Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Harga Minyak atau Protes menentang kenaikan harga petrol yang dijangka akan berlaku pada bulan depan. Jurucakapnya, Dr Mohd Hatta Ramli berkata pihaknya tidak pasti dapat mententeramkan rakyat sekiranya berlaku kenaikan harga barangan lagi selepas ini.
"Jika berlaku kenaikan harga petrol lagi selepas ini maka kita tidak dapat pasti kita akan dapat mententeramkan keadaan rakyat ekoran tekanan ekonomi yang semakin kuat," katanya. Menurutnya, jika desas-desus kenaikan tersebut benar, maka ianya adalah sesuatu yang sangat tidak sepatutnya berlaku memandangkan Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar minyak dunia atau Opec.
Hatta berkata, sekiranya ia (kenaikan) berlaku Protes akan mengambil tindakan yang selanjutnya setelah mengadakan perbincangan bersama jawatankuasanya. Ketika menyentuh mengenai pemberian subsidi pula, beliau mendakwa subsidi yang diberikan kerajaan adalah tidak menyeluruh.
"Bagaimanapun kita berharap agar kerajaan tidak bertindak mengurangkan subsidi yang telah sedia ada," ujarnya.
Sementara itu, Hatta yang juga Bendahari PAS turut menyokong kenyataan iaitu harga minyak, barang atau apa jua dinaikkan tidak akan mengalami penurunan. "Kalau di pasaran dunia, harga minyak turun dan naik sebaliknya di negara kita apabila ia naik, sudah pasti ianya tidak akan turun lagi," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyatan Pakar Matematik Gunaan Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin ketika menjawab persoalan mengenai apakah kenaikan harga minyak dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat dalam satu wawancara akhbar Sinar Harian baru-baru ini.
Menurut laporan berkenaan Hamid Yeop dipetik sebagai berkata harga bahan api boleh diturnkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ujarnya ditemui semasa kajian pada tahun 2008 yang lalu.
"Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia, ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen sahaja," katanya.
1 ulasan:
Whаt a stuff of un-ambiguіty and pгeѕervеnesѕ of valuаble exρеrience
abоut unexpeсtеd feelings.
Heгe is mу weblog: payday loans
Catat Ulasan