteri dan setiap Presiden Pas mempamerkan wajah (facade) yang mereka bersedia menimbangkan kerjasama. Alasan utama adalah perpaduan orang Melayu dan keamanan negara. Ia muncul apabila salah sebuah daripada parti Melayu/Islam itu mengalami kelemahan.

Selepas pilihan raya umum 2008 adalah giliran Umno menjadi lemah setelah kalah kepada Pas dan sedikit sebanyak kepada Parti Keadilan Rakyat di kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Kejayaan besar Pas dan kegagalan Umno berpunca daripada kelemahan Umno di bawah Abdullah Ahmad Badawi dan kejayaan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim, merundingkan pakatan pilihan raya di antara PKR, Pas dan DAP. Sampai hari ini pun ia masih berupa pakatan tidak rasmi. Ia belum disahkan oleh keahlian parti-parti yang terbabit justeru itu belum didaftarkan.

Sejak itu, perbezaan fundamental di kalangan tiga parti PR itu menjadi semakin ketara. Pas terus dicabar untuk menegakkan dasar Negara Islam dan Hukum Hudud manakala DAP terus menentang kedua-dua gagasan itu dan sebaliknya mahu Malaysia diisytiharkan negara sekular berdasarkan “Malaysian Malaysia.”

PKR pula, sebagai parti campuran pelbagai kaum dan tergesa-gesa meluaskan sayapnya pada PRU lalu kini mengalami pelbagai masalah dalaman. Sejak kejayaan besar dalam PRU lalu, PKR mengalami masalah demi masalah daripada pemilihan pucuk pimpinan kepada pemberhentian ahli, peletakan jawatan Adun, skandal seks, pemecatan Timbalan Ketua Menteri, pertuduhan rasuah ke atas bekas Adun dan pertuduhan lewat terhadap Anwar sendiri.

Perkembangan-perkembangan ini menyebabkan pembabitan Pas dengan DAP dan PKR semakin bermasalah kerana mencemarkan imej Pas sebagai parti Islam dan parti yang bermaruah.

Sementara itu krisis politik Perak tidak membantu mewujudkan gambaran positif terhadap kewibawaan Pas dalam PR apabila ia dilihat sebagai telah diperalatkan oleh DAP semata-mata kerana mahu memegang jawatan Menteri Besar.

Kerajaan PR Perak runtuh apabila dua Adun PKR dan seorang Adun DAP keluarga parti dan memihak kepada BN. Walaupun Pas berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam pilihan raya kecil 7 Mac lalu, namun undi Melayu yang diperolehnya merosot berbanding PRU tahun lalu. Ia menang kerana undi bukan Melayu.

Selain itu, Pas juga boleh menggunakan ura-ura rundingan dengan Umno/BN sebagai cara memperkukuhkan tuntutannya untuk mendapatkan lebih banyak kerusi dan jawatan lebih baik dalam kabinet bayangan PR yang sedang dirangka oleh Anwar.

Soalnya adakah Umno benar-benar berminat merundingkan gagasan ini dengan Perdana Menteri baru, Mohd Najib Abdul Razak, di mercu kuasa? Seperti kita maklum, cadangan kerajaan perpaduan Pas-BN ini tercetus hasil pertemuan sulit antara Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri yang lalu.

Persoalannya adakah Mohd Najib yang sedang hebat mengenakan copnya ke atas Umno dan pentadbiran negara berminat dan bersedia untuk memperkenalkan dimensi baru dengan duduk semeja secara serius dengan Abdul Hadi?

Dilihat daripada aspek Melayu dan Islam, memanglah perpaduan Umno-Pas melalui BN ada sebab dan logiknya yang tersendiri. Dalam PRU lalu, walaupun Umno/BN kalah teruk, tetapi Pas tidaklah pula menang besar. Yang menang besar adalah DAP dan PKR.

Pas hanya memenangi Kelantan dan Kedah manakala di negeri-negeri PR yang lain – Pulau Pinang, Perak dan Selangor -- Pas hanya menduduki tempat ketiga selepas DAP dan PKR. Di Parlimen, Pas menduduki tempat ketiga juga dengan 23 kerusi selepas DAP (28) dan PKR (31).

Daripada aspek politik nasional dan perpaduan kaum, kerjasama Pas-Umno melalui BN adalah lebih logik kerana BN mempunyai perwakilan kaum dan wilayah yang lebih besar dan teruji daripada PR. Dalam mana-mana gagasan atau pakatan pun, kesahihan dan kewibawaannya tidak dapat diwujudkan jika semua kaum tidak diwakili secara bermakna.

Namun, buat masa ini, ura-ura kerajaan perpaduan Pas-Umno atau Pas-BN ini masih di peringkat awal. Atau lebih tetap di peringkat polemik yang semestinya akan mencetuskan pelbagai pendapat, pandangan dan andaian.

Seperti kata Naib Presiden Pas, Husam Musa, Pas sendiri tidak mempunyai pendirian rasmi mengenai ura-ura kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Abdul Hadi itu.

“Oleh sebab tiada ikatan rasmi, maka jalan yang lebih munasabah ialah memperkuatkan parti dan mendapatkan kawasan yang sekarang ini dikuasai oleh UMNO,” katanya. Ini adalah pendirian yang sangat logik bagi orang cerdik seperti Husam.

Dia pasti sedar bahawa jika Umno berjaya memulihkan dirinya, ramai ahli dan penyokong parti itu yang berpaling tadah dan mengundi Pas dalam PRU lalu akan kembali semula kepada Umno pada PRU akan datang.

Nik Abduh menjelaskan "Kerja-kerja Bodoh Dalam PAS (2)" setelah diminta Tok Guru Nik Aziz dari Mekah


SAYA menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.

Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar - benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.

Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.

Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.

Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.

Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.

Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.

Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya.

Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Saya tengah menulis pasal bola sepak dan tahniah saya pada pasukan Kelantan dan Selangor yang telah menyajikan permainan yang bagus dalam perlawanan akhir piala FA.

Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. AlhamduliLlah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.

Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.

Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin.

Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!

Sekarang anda tahu betapa saya sedang menempuh jalan yang sukar. Anda tahu saya perlukan keberanian yang sudah lama saya pohon daripada Tuhan saya. Betapa saya sering menangis memohon keberanian daripada Allah. Mengapa saya harus mendiam diri, takut dan dilanda kecewa sendirian? Dalam blog ini, saya sering menyeru agar jangan bersedih, berani kerana benar dan pelbagai dorongan ugama, tetapi saya sendiri kelu dan bisu di hadapan kebenaran yang mesti saya sampaikan kepada ayahanda. Saya melukut di hadapan pembohongan dan pemalsuan yang dipaksakan ke atas orang yang saya kasihi.

Sehingga saya tiba - tiba diberikan keberanian itu. Ia melanda - landa datang. Allah memperkenalkan saya jalan dan masanya. Saya kenal diri saya. Saya mampu mengesan, dengan izinNya bahawa sesuatu itu daripada nafsu atau daripada suluhan taufikNya. Ini untuk saya dan diri saya. Justeru saya mulakan dengan nama Allah. Anda pun telah membacanya.

AlhamduliLlah, dalam seketika sahaja saya dihujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehinggalah saya menerima ucapa terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli PAS seluruh negara. Saya bertanya adakah saya telah mengganggu dan merosakkan jamaah? Jawabannya tidak. Ia dinikmati oleh mereka yang cintakan keharmonian dan para ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya.

Akhirnya, keberanian turut melanda mereka yang faham tetapi takut dan bersimpati daripada kalangan guru dan sahabat saya. Mereka berjanji untuk turut bersama. Saya bersyukur kerana saya sedang mencetuskan keberanian untuk semua. Kekuatan saya bertambah - tambah dan Allah memberikan saya ketenangan yang saya perlukan saat ini.

Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.

Sekarang masanya saya menjelaskan..

2)

Saya dengan sengajanya memilih perkataan ‘pembantu - pembantu ayahanda’ dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing - masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?

Pastinya mereka yang tidak pernah bercakap dan menyumbang idea kepada ayahanda mengenai isu - isu politik yang saya maksudkan akan merasakan mereka terkeluar. Keluarlah anda. Sesungguhnya Allah membalas pekerjaan anda dengan kebaikan yang melimpah daripadaNya.

Saya kenal kebanyakan pembantu ayahanda. Mereka inilah kaki dan tangan ayahanda yang telah banyak menyumbang dan berkorban. Daripada Abang Lah pemandu ayahanda yang telah berkhidmat sedari saya kecil sehinggalah YB Dato Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, ada ratusan pembantu ayahanda samada di pejabat PAS Kelantan, di pejabat SUK dan di luarnya.

Saya hormati mereka dan saya tabik mereka. Kerja dan bantuan mereka mengatasi saya. Saya hanyalah seorang anak yang menjadi pembantu dalam soal - soal kekeluargaan. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya.

Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan.

Kepada mereka saya doakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Adapun maksud saya adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh - puluh. Semua mereka adalah benar dan betul. Kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.

Pekerjaan bodoh hanyalah satu. Dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Apabila anda memuji saya, ia tak pun meredakan kemarahan saya. Apabila anda memaki saya, ia tak pun memarakkan kemarahan saya. Saya kekal panas sehinggalah ayahanda dibebaskan daripada kerja - kerja bohong, bodoh dan jahat ini.

Ayahanda adalah ayah saya. Darah dan dagingnya mengalir di tubuh saya. Jika anda berjutaan memerangi saya, anda tak akan mampu memisahkan di antara darah dan daging kami. Saya mempertahankan ayahanda sebagaimana saya mempertahankan saya.

Saya enggan melihat kepanasan ayahanda disebabkan pembohongan dan pemalsuan. Saya enggan melihat mendung di langit perjuangan Islam. Saya enggan melihat kekecewaan daripada hukuman yang salah dan palsu.

3)

Yang menghubungkan kita dengan langit adalah al Quran dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Apabila baginda wafat, para ulama adalah pewaris. Ulama mewarisi ilmu, iman dan taqwa. Itulah legasi kenabian. Al Quran adalah punca ilmu yang benar. Ia dijaga kekuasaannya sehingga qiamat. Allah mempersiapkan para ulama dengan ilmu, iman dan taqwa demi kelangsungan perjuangan menegakkan kekuasaan al Quran ke atas manusia.

Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.

Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.

Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!

Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!

Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.

Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua merasa tidak tenteram. Saya menyerang dipuncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan.

4)

Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.

Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.

Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.

Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.

Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan bahawa saya telah berbohong tentang kewujudan kerja bodoh itu. Jika anda sangsi, usah percaya dan usah bohongi. Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin.

Saya juga menulis untuk disampaikan kepada pembantu - pembantu itu agar bertaubat. Kerja kamu itu sia - sia di sisi tuhan walau kamu digilai manusia dan haiwan pun.

Kemudian saya tambahkan perencah. Wujud mereka ( pembantu ) yang berang sesudah ayahanda tersenyum lebar di JKR 10 selepas pertemuan di antara anggota Majlis Syura. Mereka gagal memisahkan di antara ulama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu.

Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat.

5)

Saya berpegang sebagai mana ahli PAS berpegang. Pakatan Rakyat adalah sebaik - sebaik temuan dan alternatif hari ini. Tulisan saya sebelum ini menyokong DSAI sebagai peneraju jika ianya disepakati. Hujah agama membenarkan. Tulisan saya sebelum ini menolak pakatan dengan BN, apatah masuk BN. Sehingga BN bersetuju untuk berubah, hukum agama mengambil tempat.

Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.

Ini siasah syar’ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.

Tetapi, kerja - kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.

Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama ‘mi celup’. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?

Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?

Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.

Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama. Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana.

Presiden, Timbalan Presiden PAS perlu kalangan ulama - kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat

Dua calon Timbalan Presiden, Mohd Sabu dan Husam Musa, masing-masing Naib Presiden bakal menentang Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang akan mempertahankan jawatan pada pemilihan PAS Jun ini


PRESIDEN dan Timbalan Presiden dalam PAS perlu dipilih daripada kalangan ulama demi masa depan parti itu, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud, lapor Bernama hari ini.

"Kita mahu jawatan nombor satu dan dua dalam PAS kekal disandang oleh kalangan ulama," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai pencalonan beberapa pemimpin tertinggi PAS menjelang muktamar agung itu dan lebih menarik tawaran beberapa pemimpin bukan kalangan ulama menawarkan diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

Antara mereka yang menawarkan diri untuk jawatan itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Mohamad berkata jika kedua-dua jawatan itu tidak diberikan kepada pemimpin bertaraf ulama, beliau khuatir keadaan itu akan merosakkan PAS pada masa depan.

Justeru, beliau tetap mempertahan kepimpinan ulama dalam barisan kepimpinan PAS pada pemilihan di muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun ini.

Ditanya mengenai saf kepimpinan yang ada sekarang, Mohamad berkata kedudukan itu wajar dikekalkan tetapi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya boleh diserahkan kepada pemimpin daripada kalangan profesional atau ulama.

"Tak perlu pertikailah untuk jawatan lain itu. Jawatan lain tidak penting, kecuali untuk nombor satu dan dua," katanya.

Pilihan Raya Kecil Dun Kota Alam Shah menyusul selepas Dun Penanti?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, yang kini ditahan ISA di Kamunting dipercayai akan kosongkan kerusi


KEMUNGKINAN negara perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ketujuh? Kemungkinan ini mula 'terbayang' ekoran desas-desus bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, yang kini ditahan di Kamunting akan melepaskan kedudukannya, lapor G Manimaran dan Ariffuddin Ishak untuk mSTAR.Online.

Bagaimanapun sama ada beliau, antara pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hanya akan diketahui Sabtu ini.

"Saya tidak mengesahkan apa-apa, tunggu sehingga Sabtu, saya menemui suami saya di Kamunting Sabtu ini," kata isterinya, S. Pushpaneela ketika dihubungi sebentar tadi.

Pushpaneela ditanya mengenai laporan media bahawa suaminya sudah memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN.

"Saya tidak tahu... tunggu sehingga saya menemui suami saya, tunggu saya di Kamunting Sabtu ini," katanya. Manoharan antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008.

Beliau merupakan antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007. Empat yang lain ialah P. Uthayakumar, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.

Bagaimanapun Kenghadharan dan Ganabatirau telah pun dibebaskan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri awal bulan ini. Walaupun dalam tahanan ISA, Manoharan bertanding dalam pilihan raya umum dan menang kerusi tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi turut mengesahkan mengetahui mengenai khabar angin tersebut.

"Ya kita juga ada mendengar khabar angin tersebut, tapi saya tak dapat pastikan mengenai kesahihannya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan sebagai hanya satu spekulasi laporan sebuah laman web berita hari ini kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan, yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sedang menimbang untuk melepaskan kerusi itu.

Beliau berkata isu itu timbul mungkin disebabkan bertambahnya bebanan tugas bagi setiap ADUN, termasuk kepada isteri Manoharan, S. Pushpaneela yang terpaksa menjadi wakil kepada suaminya.

"Tekanan dari permintaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di setiap pusat perkhidmatan ADUN semakin bertambah tetapi isteri Manoharan telah mendapatkan beberapa pekerja untuk membantunya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Laman web berkenaan memetik sumber sebagai berkata Manoharan sedang menimbang untuk mengosongkan kerusi itu kerana kecewa tidak dapat memberi khidmat kepada pengundinya selain menyedari beban yang ditanggung isterinya kerana terpaksa membahagikan masa antara menjaga empat anak mereka dan menjaga firma guamannya serta kawasan pilihan raya itu.

Manoharan, penasihat undang-undang Hindraf, satu kumpulan yang diharamkan oleh kerajaan, ditahan pada 13 Disember 2007 bersama empat lagi pemimpin kumpulan itu.

Jika pentingkan diri, PAS sudah lama berkerjasama dengan BN - Salahuddin Ayub


JIKA PAS mementingkan diri sendiri dan tidak mengutamakan aspirasi rakyat, ia kini berada dalam kerajaan negeri Perak, kata Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

"Ogos tahun lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali telah membuat pengumuman menawarkan satu perkongsian kuasa dengan PAS bagi membentuk kerajaan di Perak dan sanggup menerima Adun PAS sebagai Menteri Besar Perak.

"Jika kita mementingkan diri, sudah tentu kita menerima tawaran itu dan mencampak ke tepi aspirasi rakyat yang menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu," katanya ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menuduh perjuangan PAS hanya untuk kepentingan diri sahaja.

Kemarahan Menteri Dalam Negeri itu berpunca dari tindakan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dilaporkan menarik balik cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Salahuddin mengulangi penegasan bahawa PAS mahu membentuk kerajaan yang direstui rakyat dan bukan melibatkan diri dalam kerajaan bangsawan baru yang tidak tahu lagi memahami keresahan rakyat.

"Jika PAS mementingkan diri, sudah tentu ia akan berlari-lari mengejar dan menyertai kerajaan elit Umno BN yang disifatkan oleh rakyat sebagai lost touch dengan mereka - langsung tidak memahami atau buat-buat tak faham keresahan mereka.

"Jika PAS mementingkan diri, sudah tentu PAS menyertai kerajaan yang pernah dijangka oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kerajaan perasuah sebelum pemilihan Umno dan selepas pemilihan pula beliau menyifatkan kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai kerajaan yang turut dianggotai oleh mereka yang berperangai keji," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin juga membangkitkan kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan tindakan Umno BN yang mengambilalih pemerintahan di Perak sebagai sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang (in conflict with the law).

"Kenyataan Dr Mahathir menunjukkan mereka yang mengambil alih kerajaan Perak adalah kaki langgar undang-undang. Adakah tidak mementingkan diri bermakna berkerjasama dan mewujudkan perpaduan dengan kaki langgar undang-undang?!" beliau mempersoalkan.

Salahuddin juga menunjukkan SMS yang diterimanya. SMS itu menyatakan, "Dulu kerajaan anak-beranak, kini kerajaan suami isteri".

"Saya tidak tahu SMS ini ditujukan kepada siapa. Tetapi adakah tidak mementingkan diri itu berkerjasama dengan kerajaan anak-beranak atau kerajaan suami isteri? Kalau kerajaan suami isteri, adakah buat keputusan atas katil dan kita pula mesti menjadi kuli kepada keputusan mereka supaya tidak dituduh mementingkan diri?"

Pemuda PAS mahu kepimpinan ulama yang memimpin bukan kepimpinan yang dipimpin!

PEMUDA PAS Pusat berharap kepimpinan ulama masa depan yang diperlukan terdiri dari mereka yang mampu dan berani berijtihad, tangkas menangani isu, cepat bertindak dan menjadi kepimpinan yang memimpin bukan kepimpinan yang dipimpin.

Ketika menegaskan perkara ini, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan mengharapkan ulama yang diberi ruang menyertai hiraki parti walau di mana posisi mereka, benar–benar dapat berperanan bagi membukti kemampuan sebenar ulama dalam memimpin.

"Saya cukup tidak sedap hati kalau orang kata ulama lembab, tidak agresif, tidak peka, tidak pandai berorganisasi dan mengurus.

"Apatah lagi, kalau apa yang disebutkan itu ada benarnya, maka para ulama mestilah memastikan mereka benar–benar mampu memikul amanah yang diberi. 'Title' sahaja tidak cukup dalam kita memimpin. Ulama mesti bekerja keras untuk memimpin dan mendokong cita–cita perjuangan agar ulama tidak menjadi bahan sendaan apalagi diperlekehkan," tegas beliau dalam satu wawancara bersama Harakah.

Katanya, setelah 25 tahun kepimpinan ulama bertapak, PAS telah berjaya keluar dari lingkaran imej 'parti pak lebai' dan 'parti kampungan' yang kononnya tidak mampu menyaingi tuntutan dan memenuhi keperluan zaman.

Kini, ujarnya, PAS telah bersedia dengan segala upaya dan kemahiran yang dimiliki untuk diberi kepercayaan atau mandat oleh rakyat bagi memerintah dan mentadbir negara ini sebagai kerajaan alternatif.

"Berjuang dalam suasana menang dan senang sangat jauh beza dan cabarannya berbanding sewaktu kalah dan susah. Kita perlukan latihan praktikal ini untuk melahirkan kepimpinan yang bertaqwa dan berilmu, sederhana, amanah dan bijak memimpin serta benar–benar berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab pemerintahan," katanya ketika ditanya tentang kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri.

Menyentuh tentang minat luar biasa bukan Islam terhadap PAS, Nasruddin menyifatkan, jika dulu sering didendangkan pemimpin Umno dengan dakwaan 'politik suku agama suku', kini tiada siapa lagi berani berkata demikian kecuali mereka yang benar–benar jahil dan kufur.

Ini tegasnya, adalah episod kejayaan yang ditempa oleh kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS selama ini.

"Orang PAS sering bercakap tentang PAS kepada orang PAS dalam markaz PAS, akhirnya risalah perjuangan ini tidak lepas–lepas! Perkembangan ini membawa PAS menemui semua orang terutamanya 'non muslim' untuk mengenali hati budi dan aqal budaya mereka," tegasnya lagi.

Kini dakwanya, PAS berupaya memimpin bukan sahaja di kalangan orang PAS tetapi juga rakyat pelbagai lapisan latar belakang agama, bahasa dan bangsa disamping mengembangkan pengaruh parti mellaui maklumat yang disebar secara gigih tanpa jemu melalui penulisan, kuliah, khutbah, ceramah, berhujah di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan kini melalui blog, laman web atau Facebook.

Mereka yang termakan cili supaya "usahlah rasa resah dan panas tidak semena-mena" - Ustaz Nasruddin Tontawi


KRITIKAN pedas anak Mursyidul Am PAS terhadap terhadap pembantu bapanya Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu kerajaan perpaduan kini bukan lagi pandangan peribadi tetapi mewakili sentimen satu aliran tertentu, lapor Jimadie Shah Othman untuk Malaysiakini.

Selain mempertahankan pandangan Nik Abduh Nik Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hasan turut mengingatkan mereka yang termakan cili supaya "usahlah rasa resah dan panas tidak semena-mena".

"Pendedahan atau penjelasan Ustaz Nik Abduh bukan untuk saudara. Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya. Jika benar (dakwaannya), ertinya beliau telah menegakkan yang hak. Dan Allah tahu ganjaran apa untuk beliau.

"Demikianlah sebaliknya, jika beliau salah dan sengaja mereka-reka cerita dan (membuat) dakwaan, maka Allah pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah tulisan beliau.

"Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya," coretnya, yang disebut-sebut berminat mengetuai Dewan Pemuda PAS, dalam blog Episod Sebuah Perjuangan kelmarin.

Minggu lepas, exco Pemuda itu menghentam pembantu bapanya yang didakwanya mendorong Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Awang.

Dalam artikel yang sama, Nik Abduh juga menyifatkan pembantu-pembantu Nik Aziz sebagai "mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup', lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga".

Mengulas lanjut, Nasrudin menyifatkan tulisan Nik Abduh sebagai reaksi yang "mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan Presiden PAS."

Usaha melaga-lagakan itu, tambahnya, antaranya boleh ditemui dalam komentar pelbagai pihak di internet.

"Kalau saudara melayari blog dan laman web (tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya laman web terbabit), nescaya saudara akan ketemui unsur-unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua-dua tok guru ini bukanlah ayah saya.

"Kalau mereka ayah saya, rasanya mungkin saya akan 'mengamuk' lebih hebat dari ustaz Nik Abduh," coretnya.

PAS sejak tahun lalu berdepan pergeseran terbuka para pemimpin atasannya - termasuk antara Nik Aziz dan Abdul Hadi - berhubung beberapa isu penting, antaranya muzakarah dengan Umno dan kerajaan perpaduan dengan BN.

Pergeseran ini memunculkan istilah "kumpulan Erdogan" yang menentang usaha muzakarah dan kerajaan perpaduan dan satu aliran lagi yang pro-Abdul Hadi, yang mendukung kedua-dua idea tersebut.

Berhubung isu kerajaan perpaduan dan muqabalah PAS dengan BN, Nasrudin berkata isu itu sering timbul walaupun "tidak pernah berbangkit isu PAS masuk BN". Beliau berkata, "sentimen bahawa tok guru Mursyidul Am (Nik Aziz) murka kepada tok guru Presiden (Abdul Hadi)" bertujuan "melaga-lagakan" dua pemimpin utama dalam PAS itu.

"Seolah-olah mereka (pihak yang ingin melagakan) sengaja buat tidak faham. Makin dinafi, makin kuat fitnah mengatakan tok guru (Abdul Hadi) nak bawa PAS masuk BN," katanya.

Sementara itu, sebagai reaksi terhadap tulisan Nik Abduh pada 24 April lalu, Dewan Ulama PAS pula menggesa anggota-anggota parti itu tidak menjadikan blog sebagai medan mendedahkan keburukan orang lain.

Ketuanya Mohamed Daud berkata, tindakan itu dikhuatiri memberikan kesan negatif serta "memberi ruang kepada musuh mempermainkan isu terbabit", lapor media rasmi parti Harakahdaily.net hari ini.

Berhubung isu kerajaan perpaduan PAS dengan BN, Mohamed berkata, dewan itu tiada masalah menyokongnya "sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam."

Bagaimanapun, beliau menolak tindakan mengeluarkan kenyataan terbuka berhubung itu kerana ia hanya akan diputuskan dalam muktamar parti itu, Jun nanti.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat sifatkan pendedahan Nik Abduh rugikan perjuangan parti


BLOGGER Nik Abduh semalam dipanggil Badan Perhubungan PAS Kelantan memberi penjelasan mengenai tulisan "Kerja-kerja Bodoh" dalam PAS yang dimuatkan dalam blognya dan dipetik media cetak lain, lapor Wan Johari pada blognya jiwokelate.

Menurut sumber, Nik Abduh dinasihat supaya menarik balik semua tulisannya yang menyebabkan kecelaruan banyak pihak dalam PAS. Selepas beberapa hari media harian yang dekat dengan Umno menggamatkan isu dicetuskan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nik Abdul Nik Abdul Aziz, hari ini Dewan Ulamak PAS Pusat tampil meminta dihentikan polemik tersebut.

Ketuanya, Dato’ Mohamed Daud berkata, amat tidak wajar sekali sekiranya laman blog digunakan untuk kebaikan parti menjadi medan mendedahkan keburukan orang lain.

“Perbuatan itu jelas merugikan parti sendiri. Kami berharap semua pihak menghentikan pelbagai spekulasi serta andaian peribadi berhubung kerajaan perpaduan dalam blog masing-masing.

“Anggota parti juga diingatkan tidak menyerang atau cuba menonjolkan orang tertentu yang diminatinya kerana ia akan mewujudkan kesan yang negatif,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Terdahulu Bernama melaporkan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa badan itu masih belum berbincang berhubung kenyataan anak Mursyidul Am itu, Nik Abduh yang percaya pembantu-pembantu bapanya berkonspirasi dengan niat untuk melaga-lagakan bapanya dengan Abdul Hadi.

Timbalan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dinasihatkan supaya tidak membuat kenyataan yang menjejaskan kewibawaan bapanya yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abdul Fatah Haron yang juga Ahli Dewan Harian Pas Kelantan berkata, tulisan Nik Abduh dalam blog bahawa bapanya diberi maklumat tidak tepat oleh para pembantunya mengenai kerajaan perpaduan, memberi gambaran seolah-olah Nik Abdul Aziz tiada pemikiran sendiri dalam membuat keputusan politik.

“Sepatutnya sesiapa (ahli parti) yang menulis dalam blog atau apa saja berhati-hati dalam penulisan mereka. Sehingga hari ini rakyat beri kepercayaan penuh kepada tok guru.

“Jadi jangan buat sampai tok guru hilang kredibiliti. Apabila ditulis sedemikian seumpama tok guru tiada buah fikiran sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai siapa yang mungkin dimaksudkan Nik Abduh, Abdul Fatah yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Kelantan berkata, semua rakyat dan ahli PAS adalah pembantu Nik Aziz.

“Pembantu ayahnya adalah semua orang. Nik Aziz apabila mendengar pandangan sama ada dalam parti atau kerajaan tidak pernah menerimanya bulat-bulat. Sebaliknya beliau akan mendengar semuanya dan akhir sekali melakukan solat istikharah memohon petunjuk daripada Allah sebelum membuat keputusan,” katanya.

Baru-baru ini Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS menulis dalam blognya menghentam pembantu bapanya berkaitan isu kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ekoran itu media berjaya mencipta fenomena baru bagi memburukkan PAS menjelang muktamar tahunan yang akan diadakan Jun depan di Shah Alam.

Mohamed Daud yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mat Iraqi berkata individu tidak boleh mengeluarkan kenyataan secara terbuka berkenaan cadangan kerajaan perpaduan memandangkan ia telah disepakati akan diputuskan pada muktamar nanti.

Menurutnya sebelum ini mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat, Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa PAS Pusat telah membuat ketetapan isu kerajaan perpaduan akan diputuskan dalam muktamar Jun ini.

“Maka orang perseorangan tidak boleh membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai perkara itu kerana ia akan menggelirukan orang ramai. Bukan itu sahaja ia juga akan memberikan ruang kepada pihak musuh untuk mempermainkan isu terbabit seperti yang berlaku sekarang,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan anggota parti tidak mengunakan blog untuk mendedahkan perkara negatif mengenai orang lain kerana ia akan menguntungkan pihak musuh.

“Kita sebagai sebuah parti Islam dan tentunya perjuangan dan cara kita juga tidak sama dengan pihak lawan,” ujarnya.

Ditanya mengenai ada kawasan yang mahu jawatan tertinggi parti dipertandingkan katanya, sewajarnya jawatan utama tidak dipertanding dan terus diterajui kepimpinan ulama. Bagaimanapun beliau berpendapat bagi jawatan Naib Presiden dan anggota jawatankuasa perlu ada gandingan di antara profesional dan ulama.

Ditanya lanjut mengenai kerajaan perpaduan beliau berkata, Dewan Ulamak tiada masalah untuk menyokong cadangan itu sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam.

“Namun persoalannya adakah pihak lain boleh menerima kerajaan perpaduan itu bergerak mengikut acuan Islam,” katanya.

SU Akhbar Presiden PAS minta pembantu Tok Guru Nik Aziz sendiri yang bersuara!


PENJELASAN pembantu kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat dapat menjernihkan konflik terbuka pemimpin PAS berhubung isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor Jimadie Shah Othman untuk Malaysiakini.

"Untuk berlaku adil (kepada semua pihak), biarlah beliau (Nik Abduh), ayahnya (Nik Aziz) dan pembantunya (menjawab). Sudah tentu beliau (Nik Abduh) tidak sebut nama (pembantu itu), tetapi orang itu yang perlu menjawabnya dan memberikan reaksi," kata Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Roslan diminta mengulas jawab-menjawab beberapa pemimpin PAS berhubung kenyataan anak Nik Aziz itu yang membidas para pembantu mursyidul am PAS dengan label "mi celup" dan "sesat."

Sebagai reaksi, beberapa pemimpin PAS seperti ahli Lajnah Politik PAS Khalid Samad menyelar kenyataan itu, sementara Timbalan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan pula mempertahankan kenyataan Nik Abduh, yang juga Timbalan Ketua Pemuda Kelantan.

Mengulas lanjut fenomena itu, Roslan berkata, komentar pihak lain hanya akan "mengeruhkan keadaan" kerana kenyataan Nik Abduh itu "bertujuan menyelamatkan keadaan" dan "tidak berniat jahat".

"Saya ingat kenyataan Nik Abduh bertujuan menegur dan membetulkan keadaan. Beliau memikul tanggungjawab memberikan penjelasan. Kerana itu, beliau buat pendedahan sebagai orang yang duduk sebumbung (dengan Nik Aziz). Beliau bukan jenis orang yang buat pendedahan, kemudian lari," kata Roslan, juga Ketua Penerangan PAS Selangor.

Ditanya sama ada saranannya supaya pihak lain tidak lagi memberikan reaksi boleh dianggap menyalahi kebebasan bersuara dalam parti, Roslan berkata: "Bolehlah counter (lawan pandangan itu). Tetapi kalau hendak mencari kebenaran, biarlah dia jelaskan lagi.

"Beliau (Nik Abduh) pun setakat tulis dalam blog, bukan keluarkan kenyataan (media). Tetapi kita pula yang melompat-lompat. Biarlah beliau selesaikan dulu, kita kena berlaku adil. Beliau bukannya (bersikap) macam penulis blog yang tidak ada nama."

Menurut Roslan, pandangan exco Pemuda PAS itu berjaya "menarik minat" ramai ahli PAS mengikuti perkembangan isu kerajaan perpaduan. Ia memberikan "gambaran yang betul", katanya lagi, sekali gus membolehkan ahli-ahli "membuat keputusan yang betul" dalam muktamar PAS, awal Jun ini.

"Saya rasa beliau hendak membetulkan persepsi supaya dalam muktamar nanti, akan dibuat keputusan dengan gambaran yang betul. Kita dalam parti Islam mahukan yang terbaik. (Oleh itu) kita kena dengar pandangan semua pihak," katanya.

PAS Kawasan Parit sebenarnya tidak calonkan Nizar Jamaluddin tapi Ahmad Awang untuk kerusi Naib Prsiden PAS

PAS Kawasan Parit sebenarnya tidak mencalonkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin untuk merebut jawatan Naib Presiden parti, sebaliknya mencalonkan Ustaz Ahmad Awang ke jawatan tersebut.

Nizar kata Ketua Penerangan PAS kawasan itu, Cikgu Rafie Kasini Bahari sebentar tadi hanya dicalonkan untuk Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat sahaja. Tetapi dalam kenyataannya sebelum ini, Nizar dicalonkan sebagai Naib Presiden parti.

"Saya mohon maaf atas kesilapan maklumat sebelum ini," katanya ringkas melalui satu SMS kepada Sanggahtoksago.Com.

Sebelum ini, Sanggahtoksago melaporkan Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa, masing-masing dicalonkan semula oleh PAS Kawasan Parit pada Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja kali pertama parti itu hujung minggu lalu.

Muka baru, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (laporan sebelum ini) turut dicalonkan untuk merebut jawatan Naib Presiden bersama Mohamad Sabu dan Dato' Paduka Husam Musa. Kesemua pencalonan tersebut dibuat pada sesi mesyuarat itu.

PAS kawasan Parit telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya pada 19 April lalu dan memberi mandat kepada Jawatan Kuasa PAS Kawasan untuk menentukan pencalonan semua jawatan penting dalam parti.

Isu Kerajaan Perpaduan: Benarkah Tok Guru Nik Aziz tegur anaknya Nik Abduh?


NIK ABDUH - anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat - telah ditegur oleh bapanya selepas menulis dalam blognya, menghentam pembantu bapanya dalam isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor Jimadie Shah Othman untuk Malaysiakini.

Nik Abdul Aziz telah menghubungi anaknya itu dari Mekah, meminta beliau supaya "memadamkan kekeliruan" dan "jangan membiarkan kekeruhan bertapak lama" berhubung isu itu. Perkara itu dijelaskan oleh Nik Abduh sendiri catatan blognya semalam. Nik Aziz sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

"Saya pastinya tersentak (selepas mendapat panggilan itu). Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. Alhamdulillah, ia mengesankan, walaupun perbualan (itu) hanyalah sekitar dua, tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.

"Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama," coretnya dalam blognya semalam.

"Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu," tulisnya.

Dalam blognya sebelum ini, Nik Abduh menghentam pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Abdul Hadi.

'Tanya Nik Aziz sendiri'

Sebagai reaksi daripada kenyataan itu, seorang Naib Presiden PAS, Ahmad Awang dilaporkan berkata, dakwaan Nik Abduh boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pemimpin dan ahli PAS mengenai siapakah yang dimaksudkannya. Ahmad juga terkejut dengan tulisan Nik Abduh yang dianggap kasar apabila menyifatkan usaha pembantu Nik Aziz tersebut sebagai satu usaha yang 'sesat'.

Mengenai perkara itu, Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat bagaimanapun masih enggan mendedahkan siapakah pembantu yang dimaksudkannya itu.

"Adapun maksud saya, (mereka) adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh-puluh (orang)," coretnya yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Berhubung isu kerajaan perpaduan bersama BN, bagi mendapatkan tafsiran yang terbaik, Nik Abduh menyarankan media massa dan pembaca blognya supaya bertanyakan hal itu sendiri kepada Nik Aziz.

"Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia (Nik Aziz) sendiri. Saya tidak memerlukan jawapan itu," katanya.

Khalid Samad dakwa ada ulama 'Mi celup' lawan ulama 'Mi goreng' dalam PAS! Minta Nik Abduh namakan siapa?


NIK ABDUH - anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat - menjadi sasaran kritikan keras dua pemimpin yang dikaitkan dengan "Kumpulan Erdogan" selepas menghentam pembantu bapanya dalam isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor Abdul Rahim Sabri & Jimadie Shah Othman untuk Malaysiakini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad menyifatkan "tuduhan secara borong" Nik Abduh itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "kurang matang" dan "mengundang fitnah".

"Tuduhan semberono macam ini bagi saya tidak bertanggungjawab dan mengundang fitnah. Hasil daripada tuduhan ini, akan wujud suasana syak-wasangka dan saling tuduh-menuduh di antara pembantu-pembantu yang entah mana satu," coretnya dalam blognya hari ini.

Sebelum ini, Nik Abduh menghentam pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Abdul Hadi.

Dalam blognya sebelum ini, Nik Abduh juga menyifatkan pembantu-pembantu bapanya sebagai "mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup', lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga".

Mengulas lanjut, Khalid menasihatkan budaya "menggunakan istilah menghina terhadap sahabat seperjuangan" dalam parti hendaklah dihentikan.

"Saya harap budaya ini ditamatkan. Dan sebagai pemimpin Pemuda peringkat nasional, Nik Abduh patut menunjukkan contoh yang baik. Istilah-istilah seperti 'pejuang nafsu', 'ulama mi celup' dan sebagainya amat tidak sesuai digunakan. Ia menghina orang lain dan menzahirkan satu sikap yang terlalu angkuh," coretnya lagi.

Khalid juga berkata, dakwaan Nik Abduh bahawa bapanya "menerima muzakarah atau muqabalah, selepas bermatian menolaknya" sebagai "tidak tepat".

"TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) tak pernah menerima ‘muzakarah' dan itulah sebabnya mengapa akhirnya istilah yang diguna ditukar kepada ‘muqabalah'. Ulama 'mi celup' pun faham beza muzakarah dan muqabalah, takkan yang ulama 'mi goreng' tak faham? Yang mi goreng ini lama sikit berada dalam kuali," sindirnya.

Sementara itu, Exco Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim mendesak rakan sejawatannya itu mendedahkan nama pembantu Nik Aziz yang didakwanya cuba melaga-lagakan Mursyidul Am PAS itu dan Abdul Hadi berhubung isu tersebut. Ini kerana, kata Abdullah, tindakan tidak menamakan identiti pembantu Nik Aziz secara terperinci, boleh mendorong berlaku pepecahan dalam parti.

"Untuk mengelak daripada berpecah-belah, tolong namakan segera. Jangan berselindung di sebalik tulisan. Namakan segera," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Untuk mengelak dan menyelesaikan perkara ini, tolong namakan dan tunjukkan bukti," tambahnya. Tindakan Nik Abduh yang mendakwa pembantu-pembantu bapanya dengan tuduhan tersebut, adalah satu "tuduhan yang serius", tambahnya. Ekoran itu, kata Abdullah, hal tersebut menyebabkan ahli dan pimpinan yang lain, tertanya-tanya siapakah pembantu bapanya yang dimaksudkan.

"Mereka tertanya-tanya. Adakah ia ditujukan kepada (Setiausaha Politik Nik Aziz) Anual Bakri Haron atau (Naib Presiden PAS) Datuk Husam Musa? Dia (Nik Abduh) tak sebut nama menyebabkan orang yang dituduh tak boleh bela diri.

"Mengikut prinsip Islam, orang yang menuduh kena tunjuk bukti. Ini tidak, dia buat tuduhan orang lain kena buktikan," kata Abdullah lagi.

Rabu, April 29, 2009

Mengajak ahli PAS elakkan dari syak wasangka dan tuduh-menuduh dalam jamaah, itu yang terbaik!



SATU lagi posting Roslan SMS yang menarik untuk pengunjung blog ini. Masih darihal Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang terus mengundang kontroversi, berkenaan tulisan pada blognya. Roslan kata begini:

Saya mengutus SMS kepada adinda Nik Abduh apabila dimaklumkan tentang posting terbaru dalam blognya “Masanya memilih jalan yang lurus” di http://nikabduh.wordpress.com/

di bawah tajuk “Kerja-kerja bodoh dalam PAS”
http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/
dengan menyebut:

“Terkedu, terharu, Alhmadulilah”

Sekali lagi saya terpaksa mencatatkan dan mengakui tulus ikhlas betapa saya melihat adinda saya ini yang diasuh di bawah tangan ulamak besar kita sejak dari bayi, memang mempunyai masa depan yang cerah dalam barisan kepimpinan tertinggi PAS di masa mendatang sebagaimana ayahandanya.

Dakwahnya dalam bentuk tulisan cukup kemas, tersusun dan penuh hikmah, sesiapa pun pasti terpesona membacanya. Dakwah seumpama ini sangat berkurangna di dunia blog yang penuh dengan fitnah, kata nista dan celaan.

Malah saya mahu berkongsi di sini bahawa Tuan Guru Presiden sendiri begitu minat dan senang hati membaca tulisan-tulisan ulamak muda ini sehinggakan saya pernah diminta memuat turun posting-posting beliau untuk dibaca Tuan Guru.

Posting terbaru beliau itu “berat” dan saya pasti begitulah hatinya apabila mahu menyusun kata dan ayat bagi menghidupkan mesejnya, apa pun yang penting beliau telah terjun untuk membetulkan keadaan dan persepsi, meredakan yang gundah-gulana dan merawat yang pilu dan sedih. Saya tidak nampak beliau mahu menaik atau menjatuhkan sesiapa tetapi yang saya kesan adalah kesungguhan beliau untuk memikul tanggungjawab agar parti dan jemaah ini jangan berpecah dan dipecahkan.

PAS adalah gerakan Islam, maka dalam keadaan apa sekalipun ia perlu kembali kepada Islam, jangan ia jadi macam parti sekular, liberal, pragmatis, sosialis atau kominis. Kerana itu jika semua kita berpegang kepada prinsip Islam, maka tidak mudahlah kita terpengaruh atau terpesona dengan mana-mana pihak lain sehingga kita meminggirkan jemaah.

PAS mendakap konsep “Kepimpinan Ulamak” lebih 20 tahun lalu bagi memastikan ia tidak tersasar dari orbit Islam yang ia tawaf. Seriusnya PAS dalam hal ini sehingga suatu transformasi besar telah dilakukan pada parti, lantas melahirkan Majlis Syura Ulamak dan terbaru pimpinan urusan ulamak di peringkat kawasan-kawasan. Mengapa, kerana kita mahukan parti ini terus berada atas saf yang betul (kebutulan blog adinda Nik Abduh bertemakan: Masanya memilih jalan yang lurus).

Kerana tranformasi inilah PAS melonjak kembali ke atas setelah jatuh merudum ke bawah dari sudut prestasi di zaman akhir Asri. Para ulamak dan sukarelawan parti telah berkerja bertungkus-lumus menjayakan konsep ini, agar PAS terus relevan dengan Islamnya, dan kini ternyata ia dihormati dan disegani, tidak syak lagi kerana kuatnya pegangannya pada Islam itu.

Siapa lagi jika tidak Almarhum Ustaz Fadzil dan kedua-dua Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj Abd Hadi, serta barisan ulamak dan para professional yang ikhlas serta mahasiswa dan anak-anak muda yang bersemangat yang telah bekerja siang malam membina kembali PAS, dan hari ini PAS berada pada tahap pencapaiannya yang sangat cemerlang.

Adinda Nik Abduh dan saya percaya semua kita mahukan PAS terus kekal begini. Gandingan Mursyidul Am (dengan Majlis Syura) dan Tuan Guru Presiden begitu mantap dan jelas hala tujunya. Memang ini musim pemilihan bagi PAS, lakukanlah yang terbaik buat Islam, tetapi awas semua perhitungan dan pertimbangan perlulah berlandaskan Islam, jangan ada fitnah dan adu-domba, jangan jual-jual nama, peliharalah adab dan tertib sebagaimana yang diajar oleh agama.

Kisah “Unity Government” dimainkan kembali oleh adinda Nik Abduh di saat kononnya tiada orang mahu menyebutnya lagi. Seakan kotor dan jijik lontaran idea Tuan Guru kita. Apa yang kita tahu mengenainya?

Apa yang diberitahu pada kita? Tok Guru dan Tok Guru bertelagah? Adinda Nik Abduh telah menjelaskan, lantas bagaimana anda sekarang? Dan peringkat yang paling panas dalam posting beliau adalah apabila beliau menyebut: "Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan di antara TGNA dan TGHH.

"Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!"

Saya begitu tersentuh apabila pembantu-pembantu ayahandanya turut digodamnya. Tersentuh kerana saya juga pembantu, sebagaimana sahabat saya Dr Ahmad Samsuri, pembantu, masing-masing SU Akhbar dan Politik kepada Tuan Guru Presiden, mungkinkah kami juga jika tidak berhati-hati akan jadi jahat juga?

Insyallah setakat yang saya tahu dan begitu juga pembantu-pembantu Presiden yang lain, kami sekadar petugas, bukan penasihat. Saya pernah ditanya oleh seorang pemimpin parti, mengapa saya tidak nasihatkan Presiden (dalam satu isu yang pemimpin tadi tidak puas hati), saya sebutkan, saya ini bukan penasihatnya, tetapi pekerjanya!

Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am kedua-duanya memiliki khazanah dan penguasaan ilmu yang besar, ditambah dengan amalan dan disiplin hidup mereka sebagaimana disebut adinda Nik Abduh: "Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya."

Siapalah kami yang kecil-kecil ini untuk menjadi penasihatnya apalagi menggunakan jawatan kami untuk mempengaruhinya. Demi Allah saya sendiri sepanjang memegang jawatan ini tidak pernah sekalipun berbuat demikian, segala yang saya terima adalah pengarahan dari Tuan Guru, jika diminta pandangan kami berbincang, jika diminta maklumat saya bekalkan, begitulah kami yang bertugas di bawah Presiden PAS yang kami kasihi, hormati dan kagumi dan rela berkorban untuknya selagi mana beliau berada di jalan yang benar, insyallah.

Lalu kalau benarlah sebagaimana yang didakwa adinda Nik Abduh itu, maka kita anggota jemaah perlu melakukan sesuatu, jangan biarkan gerakan Islam kita ini kacau angkara sesiapa pun yang tidak selari dengan apa yang telah kita bina selama ini.

Bagi saya biarlah kita berpolitik secara Islam almaklum kita pun anggota jemaah Islam. Semua kita mahu menyumbang untuk kemenangan Islam, dan kemenangan ini tidak dapat diperolehi selain campurtangan dan izin Allah swt jua. Kerana itu berkasih sayanglah kita sesama kita. Berkasih sayang semasa kita susah dan kalah dahulu dan terus berkasih sayang semasa kita senang dan menang ini.

Elakkan dari syak wasangka dan tuduh-menuduh. Si anu dan si anu ada agenda dibelakang tabir, si anu dan si anu mahu meroskakkan Islam dan PAS, si anu itu subversif dalam parti, subhanallah, hentikanlah ini semua. Biar para perwakilan memilih kita berdasarkan “merit” kita. Iaitu keupayaan kita, sumbangan kita pada jemaah,komitmen kita. Zahirkan yang ini, tak perlulah menyerang dan memburukkan apa lagi memfitnah orang lain.

Semoga yang terbaik antara kita dipilih dan kita memilih bukan angkara hawa nafsu tetapi berdasarkan fakta tanpa melucutkan pakaian taqwa kita.

Nik Abduh menguraikan kekusutan, memulih yang berserabut - komen Roslan SMS tentang posting kontroversi anak Tok Guru!


ROSLAN SMS menulis begini tentang tulisan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Positif, tenang dan membina. Saya kutip pandangan beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor, dari blognya untuk tatapan para pengunjung budiman:

Ramai yang memberi ulasan, pandangan dan reaksi terhadap posting dalam blog adinda saya Nik Abduh. Nik Abduh tidak bercakap pada pemberita atau akhbar arus perdana, tetapi postingnya itu diambil bulat-bulat kerana nilai beritanya cukup berharga.

Saya mungkin tersilap, tetapi saya merasakan ia tidak bersifat memecah-belahkan jemaaah, tidak juga mencucuk dan menjatuhkan sesiapa, tetapi saya melihat ia sebagai pendedahan ikhlas semata-mata mahu menguraikan yang kusut, dan memulihkan yang berserabut.

Dalam hal ini, setiap anggota dan ahli jemaah dalam PAS terlalu kasih dan cinta pada parti dan perjuangan ini. Ia terlebih dahulu sebuah gerakan Islam bukan semata-mata parti politik, setiap ahli dididik adab dan disiplin berjemaah sebagaimana adab dan disiplin diwarisi sejak dari zaman Rasulullah saw.

Kerana itu fitnah dan adu-domba lazimnya tidak menjejaskan PAS, ia mungkin sumbing atau mengelupas di sini-sana akibatnya tetapi insyallah ia berupaya kekal utuh kerana ia dibina dengan sifat taqwa dan diperkemaskan dengan ikatan aqidah.

Memang akan ada perbezaan pandangan, memang akan ada yang tidak senang hati, tetapi kerana rujukan tertinggi kita kekal rujukan yang sama diajarkan pada kita oleh pemimpin ulung kita Nabi Muhammad saw, iaitu Quran dan Hadis, tegang mana pun perbezaan pandangan, perit mana pun ketidakpuasan hati, jemaah ini tidak terjejas. Saya masih ingat ucapan penggulungan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam muktamar yang lalu: "Pokok PAS tidak akan tercabut kerana tunjangnya Islam (walaupun mungkin bergoyang)".

Nik Abduh tidak mahu ayahandanya disalah anggap, dorongan itu bangkit saya percaya bukan semata-mata kerana Tok Guru Nik Abd Aziz itu ayahandanya (siapa yang tidak akan pertahankan bapa sendiri, dan siapa pula mahu menyalah tafsir bapa sendiri...) tetapi saya yakin lebih besar lagi kerana Tok Guru adalah Mursyidul Am kepada sebuah gerakan Islam yang didukung oleh hampir sejuta umat dirantau ini.

Biar apa yang Tok Guru maksudkan itu jelas, biar apa lontarannya itu difahami, jangan ada sesiapa pula menokok-nambah atau mengurang-ngurang atau apa lagi merobahnya sama-sekali. Atas dasar itu Nik Abduh bersilat, dan dari apa yang saya terima, ternyata pencak silatnya itu disenangi oleh banyak pihak.

Kini dengan postingnya yang kedua, beliau mengukuhkan lagi pendirian dan pandangannya apabila beliau menyebut:

Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Tok Guru Mursyidul Am yang kita kasihi kini berada di Tanah suci menunaikan umrah. Nik Abduh menulis lagi: "Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.

"Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin."

Bagi saya apa yang beliau tambah lagi dalam posting terbarunya,dengan lenggok dan bahasa penulisan yang hanya ada padanya, memang penting tetapi yang paling penting adalah kenyataan di atas. Bahawa tulisannya diberi “lampu hijau”.

Jangan langgar “lampu merah”, kalau hijau baru jalan. Saya teringat satu jenaka yang pernah disebut oleh Tok Guru ayahanda Nik Abduh. Kenderaan PAS ini kemana-mana ia pergi ia tetap berjuang PAS. Lampu hijau ia jalan, lampu merah, walaupun berhenti, injinnya tetap berbunyi, pas-pas-pas……..

Hari-hari kini akhbar melaporkan dari lidah pimpinan PAS pelbagai peringkat bahawa tidak ada krisis dan konflik antara kedua-dua Tok Guru Mursyidul Am dan Presiden. Memang tidak ada, yang ada sebagaimana didedahkan oleh Nik Abduh adalah mereka yang sengaja mencetuskan “huru-hara” bikinan ini.

Biarlah kedua-dua mereka kekal menguruskan jemaah ini kerana ia perlu dan dahagakan kepimpinan mereka. PAS telah melangkah jauh dengan payung kepimpinan ulamak ini dan ia perlu berjalan terus. Jangan kita laga-lagakan atau cetuskan konflik antara dua insan yang istimewa dalam PAS ini. YB Sdr Salahuddin Ayub dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini menyebut: "Jika anda semua saksikan apa yang telah dilakukan oleh PAS dengan diketuai oleh Datuk Seri Hadi Awang, kami telah menukar pendekatan. Kini selain mengkritik kami juga telah mampu berucap serta memberi pandangan dan gagasan ke arah penambahbaikan negara itu sendiri."

Tok Guru Presiden pernah berpasan: "Rahsia kekuatan kita (PAS) adalah kerana setiap kita (dalam jemaah ini) bersifat dengan sifat Islam."

Kita berbeza pandangan, kita masuk bertanding semuanya mestilah kekal dengan sifat ini insyallah. Hatta kita menulis dan memberikan pandangan, biarlah tidak luntur sifat ini, tala dan halakan peluru yang membunuh pada musuh bukan sama-sama para sahabat dan kawan-kawan. Sesiapa sahaja yang kendur atau luntur sifat ini perlu diperbaiki, perlu ditegur kerana arus Islam ini perlu terus bergerak, jangan dihalang-halang.

Semoga tulisan Nik Abduh itu kita baca dan kita jadikan iktibar. Suka saya mengakhiri posting ini dengan petikan dari tulisan adinda Nik Abduh yang terbaru: "Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.

"Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka. Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata-mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!"

Dakwaan Amin Iskandar dan Syed Azidi tentang kononnya PAS sertai BN Jun ini. Siapa mereka?

ISU mengenai kerajaan perpaduan diantara PAS dan Umno hangat kembali. Selagi PAS dan Umno tidak berpadu, selagi itulah isu ini tidak akan selesai sehinggalah pilihan raya akan datang, lapor Amin Iskandar pada blognya.

Teman saya, Syed Azidi (Kickldefela) mengatakan bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional pada bulan Jun ini.
Klik disini. Sama ada perkara ini benar atau tidak tidak pulalah diketahui.

Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia memberikan liputan yang meluas mengenai isu kemasukkan PAS ke dalam Barisan Nasional hari ini. Klik disini, disini, dan disini. Nampak dah terdesak sangat Umno nakkan PAS join mereka dalam BN.

Masih teringat lagi dahulu apabila membaca penghinaan demi penghinaan yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia terhadap PAS termasuklah kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Diantaranya Haji Hadi pernah dilabel sebagai pemecah belah umat. Klik disini.

Malahan Laman Web Pemuda Umno turut menghina Haji Hadi dan Nik Aziz disini. Berlambak-lambak caci maki terhadap PAS yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional. Carilah sendiri dengan menggunakan perkhidmatan Mr. Google. Berlambak-lambak ada.

Caci maki PAS kepada Umno pun handal juga. Itupun boleh dicari dengan menggunakan Mr. Google. Tapi Umno tak kisah rasanya sebab parti tersebut dah nazak. Kalau PAS masuk BN, maka kuatlah kembali parti mereka. Lepas dah kuat, boleh ulangi episod tahun 70an dulu.

Jalan terbaik ialah kembalikanlah perkara ini kepada rakyat. Buat referendum dan tanya rakyat sama ada mereka mahu atau tidak kerajaan perpaduan Umno/PAS ditubuhkan. Janganlah cari rakyat masa nak pilihanraya sahaja! Nanti kalau rakyat dah tak percaya dengan parti politik dan pilihanraya siapa yang susah?

Nota: Bacalah... untuk mengetahui rentak musuh, agar seperti kata Ustaz Nasruddin Tontawi "orang PAS sering bercakap tentang PAS kepada orang PAS dalam markaz PAS, akhirnya risalah perjuangan ini tidak lepas–lepas!" Kutiplah kelainan, informasi ibarat pisau yang tajam, tak reti guna lukalah badan!

Pro dan kontra tentang apa yang dikatakan "Unity Government" ekoran komentar Nik Abduh!


MENARIK juga untuk diperhatikan. Terdapat perdebatan "panas" tentang tajuk posting saya pada blog ini bertajuk "Tulang Besi bidas Nik Abduh tak faham penerangan ayahandanya Tok Guru Nik Aziz dalam isu "Unity Government!". Ia dikutip dari artikel Tulang Besi yang memberikan reaksi kepada tulisan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada blognya. Ekoran itu, timbul pro dan kontra berhubung isu "Unity Government". Berikut diapungkan komen-komen tersebut secara telus:
alhusseyn berkata...
Kadang kala kita perlu faham maksud sebenar kata ayah kpd anaknya yg baru jatuh dari pokok : " panjatlah lagi pokok tuh!" Maka anak yg kurang cerdik akan memanjatnya ..."
2009 April 27 23:50

Tanpa Nama berkata...
Mudah je penyelesaian masalah ni. Husam mesti meletakkan semua jawatan di dalam parti dan kerajaan Kelantan.Selepas itu Nik Abduh tidak akan sakit hati lagi dan akan diam. Sahabat Nik Abduh, Abe Jak pun akan diam.
2009 April 28 01:41

Tamban Tegeliat berkata...
Saya rasa nasihat yg last sekali tu, saudara tulang besi lebih sesuai tujukan pd dirinya sendiri... jgn bawa org lain.Pendokong Pas tak sepatutnya melayan artikel sebegini .
2009 April 28 02:27

RAJAWALI berkata...
Sabda RASULULLAH S.A.W :IMAN SESEORANG HAMBA ALLAH TIDAK AKAN LURUS SEBELUM HATINYA LURUS DAN HATINYA TIDAK AKAN LURUS SEBELUM LIDAHNYA LURUS.Hadis Riwayat AHMAD. Sekarang ni kita boleh lihat siapa yang sebenarnya berjuang kerana AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

Dari hadis diatas marilah kita renungkan sedalam dalamnya adakah pihak pembankang terutama PAS yang kononnya memperjuangkan agama yang LURUS, adakah Nik Aziz (MURSYIDUL AM PAS) mempunyai IMAN YANG LURUS sehingga LAYAK DIGELARKAN ULAMAK?????… NIZAR Suruhan DAP dan ANU-WAR ALJUBURI serta beberapa Para Pemimpin PAS yang menggunakan AGAMA untuk mendapat kuasa, pangkat dan kekayaan sehingga sanggup menghina sesama Islam mempunyai IMAN YANG LURUS… Marilah kita sama-sama renungkan….
2009 April 28 03:32

Tanpa Nama berkata...
Kepimpinan Ulama.....??? Saya nak bercerita sikit pasal kepimpinan ulama....(apa yang saya fahami)Maklumlah sejak akhir2 nie, ...bila timbul Hj Mohamad Sabu telah sebulat hati hanya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sahaja... tiada lain jawatan....

Itupun setelah confirm mendapat lebih dari 10 pencalunan kawasan yang telah bermesyuarat agung baru2 nie..... Terbaru, Perhubungan Negeri Johor telah meminta semua kawasan di Johor untuk mencalonkan Hj Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden.

Jadi beliau menawarkan diri untuk bertanding....berjaya atau tidak bukan soalnya, terpulang kepada semua perwakilan nanti. Jadi dalam PAS kita juga harus berfikiran terbuka... kalau nak undi terpulang, kalau tak mahu pun terpulang. Yang penting mesej dari Hj Mohamad Sabu ialah untuk membantu kerja2 dan tugas2 Presiden yang masih tak selesai dan perlu dibantu, antaranya ialah menghampiri rakyat khususnya "golongan marhaen", pemuda2, masyarakat Cina dan India serta lainya.

Beliau memang telah dan sedang berkorban demi PAS, beliau telah diuji dengan berbagai2 rintangan, namun kesungguhannya bersama PAS memang tetap tegar.Beliau lah juga antara orang yang mengasaskan apa yang di panggil "kepimpinan ulama" suatu masa dahulu di zaman pemudanya.... (harap tuan2 kaji sejarah PAS).

Jadi yang menjadi kecoh sekarang , bila beliau ingin bertanding jawatan Timbalan Presiden habis orang berkata, bahawa beliau bukan ulama.... apa maksudnya? Bila ada orang nak mencadangkan TG Nik Aziz menjadi Presiden.... orang marah kerana katanya tak faham?

Katanya adakah TG Nik Aziz nak turun jawatan kerana Mursyidul Am lebih tinggi dari Presiden..... Tapi , bila ada orang pula mencadangkan Dr Haron Din kepada jawatan Timbalan Presiden tak ada pula orang nak komen..... bukankah jawatan Timbalan Mursyidul Am juga lebih tinggi dari Timbalan Presiden? Jadi , sebenarnya dalam PAS ni yang paling tinggi adalah Majlis Syura Ulama... bukanlah Presiden atau Timbalan Presiden yang paling tinggi...

Sepatutnya kita tak perlu risau Presiden atau Timbalan Presiden..... sapa pun boleh kalau semua perwakilan telah memilihnya, yang penting dia memang layak dan berkelayakan serta mempunyai keikhlasan perjuangan dan membela parti PAS demi ISLAM yang kita perjuangkan.

Kalau Presiden atau Timbalan Prsiden yang kita lantik tak buat kerja, buat tak betul atau tak "perform", Majlis Syura Ulama boleh panggil, beri tunjuk sebab, atau pun Majlis Syura Ulama boleh minta dia letak jawatan atau pecat dia (kerana ia lebih tinggi) ....bukan seperti Umno mana ada semua nie....?

Jangan kita tiru cara Umno pula..... Ini baru betul..... Majlis Syura Ulama itu tinggi dan kepimpinan ulama yang di maksudkan baru kena tempatnya.... Sekarang nie saya tengok Majlis Syura Ulama masih belum tinggi kedudukannya.... macam lesu dan tak bermaya, ahli2 PAS tak kata apa pun?

Sepatutnya isu......... 1. perjumpaan muqabalah dan unity government? 2. orang bukan Islam boleh masuk PAS atau tidak? 3. sekarang ni pula isu baru ialah anak orang yang baru memeluk Islam, kerajaan benarkan hanya selepas umur 18 tahun untuk dia memilih agamanya.....

Sepatutnya semua ini diputus segera dan Majlis Syura Ulama (kerana ia lebih tinggi) mengarahkan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK2 PAS yang lain turun membawa mesej parti.... menerangkan kepada semua ahli dan rakyat, kerana itulah yang diputuskan oleh parti setelah Majlis Syura Ulama membincangkannya dan memutuskannya.

Jadi, pada saya tak salah Hj Mohamad Sabu menawarkan diri untuk Timbalan Presiden demi membantu tugas Presiden. Ahli2 PAS kena bersikap adil dan berfikiran terbuka......
2009 April 28 04:22
Tanpa Nama berkata...
Salam... maaf awak yg sebenar tak faham "Unity Government!"... ni bukan kerajaan campuran... ni kerajaan perpaduan... kerajaan perpaduan, tiada pembakang dalam kerajaan... pas, pkr, dap dan bn bergabung... bukan pas gabung dengan umno sahaja.. ok..s ila baca blog Presden PAS... Tok Guru Nik Abdul Aziz Benar, tok Guru Haji Hadi Benar, ust nik Abduh benar...
2009 April 28 04:56

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...
Assalamualaikum, saya rasa sebenarnya Tulang Besi tu yang tidak faham apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Betullah kata Tuan Guru Abdul Hadi sebahagian ahli PAS tidak faham apa itu Kerajaan Perpaduan. Janganlah Tulang besi rasa dia hebat dan saya rasa dialah salah seorang yang nak hancurkan PAS.

Unity Government!"... ni bukan kerajaan campuran... ni kerajaan perpaduan... kerajaan perpaduan, tiada pembangkang dalam kerajaan.. PAS, PKR, DAP dan BN bergabung. Kenapa tidak reti-reti lagi. Apa punya bahalul orang yang sentiasa nak menentang Presiden parti.

Bagi penerangan pun tapi hati masih buta. Ingatkan orang BN jer yang buta hati, tapi ada orang yang dalam PAS pun buta hati sampai nak lawan Presiden. Cadangan Presiden mesti kita faham dulu baru kita ulas. Jangan kita bangkang apa yang kita tidak tahu.

Nik Abduh tu dah tinggal dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dari kecil, dan dididik oleh ayahandanya. Adakah anak sebegitu tidak faham apa yang ayahandanya maksudkan. Orang yang bukan rapat dengan Tuan Guru Nik Aziz pulak lagi tahu menafsirkan apa yang Tuan Guru Nik Aziz kata. Nik Abduh pulak dikatanya salah tafsir.

Nik Abduh ni bukanlah orang bahalul, janganlah kita lupa bahawa kita bergabung dengan pakatan rakyat pun bukan atas dasar mereka terima Islam. Kita bekerjasama hanya atas dasar keadilan. Adakah PKR terima Islam sebagaimana PAS terima ISLAM.

Jawapannya tidak. Kalau mereka terima Islam tentu kedai yang menjual arak di Selangor dihadkan sebagaimana di sarankan oleh Pemuda PAS Selangor. Arak sepatutnya dijual di tempat yang tertentu dan bukan di tempat yang terbuka seperti di 7 Eleven yang mana pekerjanya adalah remaja Melayu Islam. Merekalah yang menguruskan kedai serbanika ini.

APA TINDAKAN KAMU SEMUA? KENAPA KAMU TIDAK BANTAH? APA YANG KAMU BUAT? Sedarlah, setiap cadangan dari Tuan Guru Presiden sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu bukan ditentang membabi buta.
2009 April 28 10:46

Tulang Besi berkata...
Pak Mohd Shafri, saya minta jangan lah pandang rendah terhadap saya begitu sekali. Sila baca artikel saya ini dan lepas tu nilai samada saya faham atau tidak konsep negara perpaduan ini http://www.malaysiawaves.com/2009/04/apa-perlunya-kerajaan-perpaduan-di.html
2009 April 28 15:41

Wan_jtk berkata...
Tulang besi tu skeptikelnya dah jelas, tergolong dalam mereka yang selama ni mendakwa TGNA bersama mereka. Bila anak TGNA dah jelek dengan kotak-katik ahli Pas tahap perasan macam Tulang Besi, Nik Abduh ni keluarlah artikel sebab nak pecah tembelang puak perasan ni.

Puak perasan macam Tulang Besi ni mestilah akan back smash kat Nik Abduh, kalau TGNA akuipun apa yang Nik Abduh tu kata.... Mestilah tulang besi lagi merapu mengatakan itu dan ini. Sebgaimana kata Nik Abduh: "Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan! Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keengganannya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih? Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu? Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!"
2009 April 28 16:00

Mujahid Oslo berkata...
Salam semua, kepada perwakilan PAS yang budiman, sila debat atau bahas, bangkitkan isu Unity Government pada muktamar Jun ini. Ini kerana penjelasan Tok Guru Haji Hadi pada interbiu Harakahpun tak jelas apa itu Unity Government. Dia hanya jelaskan yang orang Umno takut, orang PAS tak faham. Isunya, tiada penjelasan apa itu Unity Government?

Ada orang kata contoh negara yang ditonjolkan spt Indon dan Palestin atau Isreal itu di luar konteks? Kemudian apa kepentingannya untuk Unity Government? Dulu difahamkan untuk berdepan konflik ekonomi yang meleset, jadi perlu bergabung tapi kini bila Najib ambil alih, ia ditangguh pula atau tarik balik (tak tau mana yang betul).

Tapi isunya, ekonomi masih meleset. Ada keperluan. Mengapa Najib jadikan alasan? Sebab itu, muktamar kali ini, Presiden WAJIB jelaskan apakah yang dikatakan Unity Government itu?

Macam muktamar tahun lepas, terpaksa menjawab isu muzakarah dan muqabalah. Bukan masalah ahli, bukan karenah ahli tapi ini karenah pimpinan tertinggi. Kalau buat secara syura atau diputuskan bersama dalam AJK PAS Pusat, isu berbangkit tidak timbul.
2009 April 28 16:19

Ir Izkram Salleh berkata...
Sdra Shafry, pandangan anda tidak tepat. Tolong jelaskan kepada kami pengunjung blog ini, apa yang dimaksudkan dengan Unity Government yang tuan presiden anta perjuangkan itu? Mana negara contoh yang mengamalkan Unity Goverment? Apa asas untuk membentuk kerajaan ini?

Tanpa pembangkang macam mana? Apakah presiden tahu Indonesia itu amalkan sistem demokrasi macam mana? Adakah sama seperti di Malaysia yang perlu menang parlimen dan Dun?

Sdra Shafery jelaskan sikit macam akhbar tuan bernama SIASAH itu perjuangkan? Apa yang SIASAH telah jelaskan tentang Unity Government itu? Kami tunggu... nak tahu dan nak baca!
2009 April 28 16:25

We kob berkata...
Kepada Ir Izkram salleh.. kepada tulang besi. kepada sesiapa yg belum faham lagi: sila baca blog psdn dan harakah. Tuan Guru Nik Aziz Benar, Tuan Guru Hj Hadi Benar, Ust Nik Abduh Benar............

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...
Nash Ar-Rawy berkata: Blog April 23 Unity Government ( Kerajaan Perpaduan/Rakyat ) Unity Government (Kerajaan Perpaduan/Rakyat):

01. Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalamState Assembly" (Dewan Undangan Negeri) maupun di dalam Parliament (Dewan Rakyat) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.

02. 'Unity Government" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun merekadibayar oleh kerajaan (Rakyat) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sedia ada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" (Kerajaan Campuran) maupun 'National Front" BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan sama sekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT.

03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind-set " parliamentarians kena berubah kernatatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja; yakni ANGGOTA KERAJAAN (PILIHAN RAKYAT) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI. Justeru kerana, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan ( Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.

04. Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia (WANG RAKYAT). Justeru itu, di dalam parliament; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarangikatan dan kongkongan parti (parti hanya diguna pakai sewaktu pilihanraya sahaja). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia; automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parliament justeru kerna semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka, satu negara, satu warga. Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parliament bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasn parti masing-masing. Tenyata di dalam Parliament; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah anggota kerajaan Perpaduan (Rakyat) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.

05. Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara, Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajarsokong pembangkang (Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep guna pakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang). Kesemua akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parliament pada hakikatnya datang dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia, mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku wakil rakyat.

06. SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT) THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA.

07. 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dlm berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru, nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.

08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA: MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA; Nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur ( " Negara yang makmur , aman damai dan mendapat keredhaan Allah Hu Ta'ala.

09. PDRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua Turus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada "Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratusdibawah kuasa Parliament (DYMM Agong). Justuru, ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam "Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala, dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan "Bias" dan berkepentingan Kroni bisa bertapak kerna PM , Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan (Mahkamah) jika berlaku korupsi, salahguna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik. Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yag dipaksakan utkmenyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma. Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannay di cekup bawah ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.

10. "Unity Government" juga bererti; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman(Judisciary) atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif (Speaker). Tetapi berlakumnya '"Separation of Powers" secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu:

i] Judiciary (badan Kehakiman )

ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative (Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH. THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parliamen membolehkan AKta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksa kerana "la ikro hafideen" (Tidak ada paksaan dalam agama / There's No Compulsion In Religion). Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be a abide to the presentcivil Law.


SEMANGAT ' UNITY GOVERNMENT '

01. Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut (Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut)... Al Qur'anii) Amal ma'ruf nahi mungkar (Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan ... sumber Al Qur'aniii) Tegakkan agama (Ad-deen) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah.

02. Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu )sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai.

03. 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan dasar, agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepadakerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas, betul dan tepat daripada mulut ketua-ketuaparti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.

04. 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasarkerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi.

05. Siaran langsung keseluruhan sidang Parliamen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang'censorship'supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur, siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.

06. Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CHAP JARI (DAKWAT) digunapakai,semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara "ON-LINE".

07. Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesyenal dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor, peguam, intelektual, professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parliamen (DYMM AGONG) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan nilai-nilai sejagat dan universal sebagai mana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASASFUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA (RAHMATAN LIL ALAMIN) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE.

Nash Ar-Rawy/23.04.09 (http://www.nashsisepuluh.spaces.live.com/) Email ID/YM Chat: nasharrawy.nasser@yahoo.com KALAU MASIH TIDAK FAHAM LAGI MEMANG SAH BUTA HATI. INILAH ANTARA KONSEPNYA !
2009 April 29 09:43

Tulang Besi berkata...
Apa Perlunya Kerajaan Perpaduan di Malaysia? Banyak yang diperkatakan berkenaan isu ini oleh ramai orang. Saya nak ambil dari perspektif berbeza sedikit, yakni, samada Kerajaan Perpaduan (National Government) ini diperlukan atau tidak dalam konteks Malaysia sekarang ini.

Alasan yang diberikan untuk sebuah kerajaan Perpaduan adalah supaya Malaysia dapat menghadapi kemelesetan ekonomi yang bakal dihadapi oleh Malaysia. Diharapkan dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan ini dapat memastikan Malaysia dapat menghadapi masaalah ini.

Dari sudut praktikal, izinkan saya menaqal dari artikel Khalid Samad: "Untuk cadangan ini berjaya, semua pihak yang terlibat mesti sanggup mementingkan negara lebih dari kepentingan parti atau diri sendiri. Secara umumnya ia satu cadangan yang baik, sekiranya syarat-syarat ini dapat dipenuhi. Malangnya BN masih lagi istiqamah dengan budaya politik pengautan kekayaannya dan adalah amat sukar untuk saya membayangkan BN akan bersetuju.

Dan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang dilaporkan oleh Ustaz Nik Abduh dalam artikelnya "kerja kerja bodoh dalam PAS": ”Selamba saja ayahanda memberi komen. Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.

Secara mudahnya, UMNO tidak boleh dipercayai. Mereka boleh memfitnah bekas timbalan Presiden mereka sendiri semata-mata untuk membolehkan Daim Zainuddin mengadakan "bail-out" untuk menyelamatkan bisness beliau dengan duit rakyat. Adakah parti ini kita hendak mempercayai? Mustahil UMNO akan memberi kita kuasa ke atas kementerian yang strategik dan kritikal, mustahil UMNO akan memastikan ketelusan 100% di dalam pentadbiran kelak, mustahil UMNO akan bersikap adil dan saksama di dalam kerajaan itu nanti.

Benar kenyataan Tok Guru Nik Aziz. Tidak mungkin UMNO akan bersikap mulia sebegitu. Mana ada negara dalam dunia menubuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi kemelut ekonomi pertama sekali, Bank Negara dan Kerajaan Malaysia kerap kali menyatakan bahawa Malaysia tidak terkesan dari krisis "sub prime mortgage" yang telah menghancurkan sektor kewangan Amerika.

Keduanya, mana ada negara dalam dunia ni yang menubuhkan kerajaan nasional untuk menghadapi kemelesetan ekonomi ini? Kita tak dengar kerajaan Labour di United Kingdom menubuhkan kerajaan nasional dengan Conservative dan Liberal Democrats. Kita tidak dengar Kerajaan Conservatif Paul Martin di Canada menubuhkan kerajaan nasional dengan party Liberal Demokrat di Canada.

Kita tidak dengar party Demokrat dan Republican di USA menubuhkan kerajaan nasional. Malahan sewaktu Perang Dunia Kedua pun Amerika tidak menubuhkan kerajaan Nasional. Kerajaan Nasional atau Perpaduan adalah kerajaan yang ditubuhkan atas dasar menghadapi darurat serta gawat yang dahsyat dalam sesuatu negara.

Apabila berlaku darurat maka semua institusi kerajaan digantung. Maka, yang akan berfungsi hanyalah kerajaan, dan untuk mengelakkan kerajaan itu dikawal oleh satu parti sahaja, maka kerajaan nasional ditubuhkan. Apa kaitan Kerajaan Nasional dan menghadapi kemelesetan ekonomi?

Saya tahu, penasihat-penasihat di sekeliling Presiden tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan ekonomi ataupun sains politik. Mereka cuma mahu membawa Presiden ke arah membawa PAS kepada BN. Pada hakikatnya, sesiapa pun tahu yang Kerajaan Nasional tidak menjamin Malaysia mampu menghadapi masaalah ekonomi yang kian mendatang.

Tetapi Penasihat-Penasihat Presiden PAS adalah penyokong Fraksi UMNO yang terkenal seperti Roslan SMS. Mereka mahu PAS menyertai UMNO di dalam apa-apa bentuk koalisi ataupun kerjasama formal. Maka idea songsang kerajaan perpaduan ini pun dilayangkan. Ianya adalah satu bentuk "smokescreen" (skrin asap) bagi menyorok tujuan utama mereka, bekerjasama dengan UMNO.

Tetapi oleh kerana Penasihat-Penasihat Presiden PAS ini rendah pengetahuan mereka berkaitan dengan ekonomi atau sains politik, maka cadangan mereka ini ternampak keboborakannya. Maklumlah, bangkai gajah mana boleh tutup dgn daun nyiru.

Tugas terbaik Pakatan Rakyat dan PAS dalam menghadapi kemelut ekonomi yang mendatang sebagai parti yang masih pembangkang di Pusat, dan memerintah beberapa negeri, PR dan PAS dapat memainkan beberapa peranan yang lebih bermakna:

a. Menukar kerajaan dengan menghidupkan kembali projek Sept 16.
b. Menjadi pembangkang yang efektif terutamanya di dalam memerangi korupsi. Ini kerana masaalah utama ekonomi negara sekarang ini adalah korupsi dan bukannya pemperlahanan ekonomi dunia.
c. Menjalankan stimulus-stimulus ekonomi yang tersendiri di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Tetapi hendaklah dipastikan stimulus tersebut berjalan dengan baik dan teratur.
d. Mengurangkan kehimpitan kehidupan yang dihadapi oleh rakyat di negeri2 pemerintahan Pakatan Rakyat dengan program-program kebajikan tersendiri.dan banyak lagi.

Penasihat-penasihat Presiden PAS tidak tahu pasal ekonomi dan politik. Mereka tidak tahu pun bagaimana hendak membaca Belanjawan Negara ataupun Negeri. Untuk menulis Belanjawan pula jauh sekalilah. Yang mereka tahu adalah membawa teori-teori yang tidak praktikal dan membawa kesan negatif kepada parti seperti teori kerajaan perpaduan ini.Mereka sepatutnya dibuang kerja dan Presiden harus mengambil penasihat-penasihat baru. - Tulang Besi
2009 April 29 11:07
Tulang Besi berkata...
Mohd Shari Shamsuddin, penerangan teori teknikal berkenaan Kerajaan Perpaduan awak tu saya puji lah. Tapi sikit pun awak tak terang apa tujuan Kerajaan Nasional ini? dan awak tak bahas dari segi PRAKTIKALITI dalam konteks Malaysia. Itu tak masuk lagi perangai UMNO yang suka menipu. Jadi, Tok Guru Nik Aziz lagi pandai dari pemegang2 PHd di sekeliling Presiden PAS.
2009 April 29 11:10