KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Jun 30, 2012

Skandal Scorpene: Mengapa Najib "gentar" ke Perancis timbulkan prejudis


Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi saksi dalam kes Scorpene di Mahkamah Perancis menimbulkan prejudis di kalangan rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Anwar, Najib sepatutnya mempunyai keberanian untuk hadir pada perbicaraan itu bagi membersihkan namanya sejak didakwa terlibat dengan skandal berkenaan.

"Keengganan beliau hadir bukan saja menimbulkan prejudis dan prasangka di kalangan rakyat, sebaliknya dunia juga sedang melihat setakat mana keberanian  dan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh beliau. Sedangkan lebih dari 100 dokumen yang menjurus ke arah pembabitan tersebut telah diperolehi oleh Mahkamah Perancis," ujarnya ketika berucap di Stadium Keladi, Kulim 29 Jun lalu.

Bercakap kepada lebih 15,000 hadirin, Anwar turut membidas media arus perdana yang cuba menyembunyikan kes melibatkan rasuah jutaan ringgit itu. "Jangan kita harapkan keadilan media jika membabitkan kepimpinan Umno-BN walaupun jelas Najib mesti hadir ke sana," tegasnya disambut sorakan hadirin yang mahu Najib segera menjawab cabaran tersebut.

Hadir sama dalam majlis itu Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Exco Kerajaan Kedah, Datuk S.Manikumar dan barisan kepimpinan PR Kedah. Baru-baru ini, laman web Asia Sentinel memuatnaik 153 dokumen siasatan polis Perancis, yang mendedahkan urusniaga Scorpene membabitkan kerajaan Malaysia dan syarikat pertahanan Perancis, DCNS.

Ia susulan penafian menteri pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan tiada maklumat mengenai jualan rahsia pertahanan negara dan transaksi Scorpene dibuat mengikut peraturan. Kes Scorpene melibatkan komisen ratusan juta ringgit itu difailkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan memasuki peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) sejak Mac lalu.

Felda bakal rugi besar dengan pengapungan saham FGVHB?


Pengapungan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) pada 28 Jun ini berkemungkinan besar tidak akan membawa berita gembira kepada bakal pelabur. Masa dan ketika pengapungan amat tidak kena memandangkan arah aliran yang tidak menentu di dalam pasaran saham Malaysia dan dunia sekarang. Tambahan lagi, ekonomi dunia tidak sihat dengan beberapa negara Eropah menghadapi krisis hutang dan pelbagai negara lain termasuk Malaysia berdepan dengan kadar pertumbuhan rendah dan menurun.  

Justeru, ada kemungkinan harga saham FGVHB akan jatuh di bawah harga IPO (harga tawaran awam awal) pasca pengapongan sepertimana yang telah menimpa saham Facebook dan pelbagai lagi saham syarikat yang senasib dengannya. Maklumat terpercaya memberitahu pada mulanya harga IPO saham FGVHB dicadangkan pada RM5.85 se saham tetapi akhirnya bila pengapongan diluluskan Suruhannya Sekuriti Malaysia, harga didapati telah diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunaan sebanyak RM1.20 atau 20.5 peratus dari harga awal. Ini mengambilkira - berasaskan akaun terkini yang terkandung di dalam prospektus yang telah diluluskan - prestasi FGVHB yang tidak berapa memberangsangkan kebelakangan ini.

Juga, penurunan harga IPO terpaksa dibuat memandangkan pasaran saham yang lemah dan tidak menentu. Harga yang terlalu tinggi (over-pricing) boleh memantulkan selera pelabur sehingga mereka mengambil sikap berhati-hati sebelum melanggan saham termasuk saham FGVHB yang bakal diapongkan ini. Penerbit (Felda) saham pula tidak mahu berdepan dengan situasi saham yang diterbitkan bermasalah untuk dijual sehingga badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, KWAP dan seumpamanya terpaksa dikerah untuk menyelamatkan keadaan.

Pada harga RM5.85 se saham, pengapungan 2,188,890,000 (2.2 bilion) unit saham FGVHB menjana kira-kira RM12 bilion tetapi pada harga RM4.65 dana dijana hanya kira-kira RM10 bilion, kerugian sebanyak RM2 bilion. Hatta, belum disenaraikan pun harga telah jatuh, maka kemungkinan bahawa harga pasca pengapungan juga boleh jatuh tidak boleh ditolak sama sekali. Felda, yang bakal menawarkan seluruh sahamnya dalam FGVHB untuk dijual, iaitu, berjumlah 1,208,890,900 (1.2 bilion) unit atau 33 peratus dari seluruh saham yang bakal diapongkan, akan kerugian RM1.4 bilion akibat daripada penyemakan menurun harga IPO saham FGVHB ini. Pada harga RM 5.85 se unit, ia menjana RM7 bilion tetapi pada harga RM4.65 se unit, ia hanya menjana RM5.6 bilion. Mengambilkira harga yang tidak memberangsangkan ini, sepatutnya cadangan penyeneranain FGVHB ditangguhkan ke suatu waktu yang lebih baik supaya Felda tidak rugi besar. 

Soalnya: Kenapakah Perdana Menteri mahu menyenaraikan juga FGVHB dalam suasana pasaran yang tidak menentu yang jelas menyebabkan kerugian besar kepada Felda?  Sikap ini amat sukar difahami. Penganalisis berpendirian penyenaraian FGVHB dibatalkan sahaja kerana tiada apa-apa untungnya kepada 112, 635 orang peneroka dan 1.6 juta ahli keluarga mereka. Wajar bakal pelabur-pelabur mengambil iktibar dari bencana yang telah menimpa saham Facebook kerana pengapongan saham Facebook di Bursa Saham New York, Amerika Syarikat pada 18 Mei 2012 lalu adalah yang terbesar di dunia setakat ini dan pengapongan saham FGVHB pula adalah yang kedua terbesar. 

Tidak boleh ditolak bahawa bencana yang telah menimpa saham Facebook boleh juga menimpa saham FGVHB. Lagi pun, Perdana Menteri telah menjadikan pengapongan saham Facebook sebagai tanda aras (benchmark) kepada pengapongan saham FGVHB. Pengapongan saham Facebook pada 18 Mei pada harga IPO USD38 se saham menjana USD104 bilion untuk Facebook, yang tertinggi di dunia tetapi sejak pengapongan, harga telah jatuh teruk mencecah harga terendah USD25.52 se saham, iaitu, jatuh sebanyak 32.8 peratus. Untuk menyekat kejatuhan harga berterusan, Facebook melancarkan kempen perhubungan awam besar-besaran mulai hari Selasa, 12 Jun 2012 tetapi harga hanya pulih sedikit kepada USD27.40 pada waktu tutup perniagaan pada hari berkenaan, menunjukkan bahawa pengiklanan secara besar-besaran pun tidak mampu menghasilkan kesan yang diharapkan. 

Prestasi lemah saham Facebook ini memeranjatkan ramai pelabur. Dengan membeli saham Facebook, ramai pelabur mengharapkan untuk menjadi kaya dengan segera tetapi dalam tempoh sebulan sejak penyenaraian, satu pertiga daripada nilai pelaburan telah terhakis. Ramai yang menjadi papa. Selain daripada saham Facebook, banyak lagi saham yang menerima nasib seperti Facebook, iaitu, harga merudum pasca pengapongan. Setakat 30 Mei 2012, harga saham syarikat-syarikat berikut (ini contoh sahaja) telah jatuh teruk selepas pengapongan: Ini menunjukkan dengan jelas bahawa masa sekarang bukanlah masa yang terbaik untuk mengapongkan saham apatah lagi saham yang amat besar jumlahnya sperti FGVHB ini.

Kini, ramai pelabur mengambil tindakan undang-undang terhadap Facebook. Pada hari Rabu, 13 Jun 2012, tiga pelabur telah memfailkan saman menuduh Facebook dan penanggungnya (its underwriters) gagal mendedahkan kepada pelabur-pelabur maklumat bahawa penganalisis  telah menyemak turun unjuran hasil bagi suku tahunan dan tahunan 2012 sebelum hari pertama urusniaga saham berkenaan bermula (Jumaat, 18 Mei 2012). Maklumat ini adalah "material information" yang wajar didedahkan kepada  semua pelabur-pleabur.

Saman ini kemudian (pada hari yang sama) disusuli oleh satu tindakan saman berkumpulan (class-suit action) yang difailkan oleh firma guaman Robbins Geller Rudman & Dowd, menamakan Facebook, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg dan penanggung-penangung utama penyenaraian itu termasuklah Morgan Stanley, JPMorgan Chase, Goldman Sachs, Merril Lynch dan Barclays Capital sebagai tertuduh. 

Menurut siaran akhbar firma berkenaan, mereka dituduh melanggar  Securities Act 1933. Saman berbunyi:  "Pada atau sekitar 16 Mei 2012, Facebook memfailkan dengan SEC Borang S-1/A Penyata Pendaftaran (Registration Statement) untuk IPO.  Pada atau sekitar 18 Mei 2012, Prospektus yang merupakan sebahagian daripada 'Registration Statement' menjadi efektif dan tertuduh (defendants) telah menjual 421 juta saham biasa Facebook kepada orang awam pada harga USD38 se saham dan menjana hasil jualan melebihi USD16 bilion. Saman menuduh bahawa 'Registration Statement' dan Prospektus yang diterbitkan berhubung dengan IPO berkenaan adalah falsu dan menyeleweng (false and misleading) menyalahi Securities Act. Penuduh berkeyakinan bahawa tertuduh telah gagal mendedahkan maklumat bahawa Facebook telah mengalami penurunan yang ketara di dalam pertumbuhan hasil (revenue) berpunca dari penambahan penggunaan Facebook app atau sesawangnya melalui 'mobile devices' berbanding melalui traditional PCs. Pada masa IPO, Facebook telah mengarahkan penanggung-prnanggungnya menurunkan unjuran prestasi bagi tahun 2012. Penyemakan semula ini adalah 'material information' yang sewajarnya dikongsi dengan semua pelabur-pleabur tetapi tertuduh hanya mendedahkannya secara berpilih-pilih kepada pelabur-pelabur tertentu (certain preferred investors) dan telah tidak memasukkan 'material information' berkenaan di dalam Registration Statement dan/atau Prospektus."

Seorang peguam sekuriti yang pakar, Chris Keller (rakan kongsi firma guaman Labaton Sucharow) berpendapat bahawa "kes ini (saman terhadap Facebook)  besar dan agak kuat". Sesetengah penganalis pasaran melihat bahawa kejatuhan berterusan harga saham Facebook mulai hari Jumaat, 18 Mei 2012 (hari ia mula diniagakan)  di sebabkan oleh "too many shares were offered at too high a price causing a supply-demand imbalace that lead to the stock falling as much as 18% from it $38 offering price." - ("terlalu banyak saham ditawarkan pada harga yang terlalu tinggi menyebabkan penawaran dan permintaan tidak seimbang  menyebabkan harga saham jatuh sehingga 18 peratus dairpada harga tawaran $38").

Penganalisis pasaran menganggap pengapongan saham Facebook adalah "botched IPO" dan pengawalselia pasaran kewangan, iaitu, Securities and Exchabge Commision dan Senate Banking Committee dilaporkan telah mengambil maklum akan hal ini dan akan bertindak. Kalau Facebook dikatakan gagal mendedahkan 'material information' kepada pelabur, maka penganalisis melihat bahawa di dalam kes penyenaraian FGVHB terlalu banyak 'material information' yang gagal didedahkan oleh pengurus terbitan dan bank-bank penangung kepada bakal  pelabur.

Diperhatikan bahawa prospektus ditulis di dalam Bahasa Inggeris yang memang tidak difahami langsung oleh peneroka-peneroka Felda yang bakal melabur di dalam sahm FGVHB ini. Tidak ada usaha dan program yang teratur untuk memberi kefahaman secukupnya kepada bakal pelabur mengenai pengapongan saham FGVHB ini. Malah, ada permohanan dibuat oleh penerbit saham bagi dikecualikan dari mendedahkan maklumat mengenai prestasi anak-anak syarikat FGVHB di luar negara. Kalau Facebook disaman oleh pelabur-pelaburnya, maka adalah lebih wajar kalau pelabur-pelabur juga menyaman FGVHB.

Penganalis berpendapat bahawa harga saham FGVHB setelah diampungkan dan dijual beli nanti berkemungkinan menghadapi nasib yang sama dihadapi saham Facebook, iaitu, harga akan jatuh di bawah harga IPO menyebabkan kerugian kepada pelabur-pelabur. Sebabnya, antaranya ialah, pertama, memandangkan terlalu banyak unit saham ditawarkan berbanding permintaan, sama seperti dalam kes saham Facebook.

Kedua, masa dan ketika saham FGVHB diapongkan tidak kena kerana pasaran saham dalam negeri dan dunia seluruhnya sedang berdepan dengan suasana ketidaktentuan dan aliran menurun. Ketiga, faktor-faktor  fundamental bagi syarikat FGVHB itu sendiri tidak memberangsangkan – produktiviti ladang yang rendah dan menurun kerana lebih 50 peratus pokok sawit sudah tua dan perlu ditanam semula, projek-projek pelaburan di luar negara milik FGVHB masih di peringkat belum mampu menjana keuntungan dan harga komoditi yang diunjurkan beraliran menurun.

Keempat, diperhatikan saham FGVHB didominasi oleh pelabur institusional menyebabkan aktiviti jual beli saham tidak aktif dan meluas menyebabkan harga sentiasa tertekan. Kelima, keadaan ekonomi dunia yang tidak sihat menyebabkan pelabur-pelabur saham antarabangsa (hot money investors) akan mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pelaburan. Keenam, isu perundangan berkaitan penyenaraian FGVHB – misalnya, pelanggaran peruntukan GSA 1960 dan tidakturut sertanya KPF, pemilik majoriti Felda Holding Berhad (yang mana asetnya dipindahkan kepada FGHVB) - berpotensi menimbulkan risiko tidak diduga.

Memangkan faktor-faktor di atas, pelaburan dalam saham FGVHB berkemungkinan berisiko besar. Penganalis mengambil sikap mengelakkan dari membeli saham FGVHB. Pelabur-pelabur dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum melabur.

>> Komentar Dr Rosli Yaakob. Beliau ialah bekas Penolong Gabenor Bank Negara merangkap Penasihat NGO Anak.

Apa hukuman rakyat: Najib buat tak tau beri kontrak LRT Ampang pada kroni


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan  kontrak sambungan LRT Ampang bernilai hampir RM1 bilion dianugerah kepada Konsortium  George Kent, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi RamliRafizi berkata, kenyataan Najib bahawa tiada yang salah mengenai projek itu, mengukuhkan spekulasi bahawa beliau melanggar keputusaan bidaan seperti yang disyaki banyak pihak.

"Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau di dalam proses pemilihan kontraktor," kata Rafizi. Katanya, beliau mendapat maklumat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil dokumen rasmi dari pejabat Prasarana semalam yang menunjukkan konsortium berkenaan ditolak sebagai pembida sejak awal.

“Salah satu dokumen yang diambil adalah kertas-kertas rasmi yang membuktikan bahawa Prasarana telah pun memulangkan kembali bon tender kepada Konsortium George Kent kerana kumpulan itu telah pun dikeluarkan dari senarai pembida berpotensi sejak dari awal lagi. "Maka, sebarang keputusan menganugerahkan kontrak ini kepada Konsortium George Kent sudah tentu bertentangan dengan keputusan penilaian bidaan dan tatacara tender yang diterima pakai," kata Rafizi.

Beliau juga mendesak Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Dato’ Shahril Mokhtar mengesahkan dakwaan bahawa bon tender itu dipulangkan. Rafizi sebelum ini mendakwa projek itu sepatutnya diberi kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour) tetapi atas campur tangan Najib, ia jatuh ke tangan George Kent.

Bakal menantu Najib Daniyar Nazarbayev dari Kazakhstan lari ke Malaysia?


Beberapa blog dan facebook memberi gambaran Daniyar Nazarbayev – bakal menantu Perdana Menteri, berada di negara ini berdasarkan dua gambar yang tersebar di internet.Ia memaparkan seorang individu lelaki menyerupai Daniyar, menjalani latihan ketenteraan dan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia. Sedangkan, keluarga Daniyar Nazarbayev sebelum ini menyatakan Daniyar mendaftar di Sandhurst Military College, sebuah kolej ketenteraan berprestij.

Namun, gambar itu menunjukkan seolah-olah Daniyar berada di Malaysia, malah ada pendapat menyatakan ia dirakam di kem askar Port Dickson. Kesahihan gambar berkenaan berkenaan belum dapat dipastikan tetapi Najib sehingga kini tidak pula membuat sebarang penafian. Sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri. Daniyar bertunang dengan Nooryana Najwa Jun tahun lalu. Ibunya, Maira Nazarbayev – bakal besan Najib pula dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah. Sumber yang dipetik portal berita tempatan, Free Malaysia Today melaporkan, Maira ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis daripada Interpol.

Dalam New York Post  juga, Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut. Gambar Daniyar yang dikatakan berada di Malaysia boleh diakses disini.

Projek NCO Fasa 1A ATM RM140 juta kepada Sapura tidak telus - Nurul Izzah Anwar


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan telus berhubung projek pembangunan Network Centric Operations (NCO) Fasa 1A Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM140 juta yang tertunda dan tidak mengikut spesifikasi oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (Sapura).  "Daripada maklumat terkini yang saya dapati, Sapura telah lewat dalam menyiapkan kerja-kerja berkait dengan program NCO ATM Fasa 1A. Khususnya Timeline Detail User Requirements (DUR) yang sepatutnya bermula pada 22 Oktober hingga 21 Mac 2012, tertunda kerana Sapura menggunakan alasan hanya boleh dilaksanakan selepas mereka mendapat bayaran pendahuluan, dan pada masa sama Sapura lebih banyak meluang masa dalam persiapan Lima ‘11, hingga menyebabkan aktiviti DUR kurang diberi perhatian," jelasnya dalam kenyataan.

Projek pembangunan NCO dianugerahkan secara tender terus kepada Sapura untuk pembangunan berfasa dari RMK-10 hingga RMK-13 iaitu dalam tempoh 20 tahun. Kos projek itu bagi tempoh dua tahun sahaja menelan belanja sebanyak RM140 juta. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Haji Abdul Latiff menjelaskan, sistem NCO bukan sahaja merangkaikan markas, pasukan ATM, malahan membantu perkongsian maklumat dan aset bergerak.

Menurut Izzah, enjin aplikasi yang didakwa dipunyai Sapura sebenarnya tiada dalam pegangan mereka kerana gagal menunjukkan contoh aplikasi yang disimulasi menggunakan enjin aplikasi yang dikenal pasti. "Selain itu, peletakan jawatan oleh tiga bekas ketua jurutera perisian Sapura dalam tempoh setahun, daripada Mei 2011 hingga Februari 2012 turut merumitkan keadaan," katanya.

Ekoran itu, Izzah mengajukan beberapa soalan kepada kerajan antaranya:
1. Adakah kerajaan akan menghormati saranan dan kritikan ATM?
2. Adakah kerajaan akan menamatkan kontrak dengan Sapura kerana gagal menyiapkan kerja seperti yang dipersetujui dalam fasa 1A, dan membuat bidaan baru melalui tender terbuka untuk program NCO?
3. Adakah pemilihan dan pembelian aset pertahanan selari dengan Dasar Pertahanan Nasional seperti yang berlaku sebelum ini apabila kereta kebal ringan dipasang sistem meriam yang tidak sesuai dan pesawat pejuang yang pincang sistem senjata.
4. Adakah kerajaan sedia membuat satu Audit Pertahanan melibatkan pihak pembangkang sebagai wakil rakyat di mana maklumat audit boleh dirahsiakan?
5. Adakah kerajaan bersedia melaksanakan reformasi Parlimen dengan memperkenalkan sebuah Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk perolehan pertahanan negara supaya segala kepincangan dan pemberian kontrak kepada syarikat yang sub-standard dielakkan?

Justeru, Izzah menggesa kerajaan memandang serius perkara yang melibatkan keselamatan negara di mana segala pertanyaan dan maklum balas mesti diambil kira demi mempertahan kedaulatan negara. "Kita semua tidak mahu sebarang program yang bakal menelan lebih RM1 bilion tersadai dan menanggung perbelanjaan berlebihan akibat ketidakcekapan dan kerja-kerja sub-standard," katanya lagi.

Tembelang Dr Awang Adek terbongkar, di sebalik kontrak cetak 100 juta keping RM2.00


KEADILAN memberi tempoh tiga minggu untuk Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek menjelaskan dakwaan wujudnya penyiasatan terhadap salah laku beliau semasa menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, KEADILAN meragui hubungan Awang dengan seorang ahli perniagaan, Chung Hon Cheong, pemilik serta pengarah kepada syarikat SunPrestige Sdn Bhd dan Vertex United Sdn Bhd, berikutan beberapa transaksi kewangan yang membabitkan mereka berdua.

"Keraguan juga timbul berikutan terdapat fakta membuktikan beliau mempunyai hubungan dengan SunPrestige, yang memperoleh kontrak mencetak nota RM2.00 sebanyak 100 juta keping dari BNM," jelas Ahli Parlimen Machang itu lagi dalam kenyataan. Awang digesa untuk menjelaskan beberapa persoalan termasuk isu penjualan rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd pada harga RM550,000.00 dalam tahun 1999 serta pembayaran penerbangan beliau ke Tokyo oleh Chung menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd untuk trip penerbangan dari 28 Jun 1999 hingga 1 Julai tahun yang sama.

"Awang juga perlu memberitahu kita benarkah isterinya membeli Honda Civic 1.6 menerusi Chung yang mana ansuran bulanan sebanyak RM2,122.00 sebulan turut ditanggung Chung?" soalnya. Antara lain, Saifuddin turut menyebut sumbangan kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang, juga persoalan siapa yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana.

Tambahnya, terdapat banyak lagi maklumat mengenai pelbagai pembayaran seperti insuran hartanah, cukai jalan, kereta, pengaturan permainan golf serta pembayaran bil telefon yang membabitkan Awang dengan Chung. "Kes-kes ini seolah-olah menunjukkan, wujud hubungan rapat antara mereka supaya boleh dijadikan asas untuk Chung menggunakan pengaruhnya kepada pengurusan atasan BNM agar menganugerahkan kontrak kepada beliau," ujarnya. KEADILAN akan mengemukakan langkah susulan dan bukti-bukti tambahan selepas Awang membuat penjelasan serta mencabar beliau menafikan kewujudan ‘hubungan rapat’ itu. "Awang Adek tidak seharusnya hanya berani mencabar Kelantan dalam isu Dinar, jawab dahulu cabaran kami!" tegas Saifuddin.

Bekas Menteri kabinet BN cuba perdaya YB Azan dengan RM5 juta


Selain Zamil Ibrahim, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendedahkan seorang bekas menteri Kabinet turut terlibat dalam menyogok ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk lompat parti. "Mulanya malas mahu layan ajakan itu tapi  atas dasar ingin tahu, saya ikut ke sebuah hotel. Ada Ahli Parlimen lain di tempat perjumpaan dan kami semua ditawar untuk lompat parti tetapi tidak berbuat demikian. Kita juga akan buat pendedahan dalam bentuk visual yang lebih jelas, tepat dan nyata,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau sebelum ini, mendedahkan, pernah ditawar RM5 juta untuk lompat parti pada tengah hari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur. Azan juga mendedahkan perbuatan Zamil yang sebelum ini didedah sebagai ejen Umno untuk melakukan hal sama, didalangi seorang timbalan menteri sebuah negeri Barisan Nasional. Beliau juga menyifatkan bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah itu, sebagai seorang personaliti yang hanya layak menjadi ejen ‘jual-beli’ kambing. "Zamil bukan sesiapa, hanya ambil kesempatan untuk ‘makan atas angin’ kerana mungkin diberi komisyen," katanya.

Gempar: Dokumen 97 kes Scorpene bongkar peranan Terasasi, Zahid kantoi lagi


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi didesak memulakan siasatan mengenai penjualan dokumen sulit pertahanan negara kepada syarikat pembuat senjata Perancis. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengulang desakan ini sambil mendedahkan dokumen 97 yang dirampas polis Perancis daripada syarikat senjata Perancis, Thales International. Menurutnya, dokumen itu adalah satu daripada 153 dokumen yang dimuat naik laman Asia Sentinel. Katanya, jika benar Zahid tiada maklumat (mengenai penjualan dokumen itu), siasatan segera harus dibuat. "Mahkamah Perancis ambil masa dua tahun untuk kumpul maklumat sebelum mulakan siasatan, tapi beliau (Zahid) terus kata tiada kes mahkamah. Mengapa dia bersikap demikian?" soalnya.

Tian merujuk ucapan penangguhan Zahid di Parlimen Selasa lalu yang mengatakan kerajaan tiada maklumat tentang penjualan dokumen sulit pertahanan negara kepada negara asing. Kata Tian, dokumen 97 tersebut jelas menunjukkan peranan Terasasi (Hong Kong) Ltd dalam memberi maklumat sulit itu kepada Thomson CFS Asia, syarikat induk sebelum menjadi Thales International dan DCNS. "Bahagian 95 hingga 128 dokumen 97 jelas menunjukkan laporan pertama Terasasi kepada Thomson CFS Asia bertarikh 2 Februari 2001 yang menyenaraikan pesaing kepada tawaran Perancis. Ia adalah analisis terperinci Tentera Laut Malaysia mengenai kekuatan yang ditawarkan Belanda, Jerman-Turki, Rusia dan Korea Selatan. Jadi, Terasasi sebagai agen pihak Malaysia telah bekerja untuk syarikat Perancis dengan memberikan maklumat ini kepada mereka," jelasnya pada sidang media di Parlimen.

Tian berkata, selain peranan Terasasi, dokumen 97 juga menyatakan Umno sebagai penerima faedah terbesar dari urus niaga itu. "…Selain daripada individu, parti pemerintah (Umno) adalah penerima faedah terbesar. Perunding sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang dan menerima komisyen…," bahagian 18 dokumen itu dipetik.

Jumaat, Jun 29, 2012

Macam tak percaya, betulkah bakal besan Najib ditangkap di Dubai?


Maira Nazarbayev - bakal besan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah untuk satu percutian. Free Malaysia-Today (FMT) yang memetik sumber, melaporkan ibu kepada Daniyar Nazarbayez itu ditahan  Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis dikeluarkan pihak Interpol.

"Dia (Maira) ditahan di Dubai sekarang. Dia diwakili oleh tiga firma undang-undang AS dan dia memiliki firma hubungan Awam berpengkalan di New York untuk membantu pertahankan imejnya," kata sumber itu kepada FMT. "Dia ditahan di Lapangan Dubai pada 22 Jun,” kata sumber itu lagi. FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara rasmi penahanan tersebut daripada pihak berkuasa Dubai, manakala E-mail kepada jurucakap Maira, Ronn Torossian juga tidak berbalas.

Maira dilapor tiba di Dubai pada 18 Jun dari Amerika Syarikat, ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya. Anaknya, Daniyar- bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Jun tahun lalu. 

New York Post sebelum ini melaporkan Daniyar menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan Bolat, yang juga abang kepada presiden Kazakhstan di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat. Akhbar itu juga melaporkan Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.

Foto: Maira Nazarbayev (kanan) bersama anaknya, Daniyar dan bakal menantu, Nooryana Najwa Najib.

Tamrin Tun Ghafar Baba persoal belanja mewah Rosmah-Najib sudah lebihi kekayaan Imenda Marcos


Melalui jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Abdul Aziz di Parlimen yang mengesahkan kewujudan cincin bernilai US24 juta yang begitu diheboh-hebohkan suatu ketika dahulu. Berbagai kenyataan berhubung isu cincin berlian itu diberikan, menambahkan lagi kesangsian rakyat. Kenyataan pertama: Ekoran terpaparnya di kaca-kaca internet borang deklarasi kastam KLIA yang menunjukkan cincin bernilai US24 juta itu adalah kepunyaan isteri Dato' Seri Najib Tun Razak (Datin Rosmah Mansor) dan apabila dicabar supaya mengambil tindakan undang-undang, kenyataannya ialah tidak perlu membuang masa.

Kenyataan kedua: Cincin tersebut dibawa masuk ke Malaysia adalah untuk menyertai Pameran Barang-Barang Kemas di Kuala Lumpur. Kenyataan ketiga: Pengesahan Menteri di Parlimen bahawa cincin tersebut telah dipulangkan kepada Jacob & Co yang berpusat di New York. Begitu juga dengan dan pembelian pelbagai jenis barangan mewah sebagaimana yang dilaporkan dalam media yang dikaitkan dengan isteri dan keluarga Najib, ia sekaligus menebalkan lagi kesangsian rakyat terhadap kekayaan peribadi Najib sekeluarga.

Baru-baru ini timbul pula berita Najib membelanjakan wang rakyat  lebih RM400 ribu untuk jamuan  majlis pertunangan anak perempuan dan hampir RM80 ribu untuk sambutan hari  jadi Najib sendiri. Sudah timbul cakap-cakap di warung dan kedai kopi bahawa hanya dalam tempoh 3 tahun saja kekayaan keluarga Najib telah melebihi kekayaan Imelda Marcos.

Persoalan yang bermain di hati rakyat ialah bagaimanakah kekayaan itu diperolehi? Dalam hal ini Najib tidak seharusnya hanya berdiam diri atau sekadar meminta pihak lain membuat penafian tanpa sebarang fakta dan angka. Selain keperluan bersuara sendiri dan mengemukakan bukti untuk menangkis segala dakwaan yang ditimbulkan itu, ada yang menyarankan agar Najib berani bersumpah di mana-mana masjid bahawa segala perbelanjaan dan kemewahan yang dimiliki adalah diperolehi secara halal, milik yang sah dan tidak ada satu sen pun hasil dari pengambilan  wang rakyat.

Dalam hal ini, saya tidak mahu memberi komen, terserahlah kepada Najib sendiri. Tetapi jika ini dapat dilakukan, sudah tentu keyakinan rakyat dapat dipulihkan dan memberi kelebihan untuk Najib dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini. Sesuai dengan semangat keterbukaan yang menjadi teras kepada mana-mana kerajaan di kebanyakan negara sekarang ini, saya juga ingin mencadangkan agar Perdana Menteri, menteri  kabinet dan pegawai tinggi kerajaan mengisytiharkan harta dan kekayaan masing-masing untuk pengetahuan rakyat.

Di Amerika Syarikat, malah di Indonesia pun, calon-calon Presiden  dikehendaki  mengisytiharkan harta dan kekayaan masing-masing  serta keluarga sebelum  mereka menawarkan diri menyertai pilihanraya. Sekiranya perkara yang sama  dapat dilakukan oleh Najib sebelum pilihanraya ini, ia tentunya suatu berita gembira bagi rakyat dan mereka akan dapat menilai sama ada seseorang pemimpin itu terlibat dengan rasuah atau sebaliknya.

Dalam hal ini, saya amat berkeyakinan jika amalan mengisytiharkan harta dan kekayaan oleh anggota kabinet dan pegawai tinggi kerajaan termasuk keluarga mereka untuk pengetahuan rakyat dapat dijadikan teras pentadbiran Najib, ia akan mampu melonjakkan sokongan rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum ini serta boleh dijadikan garis panduan bagi pemimpin akan datang sama ada di peringkat pusat mahu pun negeri.

>> Komentar Tamrin Tun Ghafar Baba. Beliau ialah ahli Umno dan bekas Pengerusi MARA.

Sepupu Yang DiPertuan N Sembilan kata Umno punca Raja-Raja hilang kuasa


Krisis Perlembagaan Institusi Diraja berlaku berpunca dari sikap gila kuasa pentadbiran Umno-BN bagi memastikan segala khazanah negara berligar dikalangan para kroni sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri bukannya disebabkan oleh Pakatan Rakyat (PR). Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan berkata kesan dari tindakan tersebut menyebabkan rakyat pelbagai kaum di nagara ini telah sedar yang akhirnya bertindak menolak Umno-BN.

Sehubungan itu Umno tidak mempunyai pilihan selain dakwaan menuduh PR menjadi berpunca kepada gelombang perubahan kebangkitan rakyat dan menjadikan isu penyingkiran raja-raja melayu sebagai agenda tersembunyi PR. "Saya berpolitik sejak awal umur 20an, niat jahat Umno-BN saya cukup kenal. Saya bergaul dengan mereka dari pemimpin bawah hingga pemimpin atasan. Itu merupakan rancangan awal mereka dahulu sehinggalah sekarang."

"Gelombang itu mereka sudah rasainya. Jadi sekarang merekalah kononnya yang mempertahankan Raja-Raja dan menuduh PR yang cuba jatuhkan Raja-Raja. Ini merupakan satu pembohongan dan temberang yang cuba dimainkan oleh Umno-BN kerana mereka tahu niat itu datang dari mereka jadi mereka campakkan niat itu kepada PR pula," katanya dalam Program Terus Terang oleh Selangorku.

Malah, dakwanya, usaha bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir cukup jelas memperalat institusi raja-raja bagi merealisasikan cita-citanya menguasai pelbagai kuasa pentadbiran. Jelasnya, beliau memburukkan raja-raja untuk merampas kuasa raja kerana itulah beliau mengurangkan imuniti kuasa raja-raja.

"Salah satunya beliau memburukkan raja-raja dengan menfitnah dan apabila raja-raja menjawab dengan memfaxkan surat kepada media massa seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times, tiada langsung maklum balas. Contohnya, Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993, ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu bermula."

"Menteri itu berkata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara dan raja-raja akan diseret ke jalan raya," katanya yang merupakan anak saudara kepada Bekas Yang Dipertuan Agung ke-10 itu. Tambahnya, oleh kerana hal itu, kini pemimpin Umno-BN sudah tidak relevan dalam banyak perkara kerana pemimpin parti terlalu rakus serta tidak bertanggungjawab.

"Sebabnya mereka ini perasuah, semua orang tahu. Lihat sahaja media, akhbar, isu scorpene di luar negara pun banyak hanya media massa negara ini sahaja yang tidak mahu siarkannya bagaimana penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Dalam banyak kempen yang saya kunjungi, semua orang mengatakan pemimpin bawahan hinggalah pemimpin atasan parti itu adalah perompak. Saya rasa sebab itu mereka ini sudah tidak relevan kerana pemimpin mereka terlalu rakus," katanya dalam rancangan Terus Terang yang akan di siarkan di www.Selangorku.com pada 29 Jun jam 9.00 malam.

Bingai kepala Najib dibuatnya: Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah pula sertai PAS


PAS Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar menyertai parti itu. Sebagai simbolik, beliau menerima bendera PAS sebagai simbolik panji-panji bagi membebaskan negeri ini daripada cengkaman Umno-BN. Beliau menerima bendera berkenaan daripada Ketua Pemuda PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort, Lahirul Latigu di kediamannya, dekat Lumadan, di sini sambil disaksikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Azlan dan ahli jawatankuasanya.

Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah. "Kehidupan kita ini merupakan kehidupan yang bermakna dan kita perlu membawa ummah ini kearah Islam. Kita juga perlu untuk menjaga nasib rakyat dan mendidik rakyat untuk takut kepada Allah semata-mata," kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90an.

"Saya melihat banyak kelompongan dalam Umno dan BN. Mereka bercakap soal pembangunan tetapi apa yang berlaku di Sabah jauh dari apa yang mereka perkatakan. Masalah asas seperti elektrik, jalanraya pun masih banyak belum selesai seperti di kawasan pedalaman di Parlimen Sipitang ini. Kampung Weston contohnya walaupun mempunyai jumlah pengundi yang besar majoriti muslim tetapi tidak mendapat bekalan air bersih yang sewajarnya. Ini cukup memalukan," ujarnya dalam nada kecewa.

Ahmad turut bertekad untuk memastikan PAS lebih dikenali ramai terutama di kawasan sekitar Sipitang dan seluruh Sabah. "Sebab itu saya tekad. Rakyat pun sudah mula membuka mata dan sudah dapat menerima PAS terutamanya di Lumadan, salah satu Dun di bawah Parlimen ini," jelasnya. Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Rabu, Jun 27, 2012

Mayat pejuang Palestin, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad 19 tahun dikebumikan tidak reput


Zionis Israel pada Khamis, 31 Mei lalu menyerahkan 91 cebisan mayat syuhada’ Palestin kepada keluarga masing-masing. Semua mayat tersebut adalah mereka yang melakukan serangan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi membunuh penduduk Israel beberapa tahun lalu. Islammemo.cc melaporkan, dari kalangan mayat tersebut, seorang daripadanya, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad yang terkorban 19 tahun lalu masih terpelihara dan sedikitpun tidak terdapat kesan reput atau rosak pada mayatnya seolah-olah baru meninggal dunia beberapa minit yang lalu.

Syahib meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati dan menemui syahid dalam operasi tersebut. Lihat di sini. Mengulas keadaan mayat Syahib, seorang ulamak tempatan yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Hakim Syar’ie, Syeikh Yusuf Ad’is berkata, “Demikian adalah petanda kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid bahawa jasad mereka tidak akan hancur. Ia juga tanda amalan soleh yang dilakukan olehnya diterima di sisi Allah.” 

Menurut SAFA, 79 dari cebisan mayat syuhadak Palestin dibawa ke Ramallah untuk tujuan upacara sambutan pada jam sekitar 3 petang, kemudian akan dihantar ke wilayah-wilayah asal mayat syuhada’. Manakala, 12 dari cebisan syuhada’ akan dibawa pulang ke Semenanjung Gaza. Kita yakin kemuliaanNya juga diberikan kepada sekalian syuhada’ di Syria. Kalian juga wajar menyemai cita-cita untuk syahid kerana kurniaan Allah amat luas buat para syuhada’ Nya. "Syahid cita-cita tertinggi kami!"

Noh kecut perut dakwaan PAS Selangor bakal tawan lapan lagi kerusi Dun


Sesuatu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno-BN biasanya tidak berdasarkan fakta dan realiti, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman. Perkara itu diperkatakan berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta Pas Selangor tidak mengeluarkan kenyataan kosong hanya untuk meraih undi bagi PRU-13. Semalam, 24 Jun, Noh turut berkata sasaran lapan kawasan baru Pas yang didakwa bakal membantu misi menawan 16 kerusi Dun hanyalah kenyataan kosong sahaja untuk tunjukkan Pas berjaya mengambil hati rakyat.

"Beliau (Noh) boleh cakap apa sahaja, dulu masa 2008 kata nak bagi pembangkang sifar untuk kerusi Dun, tetapi hakikatnya mereka jadi pembangkang. Mereka (Umno-BN) bila bercakap bukan atas fakta ataupun realiti. Jadi dia nak cakap apa pun dia boleh cakap tunggu saja PRU-13 akan datang. Jika berani buatlah PRU-13 sekarang, kenapa perlu tangguh-tangguh," katanya.

Beliau menambah kenyataan itu dapat diperkukuhkan dengan adanya pemimpin Umno-BN sendiri yang pernah mengatakan Umno-BN jangan mimpi untuk merampas Selangor dari tangan Pakatan Rakyat. Dr Mahathir sendiri kata: "Umno is rotten to the core". Banyak lagi isu yang perlu dijawab oleh Umno-BN termasuk isu Scorpene. Kemudian nak cari calon untuk hadapi PRU ini sebab tiada calon yang berwibawa seperti calon dalam PAS, PKR dan DAP, kata Adun Meru itu.

Kg Perdamaian Abdullah CD atau Chet Dat terima pengiktirafan daripada mantan PM Thailand


Saya pernah mengunjungi bekas Pengerusi Partai Komunis Malaya (PKM) Abdullah CD atau Chet Dat (gambar) pada November 2011 yang lalu di Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12 dalam Wilayah Narathiwat. Menginap selama dua hari satu malam, saya bersama beberapa rakan beramah mesra dengan Chet Dat atau Pak Lah mengikut panggilan mesra penduduk di sini secara lebih dekat. Pelbagai pengalaman suka duka beliau bersama anggota Rejimen ke-10 diceritakan. Banyak catatan saya nukilkan. Chet Dat adalah anak Kg Lambor Kiri, Bota, Parit Perak, tidak jauh dari kampung saya, Kg Lambor Kanan, Bota, Parit Perak.

Kampung Perdamaian Sukhirin adalah sebuah kampung yang dibangun untuk bekas perajurit Rejimen Ke-10 setelah menamatkan perjuangan bersenjata di bawah Perjanjian Perdamaian tiga pihak pada tahun 1989. Mereka adalah anggota Partai Komunis Malaya atau PKM yang diketuai Abdullah CD atau Chet Dat. Keistimewaan anggota kampung ini ialah mencintai hutan rimba atau alam semula jadi. Ketika dalam perjuangan bersenjata mereka memelihara hutan rimba daripada diceroboh oleh pembalak-pembalak dan lain-lain agar kawasan hutan yang luas bersambungan dari sempadan Thailand ke Malaysia terpelihara. Kini setelah mendirikan kampung halaman mereka tetap memelihara hutan rimba sebagai khazanah alam yang amat berharga.

Atas sebab-sebab tersebut, kampung yang terletak kira-kira 80 km daripada Pekan Golok ini, telah menerima hadiah di bawah gerakan bumi hiijau yang dianjurkan oleh syarikat Petroleum Thailand (PTT). Mantan Perdana Menteri Thailand, Mr Anan telah menyampaikan hadiah tersebut kepada kumpulan dan individu yang terpilih. Kampung Perdamaian Sukhirin adalah satu-satunya kampung dari Wilayah Narathiwat yang mendapat hadiah tersebut.

Nota: Ketua Kampung Perdamaian menerima hadiah dari Mantan Perdana Menteri Thailand, Mr. Anan.

Tok Guru Nik Aziz akui perbelanjaan berhemah punca Kelantan bebas rasuah


Tiada pegawal peribadi, memakai hanya satu kereta rasmi, mendiami rumah sendiri dan memakai perabot yang tidak ditukar selama 20 tahun. Ini antara langkah yang diambil Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi menerapkan amalan hidup sederhana bagi memerangi rasuah selama lebih 20 tahun beliau mentadbir Kelantan.

"Selain mengamalkan cara yang dianjurkan Islam, kecekapan menguruskan wang juga penting demi memastikan setiap perbelanjaan itu tidak sia-sia. Wang rakyat mestilah dibelanjakan secara berhemah dan perbelanjaan perlu dilakukan secara berjimat-cermat tetapi tidak sampai dilihat seperti kedekut," TG Nik Aziz berkata ketika mengulas langkah-langkah yang beliau amalkan sehingga Kelantan dinobatkan sebagai bebas rasuah.

Beliau berkata demikian di dalam satu sidang media sejurus selesai ucaptama Wacana Buku Rasuah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, bangunan SUK pagi 26 Jun lalu. Dalam sidang media yang sama, beliau yang juga Mursyidul Am PAS mengkritik amalan demokrasi Malaysia yang dilihat tidak adil.

"Contohnya dalam isu royalti minyak di Kelantan, walaupun Tuanku Sultan Kelantan sendiri sudah titahkan dalam Dewan Undangan Negeri namun perkara itu langsung tidak diperdulikan Kerajaan Pusat. Sehingga kini, rakyat Kelantan tidak merasa walau seringgit pun hasil minyak yang diambil dari Kelantan," luahnya dengan kecewa.

Sementara itu, Exco Negeri, Dr. Halimah Ali menjelaskan program hari ini diadakan khusus untuk berkongsi pengalaman dan kecemerlangan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri Kerajaan Pakatan yang bebas rasuah. "Kita ingin memastikan bahawa negeri-negeri Pakatan bebas rasuah dan kita serius bekerja untuk menghapuskan gejala tidak sihat ini di negeri Selangor pula." Beliau berkata Kerajaan Selangor memperuntukkan RM 15 juta di bawah Geran Selangorku untuk diberi sebagai insentif kepada rakyat bagi membantu memerangi rasuah.

Kerabat Diraja Negeri Sembilan akui Selangor contoh pentadbiran unggul Pakatan Rakyat


Pentadbiran Kerajaan Selangor perlu dicontohi oleh semua negeri malah prestasinya tidak dapat ditandingi oleh Kerajaan Pusat, kata Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan. Beliau cukup bangga dengan Kerajaan Selangor walaupun terdapat pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno-BN di dada akhbar milik mereka.

"Hakikatnya kita semua tahu apa yang rakyat Selangor menikmati sekarang. Saya sebagai rakyat Negeri Sembilan saya berasa cemburu. Saya selalu berkata kepada bakal-bakal calon yang akan bertanding. Jika kita menang kita akan mengikut cara pentadbiran negeri ini," katanya dalam rancangan "Terus Terang" bersama Pengarang TVSelangor, Mat Zahari Ali.

Oleh kerana itu katanya, Kerajaan Pusat dibawah pimpinan Umno-BN cukup mencemburui Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana membuka satu pentadbiran yang telus. "Dan contoh itu tidak akan dapat dibuat oleh Umno-BN, walaupun sekarang mereka sudah mengaku dan insaf dengan perbuatan dulu. Insaf dia insaf orang nazak dan bila diberi kuasa balik mereka akan lebih rakus lagi," katanya.

Tambahnya, Pakatan mempunyai payung kepada semua kaum dan penyatuan ketiga-tiga parti itu membuahkan satu masyarakat toleransi. "Itu sebab saya memilih Pakatan. Semua kaum memahami agama masing-masing. Semua kaum boleh duduk dalam satu padang untuk bermesyuarat. Saya harap apabila Pakatan memerintah nanti, jangan menagih terima kasih daripada rakyat seperti Umno-BN tetapi bersyukurlah kerana rakyat mengizinkan mereka ini memimpin," katanya.

BN terap politik Malaysia dengan "pelincir" untuk dapatkan sesuatu projek daripada kerajaan


Amalan memberi "pelincir" oleh pemaju dan kontraktor sebagai ganjaran kepada pihak tertentu untuk mendapatkan tender dan kelulusan projek kian menjadi tabiat yang semakin menular di Malaysia. Natijahnya, sesuatu projek itu akan mudah diluluskan apabila kontraktor sanggup membayar harga berlipat ganda iaitu antara 30 hingga 50 peratus daripada kos sebenar. Menurut Senator Dr Syed Husin Ali, Malaysia dianggarkan mengalami ketirisan hampir RM21 bilion setahun ekoran daripada amalan rasuah dan korupsi yang dilakukan pihak tertentu.

"Ketirisan RM21 bilion itu bukan digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, tetapi ia jatuh ke dalam poket orang-orang tertentu yang berkuasa dan kroni mereka sendiri untuk meraih kekayaan. Kebiasaannya, rasuah ini berlaku menerusi kerjasama paling rapat kontraktor itu dengan pemimpin besar," katanya.

Demikian dedah Dr Syed Husin di sebuah forum mengenai rasuah pada pelancaran buku bertajuk "Rasuah" oleh Allahyarham Syed Hussein Al-Attas di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, 26 Jun lalu. Program anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor ini juga turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri Dr. Halimah Ali, Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi serta Adun Meru, Dr Abd. Rani Osman.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) menolak keras amalan pemberian rasuah atau sogokan demi kepentingan diri. Ini sama sekali berbeza dengan kerajaan Umno-BN yang menjadikan rasuah sebagai punca pendapatan lumayan. Malah katanya, berdasarkan laporan Ketua Auditor Negara, urusan kewangan di negeri pentadbiran Pakatan berada pada tahap terbaik berbanding negeri-negeri di bawah pimpinan Umno-BN.

"Mengambil contoh di Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil pendekatan untuk meneliti sendiri sesuatu projek sebelum memberi kelulusan kepada kontraktor. Ada yang mengatakan Abdul Khalid terlalu bersih. Saya memandangnya sebagai suatu perkara baik yang perlu dicontohi oleh pemimpin lain sekiranya ingin memastikan negara kita terus maju setanding dengan negara-negara lain," ujarnya.

TG Nik Aziz: Hayati Undang-undang Allah bagi memerangi rasuah



Undang-undang ciptaan manusia tidak akan sesekali berjaya memerangi gejala rasuah atau jenayah lain secara mutlak dan menyeluruh. Sebaliknya, menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hanya undang-undang Allah mampu mengubah keadaan tersebut asalkan setiap umat berpegang teguh kepada konsep ketakwaan terhadap-NYA.

"Hanya Allah yang mampu menjaga kita menjadi lebih baik. Sama juga dengan lembu, takkan lembu kena jaga lembu memang tidak jadi apa. Sebab itu, lembu ada tuan dia yang menjaga barulah lembu dapat mengawal diri, tidak tidur di tengah jalan dan sebagainya. Sama juga dengan kita manusia, perlu ada Tuan kita untuk menjaga dan dalam kes kita ini, Allah yang berkuasa menjaga kita agar kita selamat dunia akhirat," ucap beliau sewaktu menghadiri Wacana Buku Rasuah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK di sini pagi 26 Jun lalu.

Sambil mengulangi pentingnya memahami dan mengamalkan cara dan nilai  Islam bagi membendung rasuah, beliau menambah seseorang juga perlu mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap Islam. "Bacalah Al-Quran berkali-kali, pakailah serban, jubah dan sebagainya tetapi selagi dalam hati tidak percaya tentang apa yang dijanjikan Allah memang sampai bila pun kita tidak akan ikut Islam. Janji Allah setiap yang hidup pasti akan mati, begitu juga dengan amalan, ada dosa ada pahala, jadi kalau kita yakin maka kita akan buat ikut apa yang dianjurkan Islam kerana kita percaya adanya azab yang dijanjikan bagi mereka yang mungkar. Samalah jika kita ingin berbuat jenayah seperti rasuah, andaikata kita beriman dan percaya akhirat, maka kita tidak akan berani memberi dan menerima rasuah. Apa sahaja perkara segalanya berbalik kepada keimanan kita," ujarnya di hadapan kira-kira 200 tetamu yang hadir.

Program tersebut turut menyelitkan sesi forum antara Senator Dr Syed Husin Ali, Prof Sharil Md Zain dan bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Syed Shahir Syed Mohamud yang berdiskusi mengenai gejala rasuah berdasarkan buku bertajuk "Rasuah" yang ditulis oleh Allahyarham Syed Hussein Al-Attas.

Program anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor ini juga turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri Dr. Halimah Ali, Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi serta Adun Meru, Dr Abd. Rani Osman.

Politik Malaysia dijangka lebih sihat jika sistem dua parti berlangsung


Meskipun ia belum didaftarkan secara sah di sisi undang-undang kedudukan dan peranan Pakatan Rakyat sebagai ganti atau alternatif kepada BN tidak ada siapa yang dapat menafikannya. Apa pun jalan kepada kewujudan itu cukup berliku dan panjang. Ini termasuk pengorbanan nyawa dan harta benda oleh para pemimpin dan penyokong Pakatan. Sebahagian daripada punca liku dan masalah itu berpunca dari kekangan dan tentangan Barisan Nasional yang menggunakan kuasa dan sistem yang ada pada tangan mereka sepenuhnya.

Dalam dua dekad terakhir ini cita-cita mewujudkan gagasan alternatif ini bermula dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada PRU-1990. Sedekad selepas itu kita menyaksikan kemunculan Barisan Alternatif (BA) beberapa bulan sebelum PRU-1999. Pakatan muncul selepas PRU-12 pada 2008; apabila ketiga-tiga parti utama dalam Pakatan yakni PAS, DAP dan KeADILan berjaya menafikan sokongan majoriti dua pertiga di parlimen buat pertama kalinya. Ketiga-tiga parti itu juga berjaya menubuhkan beberapa buah kerajaan di peringkat negeri.

Ketika ini kita sedang menunggu pembubaran parlimen dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia kita bicara soal menggantikan kerajaan persekutuan. Dalam PRU sebelum ini, termasuk PRU-1999 yang menyaksikan sebahagian besar penyokong begitu yakin akibat gegaran Reformasi, tidak ada kesepakatan tentang kemungkinan itu. Tetapi kali semua pihak, termasuk BN sendiri, tidak lagi memandang sepi kemungkinan itu. Jika tidak masakan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak menyatakan akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun. 

Selain itu timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yasin juga pernah menyatakan PRU-13 adalah ibu bagi segala pilihan raya. Pakatan sendiri turut mensasarkan tambahan negeri yang akan dikuasai dalam PRU kali ini: Johor dan Negeri Sembilan. Ini sangat menarik kerana Johor dianggap kubu Umno yang kebal dan sukar ditembusi. Dalam konteks sistem dan hidup berperlembagaan saya melihat kewujudan dan kemampuan Pakatan Rakyat ini sangat penting kerana ia membolehkan rakyat memilih parti mana yang sesuai dengan kehendak dan keutamaan mereka. 

Sebelum ini pilihan itu semacam tidak ada. Keadaan itu menyebabkan perlembagaan kita tidak memberi makna apa-apa: segala hak dan batasan kuasa yang ada dalam dokumen hanya tinggal mimpi dan teori semata-mata. Selain menyediakan alternatif kewujudan gabungan parti yang kuat dan viable seperti Pakatan juga sangat penting dalam mempastikan wujud dan berfungsinya mekanisme semak dan imbang di dalam negara. Semak dan imbang jelas memerlukan pembangkang yang kuat. 

Di sisi perlembagaan sebenarnya pembangkang mempunyai peranan dan nilai yang tertentu. Ia bukan anti-nasional seperti yang cuba digambarkan oleh Barisan dan media milik mereka. Peranan dan fungsi pembangkang dapat kita di negara-negara maju khususnya prototype sistem Westminster sebagaimana yang ada di United Kingdom dan negara-negara maju lain seperti Australia dan New Zealand. Atau India, negara demokrasi terbesar di dunia, yang terbukti berjaya mempraktikkan sistem berkenaan di luar Britain.

Buat masa ini sukar untuk Pakatan Rakyat memainkan peranan kerana institusi-institusi lain yang sepatutnya neutral dan membantu sistem demokrasi kita berjalan dengan baik tidak begitu komited dengan ideal itu.  Kita mengharapkan agar pertukaran regim di Putrajaya dapat memberi suntikan yang akan merubah perspektif yang diambil oleh istana, badan kehakiman dan perkhidmatan awam serta institusi-institusi sokongan lain termasuk media dan SPR.

Sistem negara persekutuan yang kita amalkan juga sebenarnya penting dan berguna dalam memperkasa sistem dua parti ini. Malangnya ini tidak dapat berlaku kerana Umno yang menunjangi BN tidak bersedia untuk bermain mengikut buku. Pebagai masalah – termasuk yang melanggar undang-undang – mereka lakukan. Sebab itu pertukaran regim di Putrajaya amat penting supaya Umno, yang menjadi penghalang kepada proses pendemokrasian di negara ini, dapat disingkirkan. 

Akhir-akhir ini kita menyaksikan bahawa Umno bukan sahaja enggan bermain mengikut hukum demokrasi. Ia malah menjadi ganas sebagaimana yang kita saksikan dalam insiden berdarah di Lembah Pantai akhir Mei lalu. Tegasnya mengalahkan Umno bukan lagi sekadar aktiviti dan cita-cita politik. Ia malah sangat penting dalam rangka menyelamatkan negara dan sistem perlembagaannya.

>>> Komentar Dr Abdul Aziz Bari. Beliau ialah mantan Profesor Undang-undang di UIAM 

PRU-13: Media Malaysia terbukti berat sebelah dan terus menikam Pakatan Rakyat


---------------------------------------------------------------------------------------------------
Bersandarkan media British Broadcasting Corporation (BBC) yang memberi ruang 30 minit kepada parti politik untuk mengemukakan manifesto pilihan raya, Kerajaan BN akan memberi ruang yang sama kepada Pakatan Rakyat di negara ini untuk muncul di kaca televisyen. Apakah ini memadai? Wartawan Harakah, NYZA AYOB mendapatkan pandangan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid mengenai perkara ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan cuba menonjolkan sikap terbuka apabila bercadang memberi ruang kepada pembangkang untuk mengemukakan manifesto pilihan raya. Apakah ini sudah cukup menggambarkan kerajaan memberi ruang akses media yang adil kepada semua pihak?

MOHD AZMI ABD HAMID: Sebenarnya kawalan kepada  akses media di negara ini bertentangan dengan demokrasi yang sepatutnya memberi laluan kepada semua pihak yang menyertai proses pilihan raya. Akses kepada media ini bukan bermaksud kebebasan bersuara secara mutlak tetapi bermaksud semua yang menyertai proses pilihan raya. Pertama pihak yang bertanding mempunyai akses yang saksama terutama kepada media yang dibiayai wang daripada rakyat terutama cukai rakyat. Apabila ia dinafikan, keadilan daripada segi padang sama rata akan ternafi dan belum lagi memenuhi prinsip demokrasi.
Apabila Rais Yatim menawarkan slot untuk pembangkang membentangkan manifesto mereka, bagi saya ia hanyalah  sekadar momokan dan hanyalah lakonon media kerana apabila dihadkan kepada manifesto, ia tidak memberikan akses yang menyeluruh daripada awal lagi, baik media eloktronik atau pun media cetak.  Ia harus diberi kepada semua pihak dengan saksama dan bukan menunggu apabila hampir pilihan raya. Selain itu, jika hanya ingin memberi ruang apabila menjelang pilihan raya, ia tidak seharusnya terbatas hanya kepada manifesto. 

Maksud Saudara...

Akses media ini juga harus memberi ruang supaya ada perbahasan dan perdebatan di mana hujah daripada pihak yang mewakili parti juga diketengahkan. Saya juga boleh sifatkan ia hanya sekadar kosmetik kerana hanya sekali diberikan ruang pembentangan manifesto, selepas itu tidak ada akses lagi. Sebaliknya media kerajaan diberi ruang untuk membelasah satu pihak yang lain. Bukan itu yang sepatutnya ditawarkan.

Kita dapat menyaksikan sendiri televisyen khususnya menjadi medan untuk Umno-BN menaburkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat...

Ya, kita dapat menyaksikan media yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan 'free hand' untuk menghentam serta membohongi rakyat dengan apa sahaja hujah tanpa memberi laluan kepada pihak yang dituduh memberikan hujah balas. Jika ada disiarkan hujah balas, mereka menggunakan nilai  kewartawanan yang sangat rendah kualitinya. Tambahan pula ia juga boleh diolah dan dimanipulasi sehingga jawapan balas pihak yang dihentam atau difitnah itu dipermainkan. Saya melihat kualiti kewartawanan dalam media awam ini sudah hilang integritinya dan sudh tidak memenuhi kualiti sebuah media yang boleh dihormati seluruh masyarakat. 

Selain itu, manipulasi juga dapat dilihat dalam program yang memberi memberi manfaat kepada Umno-BN  untuk menonjolkan kekuatan mereka  sedangkan melalui program-program yang disiarkan secara langsung itulah dijadikan medan untuk menyerang Pakatan Rakyat...

Betul. Kerana ia dijadikan medan untuk mereka membuat tohmahan. Seharusnya ia memberi laluan kepada pihak yang dituduh untuk memberi hujah mereka secara lebih adil. Walaupun ada diadakan debat, tetapi kita masih melihat sebahagian besar bahan yang disiarkan dalam televisyen dan radio betul-betul memanipulasi maklumat dengan cara yang sangat kotor dan tidak bermaruah. Media perdana kini semakin hilang kewibawaan dan integritinya. 

Apakah sikap berat sebelah yang ditunjukkan kerajaan dalam memberi akses media yang adil ini akan lebih membuka mata rakyat agar tepat dalam membuat pemilihan pemimpin mereka?

Pihak BN masih lagi berada dalam sindrom kegelapan di mana apa yang berlaku di peringkat global apabila  media alternatif termasuk laman sosial daripada ruang siber ini sudah pun menunjukkan revolusi besar di kalangan rakyat. Tetapi BN masih nampak lagi berada dalam tempurungnya sendiri dan masih menutup mata dan memekakkan telinga bahawa kehadiran media baru ini mampu mengubah minda rakyat. Mereka bertanggapan seolah-olah mereka masih boleh mempengaruhi rakyat sampai bila-bila. 
Ternyata apa yang kita lihat di Timur Tengah, atau di Eropah yang diperintah diktator, telah  terguling oleh media rakyat yang terbina dengan sangat kreatif. Saya lihat Umno dan BN masih lagi minda purba untuk menerima hakikat adanya kekuatan media baru atau media alternatif. Dan sikap berat sebelah bagi memastikan mereka terus memerintah dengan suntikan modal memonopoli media setelah digadai prinsip kewartawanan  mereka ini memang boleh mempengaruhi rakyat yang masih tegar dengan pancingan umpan Umno dan BN. Namun bagi rakyat yang bijak yang sudah didedahkan dengan  maklumat melalui media baru tidak semudah itu untuk terus memberi sokongan kepada Umno dan BN. Perhimpunan Berish 3.0 dan perhimpunan  Hijau Menuju Putrajaya adalah simbol-simbol kekuatan rakyat berhimpun hanya dengan media alternatif. 

>>> Wawancara Harakah bersama Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid

Selasa, Jun 26, 2012

Kajian PAS dan AKP Turki: Tuan Guru Abdul Hadi Awang ruangkan masa layani Roman Nikolaer daripada St Petersberg, Russia


Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menerima kunjungan seorang pelajar dari St Petersberg, Rusia, Roman Nikolaer, 23, yang kini sedang melanjutkan pelajarannya bagi peringkat PhD di Arizona Universiti di Amerika Syarikat. Ustaz Abdul Hadi menyambutnya di Pejabat Agung PAS pada tengahari 26 Jun lalu.  Walaupun sentiasa sibuk dengan jadual kerja rasminya, beliau berusaha meluangkan masa sekitar sejam untuk ditemuramah oleh Roman yang juga lepasan pelajar sebuah universiti di Turki bagi menyiapkan kajiannya atas topik perbandingan antara PAS dan AKP di negara Turki. 

Tamrin Tun Ghafar Baba persoal belanja mewah keluarga Najib Tun Razak muktahir ini


Melalui jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Abdul Aziz di Parlimen yang mengesahkan kewujudan cincin bernilai US24 juta yang begitu diheboh-hebohkan suatu ketika dahulu. Berbagai kenyataan berhubung isu cincin berlian itu diberikan, menambahkan lagi kesangsian rakyat. Kenyataan pertama: Ekoran terpaparnya di kaca-kaca internet borang deklarasi kastam KLIA yang menunjukkan cincin bernilai US24 juta itu adalah kepunyaan isteri Dato' Seri Najib Tun Razak (Datin Rosmah Mansor) dan apabila dicabar supaya mengambil tindakan undang-undang, kenyataannya ialah tidak perlu membuang masa.

Kenyataan kedua: Cincin tersebut dibawa masuk ke Malaysia adalah untuk menyertai Pameran Barang-Barang Kemas di Kuala Lumpur. Kenyataan ketiga: Pengesahan Menteri di Parlimen bahawa cincin tersebut telah dipulangkan kepada Jacob & Co yang berpusat di New York. Begitu juga dengan dan pembelian pelbagai jenis barangan mewah sebagaimana yang dilaporkan dalam media yang dikaitkan dengan isteri dan keluarga Najib, ia sekaligus menebalkan lagi kesangsian rakyat terhadap kekayaan peribadi Najib sekeluarga.  

Baru-baru ini timbul pula berita Najib membelanjakan wang rakyat  lebih RM400 ribu untuk jamuan  majlis pertunangan anak perempuan dan hampir RM80 ribu untuk sambutan hari  jadi Najib sendiri. Sudah timbul cakap-cakap di warung dan kedai kopi bahawa hanya dalam tempoh 3 tahun saja kekayaan keluarga Najib telah melebihi kekayaan Imelda Marcos. Persoalan yang bermain di hati rakyat ialah bagaimanakah kekayaan itu diperolehi? Dalam hal ini Najib tidak seharusnya hanya berdiam diri atau sekadar meminta pihak lain membuat penafian tanpa sebarang fakta dan angka. 

Selain keperluan bersuara sendiri dan mengemukakan bukti untuk menangkis segala dakwaan yang ditimbulkan itu, ada yang menyarankan agar Najib berani bersumpah di mana-mana masjid bahawa segala perbelanjaan dan kemewahan yang dimiliki adalah diperolehi secara halal, milik yang sah dan tidak ada satu sen pun hasil dari pengambilan  wang rakyat. Dalam hal ini, saya tidak mahu memberi komen, terserahlah kepada Najib sendiri. Tetapi jika ini dapat dilakukan, sudah tentu keyakinan rakyat dapat dipulihkan dan memberi kelebihan untuk Najib dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Sesuai dengan semangat keterbukaan yang menjadi teras kepada mana-mana kerajaan di kebanyakan negara sekarang ini, saya juga ingin mencadangkan agar Perdana Menteri, menteri  kabinet dan pegawai tinggi kerajaan mengisytiharkan harta dan kekayaan masing-masing untuk pengetahuan rakyat. Di Amerika Syarikat, malah di Indonesia pun, calon-calon Presiden  dikehendaki  mengisytiharkan harta dan kekayaan masing-masing  serta keluarga sebelum  mereka menawarkan diri menyertai pilihanraya. 

Sekiranya perkara yang sama  dapat dilakukan oleh Najib sebelum pilihanraya ini, ia tentunya suatu berita gembira bagi rakyat dan mereka akan dapat menilai sama ada seseorang pemimpin itu terlibat dengan rasuah atau sebaliknya. Dalam hal ini, saya amat berkeyakinan jika amalan mengisytiharkan harta dan kekayaan oleh anggota kabinet dan pegawai tinggi kerajaan termasuk keluarga mereka untuk pengetahuan rakyat dapat dijadikan teras pentadbiran Najib, ia akan mampu melonjakkan sokongan rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum ini serta boleh dijadikan garis panduan bagi pemimpin akan datang sama ada di peringkat pusat mahu pun negeri.

>> Tamrin Tun Ghafar ialah ahli Umno dan bekas Pengerusi MARA.

Mati kutu Najib: Bekas Timbalan Pengarah Jakim sertai PAS melalui Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Bekas Timbalan Pengarah Jakim, Mohd Yusuf Hassan, 58, telah mengambil keputusan menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, pada 26 Jun lalu. Mohd Yusuf yang juga bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang sewaktu BN memerintah negeri itu berkata, keputusannya menyerahkan borang tersebut sejajar dengan minat dan sokongannya terhadap PAS sejak kecil lagi. Turut bersama Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali dan Setiausaha Akhbar Presiden, Nasaie Ismail.

"Ketika menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang yang berada di bawah BN dulu dan di Jakim, saya terasa amat tidak serasi dengan BN. Sekarang setelah sah menjadi ahli PAS, saya terasa amat lega sekali," katanya yang berasal dari Parit Buntar, baru bersara sebagai Timbalan Pengarah Jakim enam bulan lalu.