KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Januari 16, 2011

Nak kipas Najib: Tokoh akademik jadi 'tukang ampu' BN


PAS membidas sikap segelintir ahli akademik pengampu yang hanya memberi kenyataan setaraf dengan minda Ketua Cawangan Umno sahaja, kata Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad. Mereka cuba berlakon seperti orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi hakikatnya masyarakat kampus sudah mangli dan kenal sikap kepura-puraan tokoh-tooh akademik berkenaan.

"Mereka hanya memberi kritikan kepada 'Janji 100 Hari Pakatan Rakyat' yang dianggap boleh memusnahkan negara kerana negara akan pincang dari segi kewangan.  Rakyat tidak dengar pula komen mereka mengenai projek Menara Warisan 100 tingkat yang bernilai RM5 bilion, peruntukan kepada projek PERMATA sebanyak RM111 juta. Pada hal ia bukan sebuah kementerian, tarafnya seperti Belia 4B Rembau sahaja," katanya.

Menurut Ustaz Idris lagi, ahli akademik pengampu ini membisu ketika wang negara di faraid  kepada APCO Yahudi sebanyak RM77 juta setahun. Beliau juga kecewa kerana golongan ini tidak memberi apa-apa komen mengenai subsidi kepada  Penjana Kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion, sedangkan untuk 27 juta rakyat sebanyak RM11 bilion dihapuskan.

"Ketika rakyat bawahan mengikat perut kerana harga barang naik akibat naiknya harga petrol, waktu ini di mana suara ahli akademik pengampu ini?" soalnya tegas.

Bekas Naib Ketua Pemuda PAS Pusat itu juga meminta ahli akademik di menara gading agar tidak merosakkan nilai akademik dan memalukan status intelektual dengan memberi komen hanya untuk mengampu dan tidak mempunyai nilai akademik. 

"Mereka adalah kelompok yang tidak popular di kampus baik dari segi pengajaran dan penyelidikan. Kelebihan yang ada hanyalah mengampu penguasa negara dengan harapan untuk naik pangkat. Jangan hanya kerana nila setitik, susu sebelanga rosak," ujarnya sinis. Ustaz Idris juga mengingatkan ahli akademik yang hendak menjadi pengampu dan melawan arus kebangkitan rakyat supaya berfikir dengan matang.

"Sekarang bukan zaman batu, tetapi zaman rakyat boleh mengetahui maklumat beribu batu. Sepatutnya sebagai ahli akademik mereka cuba membentuk pemikiran rakyat dengan berfakta, walaupun teguran itu terkena kepada Pakatan Rakyat. Inilah politik Malaysia yang diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia," tegasnya lagi. 

Tiada ulasan: