KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 12, 2008

Siapa Tokoh Wanita Yang Bermukah Di Luar Negara?

Siapakah tokoh pemimpin wanita negara yang menyimpan teman lelaki tempatan di mana, sesekali 'si dia' itu diajak berasmaradana di luar negara? Dari Umno atau MCA?

By ALI BUKHARI AMIR

TERBARU, hal yang dibangkitkan Dr Chua Soi Lek baru-baru ini memang menggemparkan.

Seperti kita dapat menghidu bau pencemaran amalan seks luar nikah yang terlalu banyak dalam kabinet Barisan Naga. Umno dan juaknya adalah naga yang menelan khazanah rakyat.

Naga dengan kesombongan dan keangkuhannya telah menyemburkan api fitnah sehingga membakar hati rakyat melalui pidato serta kenyataan mereka yang tidak pernah memihak kepada kehendak rakyat.

Apakah yang dibangkitkan Soi Lek itu?

"Bukan saya seorang yang terlibat dengan hal ini," kata beliau. "Malah ramai lagi."
Daripada satu segi, Soi Lek ingin membersihkan dirinya dengan meletakkan jawatan.

Pak Lah pula ingin membersihkan kabinetnya dengan harapan tindakan ini bakal menyucikan imej BN di mata rakyat. Beliau sesungguhnya tidak akan berjaya.

Nak sucikan kerajaan dan menteri kabinet bagaimana jika tuntutan Bersih agar SPR itu dibersihkan daripada amalan penyelewengan dan membersihkan daftar pengundi dari roh hantu tidak dipedulikan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan Abdul Rashid Abdul Rahman?

Pokoknya, beliau tiada kesungguhan dan azam yang kental bagi melakukan pembersihan. Atau, mungkinkah beliau tidak cukup kuat untuk membersih?

Bagi Soi Lek, ini mungkin pengakuan ikhlas saat egonya telah ditebas dan dihakis habis oleh media. Aksinya yang ditelanjangkan media membenihkan dendam di dada Soi Lek.

Apa salahnya jika Soi Lek dedahkan siapa menteri lain yang menyimpan mistress?

Atau, mungkin ada juga tokoh pemimpin wanita negara yang menyimpan teman lelaki tempatan di mana, sesekali 'si dia' itu diajak berasmaradana di luar negara?

Berapakah bayaran Soi Lek ke atas mistress? Setinggi-tinggi bayaran mungkin mencecah angka sekitar RM10,000 untuk sebulan atau sekali service.

Wang itu mungkin juga elaun beliau selama ini. Itu duit rakyat yang mengupahnya. Ini satu kemungkinan.

"Lelaki ini ketua samseng India di Johor. Tokoh pimpinan wanita negara ini akan menghubunginya kalau ada kerja di luar negara," kata seorang pesara yang ingin dikenali sebagai Long Hassan.

Long Hassan (samaran), 60, berkata tokoh pimpinan wanita negara itu akan memasukkan sejumlah wang yang besar ke dalam akaun bank lelaki itu yang lebih dikenali sebagai 'Mr GD' sebelum menghadiri mesyuarat di luar negara.

Tidak mustahil tokoh wanita itu pun terlibat dengan gejala yang sama dengan teman lelaki gelap. Perihal kewujudan gigolo (teman lelaki simpanan oleh wanita kelas atasan) pernah tercatat di dalam al-Quran sendiri.

"... Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan dan bukan perempuan-perempuan lacur, serta bukan pula (wanita) yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan ..." - (maksud surah an-Nisa': 25)

Dalam kes Siti Zulaikha yang terpikat ke atas ketampanan Yusuf, hal itu mungkin boleh dijadikan sandaran rujukan bahawa wanita-wanita kelas atasan di Mesir pada ketika itu telah mengamalkan budaya menyimpan teman lelaki di luar pengetahuan suami mereka.

Pun begitu, dalam kes Zulaikha - Yusuf, kedua-duanya telah terselamat dan diselamatkan Allah melalui dinding penjara yang memisahkan antara mereka berdua.

"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu menutup pintu-pintu lalu berkata: "Mari ke mari, aku bersedia untukmu." Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya."
"Dan sebenarnya perempuan itu sangat berkeinginan kepadanya, dan Yusuf pula (timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalau ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikian (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf daripada hal-hal yang tidak baik dan segala perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa." (maksud Yusuf: 23-24)

Hanya, dalam kes Yusuf - Zulaikha, hubungan mereka tidaklah menjurus ke arah sejarah hitam, sebaliknya berakhir dengan cara yang baik, demikian menurut riwayat termasyhur.

Tapi, hal kewujudan wanita kelas atasan yang menyimpan teman lelaki gelap ini memang jelas disebutkan Allah di dalam al-Quran.

Dalam realiti politik di Malaysia, karyawan filem dan drama banyak memutarkan kisah-kisah di mana wanita-wanita kelas atasan yang menyimpan teman lelaki di belakang suami mereka. Kebanyakan filem dan drama kita adalah citra sebenar wajah rakyat.

Antara drama yang selalu menunjukkan watak wanita-wanita kelas atasan menyimpan teman lelaki gelap di belakang suami mereka adalah 'Datin Diaries'.

Karya-karya ini menampilkan wajah kehidupan sebenar wanita kelas atasan hingga menjadi bahan bualan sesama mereka.

"Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri al-Aziz memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata." (maksud Yusuf: 30)

Oleh itu, hal wanita kelas atasan menyimpan lelaki di belakang suami mereka atau wanita kelas atasan yang tidak berkahwin yang menyimpan lelaki secara bersekedudukan bukan perkara kecil kerana ia turut disinggung oleh Allah s.w.t. sendiri melalui kitab-Nya.

Long Hassan tidak berpuas hati kerana kisah wanita kelas atasan yang menyimpan teman lelaki ini tidak disiarkan kerana tokoh wanita ini selalu melampiaskan syahwatnya di hotel luar negara bagi menyembunyikan kegiatannya selama ini.

"Soi Lek buat dalam negeri, memang mudah diperangkap oleh musuh-musuh politiknya. Ia dirancang sejak sekian lama. Setelah suntingan selesai, barulah ia diedarkan.

"Kita risau, banyak rahsia negara akan jatuh ke tangan teman lelakinya yang bukan Islam dan bukan Melayu itu.

"Jika perlakuan itu berlaku di sini, mungkin dapat disiasat di Hotel Catering di Batu Pahat atau diperiksa kamera litar tertutup di mana-mana hotel ternama di Johor," katanya ketika merujuk Mr GD sebagai lelaki India yang pernah 'bermukah' beberapa kali dengan tokoh wanita tersebut.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Great post. I was checking constantly this blog and
I'm inspired! Very helpful information specifically the last phase :) I deal with such information a lot. I used to be looking for this certain info for a long time. Thanks and good luck.
Here is my weblog ; diet plans that work

Tanpa Nama berkata...

Thanks very interesting blog!

Review my blog post ... easy diets that work
My webpage: diets that work fast for women

Tanpa Nama berkata...

We're a group of volunteers and starting a new scheme in our community. Your site offered us with valuable info to work on. You'vе done
an impгеssіve job and our entiге сommunіty
will bе thаnkful to уοu.


Heгe іs my site: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Ι do not even know how І endеd up
heгe, but I thought thіs ρost was good.
I don't know who you are but definitely you're
going to а famous bloggеr if you are not alreаԁy ;) Cheerѕ!


Also viѕit mу webѕite .
.. short term loans

Tanpa Nama berkata...

This is my first tіme pay а visit at here anԁ і am gеnuinely imρressed
to read all at alone placе.

Herе is my wеbsіte Same Day Payday Loans