KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 19, 2008

Benarkah Sifir Politik Ini: PKR dan ANWAR Sedang Main "WAYANG KULIT"?


Anwar main wayang kulit? Apakah ada yang tersembunyi di sebalik kenyataan TG Nik Aziz tentang tanding sendirian tanpa PKR di Kelantan semalam? Makin gawat niii...

Oleh KUDEED

PAS lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR itulah kata-kata yang di luahkan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Sudah jelas lagi bersuluh, Penasihat Parti Keadilan Sdra Anwar bermain "Wayang Kulit" dalam memimpin watak-watak cerita Sri Rama dan Arjuna.

Permainan Tok Dalang semakin hampir ke penghujung cerita. Sasaran bercita tinggi semakin hampir dan dekat amat untuk Sdra Anwar pegang erat.

Percaya atau tidak "Kita tunggu dan lihat" ending cerita wayang kulit ini.
Banyak sudah yang dimomokkan dan dimuntahkan laharnya kepada masyarakat dengan harapan ia berhasil dan berkesan.

Kesan boleh didapati bila Juak-juak sdra Anwar menjemput para audien menari bersama mengikut rentak, rentak agung yang boleh mengasyikkan para idola yang mengidolakannya.

Percaya atau tidak dalam Pemuda UMNO sendiri ada yang akan bermain wayang kulit yang sama.

Itulah satu-satunya harapan sdra Anwar untuk memiliki takha mahligai indah dan bersinar.

Malangnya, Tok Guru lebih awal mengetahui dengan firasat yang tinggi. Walaupun, Tok Guru Nik Aziz sudah tahu rentak tarian di papan patah itu.

Masih adakah yang "bersimpati". Dalam politik tiada kamus simpati, takut-takut simpati membawa rebah. Contoh Spirit 46 anak ayam dalam UMNO yang tidak cukup umur.

Akhirnya disembelih juga. Apakah PKR juga "Akan memaku paku terakhir di keranda keramat" (meminjam kata-kata dari Tun Salleh Abbas). Untuk apa?

Tanya Sdra AN_WAR?

Dari peranannya membongkar kelemahan pemerentah (memang baik) sehingga isu kehakiman negara, semuanya akan menjadi batu lonjatan yang sangat cepat untuknya.

Malah ia menggerunkan pihak lawan dan kawan. Para pembaca kita melihat dari sudut yang berbeza untuk pemimpin yang satu ini.

Masih ingatkah ketika dalam ABIM dulu, terpaksa Arwah Al-Ustaz Fadzil Noor mengambil alih kepimpinan. "Swing"nya cukup memeranjatkan para idolanya yang mengidolakanya.

Kali ini dengan tiba-tiba "Swing"nya akan berlaku untuk PRU ke 12. Aduh!Macam PBS meninggalkan BN dulu.

Bolehkah berlaku sedemikian? Tepuk dada tanya iman. Kita tunggu dan lihat. Bila? Selepas atau sebelum Pilihan Raya ke12.

Nota: Artikel ini Posted on Saturday, January 19 @ 07:54:43 MYT by SongkokPutih di Tranungkite.

Tiada ulasan: