Jumlah Paparan Halaman

Ahad, Januari 16, 2011

Skandal kerugian MAS: Tajuddin Ramli lebih kebal daripada Raja-raja Melayu?


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempersoalkan adakah keududukan Tan Sri Tajuddin Ramli lebih kebal daripada Raja-raja Melayu memandangkan langsung tidak ada pendakwaan terhadap beliau. Tegasnya, SPRM turut mengakui menemui bukti dalam siasatannya terhadap penyelewengan yang membabitkan Tajuddin, tetapi sehingga kini tiada sebarang pendakwaan dibuat.

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mengalami kerugian sehingga RM8 billion ketika Tan Sri Tajuddin Ramli menjadi pengerusi eksekutif bagaimanapun masih tidak ada tanda-tanda kerugian itu disiasat secara serius oleh kerajaan.

Malahan PAS turut mencadangkan satu Suruhanjaya Di Raja dibuat bagi menyiasat aduan MAS terhadap Tajudin serta konco-konconya. Apa yang dikesalkan, kata Salahuddin, tidak ada sebarang pendakwaan terhadap Tajuddin Ramli memandangkan kes itu telah berlaku lebih dari lima tahun. 

Sebelum ini, beliau yang juga berada dalam Jawatankuasa Khas SPRM mendakwa agensi kerajaan tidak mengambil berat terhadap kes itu.  Isu MAS ini sudah dilaporkan kepada SPRM, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), PDRM, dan Pengerusi Jawatankuasa Khas SPRM yang sehingga kini tidak ada pendakwaan terhadap Tajuddin. 

"Kenapa tiada perkembangan terhadap isu besar seperti ini yang membabitkan kerugian berbillion, duit rakyat. Kes PKFZ apabila disiasat dan dibongkarkan akhirnya penjenayah yang terlibat didakwa, bagitu juga dalam kes Khir Toyo, " katanya.

Tajuddin menerajui MAS dari tahun 1994 hingga 2001. Laporan SPRM bertarikh Mei 2009 mendakwa Jabatan Peguam Negara enggan mendakwa Tajuddin walaupun ketua CCID ketika itu Dato' Ramli Yusoff memberi jaminan pada 2007 bahawa ia ada menemui kesalahan-kesalahan yang boleh dibuktikan. 

Kerugian utama yang direkodkan di bawah Tajuddin termasuklah penempatan semula operasi kargo MAS di Amsterdam dan Frankfurt  sebagai satu hub tunggal di Hanh, Jerman yang mana syarikat penerbangan dipaksa menyertai kontrak pesawat yang merugikan dengan sebuah syarikat didakwa mempunyai kaitan dengan keluarga Tajuddin.

0 ulasan: