KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 15, 2008

Memperkenalkan Bisnes Halal Ikut Syariah


By TARMIZI MOHD JAM
Editor Eksekutif Majalah Iktisad


TERDAHULU, kami Sidang Editorial dan kakitangan Yayasan Muslimin Malaysia Bhd. mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru 2008 kepada seluruh pembaca Majalah Iktisad.

Kali ini Iktisad Bil 9, memaparkan perbincangan awal berkenaan ‘Bisnes Halal” atau bisnes menurut Syariah.

Bisnes halal tentunya berpaksikan jual beli secara amanah dan benar. Kupasan kali ini mengajak para pembaca untuk meneliti dan mentelaah beberapa isu dalam kerangka “Bisnes Halal” di negara ini.

Ibn Majah meriwayatkan Hadith Rasulu’Llah yang bermaksud; “Peniaga yang benar, yang amanah adalah bersama para ambia’ orang-orang yang benar (soleh) dan para syuhada’.”

Bisnes dalam Islam adalah bersifat unik kerana ia bertunjangkan bisnes kerohanian. Bagaimanapun, ia tidaklah mengetepikan bisnes yang bersifat kebendaan.

Malah, bisnes ini begitu lumrah dikenali dalam ekonomi konvensional dan ia amat penting dalam Islam.

Rasulu’Llah SAW menegaskan bahawa sembilan persepuluh (90%) daripada rezeki bersumber bisnes kebendaan .

Apakah yang dikatakan bisnes kerohanian dan bisnes kebendaan ini? Dr. Haji Ab. Rahid Dail cuba menjelaskan dalam artikelnya “Konsep Perniagaan Halal Dalam Islam”.

Maka dalam pensyariatan jual beli (bisnes) Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah (2:275) yang bermaksud; “... Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba...” Firman Allah SWT lagi dalam Surah An-Nisa’ (4:29) yang bermaksud; “Hai orang-orang beriman janganlah kamu makan harta-harta kamu di kalangan kamu secara batil, melainkan dengan perniagaan secara reda meredai di antara kamu sekalian.”

Imam Al-Ghazali meriwayatkan Hadith Rasulu’Llah SAW (5, 2:64) yang bermaksud; “Adalah dikehendaki ke atas kamu sekalian berniaga, maka sesungguhnya padanya sembilan persepuluh (90%) rezeki (dalam keadaan perniagaan itu merupakan satu-satunya punca pendapatan bagi seseorang atau masyarakat maka perniagaan itu adalah wajib hukumnya)”.

Berdasarkan kepada pernyataan unggul ini maka para ‘ulamak Islam sependapat (ijma‘) bahawa bisnes adalah disyariatkan dalam Islam.

Ia merupakan salah satu daripada sektor utama perekonomian Islam. Bisnes yang bersifat kerohanian adalah merupakan paksi kepada bisnes kebendaan.

Rasulu’Llah SAW diutus membawa suatu sistem hidup, bagi menegakkan sebuah negara Islam. Bisnes adalah sebahagian daripada sistem ekonomi negara berkenaan.

Baginda sendiri menguruskan bisnes yang dimodali oleh Sayyidatuna Khadijah.

Baginda menjalankan pengurusan bisnes dengan jayanya.Bisnes yang diuruskan oleh Baginda adalah diruntun oleh al-Qura’nul-Karim. Perniagaan ini adalah merupakan bisnes yang berkonsepkan perniagaan halal.

Sebahagiannya dibicarakan dalam terbitan ini dan yang lain akan disentuh dalam terbitan berikutnya.

Namun, beberapa artikel akan menghuraikan dengan jelas berhubung isu-isu bisnes terkini termasuklah isu Multi Lavel Marketing (MLM), bisnes internet, bidaan dan lelongan serta kami juga mengutip beberapa view dari penulis prolifik, Ann Wan Seng berkenaan “Bisnes Orang Cina”, Haji Zamani Adam menyentuh birokrasi dalam bisnes perhotelannya serta catatan pengalaman Dr. Hamzah Jaafar, yang meninggalkan menara gading menggubah bisnesnya sendiri.

Telaahlah paparan kami kali ini! Dapatkan Majalah Iktisad di pasaran sekarang pada harga RM4.50 senaskah!

Emel: editoriktisad@gmail.com

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Keеp on writing, greаt job!
My web-site ... loans for bad credit

Tanpa Nama berkata...

ӏ do consider all of the ideаѕ
you've offered to your post. They are really convincing and can certainly work. Nonetheless, the posts are too brief for beginners. May you please lengthen them a little from subsequent time? Thank you for the post.

Look into my web site: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Hi, Neat post. Thеre's a problem along with your web site in internet explorer, could check this? IE nonetheless is the market leader and a good section of other people will omit your wonderful writing because of this problem.

my webpage; payday loans

Tanpa Nama berkata...

I ѕeldom leave a response, but afteг rеаԁing thгоugh a few
оf the responses here "Memperkenalkan Bisnes Halal Ikut Syariah".
I actually do haνe a сouрle of questiοns for you if you do not mind.
Is it just me οr dοes іt appear likе a fеw of these responsеs loоk as іf they are сoming from brain dead folks?
:-P Anԁ, if you arе writing at оther placеs,
Ι would liκe to kееp up with you. Would уоu post a list of all of all yοur sосial nеtworking pageѕ liκe your
lіnkedіn profile, Faceboοk рage οr twіtter feed?


Also vіsit my wеbsіte :: same day loans
Also see my web page: same day loans

Tanpa Nama berkata...

Ι геally lіke гeading through an аrticlе thаt will make peoplе
think. Αlѕo, thankѕ fоr allοwing
me to сomment!

Alsо visit my webpage payday loans