KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 21, 2008

BENARKAH Anwar Sebenarnya "MAIN WAYANG KULIT"?

Tokoh karismatik PKR, Anwar terus dipersoal dan disangsikan kejujurannya dalm pakatan pembangkang. Benarkah Anwar sedang bermain "wayang kulit" bagi mencapai agenda peribadinya untuk menjadi pengganti anak Badawi?

Oleh NING

SEJENAK kita dikejutkan dengan berita percakaran antara PKR dan PAS yang disiarkan oleh Bernama, tetapi kemudiannya berita yang bercanggah dari Utusan Malaysia menceritakan sebaliknya dan dalam ketibaan berita yang bercanggah ini muncul pula andaian PKR dan Anwar main "wayang kulit".

Mesej utama kepada wayang kulit Anwar ini ialah betapa Anwar cuba mencaturkan politik Malaysia untuk mencapai matlamat peribadinya. Benarkah begitu?

Sedangkan "wayang kulit" yang dicanangkan itu berdasarkan berita yang belum tentu sahihnya. Begitu juga sebelum ini kita mendengar dakwaan bahawa PKR ditubuhkan untuk membebaskan Anwar serta merupakan wadah mencapai cita cita peribadi Anwar.

Berikut ana cuba melihat penglibatan dan peranan yang telah dimainkan olih Anwar serta PKR dalam mengubah senario politik tanah air sekaligus cuba menilai secara yang lebih adil agar kita semua tidak terpengaruh dan tidak membuat kesimpulan yang tergesa gesa.

PKR ialah sebuah parti multi racial yang mendapat sokongan dari semua kaum terlebih lagi muktakhir ini bilamana berlaku ledakan dalam masyarakat India.

PKR tidak ditubuhkan untuk membela Anwar sebaliknya simbolik di sebalik penubuhannya ialah untuk membela keadilan kepada semua berikutan ketidakadilan dan penghinaan yang dibuat terhadap Awnar.

Hujah mengenai orang Umno yang masuk PKR dan kemudiannya kembali kepangkuan Umno bukanlah hujah yang kuat untuk mengatakan PKR lemah kerana umum tahu orang Umno sebahagiannya alah kepada duit jadi ahli PKR yang kembali kepada Umno ialah mereka yang terdiri dari kalangan yang alah ini.

Jadi sebenarnya keluarnya mereka dari PKR merupakan satu pembersihan PKR dari segala unsur alah kepada duit ini. Sementara masih ramai bekas ahli Umno yang bersama PKR yang berpegang kuat kepada prinsip keadilan malah ada di antara mereka begitu kental sekalipun pernah ditangkap dan dipenjarakan.

Juga jangan lupa ramai lagi ahli PKR dari keturunan India dan Cina yang asalnya bukan ahli Umno tetapi telah lama berjuang sebagai aktivis masyarakat di bawah berbagai bagai NGO. Tidak kurang juga bekas ahli MIC dan MCA yang bersama PKR.

Hakikat ini menjadikan PKR berbeza dari parti serpihan yang pernah wujud seperti Semangat 46 yang dasar perjuangannya dan keahliannya sama dengan Umno. Hal ini perlu difahami untuk melihat fikrah perjuangan Anwar yang sebenarnya.

Sungguhpun anwar pernah bersama Umno tetapi fikrah perjuangannya untuk Keadilan telah membawa tertubuhnya PKR, bukan senang nak tubuhkan sebuah parti dalam masa yang singkat.

Jadi kenyataannya anwar telah meletakkan asas yang kukuh kepada PKR semasa dia bersama Umno lagi malah fikrah perjuangannya juga menyebabkan dia akhirnya membuat keputusan melawan arus sekalipun dia begitu hampir dengan jawatan tertinggi negara.

Untuk apa dia melawan sekiranya dia bolih menjadi PM dengan begitu mudah cuma sekadar menunggu sedikit masa lagi. Hakikat ini tidak boleh dinafikan malah menjadi bukti yang kuat betapa Anwar memperjuangkan keadilan untuk semua.

Berkaitan sikap anwar terhadap PAS semasa dia bersama Umno memang tidak dinafikan bahawa Anwar pernah menyerang PAS dengan berbagai serangan tetapi hakikatnya sebagai seorang manusia Anwar juga melakukan kesilapan dan bilamana dia menyedari kesilapannya kepimpinan PAS mengambil sikap yang betul memaafkan dan menerimanya kembali.

Sambil itu satu lagi kenyataan yang perlu diambilkira ialah kengkangan sistem yang dihadapi oleh PAS untuk sekian lama.

Oleh kerana PAS hanya menghadkan keahliannya kepada orang Islam maka sukar untuk PAS menembusi masyarakat bukan Islam terlebih lagi dalam suasana Umno mengeksplotasi ketakutan dikalangan bukan Islam.

Tetapi akhirnya dengan adanya PKR, PAS berjaya melepasi halangan ini dan hari ini PAS semakin difahami dan diterima olih orang bukan islam.laluan ini disediakan olih PKR dan anwar.

Kita melihat hari ini kelab penyokong PAS mendapat sambutan yang baik malah kelab penyokong PAS di kalangan orang India diketuai oleh G. Gobalakrisnan, Ahli Majlis Tertinggi PKR. Ceramah BA yang pernah diadakan di markaz PAS dan rumah ustaz dikunjungi oleh orang bukan Islam sehingga mereka ini bukan sahaja hadir tetapi turut serta dalam ceramah tersebut dengan begitu selesa sekali.

Hal ini perlu dinilai dengan adil dan usaha yang cuba memecahbelahkan perpaduan antara PAS dan PKR ini perlu ditangani oleh setiap penyokong dan pendokong PAS dan PKR dengan teliti kerana kita bimbang ianya dibuat oleh pencacai Umno.

Tidak ada asas sama sekali walaupun sekali imbas nampak logik tetapi sebenarnya tidak berpandangan jauh dan menguntungkan Umno. Hakikat bahawa Anwar melawan arus pada ketika beliau begitu hampir menjadi orang nombor satu negara perlu dikaji dan diteliti sebelum membuat kesimpulan bahawa Anwar sedang mengejar matlamat peribadi dan sedang bermain "wayang kulit".

Logiknya kalau benar Anwar ada cita-cita peribadi apa yang perlu beliau lakukannya ialah bersabar kerana beliau sedang berada di belakang pemimpin nombor satu negara. Tak perlu beliau bersusah payah menentang dan menghadapi kepayahan dipukul ketua polis, tidak perlu menanggung aib akibat dimalukan dan tak perlu merengkok dalam penjara serta kemudiannya bersusah payah dengan roadshownya.

Untuk apa semuanya ini sedang beliau berpeluang mencapai cita cita peribadinya dengan jalan yang cukup mudah. Mengenai percakaran PKR dan PAS di Kelantan, ana melihat sedikit ketidaksefahaman antara PKR dan PAS cuba dieksplotasikan oleh pihak tertentu dan cuba memperlihatkan betapa ketidaksefahaman ini sebagai masalah besar kepada pakatan BA.

Tetapi dalam masa yang sama mereka cuba memejamkan mata mengenai pakatan yang disepakati di negeri-negeri lain. Cuma sedikit ketidaksefahaman di Kelantan cuba dimanupulasikan.

Sebagai insan yang berfikiran waras dan berpandangan jauh tidak bijak untuk kita semua tergesa-gesa membuat keputusan bahawa pakatan BA ini tidak berjaya serta melihat PKR dan Anwar sekadar bersendiwara dan bermain "wayang kulit".

Sebaliknya, kita perlu menilai secara keseluruhan pakatan ini dan tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak terutama Umno untuk menangguk di air keruh.

Akhir kata, Anwar boleh dilihat sebagai ice breaker kepada masyarakat bukan Islam untuk melihat PAS dengan lebih telus dan pakatan PAS dan PKR adalah selari, dengan dasar perjuangan yang sama.

Jadi, marilah sama-sama kita berpegang dengannya dan memberikan kepercayaan penuh kepada kepimpinan kedua dua parti untuk meneruskan apa yang kita semua impikan yakni keadilan sejagat!

Artikel ini Posted on Sunday, January 20 @ 19:39:49 MYT by SongkokPutih Tranungkite

Tiada ulasan: