KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 30, 2009

SU Akhbar Presiden PAS minta pembantu Tok Guru Nik Aziz sendiri yang bersuara!


PENJELASAN pembantu kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat dapat menjernihkan konflik terbuka pemimpin PAS berhubung isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor Jimadie Shah Othman untuk Malaysiakini.

"Untuk berlaku adil (kepada semua pihak), biarlah beliau (Nik Abduh), ayahnya (Nik Aziz) dan pembantunya (menjawab). Sudah tentu beliau (Nik Abduh) tidak sebut nama (pembantu itu), tetapi orang itu yang perlu menjawabnya dan memberikan reaksi," kata Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Roslan diminta mengulas jawab-menjawab beberapa pemimpin PAS berhubung kenyataan anak Nik Aziz itu yang membidas para pembantu mursyidul am PAS dengan label "mi celup" dan "sesat."

Sebagai reaksi, beberapa pemimpin PAS seperti ahli Lajnah Politik PAS Khalid Samad menyelar kenyataan itu, sementara Timbalan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan pula mempertahankan kenyataan Nik Abduh, yang juga Timbalan Ketua Pemuda Kelantan.

Mengulas lanjut fenomena itu, Roslan berkata, komentar pihak lain hanya akan "mengeruhkan keadaan" kerana kenyataan Nik Abduh itu "bertujuan menyelamatkan keadaan" dan "tidak berniat jahat".

"Saya ingat kenyataan Nik Abduh bertujuan menegur dan membetulkan keadaan. Beliau memikul tanggungjawab memberikan penjelasan. Kerana itu, beliau buat pendedahan sebagai orang yang duduk sebumbung (dengan Nik Aziz). Beliau bukan jenis orang yang buat pendedahan, kemudian lari," kata Roslan, juga Ketua Penerangan PAS Selangor.

Ditanya sama ada saranannya supaya pihak lain tidak lagi memberikan reaksi boleh dianggap menyalahi kebebasan bersuara dalam parti, Roslan berkata: "Bolehlah counter (lawan pandangan itu). Tetapi kalau hendak mencari kebenaran, biarlah dia jelaskan lagi.

"Beliau (Nik Abduh) pun setakat tulis dalam blog, bukan keluarkan kenyataan (media). Tetapi kita pula yang melompat-lompat. Biarlah beliau selesaikan dulu, kita kena berlaku adil. Beliau bukannya (bersikap) macam penulis blog yang tidak ada nama."

Menurut Roslan, pandangan exco Pemuda PAS itu berjaya "menarik minat" ramai ahli PAS mengikuti perkembangan isu kerajaan perpaduan. Ia memberikan "gambaran yang betul", katanya lagi, sekali gus membolehkan ahli-ahli "membuat keputusan yang betul" dalam muktamar PAS, awal Jun ini.

"Saya rasa beliau hendak membetulkan persepsi supaya dalam muktamar nanti, akan dibuat keputusan dengan gambaran yang betul. Kita dalam parti Islam mahukan yang terbaik. (Oleh itu) kita kena dengar pandangan semua pihak," katanya.

5 ulasan:

TBO berkata...

salam

Roslan SMS pun jangan lah sibuk sama dok diam udah le

Tanpa Nama berkata...

asslamaualaikum....
pada pendapat saya kenapa lah pulok pembantu TGNA perlu bersuara.
kenapa tidak nik abduh saja yang nyatakan.berani keluar kenyataan beranilah tunjuk kan bukti.Roslan Sms jangan jadi bodoh dan pengampu saja....
setelah saya teliti apabila sesuatu perkara yang dilontarkan oleh puak kerajaan perpaduan akan ada juak2 yang akan mengampu..seperti Roslan SMS.Nasaruddin Tantawi,Nik abduh,Zolkarnain perlis dah banyak lag lah pengampu untuk kerajaan perpaduan.....
peringatan jangan buak kerja bodoh nak baik semula ngan umno...


diraf Melaka

Rusli Ghazali berkata...

Roslanpun nampak ada udang sebalik mi. Diam sudahlah. Sdra kalah di Kelana Jaya ketika merebut mempertahankan YDP patut jadi pengajaran.

Kenapa perlu pembantu yang dituduh pulak yang kena bersuara? Sedangkan mungkin Nik Abduh menembak orang lain? Inilah bahawanya Nik Abduh dan orang Islam yang lain menembak secara rambang.

Ia jelas boleh menimbulkan fitnah. Roslan sepatutnya tidak menyeuarakan pandangan begitu. Biar Nik Abduh selesaikan dengan Tok Guru Nik Aziz dan Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Haji Rusli Ghazali
Shah Alam

TBO berkata...

salam

Komen dan Ulasan TBO tak pernah disiarkan oleh Ustaz Zolkharnain, hanya yg pro kpd dia dan komen yg anti husam musa je yg diluluskan.
Macam mana orang PAS dah jadi macam ni. Orang german kata what happened

abdrahim kassim berkata...

Kalau Nik Abduh tahu siapa yang rosakkan hubungan ayahnya dengan Tuan Guru Haji Hadi, dedahkan sahaja. Jangan jadikan ianya sebagai fitnah.

Saya percaya tidak akan ada ahli PAS yang mahu pertahankan seseorang itu, kalau terbukti ianya mahu merosakkan PAS.

Kalau nak mengatakan orang tu biarlah bertempat. Jangan ikut sedap sahaja, kata orang belajar ugama "mee celup".

Kalau ikut istilah Nik Abduh, Mat Sabu pun termasuk dari jenis belajar ugama secara "mee celup".

Tapi bolehkah kita menafikan kehebatan Mat Sabu dalam perjuangannya bersama PAS.

Sebab itu saya kata saya dalam blog saya, "saya tidak suka orang bongkak"