Dr. Chua Soi Lek berkata bukan dia seorang yang ada isu moral dan dilihat tidak bersih dalam BN, tetapi ramai lagi. Mungkinkah tangan gatal anak Badawi ini mengesel-ngesel bahu pelakon itu, juga isu moral? Oh tidak. Itu perkara biasa. Timbalannya bagaimana pula?
MESKIPUN telah melepaskan semua jawatan dalam kerajaan mahupun parti (MCA), namun sebelum meninggalkan posisi rasminya di Putrajaya, Dato' Dr Chua Soi Lek ada menyatakan bahawa bukan setakat beliau sahaja yang terbabit dengan isu moral, sebaliknya ramai lagi yang terbabit sama, cuma ia tidak terdedah dengan klip video seperti kes yang dihadapinya.
Dalam masa yang sama, rakyat perlu melihat Soi Lek juga menekankan soal isu rasuah yang perlu dipandang serius oleh kepimpinan Dato' Seri Ong Ka Ting serta Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Soi Lek meminta agar pemimpin yang terbabit dengan masalah sosial atau terjebak dengan krisis yang boleh memalukan parti serta kerajaan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan.
Walaupun ada yang mungkin menganggap ia satu kenyataan dari seorang yang 'kecewa' dengan senario yang berlaku terhadapnya, namun ia adalah 'kunci' kepada persoalan integriti kepimpinan negara yang ada hari ini.
Samada benar atau tidak dakwaan Soi Lek beliau menerima lebih 200 SMS menyatakan soal kes-kes kepimpinan lain, ianya juga kini menguji kepimpinan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.
Memandangkan sebelum ini banyak isu yang masih melingkari Umno termasuk pergeseran antara Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim dengan Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Perdana Menteri tentunya orang yang paling 'gusar' tatkala persediaan jentera BN berhadapan dengan pilihanraya umum.
Skandal membabitkan beberapa ahli Parlimen lain di kalangan BN masih belum selesai sepenuhnya dan golongan ini masih terus menjawat jawatan di peringkat kerajaan mahupun pengerusi badan-badan tertentu.
Rakyat mungkin sekali terfikir bahawa ia hanyalah tohmahan terhadap pemimpin dalam usaha pihka tertentu untuk menjatuhkan karier politik pemimpin terbabit, namun dua kes yang membabitkan ahli Parlimen di Selangor didedahkan oleh saudara-maranya sendiri.
Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi Pilihan Raya Umum ke-12 akan diadakan.Rakyat yang benar-benar mengikuti pendedahan Soi Lek pastinya boleh membuka minda mereka meneliti prestasi kepimpinan negara yang ada hari ini.
Pendedahan lain berhubung rasuah dan pembahagian projek kepada kroni mungkin sekali dianggap remeh oleh rakyat yang tidak mendapat laporan sebenar memandangkan media arus perdana menutup ruang laporan tersebut.
Skandal penyelewengan Projek Zon Bebas Cukai Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang membabitkan orang kanan MCA, Dato' Chan Kong Choy seperti yang didedah Dato' Seri Anwar Ibrahim; skandal komisen pembelian kapal selam dan pesawat Sukhoi; skandal kehakiman dalam 'Pita Lingam' membabitkan beberapa pemimpin politik dan bekas hakim; laporan dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; laporan pengagihan kontrak kerajaan kepada anak menantu Perdana Menteri dan laporan-laporan rasuah beberapa bekas ketua agensi kerajaan semuanya digelapkan oleh media arus perdana.
Tetapi bagi penaulis, kenyataan Soi Lek yang menekankan soal pentingnya pelaku rasuah di kalangan pemimpin dipandang serius oleh kepimpinan tertinggi negara adalah 'singnal' jelas kepada rakyat dalam membuat perubahan pada pilihan raya akan datang.
Dari soal rasuah, skandal seks hinggalah kepada isu kelemahan pentadbiran negara semuanya perlu dipertimbangkan dalam memangkah calon-calon yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang.
Cuma mungkin kini pembangkang hanya berhadapan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam meniti 'saat getir' berhadapan pilihan raya umum akan datang yang dijangkakan pada bulan Mac ini.
Ini kerana SPR itu sendiri bak kata Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS, Dato' Mustafa Ali, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman 'jangan jadi jurucakap Perdana Menteri (Pengerusi BN)' dan perlu memahami aduan pelanggannya termasuk parti pembangkang.
Jika Soi Lek yang dipertikaikan kerana soal integriti sosialnya, Abdul Rashid pula sering dipertikai tentang integritinya dalam mengendalikan SPR, namun setakat ini Abdul Rashid masih terus menjawat jawatan selaku 'pengadil' yang menyediakan 'padang yang tidak sama rata'.
Terpulang kepada rakyat untuk memikirkannya.
By WAN NORDIN WAN YAACOB

Tiada ulasan:
Catat Ulasan